Ujian untuk diriku

"ALLAH TIDAK MEMBEBANI SESEORANG ITU MELAINKAN SESUAI DENGAN KEMAMPUANNYA."(AL-BAQARAH:286)




Allah Maha Melihat~~^^

"Tidak berlaku bisikan antara tiga orang malainkan Dialah yang keempatnya, dan tiada (berlaku antara) lima orang melainkan Dialah yang keenamnya, dan tiada yang kurang dari bilangan itu dan tiada yang lebih ramai melainkan Ia bersama-sama mereka di mana sahaja mereka berada." (Al Mujadalah: 7)

Klik sini untuk ikut ~~=)

Sekarang pukul.....

Hari ni hari.....

Showing posts with label muhasabah. Show all posts
Showing posts with label muhasabah. Show all posts

Monday, November 28, 2011

Parah!

Bismillah...

seusia hidup aku,
mencari secebis ketenangan begitu sukar,
bukan tiada,
tetapi jauh untuk digapai.

itulah kata orang,
bila kata terlepas,
badan binasa,
hatikan terguris,
sekali lukanya terbentuk.
akn sukar diubati..

bukan aku tak tahu,
cuma dia tidak faham,
aku yang faham juga masih liat,
bagaimana mereka yg x faham,,
air pasng sudah surut,
namun hati yg terguris,
sukarnya nak surut..

pencarian demi pencarian,
semakin melemahkan aku,
bukan tempatku barangkali..
tetapi ,
hakikatnya,
aku masih tidak menyelak keseluruhan muka surat,
aku hanya bermain di muka surat sebelah, sekarang dan..
sebelah depannya,
begitu banyak pulak aku selak,
jadi, kadangkala,
ia tidak melegakan hati ini,
mungkin saja hepi ending,
dan boleh juga sad ending,
aku terkilan kesorangan..
tiada yg membantu,
tiada yg memahami,,
sukar nya mencari yg benar2 masuk dengan kepala ini,,
bagi nukilan2 di muka novel,
segalanya hanya khayalan dan mimpi sendiri..
parah,,
aku semakin parah,,
luka aku belum2 lega.
dah ditambah luka yg lain.,
ingin ku sihat, tanpa luka2 yg tidak selesa ini..

di kejauhan aku tahu kau sedang melihat..
maafkan aku..
aku perlu buat sesuatu,
kau jangan melihat saja,
bantulah aku yang sedang parah ini...
tolonglah ubati aku........

Saturday, July 23, 2011

Hitung dosa ..

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamu'alaikum..

     setelah sekian ketika aku menyepi, aku kembali..mencoret sesuatu yg berguna utk semuanya yg membaca. mungkin ini hanya perihal kehidupan seorang insan yg penuh dosa padanya, tetapi dia cuba sampaikan sesuatu yg boleh di ambil ikhtibar, semoga itulah sedikit modal utknya dibawa ke akhirat kelak. sekadar coretan 'merepek' yg terukir, hanya yg faham dan tahu menilai sahaja yg dapat berlian dan emas yg tersembunyi.. bgi yg ilmunya penuh didada, ku alu-alukan membaca dan mengetahui sedikit luahan hati beku yang bakal cair ini..

     Gadis itu bergerak ke almarinya, tangannya pantas mencapai netbooknya dan meletakkan di atas katil. dah dua hari dia tidak menjenguk netbooknya, rindu pula muncul tiba2.. sambil netbook tengah loading.. gadis itu membaca artikel di helaian surat khabar yang merupakan salah satu assignmentnya.. apabila sempurna loading, dia mula menggerakkan jarinya membuka apa yg patut,,gadis itu ralit dalam dunia lagu yang dipasangnya, khayal dia mendengarnya, sambil tangan membuat kerja..

     beberapa ketika, rakannya datang kepadanya, mengadu sesuatu. Gadis itu terkejut dengan berita itu. namun sedayanya memimik muka sebaiknya agar diri insan dihadapannya tidak terguris. gadis itu tidak faham.. dia mula menghitung kembali apa yang berlaku. mungkinkah dahulu dirinya yang mengalaminya, tetapi kini org sekelilingnya pulak mengalaminya. Suatu keadaan yang tidak sedap dan selesa menyelebungi persekitarannya. Itulah dia apa yang sebenarnya, hidup ini tidak akan lekang daripada masalah. bila kesenangan yang kita peroleh, mana mungkin kita akan terlepas dengan kesusahan..

      yang unik nya, kali ini, apa yang berlaku dahulu telah bercampur aduk pada kali ini. jika dulu, dia jadi orang tengah kepada pasangan rakannya yang bertengkar, walaupon akhirnya ia tetap tidak baik juga kerna kedegilan dan keegoan kedua2 pihak.. dalam masa yang sama, gadis itu mengalami tekanan perasaan yang agak teruk, syukur sekali dia ada kaunselor sukarela yang sanggup menjadi pendengar dan pembantu maslahnya. tp kini semua itu dah tiada, namun masalah yang sama berlaku. tetapi masih diperingkat awal.

     Bagi gadis itu, perangai adalah punca segala2 hal dan masalah. sikap yang pentingkan diri, ego, tidak sabar dan sebagainya itu memang akan menular begitu sahaja dalam diri setiap anak adam.. Dia tidak nafikan dirinya juga tidak terlepas daripada semua itu.. namun dia cuba untuk berubah, salah satu tujuan hidupnya adalah sentiasa mengupdate diri menjadi lebih baik. mungkin sehingga dia nazak bertemu ajal juga dia akan berusaha berubah menjadi lebih baik. walaupun kadang2 dirinya begitu celaka kerana hari ini lebih teruk daripada semalam, tp dia muhasabah kembali..

     Rakan2 gadis itu, semuanya baik2, tetapi mereka mempunyai keinginan masing2, sepertinya juga, pasti ingin keinginannya dipenuhi, ingin dirinya berpuas hati dengan perkara sekeliling. Namun gadis itu sentiasa mengingati dirinya, itu adalah mustahil. hidup ini sementara, mati itu mungkin beberapa saat saje lagi, kita tidak tahu, oleh itu gadis itu sering kali mengingati lagi dirinya, muhasabahlah dirimu.. Gadis itu perlu diingati selalu kerana itu lah dirinya.. dirinya sendiri mengingati dirinya... itu lumrah, manusia disekeliling bukanlah ibu kita, bukan juga personal assistant kita juga..

     Andai sahaja diri gadis itu berada, pastinya dia akan mengubah seorang pembantu peribadi utk mengatur segala jadual hidupnya. Tapi itu hanyalah anganan yang berpusing2 dia fikirannya kerna dia perlu utk belajar, belajar melakukan apa saja yang dia tidak mampu buat. begitu juga orang lain, baginya, x cukup jika dia saja yang ingt dan tahu tetapi orang lain tidak tahu, itu tidak cukup kerna dia bukan hidup seorang sebaliknya hidup dengan ramai orang disekeliling..
   
     Gadis itu sedih memikirkan masalah rakannya, hajat dihati ingin menolong , tetapi adakah pertolongannya diperlukan?adakah dia mampu meleraikan perselisihan yg berlaku? adakah dirinya tidak akan terjebak sama dalam masalah itu? adakah mereka dapat menerima penyelesaian yang akan dia berikan? tp dia takut, dia sedih juga kerna dia tidak mampu utk buat semua itu, dia kebuntuan, dia hanya melihat dan mendengar ,tp ingin bergerak tidak mampu.. dirinya ibarat koma.. hatinya sahaja merintih. itu lah yang dia tidak faham, adakah dosanya begitu banyak sehingga Allah menarik nikmat membantu itu.. Dia pilu memikirkan. ingin saja dia menjerit, berlaku tidak malu dan berani utk berhadapan dengan permasalahan dunia semata2 ini ...

     rakannya mengambil keputusan utk mengundur diri, memberi ruang kepada rakan nya yang seorang lagi. baiknya hati. Gadis itu tahu, mereka belum punya banyak penglaman dalam menangani sikap manusia ini. mereka juga perlu muhasabah diri mereka, tidak perlu utk menyalahkan orang lain, jika diri sendiri tidak sempurna. benar xakan ada yang sempurna. oleh itu, maksudnya, salahkan diri sendiri sebelum salahkan yang lain. walaupon kadang2 hati ini pasti membangkang kuat bukan salah diri, kerana ego lah yg bermain ketika itu.. boleh saja kita hendak membelai ego, tetapi jangan sesekali menjinakkannya. nanti diri kita juga yang teruk..

     kesekian kalinya, gadis itu ingin menjadi orang belakang, bukan orang tengah. bukan nak berpihak pada mana2, tetapi berusaha utk tidak memburukkan keadaan. kerana profile dirinya juga dalam perkemasan, manakan boleh mengemas profile orang lain dengan baik, cukuplah sekadar dia memaklumkan apa yang perlu dan tidak perlu diletakkan di profile itu...semoga Allah merahmati gadis itu, semoga dirinya kuat terus..

bersambung...

hati saya cukup tersentuh mendengar kata2 berkenaan ulama dan wali2 Allah, nikmatnya hati berfikir tentang kebaikan dan ketinggian ilmu orang2 yang soleh solehah ini.. hati saya gembira dan tersenyum kerana mengetahuinya, kerana itu salah satu aset rujukan yng dapat saya buat.. buat gadis itu, semoga awak pertimbangkan sebaiknya apa yang berlaku, mungkin awak berfikir banyak sangat sehingga awak fikir, awak perlu menarik diri... tidak perlu, memang kita ini perlu berfikir tentang masalah ummat, namun itu lah khalifah berusaha utk perkemaskan profile diri bersama membantu perkemaskan profile sahabat lain..

^_^ cukup utk hati ini berbunga bila melihat yang lain gembira, tapi hati ini tetap sedih kerna virus rindu yang semakin melarat ini, virus ini xdapat saya buang kerna dengan virus ini membantu saya mengenal anti virus-anti virus yang pelbagai.. kemudian saya akan pilih yang terbaik utk melunaskan semua virus2 yang tidak perlu, kerana saya hanya perlukan anti virus itu utk menjaga diri dri terkena virus2 yang lain...

Wednesday, June 15, 2011

...::: Ingatanmu buatku 1 :::...

Bismillah..


1 new message received

Jadilah insan lara yang temannya mujahadah & taubat.
sentiasalah berusaha menjadi insan yang baik walaupun masih digamit oleh ghairah kejahatan & dosa.
Jatuh bangun kembali.
Jatuh bangun lagi...
Moga thabat dalam perjuangan..

[11:49:55 PM]
***END***

terima kasih sahabatku~~


***
Begitulah lumrah kehidupan manusia apabila berukhuwwah,
kita akan lebih diingati apabila kita melakukan atau berlaku sesuatu yang menarik perhatian,

Gadis itu merenung skrin hensetnya..
hatinya tersenyum,
namun bibirnya lambat bergerak balas..

semuanya gara2 perkara yang menyelubungi dirinya..
walaupon gadis itu tekad,
utk bertindak lebih matang,
namun,
perubahan yang mendadak itu memerlukan sokongan dan perhatian,
maka jauh di sudut hatinya mencari2 insan2 yang bakal dikurniakan rahmat dan berkah daripada-Nya..
namun, semuanya semakin menjauh..

mata yang melihat tidak sama dengan hati yang terdetik.
bak peribahasa melayu,
"ringan mata memandang, berat lagi bahu memikul"
namun, perkataan yang dilontarkan biarlah bersesuai dengan keadaan..
kerana banyak hati2 yang mudah terguris dan terluka,,
apabila sudah terguris dan terluka,
payah utk diri menyembuhkannya segera,..
kesabaran sahaja dipohon utk terus bertahan dengan kesakitan itu..

***



Gadis itu takut,
hatinya risau,
nak di tegur tak tahu cara yg berhikmah,
tak di tegur akan menyebabkan ramai yang terluka,
malah,
diri itu juga akan difitnah dan dicaci,
gadis itu kasian akan diri itu,
kesucian dan maruah Islam terletak pada pandangan umum padanya,

gadis itu semakin gelisah,
semoga Allah mengurniakan ilham pada nya,
dah memberi hidayah kepada diri itu,
gadis itu hanya berdoa dari jauh,
agar Islam terus terpelihara daripada fitnah kerenah ahlinya..

Ampunilah kami Ya Allah,
kami hanya hamba yang hina, lemah lagi dhaif,
hanya kepada Mu kami mengharap,
Agar perubahan merubah diri kami menjadi yang lebih terbaik..
ameen.. ameen.. ya rabal 'alamin..
^^


Monday, June 13, 2011

Belajar untuk berubah~~

Bismilllah..

Assalamualaikum..

Gadis itu menyelak helaian http://www.pas.org.my/index.php, kemudian terpandang gambr2 pimpinan yang baru dilantik, sebak menyerang dadanya. Entah kenapa dirinya terasa begitu kerdil, jauh dr angan2 nya utk menjadi seperti mereka kerana keupayaan dirinya. Namun, kini ia bukanlah sekadar angan2 tetapi suatu impian yang akan dia pegang !.

NOTHING IS IMPOSSIBLE

suatu frasa yang cukup istimewa dan magic, kerana ia bukanlah suatu yang mudah jika sekadar dibaca tanpa dihayati, malah ia jua x akan berkesan andai dihayati tetapi tidak diamalkan..

USAHA TANGGA KEJAYAAN

demi mencapai impian yang jauh bak planet venus dan marikh, perlukan suatu anjakan paradiqma yang bukan sahaja satu kuasa malah memerlukan pelbagai alternatif, disitulah suatu hasil bakal dikecapi dengan usaha yang berterusan.

terdetik di hati, menulis di mana2 lampiran, bercakap berkali2 sahaja tidak cukup, melainkan tanpa ada usaha yang diakukan..

komputer tidak akan berfungsi jika tidak ada usaha untuk menekan butang ON. perut akan terus lapar jika tidak ada usaha untuk tangan menyuap makanan ke mulut. kefahaman akan terus tersekat jika tidak ada usaha untuk mengangkat tangan dan bertanya. 4flat tidak akn diperoleh jika tidak ada usaha utk mengulng kaji pelajaran. rindu pada ibu tak akn reda jika tak ada usaha untuk menelefon ke kampung. begitu juga ilmu tak akan wujud dalam diri jika tak ada usaha untuk mencari dan membaca..

BURUK DIPANDANGAN MANUSIA TAK BERMAKNA BURUK PADA PANDANGAN ALLAH

sememangnya inilah yang paling susah untuk dilakukan. memandang pandangan manusia sudah menjadi lumrah kehidupan manusia. sudah menjadi darah daging setiap anak adam, bilamana ingin melakukan sesuatu bukanlah kerana melihat pada APA KATA ALLAH sebaliknyaAPA KATA MANUSIA.

Hati gadis itu sedih mengenangkan lemak2 dosa yang melekat pada hatinya telah menghalang dirinya daripada takut pada Allah, fikir apa yang akan Allah kata..

tinjauan blog ke blog , gadis itu terjumpa suatu post yang menarik, tentang betapa manusia melihat pada pandangan manusia tanpa memikirkan apa pandangan Allah padanya. Sungguh bila diri ini melebihkan pandangan manusia, diri ini akan sering kecundang pada perasaan sedih, jauh hati, kecewa dan pelbagai lgi perasaan.

Kenapa tidak kita pandanglah Allah dengan mata hati, Allah akan memandang kita jua. Gadis itu mengangguk, benar segalanya, selagi dia melakukan sesuatu yg tidak melanggar syariat agama, kenapa tidak dia teruskan.. selagi dia menjaga juga adab2 dalam Islam.. Namun, bukanlah bermakna jika melakukan apa yang tidak melanggari, kita boleh je ikut suka je buat apa pon tanpa melihat pada pandangan manusia..

bukanlah kita menjaga penampilan, mengatur kata2 secantiknya untuk manusia, tetapi kerana Allah, Allah sukakan kecantikan, Allah mensyariatkan Islam agar hambanya bertutur dalam bahasa yang baik.. kita membuat atau bercakap sesuatu itu biarlah niat kerana Allah.. tanyalah pada dri,,

"adakah ayat aku ini bermanfaat? Allah melarang hambaNya bercakap perkara yang sia2"

"agaknya apalah respon mereka jika aku kata begini? mana tahu mereka akan terguris. Allah tidak suka hambaNya yang mencaci dan mengeji hamba-Nya yang lain. Islam menyuruh supaya menggunakan bahasa yang sopan. "

"Ok ke baju ni dengan tudung ini? Allah sukakan kecantikan, Allah suka perempuan yang menutup aurat, dan mencantikkan lagi akan buat aku makin berkeyakinan utk menyampaikan agama-Nya.."

"adakah pertanyaan aku ni remeh sangat? mudah sangat?? tapi aku tak tahu.. Allah suka pada hambaNya yang berusaha mencari ilmu biarpon sebesar zarah, dalam al-Quran juga Allah menyuruh bertanya pada yang lebih mengetahui."

"teliti dan kemas sangat ke assgment yang aku buat ni???. tapi bukanlah kerana pandangan manusia, aku ingin memudahkan orang yang menyemak kerjaku, Allah suka pada hambaNya yang meringankan beban orang lain.."

Subhanallah...

Boleh ke kita begitu??

TEPUK DADA TANYA IMAN

jangan begitu berserah pada takdir, tapi juga jangan menyalahkan takdir. Allah telah menetapkan kepada hamba-Nya untuk berDOA sentiasa kepadaNya, dalam pada masa yg sama berUSAHAlah terhadap kerja itu, lakukanlah ISTIKAHARAH pda Allah dan ISTIQOMAH dalam berdoa dan melakukan usaha itu , seterusnya berTAWAKAL pada Allah adalah jalan yang terakhir untuk mencapai sesuatu..

bukan lah kita bulat2 berserah pada takdir, tak ada doa, istikharah dan usaha tetapi hanya tahu bertawakal.. itu tidak jadi...

"Nak buat macam mana lagi.. dah takdir aku fail, fail la jadinya."
*padahal usaha dan doa x de pon...

itu bagaikan menunggu buah muda dari pokok gugur tanpa ada usaha untuk mencapainya. sampai kan pengsan berdiri juga x akan gugur buah itu..

"Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir(yang telah ditentukan)." (Al-Qamar:49)

DON'T GIVE UP UNTIL DIE

kata2 yang cukup berat pada gadis itu, don't give up until die is maybe possible,but don't give up is impossible. seperti sudah menjadi tredmark, ayat ini sgt popular,

"hidup ini bagaikan roda, ada pasang surutnya, hari ini kita berjaya atau gembira, xbermakna esok lusa kita akan berjaya dan gembira juga. tetapi tidak juga bermakna kita akan terus gagal dan sedih,kerana roda akan berputar, dan gembira dan sedih itu silih berganti.."

begitu la berputus asa, gadis itu tetap akan ada masa dirinya down, fed up dan give up.. namun, bukanlah give up until die, apabila di belai dan di tepuk kembali, dirinya akan kembali up, cheers dan work hard ..

أعدت الرحة الكبرى لمن تعب

"Disediakan syurga kepada muslim yang berpenat lelah di dunia."
kata2 hikmah ini sebagai penwar jiwa..
bukan mudah nak mencapai syurga, tetapi tidak mustahil untuk mencapai syurga. Allah menjanjikan syurga buat hambaNya yang berpenat lelah beribadat kepadaNya.
jangan kecilkan skop ibadat itu. maksudnya luas....

berpenat di dunia, syurga mennti di sana..

SYURGA

syurga

...
..
.
.

"sebesar-besar nikmat ialah memasuki syurga kerana kelak hamba akan dapat melihat zat Allah s.w.t." -Ibnu Taimiyah-
Syurga adalah ibarat taman keindahan yang tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata atau dilukis dengan pena.

JADILAH ANAK AKHIRAT BUKAN ANAK DUNIA

"Bukanlah seorang pahlawan yang tahu menceraikan dunia. Pahlawan yang sebenar ialah yang tahu bagaimana memegang dunia, lalu ia memeganya baik-baik." -Abbas al-Hadhrami-

wallahu a'lam..

Ayuh sahabat... apa tunggu lagi????

^_^


Sunday, June 5, 2011

~ sebenarnya saya sangat bertuah ~

Bismillah..

Salamu alaikum..

WebCy !!

Fighting!!!

ape ni??

hihi ini la cheers webcy-ians... yang terbaik..=)
WebCy - nama famous,
nama x femesnye.. welcoming and bai'ah ceremony..
satu biro dalam program taaruf week di pusat asasi UIAM.

***

~ 5 June 2011 ~
saya lepak di bilik saja, lihat gambar2 WebCy ni tiba2 mata ni masuk habuk la.. berair tetiba(konon).. =p
saya xpernah merancang utk menjadi taaruf committee, bila dimintak kawan2 (adik2 comey) mengisi borang, saya ikut aje,, gambar pon klik je kat mana2 album then print..haha kelakar tol,
memang kul 12tgahari dah last kena hantar borang tu, 12.30tghari baru terhegeh2 nak isi.. =D

tup2, adik2 comey ni gitaw yang saya dapat.. saya xsangka gak, tp bersyukur la,itu mungkin boleh jadi satu pengalaman bg saya.

~ 22 Mei 2011 ~
tibalah hari utk berdaftar,
nasib sy memang baik , sy ni bertuah sungguh,
sy dpt KC( khadijah college), dah lah tingkat satu, bilik besar pulak (AED py bilik)

sy masuk ke bilik, xde org.. sy sorang je..
terbaiklah!!!!
sy lepak2 dalam bilik smbil buka notebook. .
nk kta yg sy sangt2 bertuah lagi ..
apabila sy dapat excess line iium-comunity.
apa lagi, dah memang sy ni giler tenet, serang habis la.. haha.

***

sampailah tertidur,sy dikejutkan oleh bunyi manusia bergerak,
fuhh.. nsib sy memang baik,
dapat rummet yg comey!! (abis meletup dia bc nt,hihi)
dh la comey, peramah lak..haha

sy sgt bertuah bila bilik ini dihuni oleh kami berdua saja.. wow!!

***

"Biro apa?"
"Pub Pro. aaaaa,, nak RDW!!!!!.. err..,, akak dpt ape lak?"
sy senyum meleret..dgn bangga ku menjawab, "WBC."

itulah perasaan pertamaku apbla dpt tahu dpt biro WBC/webcy..
wlaupun sy x mintak pon WBC,
jd??? sy mintak apa??
hahahaha..
ni semua adik2 comey yg tick,
dorg tick PM,S/U dan PC..
tp alhamdulillah sy dpt WBC,
sememangnya Allah ingin mempertemu sy dgn adik2 comey yg kiut miut..
hehe..
sy pernah berangn utk msuk biro ini,
krna kwn2 sya yg pernah menjdi member biro ini bercerita,
betapa besnya biro ini..
BEST!!! xterkata...

***

maka, tibalah hari perjumpaan.
mempertemu sy dgn member2 WBC..=)
sy teruja ingin mengetahui sjauhmana besnya WBC..
namun,
perangai sy ni bila duk sja,
tak bergerak, xberfikir,
sy cepat boring, tension dan MENGANTUK..

haha,
nak dijadikan cerita,
keboringan dan ketekanan yg berlaku menyebabkan sy bertindak utk memanaskan suasana.
hehe, memang org yang berselisih fhm dgn sy mungkin tension,
mybe ada atau tidak yg merungut,,

'ape kena lah dengan budak ni?'
'aish akak ni!!'
'ape ni?? xfhm!!'
'eh, dia ni reti ke x?'

huhu...=(
sya mohon beribu2 maaf..
maaf.
maaf. .
maaf. . .
maaf. . . .
maaf. . . . .
maaf. . . . . .

waktu itu, sy x nmpk btapa diseblik kesuraman itu sebenar wujudnya chya yg perlu sy cri, yg perlu sya keluarkan.
tp sya b***p, apa leh buat,
kesian ke bebudak ni,
ada saja yg sya x puas ati,
sini, sana, org, fail, kerusi, bilik..
aish!!!! mcam2...

sy kol kwn, 'besnyer WBC!!!'
kwn sy ckp ape? 'sabar, setiap yg berlaku ada hikmahnya.'

sebenarnya, sy sgt2 bertuah sb sy mengalami tekanan emosi tu,
xsemua boleh mengalaminya.
sy boleh..
itulah nak cakap.
Allah nak menguji sy.
sy pernah merungut,
"aku ni xde apa2 cbran ke dlm hidup?"
"aku ni xlayak utk diuji ke?"

rupanya disebalik segala yg berlaku ini,
Allah telah menguji sy.
tetapi kerana sy mengambil mudah,
sy tidak sdar..

sy sgt2 bertuah kerana kwn2 comey WBC ini menyedarkan sy.
serius sy ktakan,
sy dh lma jauh dgn kwn2 seperti mereka..
kawan2 sy pda zmn kegemilangan sy,
iaitu sjak keluar dri matrik kedah,
sy py kwn2 baik2, warak2, 'alim2..
=)

dah x de ..yg free hair,
dah x de.. "yg aku, aku py,yg hg pon aku py",
dah x de jugak... "ade aku kisah?? jgn cri pasal dgn ak!!"

hahaha, tetiba teringt zaman sekolah.
namun, zaman sek itu diakhiri dgn kenangan pahit yg melukakan hatiku,

...

~31 Mei 2011~
tp kali ini, sy tidak akan biarkan kenangan mempermain emosiku lg..

bila bertukar tempat,
bertukar rancak gerak kerja..
suram dan seram bertukar senyum ..
itulah chaya sebenarnya sy sgt bertuah.
biarpon diri ini sedikit kecewa..
tidak mampu membi'ah soleh pd awalnya,
tp sy bgga dgn smgt yg wujud,
bila msing2 tegar meneruskan kptusan yg sukar diterima umum..
sy juga tidak mampu menjdi spt mereka..
kerna sy takot, sy tidak pndai menilai..
sy trlalu cpt terpengaruh.

biarpon ada sj yg myuramkan suasana,
tp ada yg menceriakan kembali..
se..se.. semangat apa!!!

WebCy!!

haha..
nasihat saya pada diri saya sendiri..

"jangan cepat mengadili org sekadar melihat rupa.."

"bila seorang yg menyakitkan hati kita, sebenarnya kita sangat bertuah kerana ada lebih daripda seorang yang akan senyum pada kita."

"bila kita diketawakan, bukan bermakna kita ini lekeh, tetapi anggaplah kita berjaya menghiburkan hati mereka.."

"bila kita tidak puas hati pada seseorang, tidak bermakna org lain juga akan berpuas hati dengan kita."
- jadinya, jgn lupa utk bertnya pada diri, adilkah aku jika hy ingin puaskan diri sendiri tnpa memikirkan perasaan org lain..

"dia tidak senyum itu , tidak lah bermakna dia membenci kita, tetapi mungkin kerana kita tidak senyum padanya.."

buat adik2 comey.. akak ingin memberi sedikit nasihat..

"jangan kerana kita ini warak dan 'alim, kita tidak dapt menerima apa yang dibuat oleh
mereka yg tidak warak.."

"fikirlah secara rasional, kenapa mereka bertindak begitu, jangan disalahkan mereka tidak bagus, tetapi salahlah diri sendiri yang tidak bagus.."

"Bila sesuatu itu buruk dipandangan kita, tidak bermakna ianya buruk juga pada pandangan Allah s.w.t.."

buat adik2 dan kwn2 kiut miut WebCy!!
sdikit nasihatku buat kalian..

"bila manusia menyukai hasil kerja kita, tidak bermakna Allah juga menyukainya."

"Andai Islam itu payah bgmu, sudah tentu kalian tidak berada dijalan agama ini sekarang.."
-jdinya, Islam itu mudah, setakat meutup aurat itu mudah dan menyenangkan hati kita dan mereka yang melihatnya..=)

"jika kalian mengetahui sesuatu itu bakal mengundang murka Allah, jauhilah ia dan tegurlah mereka yang terleka atau tidak tahu.."
-Moga Allah memberkati hidupmu..

akhirnya.. pesan ini utk diriku jua yng sering sja lupa dan leka.. Dirimu jua kuharap utk mengubahku.. BOLEH WEBCY-IANS??????

SO.....!!


ni la bebudak dalam webcy..

malam cultural night...

dibuat d padang, Allah membantu kami,
memberi peluang kepada kami merasai membuat event di padang..

ini pulak figure 2 kaum adam yang mengepalai cultural night..

dan pastinya dibelakang mereka mempunyai kaum hawa yang sweet2 !!


malam selepas welcoming and bai'ah ceremony..

yang mana Allah ingin memberi pengalaman kepada kami bagaimana nk menjalankan backup plan..

hasilnya, semua gembira..


inilah kru2 yang menjayakan gimmick di malam WBC..ngeee~~

senyum tige la!!!!

dan kami kaum hawa semestinya penbantu mereka di balik tabir.. ^^

***


hasil kraft tangan setiap org...=)

terima kasih kepada yang membantu secara langsung atau tidak...
pergi bilik ke bilik.. fuhh~~

Ika, mira rais, Syafaf,


mascot dean...kihkih



kih2, hasil kerja pelbagai bidang.. AED, BAR, LAWS, ENGINE.. hehe



bubble machine~~ ngeee


kemana saja dibawa..=p

alat muzik utk para peserta persembahan..=)


campuran idea yang pelbagai dan NAKAL~~

haha..


THANKS A LOT GUYS..
terima kasih kerana sudi senyum padaku..
sebenarnya sy sangat2 bertuah!!

***

for my sweet roomate..
thanks a lot...
syukran jazilan jiddan jiddan!!
terima kasih bebanyak,
ur gift is very cute ...



I love u so much!!!
u like a star which is first time i'll laugh while i saw it..=)
hihihi....

akhir kalam..

..:: I wanna say from my heart ::..

THANK YOU ~
I AM SORRY ~
PLEASE FORGIVE ME ~
I LOVE YOU ~


Wednesday, April 13, 2011

my heart blinds....

salamualaik..






these days you love me,
these days i forgot You,
I'm looking for you,
Anywhere,
Anytime,

You just look on me,
I never know to look on you,
You never tired to take care of me,
I always forget to thank to you.

i'm always alone,
my heart always lonely cry,
do you hear me?
I love You,
I need You in all time.




You always beside me,
You never run away from me,
I feel very bad,
my heart is very evil,
I'm sorry,
please forgive me,

In all time,
i'm trying not to forget You,
Anywhere,
Anytime,
I realized I have nobody,
only You,
Only You in my heart,
and my heart belongs to You.










Wednesday, December 15, 2010

let me alone!!!



bismillahirrahmanirrahim

"Ah!!" batin gadis itu menjerit.

"macam ni rupanya..." gadis itu bersuara perlahan.

matanya redup memikirkan banyak perkara. dia menganalisis kembali overall roughly. ternyata dia silap. selama ini difikirkan kawan itu segala2 nya, kawanlah pengubat duka, kawanlah tika suka... ternyata kawanlah pengguris hati, pisau yang tajam menikam perlahan2 tanpa sedar. sehebat mana pon seseorang itu, bila dia salah, dia tak akan sedar, sebaliknya terus bangga kerana dapat melihat salah orang. Alhamdulillah kerana dia nampak salah orang dan menegur, tetapi adakah orang lain tiada hati dan perasaan???.


Gadis itu merenung seketika. " macam mana nak buat ni?"

tiba-tiba, muncul satu bisikan di telinganya.
'sekarang kau buat apa yang kau nak. Jangan peduli hal orang dah.'

'Boleh ke??' gadis itu terfikir. kemudia dia menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Dia takpuas hati ape dengan aku? Apa yang dia dengki sangat dengan aku? Apa yang dia nak sebenarnya daripada aku? ape hak dia nak mengawal segala tindakan aku?? ibu aku xpe la..ibu..." gadis itu bertanya sendiri.

lastlast gadis itu sedih seorang diri.tak tahu punca. akhirnya kepada-Nya jua gadis itu kembali berserah.

sapa yang nak tolong gadis itu??

"takpe.. saya kan ada. saya akan tolong awak. mungkin kita boleh jadi kawan?" saya berkata kepada gadis itu.

"boleh ke?"

"ape pula tak boleh? saya selalu perhatikan awak, sebenarnya saya selalu ja dekat dengan awak. tapi awak tak penah nampak dan sedar kehadiran saya. awak asyik dengan kawan2 awak yang lain je terutama yang sorang tu. tengok, dia pun tak dapat tolong redakan perasaan awak. saya juga yang jadi pendengar awak kan?"

"tapi, dia dengar juga apa saya cakap, saya seronok sembang dengan dia, apa-apa saya citer kat dia. dia seorang pendengar yang baik."

"kalau dia seperti yang awak cakap tadi, kenapa awak sedih sekarang? awak kena bersama dengan seseorang yang betul2 pendengar yang baik. awak ni banyak masalah. kalau kawan awak tu memang pendengar yang tapi, seorang penyindir yang baik juga, nak buat apa?awak gak menderita kan? betul tak apa yang saya cakap?"

"em..." gadis itu terkelu.
"betul juga."

"Jadi, kita jadi kawan nak?" saya bertanya kepada gadis itu.

"ok, moga dengan persahabatan ini, saya dah tak sedih."

"Insya-Allah, tapi kena ingat, sedih itu satu perasa dan pemanis kehidupan, awak perlu juga sedih untuk peroleh kegembiraan. kan Allah juga berfirman dalam Al-Quran, setiap kesedihan itu diganti dengan kegembiraan dan kegembiraan itu disilih ganti dengan kesedihan?"

"ye2.. insya-Allah.. terima kasih. saya rasa tenang sikit. terima kasih ye sahabat baruku.:)"

gadis itu sudah boleh tersenyum. saya juga jadi gembira bila lihat orang gembira. tapi, dunia sekarang tak lepas daripada orang2 yang xsenang dengan kegembiraan orang lain. nauzubillah..

:))))

Tuesday, November 23, 2010

belajar!!


banyak perkara lagi yang tak tahu..
banyak perkara lagi yang perlu tahu..
banyak perkara lagi yang perlu belajar..
banyak perkara lagi yang perlu diambil perhati..
banyak perkara lagi yang perlu di buat..

tp,
apa tindakan kita??
bergerak!
moga Allah permudahkan jalan2 hambanya..

Saturday, November 20, 2010

Keredhaan-Mu

Assalamualaikum
bismillahirrahmanirrahim..

ada seseorang ni,, dia pasangkan lagu ni,keredhaanMu nyanyian kumpulan in-team. mungkin dia suka.. bila saya dengar, tiada yang memberi kesan. tp katanya, "hayati lagu ini,dan muhasabah diri". maka saya pon menghayatilah.. memang sangat mempunyai makna. padahal lagu ni dah lama dah. cumanya saya xpernah nak menghayati masa mendengarnya. jadi, marilah kita sama2 menghayatinya...

KEREDHAAN-MU

Ya Allah, Ya Tuhanku
HambaMu merindukan
Rahmat kasih sayangMu
Dan jua keredhaanMu
Dalam hidupku

Meskipun ku ulangi dosa noda
Yang menjanjikan azab sengsara
Namun ku sedari
KeampunanMu tidak bertepi

Ku akui diri ini
Hamba yang mungkir pada janji-janji
Jadikanlah taubat ini yang sejati
PadaMu Ilahi

Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku
Ya Allah, redhakanlah kehidupanku
Moga terhapus penghijab kalbu
Antara Kau dan aku

Tuhan,
Ku zalimi diri ini
Andai Kau tak ampuni dan rahmati
Alangkah ruginya diri

Tuhan,
Jangan Kau palingkan hati ini
Setelah Kau beri hidayah
Sesungguhnya Kau Maha Pengasih

i love it too!

Monday, November 15, 2010

Itulah Engkau

Bismillahirrahmanirrahim...

Sahabatku..
Aku tahu sekarang,
itulah engkau..

engkau sedarkah siapa engkau?
Aku yakin engkau sedar,
kerana engkau lebih mengenali diri sendiri.

Aku tersenyum,
tersenyum pada kisahmu.
Aku tertawa,
tertawa dengan telatah orang padamu.
Itulah engkau..
sama ada engkau sedar atau tidak,
engkau lebih baik dariku.

Aku mengaku,
Aku menyedari,
Aku sudah tak mampu lari lagi,
lari daripada kenyataan,
bahawa itulah engkau.

Aku sedih,
kerana aku bukan engkau.
Aku sakit hati,
kerana fikir engkau tak faham aku,
padahal itulah yang terbaik,
yang mampu engkau lakukan untukku.

Aku berterima kasih,
kerana engkau menjadi engkau,
kerana sudi disisiku,
kerana bijak melayan kerenahku,
dalam diam kau mengajar aku,
untuk aku menjadi aku!

semakin jauh aku korek,
semakin aku nampak cahaya penghujung,
biar cahayanya kecil seurat rambut,
Tapi aku yakin,
aku mampu besarkan lubang cahaya itu.

Cuma, aku minta,
aku minta jasa baikmu,
kongsilah kelebihanmu denganku,
atau ajarkanlah aku,
supaya aku pandai mengajar diriku.

Aku kagum,
sepinggir-pinggir diri aku rasanya,
aku fikir,
engkau juga sama denganku,
tapi semuanya meleset,
kerana engkau,
jauh dikenali dan dikagumi.

Aku jadi rendah diri,
tapi aku jadi bangga sejenak,
memikirkan benar itu engkau,
engkau sahabatku.
Aku sayang kau!

Sayangku bukan kerana,
pandangan orang padamu,
tapi, sayangku padamu kerana,
itulah engkau!

Pesanan buat engkau,
andai kau baca ini,
Ketahuilah, aku malu pada diriku,
maka aku malu juga,
untuk berhadapan denganmu.
cukuplah kau tahu apa yang perlu kau tahu,
tahu hatiku ini yang sangat perlukan tarbiyah.

Andai kau sedar ini engkau,
Bersyukurlah,
engkau berjaya mendapat tempat di hati manusia.

Andai kau sedar ini engkau,
diamkan saja,
cukuplah sekadar senyum padaku,
agar aku mengerti,
engkau mengerti apa yang ingin aku sampaikan ini,
cukuplah kita berinteraksi dari hati ke hati dalam soal ini,
agar tidak gugur air jernihku,
gugur dihadapanmu lagi,
kerana terharu dan sedih,
kerana itu kelemahanku juga,
sensitif pada kata-kata sebarangan...

by the way,,
terima kasih sahabatku...
I LOVE U so much!!!

Tuesday, October 26, 2010

Jangan lupa ucap alhamdulillah...

Bismillahirrahmanirrahim..

Kelas bermula hari ini. tapi xsemua kelas lecturer masuk. Kelas saya hanya ustaz Mazheng je yang masuk mengajar..

Bila dah start kelas, teringat plak masa sem lepas. Ustaz Sudan..He2..

"Umi, ustaz Sudan la..."

Sem, ni, nanti nak cakap macam mana plak kat umi??

"Umi, ustaz Shanghai la..."

Huhu.. [tak abih2 ngadu..] eh! bukan ngadu, bercerita. Semua perkara yang berlaku saya cerita. Bukan! saya maklum kpd ibu tersayang. Saya berkongsi cerita.. Daripada perkara yang saya meluat, xsuka, benci, tak puas hati hingga ke perkara suka, menarik, dan gembira. Umi akan tahu. kecuali, perkara2 yang sedih. sebab taknak umi sedih juga.

Alhamdulillah, umi semakin faham keadaan saya. kerja saya, study saya, kawan2 saya, dan yang paling bersyukur, umi sentiasa ingin memuaskan hati anak2nya. mungkin sebab itu, bila saya berjauhan dengan umi dan rasa xpuas hati terhadap sesuatu, dan orang tak dapat nk setlekan ketidak puasan hati saya, saya jadi tertekan.Rasa macam nak sembur,syukur dapat kawal.[hehe, leh caya ke??] Kerana terlalu banyak perkara yang saya tak puas hati, umi sentiasa nak anaknya puas hati.. saya dah jadi terbiasa dengan keadaan itu. Tengah dalam proses penyingkiran karat manja tu.[huhu]..

Allah Maha Mengetahui...
Dia juga faham keadaan saya yang kadang2 saya sendiri pon tak faham.[haha, pelik dak??]
Allah Maha mendengar...
tapi, saya lupa.. Saya menyalahkan perkara yang sememangnya saya mintak pada Allah.
Allah Maha Pemurah...
Allah beri apa yang saya mintak, tapi saya lupa, itu yang saya mintak...
Maafkan saya Ya Allah...
Saya dah sedar sekarang...

"SETIAP PERKARA YANG BERLAKU ADA HIKMAHNYA."
"ALLAH BERI SEGALA PERKARA YANG DIMOHON OLEH HAMBANYA SEBAGAI SUATU NIKMAT DAN UJIAN."
"ANGGAPLAH NIKMAT YANG DITERIMA SEBAGAI UJIAN, AGAR KITA SENTIASA INGAT PADA ALLAH."
"ANDAI TIDAK BERPUAS HATI DENGAN ORANG LAIN, INGATLAH ALLAH AKAN SENTIASA AKAN MEMUASKAN HATI HAMBANYA MELALUI DOA HAMBANYA."
maka, "BERDOALAH KEPADA ALLAH WALAU DIMANA ANDA, WALAU DALAM KEADAAN MANA PON SEKALI PON."

ALLAH MAHA DENGAN 99 NAMANYA..

kita kena sentiasa ingat pada Allah, gerenti kita akan ingat apa doa kita dan apa janji kita dengan Allah... Tp kita sering leka, lupa[ke.. nyanyuk??] bahawa, doa kita itu Allah dah makbulkan...Kita ralit, kerana sikap yang tidak menghargai.. kerana itu juga banyak orang yang senang hati melanggar perintah Allah.Nauzubillah kita tergolong didalamnya..

Akhir kalam... SERONOK MASUK SEM BARU..!!! BELAJAR CORE COURSE LAGI...!!! HEHEHE.....

Wallahua'lam...

Wednesday, September 22, 2010

Janji ku mungkiri...!_!

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum...


Album : Insan Istimewa
Munsyid : De Hearty
http://liriknasyid.com

Semalam ku berjanji
Pada diriku ini & jua kepada diriMu
Daku telah berjanji
Tak akan mengulangi kesilapan kulakukan kelmarin

Tapi hari ini Kau saksikan
Diri ini telah lakukan
Dosa yang kujanji takkan ku ulangi

Rasa seperti telah hilang percaya pada diri
Dan rasa amat malu untuk menghadapMu
Kerna ku sering mungkir janji pada diri sendiri
Oh Tuhanku kuharap ampunan dariMu

Oh Ya Allah,
Telah kurasa seluruh nikmatMu
Umpama istidraj yang menggunung tinggi
Kerna kesilapanku yang sendiri tak mampu
Untuk Iltizam pada taubatku...Oh Tuhan

Oh Tuhan
kuharapkan..Kau ampunkan dosaku
Hulurkanlah padaku maghfirahMu
Ku sedar diri ini hanya hamba yang lemah
Oh Tuhan Kau terimalah taubatku..



ya Allah....... Ampunkan hambamu ini..
Sedarkah kita??
kita telah sangat banyak melakukan dosa pada-Nya.
daripada bangun pagi,
hinggalah nak mati kecil,
ada saja perkara yang dibuat agar mengundang murka-Nya.
sekalipun sekecil zarah iaitu melalui hati.
Maksiat yang menggunung
tapi taubat digulung..
bagaikan nak buat kek gulung.
selepas selesai masuk mulut hancur gitu ja...
adakah taubat sebegitu mudah??!!
Allah maha pengampun lagi maha pengasih..
jika hamba2-Nya menghadapnya dan memohon ampunan,
pasti Dia maafkan.
tapi kita memandang ringan pada kebaikan Allah,
kita masih mengulang dosa yang sama,
biarpun dosa yang sekecil zarah,
andai kita memohon taubat pada-Nya,
wajib kita tinggalkan.
Tapi apa yang jadi??
dosa yang dijanjikan akan ditinggalkan masih berlaku kemudian hari.
kenapa hal ini boleh berlaku??
adakah kerana Allah tidak menerima taubat kita dahulu?
sehinggakan kita mengulang dosa yang sama?
mungkinkah kita tidak cukup keikhlasan ketika sujud pada-Nya,
ketika menadah tangan mohon ampunan daripada-Nya.
Nauzubillah..
Moga Allah menerima taubat kita biar tidak kesepenuhnya,
sedikit pun jadik la.
Agar kita punya rasa kesedaran dan perasaan untuk berubah.
Apa kita fikir, kawan2 tak tahu, Allah juga tak tahu??
itu lah pemikiran orang yang kufur,
kerana tidak percaya kewujudan 'mata' Allah sedang memandang.

***

Ya Allah, jauhkan aku dari maksiat yang paling berat, zina hati, zina yang paling halus, paling tidak disedari, paling leka menghayati. Ya Allah jauhkanlah.....


Tuesday, September 14, 2010

Kenapa??


bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..



Ya Allah.. Apa dosa dia? kenapa dia ditimpa dugaan sebegitu? Aku juga hairan. kenapa anak2nya begitu? aku sangat sedih mengenangkannya. Anak2nya sangatlah teruk. Belajar tinggi pun xguna. Menyusahkan makbapak ja. patutnya lagi besar, lagi menyenangkan hati, ini tidak!!! lagi menyakitkan hati ada la.. Sorang dengan pentingkan diri, sorang tu jenis menyombong, sorang lagi plak jenis merajuk xkna tempat. yg len otak xbetul la degil la.. teruk la ibu tu jika begitu. tp dia sabar sahaja. dah anak dia, nak buat macammana. xkan nk bunuh kot. walaupun, andai dia tahu anak2nya akan jadi seteruk itu, dipicitnya hidung anak2nya tu sampai mati ms lahir lagi.. tetapi masa depan hanya Allah saja yang tahu. semuanya kerana ketidakfahaman. yg anaknya tu punyalah nk menggembirakan hati mak ayah dia, tp mak ayah dia xfaham n buat bertentangan dengan kehendak anaknya. mungkin juga pemikiran xsama. pemikiran org tua dan remaja. last2 apa yang jadik?? bertengkar la anak beranak.. huhu.. lagi satu salah ibu dia juga, bila anak dia buat perangai bukannya nak bagi tazkirah ke, nasihat ke.. ini x, membebel ayat yang menyakitkan hati. memang lah anak2 dia xsakit hati juga. remaja zaman sekarang dah xboleh marah2, nt naik kepala lagi ada la,.. depa tu kna balas dgn kata2 secara berhikmah. kerana remaja sekarang dah tahu fikir. setiap perbuatan yang org sekeliling dia buat, dia akan nilai. dah lumrah sekarang remaja membanding2kan dengan orang lain. andai kawannya ada henpon baru, dia juga nak henpon baru. manakala mak ayah sekarang pula xtahu nak bertegas. konon2 xnak anak2 kecik hati. padahal anak2 tu bukannya matang lagi nak wat keputusan sendiri. depa wat tindakan sumanya berlandaskan nafsu. sepatutnya ibu dan ayah la yang sepatutnya menjadi panduan kepada anak2.. bagi tunjuk ajar.. bukannya biar anak tu buat semua sendiri. betullah anak2 perlu dididik supaya berdikari, tetapi bukannya sampai segala tindakan anak2, parents xtahu dan juga tak dikawal. bukannya mintak dikongkong, tapi minta ditunjuk ajar andai ada tindakan yang salah dilakukan.. in tidak, sampai result exam ank pun xtahu, apa tidaknya, anak2 tu ambil exam pun xtahu bila.. remaja sekarang tahu nak bebas ja. tp dalam masa yang sama parents perlu tahu aktiviti anak. bukannya mengawal 100% tapi bertanya sekadar ingin tahu. sekurang2nya anak2nya tahu dia diambil berat oleh ibubapanya..anak2 pula xbagi tahu apa yang depa nak or xtaknak. tahu tarik muka 14 ja. ibubapatak tahu kalau xbagitahu. tapi kenapa??? kenapa xnak bagi tahu??? mungkin dia berharap. ibubapanya yang tanya.??? tapi ibubapa sekarang pula berharap anak2 yang bercerita kepada mereka.. huhu.. memang takkan sefahaman lah.. tetapi, keluarga yang bahagia sememangnya dicemburui oleh anak2 dan ibubapa2 ni.. kerana semuanya disebabkan oleh sikap induk itu sendiri dan pemakanan anak2..

Wednesday, September 8, 2010

harapan Tidak buta

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم


Berjalan di jalan yang terang
Agar tiada jatuh dan tersungkur
di persimpangan
Berhati bila di jalanan

Bimbang datang ujian
Menduga keimanan

Sudah menjadi suratan
Setiap sesuatu bersifat sementara
Jerih perit di dunia
Terungkai dek pawana
Hembusan ketaqwaan

Pilu melihat mereka
Dihimpit kemiskinan
Yang serba kekurangan
Berkat walau sedikit
Terukir keredhaan
Di wajah ketenangan

Masih ada harapan
Ubah nasib kehidupan
Bekalan ilmu yang berguna

Berjalan di jalan yang terang
Agar tiada jatuh dan tersungkur di persimpangan
Berhati bila di jalanan
Bimbang datang ujian Menduga keimanan

Berusaha hindar keculasan
Waspada kefakiran
Jerumuskan kekufuran
Maruah dibela dijaga
Tidak meminta-minta
Hanya Tuhan segala

Mereka fakir di dunia
Namun berilmu dan beramal mulia..

subhanallah...
sedihnya dengar lagu ni... saya teringat diri saya.. juga para pejuang yang lain terutama di palestin.. hidup ini, kita xboleh putus asa. tak boleh!!! setelah sekian lama saya perhatikan, diri saya, kawan2 saya, dan org skeliling saya, setiap org perlukan org lain utk tashjiq mereka. itulah kunci supaya kita tidak tersungkur. terutama mereka yang jauh dalam perjuangan. hanya Allah tempat paling dekat mereka bergantung. sesetengah orang itu memerlukan kata2 semangat dan motivasi selalu, jika tidak, dia akan leka dan meluru melakukan tindakan mengikut hawa nafsunya.. byk sangat mesej yg nk dsmpaikan dari lagu ni.. kita msti berusaha biar sampai ke titisan darah yg terakhir.. sbnya, Allah sentiasa buka peluang kat kita utk berjaya. . (utk diri sy terutamanya) Allah tidak akn ubah nsib seseorang melainkan org tu yg ubah sendiri.. semuanya kerana diri sendiri yang xnak benda tu, bukan Allah yang takdirkan begitu. kebanyakan orang tahu menyalahkan Tuhan yg menciptanya. tp dia tak sedar yang dia tu sangat hina di mata-Nya..(T_T) bila kata Allah itu tempat pergantungan dan tempat meminta pertolongan, maka mohon lah kepadanya. tetapi kadang2 tu, malu nk menadah tangan selepas solat. memang lah berdoa selepas solat itu tak wajib, kerana setiap kata2 kita dalam solat itu dah dikira doa terutama doa iftitah.. sebab itu kita disunatkan membaca doa itu.dan sebab itu juga kebanyakan orang menyapu tapak tgn ke muka selepas memberi salam yang kedua..
kerana mengaminkan segala doa yang terlafaz di dalam solat itu sendiri. tetapi, kalau dah maksud bacaan dalam solat pon tak faham, bagaimana???? jadinya, fahamkan la ia. baru ikhlas , khushuk, dan link tu ada dengan Allah.. Tapi berapa ramai yang mampu mencapai tahap itu. tahap kesufian yang tertinggi??? (T_T).huhu... marilah sama2 kita muhasabah diri..
saya rasa xpuas muhasabah sorang2.. saya perlukan orang lain dengan saya. sama2 kita nasihat menasihati.. saya suka dengar nasihat. saya suka..tapi, siapa ada di sisi saya sekarang???

Sunday, September 5, 2010

kepulangan..


Bismillahirrahmanirrahim..
assalamualaikum..

alhamdulillah, setelah 3bulan lebih di cfs, akhirnya 4hb, 3pagi saya menjejakkan kaki di rumah juga.. hati yang teramat rindu pada famili akhirnya terubat jua. Dah ramai org kata, "hidup ni ibarat roda". kadang2 naik, kadang2 jatuh.. begitu la saya,sy seorang hamba Allah, seorang umat Rasulullah, seorang anak, seorang kakak, seorang adik, seorang rakan, seorang teman, seorang kawan dan seorang yg hy satu2nya muslimah insya-Allah muka bumi ni.

andai kita gembira pada suatu ketika, jangan kita lupa bahawa kesedihan sedang menunggu kita.
Allah dah susun takdir hidup kita cantik dah..
Cuma semua itu bergantung pada diri sendiri sama ada sedar atau tidak. begitu juga dengan kejayaan. Saya berpegang pada " Gagal sekali xbermakna gagal selamanya." maka, " berjaya sekali, xbermakna tidak berjaya lagi seterusnya."namun, jangan kita lupa juga bahawa Allah telah menetapkan qadar seseorang muslim itu dah sangat cantik.
Andai kita gagal sekarang, jgn kita lmah smangat kerana Allah telah menjanjikan yg lebih baik pd masa akan datang. begitulah ustaz, ustazah berkata..yang pasti semua tu mg dah termaktub dalam Al-Quran...

JIka di asrama saya selesa, gembira di kelilingi kawan2, jgnlah saya kecewa andai di rumah tidak begitu. kerana setiap kegembiraan itu ada kesedihan dan setiap kesedihan itu Allah akan gantikan dengan kegembiraan semula..

Saya bersyukur dan sangat bersyukur kerana berada di cfs, kenapa?
kerana saya dididik disitu satu jalan yang xsuma orang dapat lalu jalan tu. saya akan jadikan perjalanan di jalan itu satu kenangan, satu hadiah, satu rahmat daripada Allah.
Alhamdulillah bila di rumah saya dididik di jalan yang sama. Walaubagaimana pun, mehnah dan cabaran tidak pernah lekang dalam menelusuri perjalanan yg jauh. saya hanya musafir sementara.. Alhamdulillah, alhamdulillahirabbil 'alamin, saya tidak pernah matikan enjin kenderaan saya utk sampai di destinasi yg abadi. mgkin pernah berhenti di stesen tol tapi dengan pembayaran dari adik beradik n diri sendiri, saya teruskan juga perjalanan, biarpun banyak R&R, tp tak boleh stuck di situ.. itu suma nafsu saja..

"ada hikmah di sebalik semuanya"
itulah ungkapan yang saya selalu guna utk pujuk hati yang selalu tersentuh.
bukan saja kerana saya ini manusia, saya juga seorang muslimah..
hanya kesabaran saja yang berjaya mengalahkan amarah.
tetapi itulah yang paling sukar nak dijinakkan.
silibus kesabaran saya belum lepas, bagaimana nak ke silibus seterusnya???
Astaqfirullah.. ku hanya mampu menunggu kepada seorang insan @ apa saja yang boleh memberi arahan, mngontrol, dan mengubah diri ni.. walau sebenaqnya telah ada tp bila kesedaran ku n dia akan menyala? seterusnya sama2 menghapuskan virus n trojan dunia ni???? bila?? bila dah pulang kepada tuannya, dah xmampu buat ape2 dah..


Thursday, July 15, 2010

Siapa kamu???

bismillahirrahmanirrahim..

teman? rakan? kawan? sahabat? saudara? adik beradik??

apakah perbezaan semua ni??
pelbagai orang, pelbagai ta'rifnya..

adakah kita perlukan mereka??
ye.... kita amat perlukan mereka..
tp yang mana satu lebih kta perlukan?
mungkin ada yang berpendapat;

1) "saya perlukan teman sejati."
2) "saya ada rakan2, merekalah yang menolong saya."
3) "tu kawan saya, sayan suka kawan dengan dia."
4) "inilah sahabatku dunia dan akhirat."
5) "kita kan saudara seislam?"
6) " kamu adalah adik beradik saya.'

antara semua2 tu, mana satukah kata2 kamu??

bagi saya, untuk sekarang ini, paling dekat dengan saya adalah adik beradik saya selepas ayah dan ibu.
kalau saya ada masalah terpendam, saya ceritakan kepada adik beradik saya..

siapa adik-beradik saya??
adik?
kakak?
abang?

ye.... mereka tu semua adik beradik saya..
saya sangat beruntung dikurniakan adik-beradik seperti mereka.

mana perginya kawan saya? sahabat saya? rakan saya? teman baik saya?? terutama saudara seislam saya?
firman Allah; "setiap muslim itu bersaudara."

mereka semua tu..
mereka ada...
tapi mereka macam jauh ja dengan saya..
bila saya ada musykilah, susah nak bercerita.
susah nak meluahkan perasaan..
susah nk kongsi perasaan.
kenapa??
sebab mereka xfhm situasi saya.
saya dalam kemelut..
dunia dan akhirat.
hanya pada Allah saya mohon dipermudahkan urusan..
Firman Allah; "dan mintalah pertolongan (pada Allah) dengan jalan sabar dan mendirikan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali bagi orang2 yg kusyuk."(2:45)

saya tahu, hidup kat dunia ni bukannya senang.
macam2 dugaan menimpa.
lain orang lain dugaan n ujiannya.
sebab firman Allah;
"Allah tidak membebani sesorang itu melainkan sesuai dengan kemampuannya."(2:286)

terutama sekarang ni musim peperiksaan.
quiz mengejut.
huhu..
semua tu salah saya sendiri sebab tak ambik ihtimam masa ustaz bagi tau tarikh exam..
xleh nak salahkan orang.
saya perlu sedar kesalahan yang saya sendiri created.
firman Allah;
"Sesungguhnya org2 yang bertaqwa apabila mereka ditimpa was2 dari syaitan, mereka ingat kpda Allah maka ketika itu juga mereka akan melihat kesalahnnya(sedar kembali)"(Al-'Araf:201)

memang jadi pengajaran la tu.
walaupun ustaz n ustazah cakap, ada murid dia yang faham, ada juga yang xfhm...
huhu, saya la tu..
apa boleh buat saya memang xpandai macam sesetengah orang..
tapi saya tetap sedar, Allah menciptakan setiap dari hambanya sama saja.
saya patutnya lebih banyak bersyukur.
firman Allah;
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur,pasti kami akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." (14:7)

semuanya terpulang kepada hambanya masing2 utk berusaha dan menjadi lebih pandai.
bagi saya, saya bukannya tak boleh..
tapi boleh, malah boleh jadi yang TERBAIK.
itu semua bergantung pada diri saya sendiri.
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum hingga kaum itu mengubah apa yang ada di dalam diri mereka"(13:11)

ibu saya pernah berkata;"kakngah boleh, tapi kakngah je yang xmau."
sedih betul bila pikir balik kata2 tu.
kenapa mesti saya xnak?
mungkin Allah nak tunjuk yang lebih baik selepas tu??

ya betul tu..
ibu saya agak terkilan pada awalnya, tapi sekarang dia lagi terkilan dengan saya.
walaupun pointer saya xsegempak adik berdik saya yang lain,
tapi saya bahagia dengan penerimaan ibu saya.
sebab kadang2 apa yang ibu saya nak bukanlah terbaik utk saya. begitulah sebaliknya pada diri saya.
firman Allah;
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah lebih mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (2:216)

apa ibu saya kata; "tu la kakngah, umi dah kata kakngah boleh. xpe, lpas ni boleh dapat 3.7 pula."
=) =D =)
alhamdulillah.. teknologi sekarang semakin maju.
Allah nak tunjuk kat saya, andai saya yakin dengan-Nya, apa yang saya nak semua akan dapat.
saya dapat famili saya,=) saya dapat adik beradik saya =) saya dapat rakan2 saya...=)
firman Allah;
"Janganlah kamu nerasa lemah dan berdukacita, kamu adalah lebih tinngi(darjatnya) sekiranya kamu beriman." (Ali-Imran:139)
mampukah saya mencapai tahap ini?? insya-Allah..

ye.. saya lagi suka sebut rakan..
hehe..
kenapa?
entah, mungkin lagi sedap kot..
Ya Allah, saya berdoa kepada Mu semoga adik beradik saya yang lain percaya dan yakin denganMu.
janganlah biar kami putus asa dengan rahmatmu.
firman Allah;
"....dan janganlah kamu berputus asa darpada rahmat Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Yusuf:12)

kadang2 dugaan tu datang bertubi2 dan pelbagai persoalan timbul..
masa tu la Allah nak uji keyakinan kita pada Nya.
firman Allah;
"Apakah manusia mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan 'telah beriman' sedang mereka tidak diuji?" (Al-Ankabut:2)

bagi saya bila masalah dan dugaan tu menimpa saya, saya rasa nak marah.
tapi saya lupa , saya marah pon apa yang saya dapat. hanya iblis dan syaitan je yang bersorak gembira.
jadi, lebih baik saya diamkan saja.sabar saja lah..
firman Allah;
"wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu, dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih dari kesabaran musuh di medan perjuangan, dan bersedialah serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya." (Ali-Imran)

tapi nak kawal nafsu tu bukan senang. tambah2 kalau seseorang tu perempuan.
nafsu 9, akal 1. lain pulak lelaki, akal yang 9, nafsu hanya 1.

=) apa la yang saya mengarut kat atas tu.
kesimpulannya, saya hanyalah seorang hamba Allah yang hina lagi daif,
saya ada banyak tanggungjawab, tapi saya selalu cuba menangguhkannya.
ampuni saya Ya Allah.
Hanya engkau saja yang mampu dan berkuasa untuk memberi taufik dan hidayah kepadaku.
saya berharap perkara yang sedang saya ubah sekarang, saya boleh beristiqamah..

1) BOIKOT BARANGAN ISRAEL.!!!!!!!!!

bukan senang tu, hasutan2 syaitan banyak saja.
Tsauban ra meriwayatkan hadis daripada Nabi saw yang berbunyi;
"Istiqamahlah kamu dan jangan sekali-kali menhitung amalanmu."

Alangkah indahnya juga kalam Abu Ali al-Jauzajani yang membenci perbuatan sebahagian org yg mencari kemuliaan diri melalui karamah;
" Jadilah penutut Istiqamah, jgn jadi penuntut karamah."

begitu juga Muhammad al-Wasiti berkata;
"Istiqamah adalah akhlak sempurna, tanpanya akhlak menjadi buruk."

2) SABAR!!!
firman Allah;
"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang2 yang berjihad di antara kamu, dan belum nya orang2 yang sabar."
(Ali-Imran:142)

insyaAllah, bak kata sorang akak tu.
kita nak ubah biar sikit2, bukan sekali gus.. syukurlah kalau dalam sehari tu dapat kita kurangkan sedikit bnda lara yang kita buat..
manusia tidak sempurna dan tidak akan pernah sempurna.
manusia sentiasa melakukan kesilapan dan xkan pernah lekang daripada melakukan kesilapan.
manusia semuanya hina pada pandangan Allah melainkan manusia yang benar2 beriman dan bertaqwa kepada Allah.
Semoga adik-beradik, teman, rakan, kawan, sahabat dan semua saudara saya yang membaca luahan ini akan tergolong dalam kalangan manusia yang mendapat rahmat dan hidayah daripada Allah serta tergolong dalam manusia yan soleh solehah di dunia dan di akhirat..
firman Allah;
"Dan tiada kehidupan dunia ini selain dari main2 dan senda gurau dan sesungguhnya kampung akhirat itu lebih baik bagi orang2 yang bertaqwa. Apakah kamu tidak berfikir?"

(Al-An'am:63)

Wallahu a'lam bisawab......

Allah Maha Pemurah~~^^

"Siapa yang takutkan Allah (bertaqwa kepadaNya), maka Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberikannya rezeki dari jalan yang tidak disangka." (Al Talaq: 2)