Ujian untuk diriku

"ALLAH TIDAK MEMBEBANI SESEORANG ITU MELAINKAN SESUAI DENGAN KEMAMPUANNYA."(AL-BAQARAH:286)




Allah Maha Melihat~~^^

"Tidak berlaku bisikan antara tiga orang malainkan Dialah yang keempatnya, dan tiada (berlaku antara) lima orang melainkan Dialah yang keenamnya, dan tiada yang kurang dari bilangan itu dan tiada yang lebih ramai melainkan Ia bersama-sama mereka di mana sahaja mereka berada." (Al Mujadalah: 7)

Klik sini untuk ikut ~~=)

Sekarang pukul.....

Hari ni hari.....

Friday, April 29, 2011

Khasiat biji KOKO~~

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليك

Pada kesempatan ini, saya ingin memperkatakan tentang kelebihan koko dan mocha Radix. ini lah lebih kurang rupanya..






kenapa saya nak hurai panjang lebar ni??
supaya kalian minum koko dan mocha radix ni bukan kerana semangat atau kerana kesedapannya semata-mata, tetapi kerana ada ilmu didada.. tanpa ilmu, kita tidak akan akan sesuatu.. sedikit kelebihan2 koko yang akan saya ceritakan.. let's go...

Koko atau nama saitifiknya ialah Theobroma cacao dari keluarga Malvaceae sebenarnya mempunyai khasiat ubatan yang sangat tinggi namun ia lebih dilihat sebagai penyedap minuman sahaja..

Pertamanya:
koko mengandungi antioksidan yang sangat tinggi. Antioksidan ialah bahan yang digunakan oleh tumbuh-tumbuhan untuk daya tahan daripada serangan pelbagai penyakit. Dalam perubatan Thib Nabawi kita akan melihat banyak dari sumber tumbuh-tumbuhan telah digunakan untuk tujuan kesihatan seperti kurma, madu, minyak, zaitun , kismis, dan lain-lain lagi..

Sihat itu boleh berlaku dengan langkah pertama. Mencegah itu boleh berlaku dengan menggunakan herba yang mengandungi mineral, vitamin, dan bahan-bahan tertentu.

Allah menjadikan antioksidan yang diperlukan oleh tumbuh-tumbuhan dan dalam masa yang sama juga untuk kesihatan manusia sebagai khalifah Allah. Allah melarang menggunakan bahan-bahan yang haram {"Dan makanlah dari apa yang telah diberikan Allah kepadamu sebagai rezeki yang halal dan baik, dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu beriman kepada-Nya" [Al-Maidah:88]} dan boleh membinasakan tubuh untuk jangka panjang dan KOKO memiliki antioksidan yang tinggi dan digunakan untuk penjagaan kesihatan yang menyeluruh.

kajian baru sangat memeranjatkan dunia di mana 4 penyakit utama dapat dirawat sehingga penyembuhan mencapai 90%. Penyakit utama tersebut ialah stroke, darah tinggi, kencing manis, dan kanser dengan pengambilan 40 cawan koko seminggu iaitu segelas besar pagi, tengahari dan malam. Penyakit sembuh dengan ketara selepas sebulan mengambilnya.

KOKO juga mengelakkan serang penyakit jantung dengan mengurangi LDL dan menaikkan HDL. Bagi pesakit kencing manis, KOKO juga membantu menstabilkan insulin. Menurut kajian di Universiti Harvard, KOKO mengandungi satu bahan yang dikenali sebagai epicatechin yang berpotensi tinggi menjadi sebuah vitamin keperluan masa kini. Jenis dark Chocolate yang paling baik untuk kesihatan, walaupun tidak ramai yang menggemarinya.

***

bagi pengguna HPA, HPA akan mengeuarkan Minuman KOKO RADIX tanpa gula ( RADIX KOKO DIET) untuk tujuan kesihatan di mana gula yang digunakan boleh diambil daripada madu lebah, gula merah atau gula aren.

MOCHA RADIX mempunyai tiga kekuatan iaitu kekuatan daripada KOKO, kekuatan daripada KOPI, dan kekuatan daripada 7 HERBA yang digunakan. Semua kekuatan itu dibawah kekuasaan mutlak daripada Allah yang Maha Berkuasa.

***

Kesimpulannya, minum la koko untuk kesihatan anda. Coklat juga dapat menyembuhkan kita daripada stress. in sya Allah dengan izin Allah....

Tuesday, April 19, 2011

T_T ---> ^_^ harapanku~~^^

salamualaik..
ingin saya kongsikan beberapa ayat Al-Quran utk kita aplikasikan didalm kehidupan kita..

JANJI

** semalam aku berjanji pada diriku ni,, dan juga kepada diri-Mu..
aku telah berjanji, tak akan mengulangi kesilapan yang aku lakukan semalam..
tapi hari ni, Kau saksikan diri ini telah melakukan dosa yang telah aku janjikan tak akan diulangi.

"Dan tepatilah janji dengan Allah apabila kamu berjanji dan janganlah kamu melanggar sumpah setelah diikrarkan, sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai saksimu (terhadap sumpah itu). Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu perbuat." [An-Nahl:91]



NIKMAT


** Aku telah dikurniakan nikmat yang melimpah ruah.. Aku yakin, ada yang lebih banyak menerimanya.. Namun, Aku lupa diri dan takut kehilangannya.. padahal semua itu pinjaman semata-mata.

"Apa yang ada disisimu akan lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal. Dan Kami pasti akan memberi balasan kepada orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan." [An-Nahl:96]






SABAR

*** Belajarlah untuk bersabar kerana sabar itu separuh daripada iman. orang yang sabar juga adalah sekuat2 manusia didunia ini.. ingatlah ganjaran Allah untuk orang2 yang sabar. kejahatan yang menimpa kita, jangan kita balasi dengan kejahatan juga. tetapi taburi lah dengan kebaikan kerana disitu ada nikmat2nya di dunia dan di akhirat...

"Dan orang yang sabarkerana mengaharap keredhaan Tuhannya, melaksanakan solat dan menginfakkan sebahagian rezeki yang kami berikan kepda mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan; orang itulah yang mendapat tempat kesudahan ( yang baik).

semoga kita menjadi orang yang menepati janji, seorang yang bersyukur dan seorang yang sabar... in Sya Allah.. ~~^^

Friday, April 15, 2011

coretan seorang gadis..

salamualaik..

saya lihat gadis itu.

****

Gadis itu menyelak lembaran diarinya.. matanya berhenti menatap di satu luahan hati. itu dirinya selepas dirinya berpindah tanggung jawab. Hatinya sedih.sebak kerana dia ingin menyampaikan segala isi hatinya yang terpendam kepada saudara2nya. tapi tidak berkesampaian. Maka dicoretnya di dalam diari.. Gadis itu mengharapkan sahabatnya mengetahui isi hatinya, walaupun tidak disampaikan kepada mereka.. mungkin itu suatu kerja bodoh. tp dia tiada cara lain. dirinya yang dhaif ingin sangat berterima kasih dan memohon maaf kepada mereka.. semoga mereka dapat merasai coretan ini khusunya kepada mereka..

coretannya.....

semalam, mcm2 berlaku.. terkenang di sg.lui.. di situlah bermulanya aku terluka hati, kerna terasa tersisihnya diri ni.. di situ lah juga bermulanya aku disayangi.. punya adik beradik yang prihatin.. di situ juga bermulanya segala gerak kerja.. aku py amanah.....

kini, suma dah xde.. yang ada cuma suatu ksepian.. namun aku diredakan, oleh suara2 manja dan lembut dari adik beradikku.. terima kasih semua.. aku sayang kamu semua.. tapi, aku ni siapa?

"boleh kah aku menangis?".. andai aku sedih, inilah soalanku pada sorang adik beradikku.. dia mengerti, segera mendekatiku.. tp aku terkelu.. apa nak cakap.. aku dah serik,nak penatkan dia.. tapi dia xkisah.. itulah dia adik beradikku.. aku tak akan lupa.. aku sayang dia...

bila aku kegeraman, bila aku kesepian.. bila aku keboringan, ku cari orang di sebalah.. tekun dia mendengar.. setuju dgn diriku, aku sangat terharu.. aku jahat kan? org lain jadi mangsa kemarahan aku.. tapi dia sabar.. dia cuba faham aku.. aku sangat berterima kasih padanya..

bila aku down.. aku fikir dia.. ntah apa yang dia dah buat kpada aku, tapi aku rasa sayang padanya.. dia memotivasiku.. aku kagum.. kenapa semua orang tak mcm dia? mgkin kerana itu amnahnya lebih berat daripada aku.. terima kasih sangat2.. aku sayang kamu wahai mawar berduriku....

maafkan aku.. aku selalu nak marah dia ini.. tapi aku bukan sengaja.. ia diluar kawalanku.. aku sayang dia. jika bukan kerananya, aku xkenal diri aku.. aku terharu, dia sangat sabar denganku.. dialah adik beradikku yang terkuat.. aku tahu dia sedih sb aku. tapi dia xtunjuk.. kenapa aku xdapat jadi mcmnya? hati yang kental dengan dugaan??

aku selalu perhatikannya.. dari jauh.. aku nak tegur, tp, knapa tidak? hehe..aku tahu dia tak sedar pon kehadiran aku.. walaupun jumpa selalu, bertembung selalu..aku jeles dengan orang yang sembang2 dengan dia.. dia bagi semangat kepada adik beradikku yang lain.. tapi tidak pd aku.. mgkin ada.. but not special for me.. tp kenapa aku tak cuba rapat dengannya? mgkin aku xlayakk.. dia ada orang yang dia nak rapat.. aku ni siapa?

ibu selalu pesan.. kita baik dengan orang, orang baik dengan kita..
aku nak jd kawan rapat dia.. ibu kata.. usaha kita buat, Allah tentukan hasilnya..
tp... aku usaha x? mcm x pon.. huhu.. aku tak reti.. sapa nak ajar aku.. aku siapa orang nak ajar. mgkin aku xreti, org lain reti, org lain boleh kawan dengannya.. aku pon kawan dengan dia. tp xrapat.. sapa rapat dengannya ye?? aku nak dapatkan tips..

aku siapa?
kamu pulak siapa?
kamu menyebabkan aku selalu rendah diri.. aku tak salahkan kamu. tp, aku xtahu nak salahkan siapa. boleh kamu tanggung sekejap b4 aku dapat salahkan diri aku sendiri.. aku mintak maaf sangat2...... actually, aku sayang kamu.. aku sayang famili aku.. aku sayang semua adik beradik aku,..

saya pulak siapa? saya maafkan awak.. saya juga berterima kasih padamu.. saya sayang awak juga..

Thursday, April 14, 2011

ingatkan saya kembali..

salamualaik..

ni saya copy dari my note di facebook. saya sebab saya rasa rindu dengan kawan2, jadi bila saya baca ni, saya rasa tenang sedikit. manusia ni, perlu sentiasa di ingatkan .. terutama saya, namun, apa boleh buat, saya hanya mampu mengingatkan diri saya sendiri.

**

ye.. gadis itu hanya ada Allah dan saya..


dulu... masa kanak2, kita kenal kawan2 baru..

bila masuk sek ren, jmpa smula kawan2 lama, jmpa gak kawan2 baru..

kawn kita dah ramai.. besnya!!

daftar sek men plak, kita ni budak2 ag, bes je dapat kawan baru lagi ramai..

kawan2 lama dah pergi merata2 pelosok negeri..

masa berlalu dengan pantas tanpa kita sedari...

kenapa ye??

mungkin kita seronok je ngan kengkawan sampai lupa tanggungjawab kita..

bila xrasa nak wat pape, xrasa lah masa tu penting lagi..

seperti juga firman Allah..(Al-Maidah:100)

perkara yang buruk tu xsama dengan yg baik..

walaupun yang xbaik tu kita rasa bes sangat..

tup2... dah tgok result spm.. kita senyum lah sb result power,

dah x sabar nak hidup bebas kat universiti nt..

kat u, wah!! kawan lagi ramai.. bes sangat..

rupanya, kawan2 yang ramai itu xsemestinya menjamin masa kita ni terisi dengan perkara2 yang berfaedah..

kita semakin rungsing,,

rupanya,kita memang bebas..bebas berkawan..

tp xbebas daripada menerima tanggung jawab...

rupanya, bila kita ada tanggungjawab,

baru kita sedar akan kepentingan masa.

rupanya, bila kita ada tanggungjawab,

baru kita sedar akan pentingnya berkawan ramai..

sekarang kita rasa menyesal..sb x gunakan masa muda2 dulu dengan betui..

sekarang kita cemburu dengan mereka2 yang pandai gunakan masa muda dulu..

mereka hebat..

tp Allah dah sebut dlm Al-Quran (Ali-Imran:147)..

Allah suruh kita berdoa..

kita berdoa mintak ampun atas segala tindakan2 kita dulu yang berlebihan,

yang melanggari syariat..

Allah maha pengampun..

Kita insaf., kita sedar..

sekarang kita ada tanggungjawab.

ada amanah..

amanah dari Allah, dari ibubapa, dari kawan2..

kita dah dapat rasa masa tu berlalu..

sekarang kita rasa bes sangat!!

sb kita dah tahu apa yang perlu dibuat..(Al-hajj:41)

sekarang kita dah tahu besnya berukhuwah. .

kita xnak hilangkan suma tu.

kita xnak lupakna suma tu.

Semoga kita sentiasa di dalam rahmat Allah.. .

semoga kita xputus asa dalam mengecapi rahmat Allah..

(Yusuf:87)

~~^^

Wednesday, April 13, 2011

aku rindu..

salamualaik..

sepi..
dah lama menyepi..
gara2 aku di rumah..
aku menyepi..

bila hati terusik,
sebak menyerang dada,
tangan pantas mengelap air jernih,
episod silamku bersama rakan2,
akan kukenang sepanjang hayat,

perkara yang lepas tak dapat diputar kembali,
hanya dapat dikenang kembali,
bila dikenang,
aku rindu kembali..

terasa semakin dekat pulak hari kejadian,,
aku bakal kembali kelak,
namun susananya sudah berlainan,
tiada lagi adik beradikku yang lama,
aku punya adik berdik yang baru,
mereka ini kuharap hebat,
hebat berukhuwwah,
aku takut dipinggir,
bukan aku jika aku diam,
bukan aku jika aku tidak sedih,
aku ini lemah,
dari pelbagai sudut,
aku perlukan kalian,
menyunting semangat ku,

aku segan,
segan pada-Mu,
aku mendamba,
mendamba rahmat-Mu,

aku meniti nikmat-Mu,
tanpa sedar aku menjadi tamak,
Syukur aku panjatkan,
bila Kau kurniakan padaku,
satu nikmat yang sangat berharga,
nikmat ukhuwwah fillah.

aku ingat pada-Mu,
bila Kau mencuit dirinya,
agar menepuk bahuku..
terima kasih illahi,
peringatan-Mu aku ingat selalu,
aku tiada siapa melainkan-Mu,
terima kasih Ya Allah..

:)



my heart blinds....

salamualaik..






these days you love me,
these days i forgot You,
I'm looking for you,
Anywhere,
Anytime,

You just look on me,
I never know to look on you,
You never tired to take care of me,
I always forget to thank to you.

i'm always alone,
my heart always lonely cry,
do you hear me?
I love You,
I need You in all time.




You always beside me,
You never run away from me,
I feel very bad,
my heart is very evil,
I'm sorry,
please forgive me,

In all time,
i'm trying not to forget You,
Anywhere,
Anytime,
I realized I have nobody,
only You,
Only You in my heart,
and my heart belongs to You.










ESP HPA, jom pakat2 p..

salamualaik..


WOW!! apa ni??

ni adalah logo ESP anjuran HPA, produk halal tanggungjawab bersama.

apa itu ESP?

saya juga tak tahu, tetapi, semalam 11hb saya ke kelas HPA yang diadakan setiap minggu hari selasa malam.jadinya, saya nak cerita sedikit lah, apa yang saya sempat menyalin dan ingat apa yang saya dapat. ( huahua, 1st time pulak menyalin dalam kelas HPA)

ESP -ialah, Eksklusif Sehari bersama Pengarah Pengurusan.

MOTO - kecukupan produk halal tanggungjawab bersama

OBJEKTIF -
1) penyerapan perjuangan HPA.
2) menyediakan kecukupan produk untuk pengguna.
3) penerapan keilmuan dan kemahiran.

HADIAH DPT DLM ESP -
1) buku perubatan JAWI
2) Buku Ikon 1 & 2
3) Poskad
4) Buku ESP
5) Album Hijrah
6) SMS percuma selama setahun
7) sijil
8) minuman ringan tanpa makan tengah hari.

FAEDAH -
1) sebagai memenuhi kursus wajib agen stok.
2) Pengetahuan produk sinergi 2011.
3) Mendapat Insentif 5 bengkel kemahiran percuma.
4) Pengedar bertauliah (PB) layak ke pangkat PLX dengan maintain 150NM
5) layak membeli produk yang disediakan (kopi radix, kopi diet, mocha radix, radix koko, radix goat)
6) setelah mengikuti 21 bengkel layak diiktiraf sebagai Herbalis.

##HPA menyediakan 30 bengkel kemahiran untuk kita ikuti. setelah tamat 30 bengkel ini, kita layak di gelar herbalis a.k.a. Doktor berkelulusan degree (pandai2 aku ja, haha). tapi betol lah, kita akan mengikuti pelbagai kemahiran terutama berkaitan perubatan, antaranya:

1) Bengkel Herba Alam
2) Bengkel Filter air
3) Bengkel Kecantikan Islam
4) Sinergi Herba Pilihan
5) Rawatan Sakit Puan
6) Rawatan Sakit Tuan
7) Produk Gamat-Clorofil Drop
8) Kaunseling Islam
9) Al Hijamah
10) Tunas Hijau
11) Makanan sihat
12) Refleksologi
13) Madu Lebah
14) Kiropratik
15) Keusahawanan Herbalis
16) MLMS
17) Iridologi
18) Saraf Tapak Tangan
19) Lidah dan bahasa Tubuh
20) Halal dan Haram
21) Perubatan JAWI
22) Anatomi dan Fisiologi Tubuh
23) Khidmat Masyarakat
24) Public speaking
25) Penggunaan Tool Kesihatan
26) Gerak Kerja 6 M
27) Sanad Hadis Perubatan
28) Kejurujualan
29) Perubatan Rukyah
30)Kepimpinan MLMS

NAH...... banyak2 ni, pilih la 5, dapat free. if not, di perlis, sekali pergi satu bengkel kemahiran dikendaki membayar sebanyak RM50. paling murah, kerana Tuan Haji Ismail memang sayang dengan orang perlis, bagi murah dari tempat lain.. beruntung la pula jadi orang perlis.. :P
yang latest ialah di hotel Putra Palace, di Kangar, dekat ja dengan rumah saya, pada 17hb.. yang teringin dan berminat, jom lah pakat2 p, di tempat2 lain adalah seperti table di bawah. tp, ini semua boleh dipinda bila2 masa.... selamat melihat..



ESP ini bagus bagi para insan untuk mendidik jiwa lebih berilmu dan berkeyakinan dan mencari bekal di dunia..

** saya teringin nak p tapi, umi x mam nak bayar sekali gus RM360 untuk 3 orang dalam masa terdekat ni.. umi dan abuya saya pun pergi dulu 17hb nanti.. saya pergi lain kali saja, it's okey.... :DD

peluang hanya datang sekali, jangan lepaskan peluang ni...

:P~~^^



Tuesday, April 12, 2011

Gelombang Hijau~~^^

salamualaik..

satu lagi program selepas balik dari Puncak Janing ialah program anjuran Lajnah Pemerkasaan Parti Dewan Muslimat Pas Pusat di Dewan Dato'Dr Haron Din. umi yang ajak datang program ni. umi saya, bab2 begini memang pantas.

ingat lagi masa, DMPK buat mesyuarat kali ke 36, umi ajak saya pergi juga, jadinya saya dengan rela hati pon mengikut. umi nak anak2 dia terlibat juga seperti dia, sebab itu lah umi mintak saya buat ucapan penangguhan. haha, kelakar lah, ketaq pon ada. tp saya bagi ikut suka jah. syukurlah saya tak mengarut. lepas kejadian tu, saya jadik femes sekejap, kejap2 ada la makcik tu, mak cik ni ty...

"Ni anak Na kan?"

"Ni yang bagi ucapan tu kan?"

"Kamu yang bercakap td kan?"

hehe, saya senyum dan mengangguk je la.. dia jadik lain macam sambutan tu sebab saya je orang muda yang bagi ucapan. yang lain suma dah berumur dan yang muda pon tp dah berkahwin.. ini juga satu pengalaman buat saya..

kemudian pd 10hb pg, saya ke ke program namanya...



program ni terkesan pada saya dan peserta yang hadir, in sya Allah.. nak kata berkesan tu sebab,last program, peserta yang hadir menangis2 kerana ucapan2 yang disampaikan.. kata2 yang menusuk kalbu.. program ni lebih kepada program motivasi. nak menguatkan kesedaran dan membersihkan hati kita...

antara pengisiannya:

Allah mengasihi mereka yang berjuang di jalan Allah dalam barisan yang teratur, mereka ni seperti bangunan2 yang berdiri kukuh (as-soff:4)

Allah dah janji kemenangan di dunia dan di akhirat bagi mereka yang berjuang untuk Islam. kita ni, hanya mengalami sedikit cabaran lagi. xperlulah putus asa. kerana ada yang lebih teruk cabarannya dan ujiannya, tetapi terus bergerak memperjuang agama Islam. antaranya:
1) Nabi Muhammad- berhadpan dengan kaum Quraisy
2) Nabi Musa- ditentang oleh Firaun yang zalim dan tentera2 firaun.
3) Nabi Ibrahim - dibakar hidup oleh namrud.
4) dan banyak lagi..

tentangan dan cabaran ni, x melemahkan pon semangat nabi2 kita untuk terus menegakkan kebenaran wahyu Allah..

bak kata ketua LPP DMPP, Ustazah Zailah Mohammad Yusof, "kerehatan orang2 berjuang ialah kematian."

apabila kita dah mati, berada di dalam kubur, disitulah tempat orang berjuang ni nak berehat.berehat selama2nya..

Dalam perjuangan, dua perkara yang paling penting iaitu ukhuwwah dan keyakinan. Ukhuwwah dengan sahabat perjuangan, ukhuwwah dengan orang yang berlainan jantina, umur dan pangkat. keyakinan pulak, khususnya keyakinan umat manusia terhadap penciptanya,Allah s.w.t. keyakinan yang utuh itu, kunci istiqamahnya seseorang di dalam perjuangan. keyakinan juga bukan saja antara makhluk dan pencipta, malah antara pimpinan dan anak buah. itulah yang menjamin kestabilan sesuatu organisasi, apabila anak buah yakin pada kemampuan ketuanya. sifat thiqah juga selepas yakin menjadikan segala gerak kerja yang dijalankan lancar tanpa sebarang masalah hati seperti, dengki, syak wasangka, dan khianat..

kami didedahkan juga dengan perkembangan negeri di bawah pakatan rakyat, betapa berkembangnya negeri ini perlahan2..perubahan banyak berlaku terutama dalam sektor ekonomi. antaranya:

SELANGOR- pendapatan utama di selangor ialah pasir,yang mana antara 2005 hingga 2007 royalti yang di peroleh ialah antara 3.54juta ke 4.29juta. manakala pada tahun 2008 meningkat kepada 8.17 juta dan latest tahun 2010 royalti yang diperoleh PR ialah 15.30 juta.

KEDAH- hasil utamanya adalah balak, laporan dari Audit Negara mwnyatakan bahawa pendapatan negeri meningkat ke 205% selepas pakatan rakyat memerintah. dan pada 2010, pendapatan kayu balak meningkat daripada 8 juta(UMNO) ke 53juta(PR).

KELANTAN- PR memerintah kelantan bermula tahun 1990. pada ketika ni, kerajaan kelantan terpaksa membayar hutang yang ditinggalkan pemerintah sebelumnya sebanyak RM790 juta. Namun, setelah 19tahun memerintah, pada tahun 2009, alhamdulillah kerajaan kelantan berjaya melangsaikan hutang tersebut dengan bayaran 40 juta setahun kepada persekutuan. hebat kan?? beruntung lah rakyat kelantan sekalian ye.... alhamdulillah..

PENANG - Majlis perbandaran seberang Perai mengalami kerugian antara tahun 200 hingga 2007 sebnyak 5.10 juta sehingga 57.10 juta. Apabila PR memerintah pada tahun 2008, kerugian diganti dengan keuntungan iaitu 3 juta pada 2008 dan meningkat lagi 54.39 juta pada 2010.. kaya lah negeri penang..

itu adalah antara kejayaan2 yang dapat dilihat secara kasar. agak2nya perlis bila lagi... :D

Dalam gelombang Hijau juga, mereka berkongsi bagaimana kita ingin mendekatkan diri kita dengan orang sekeliling. antara strateginya seperti yang saya sebutkan di atas tadi lain...

ENGLISH- friendship, loyalti, and believing in one another.
MELAYU- persahabatan, kesetiaan(taat) dan kepercayaan.
ARAB-ukhuwwah, wala' dan thiqah.

setiap orang mempunyai matlamat dan impian masing2.. matlamat dan impian yang hendak dicapai semestinya mempunyai objektifnya yang tertentu.. melaksanakan gerak kerja bagi mencapai objektif agar matlamat tercapai memerlukan perubahan2 diri, keluarga, masyarakat dan negara.

kak Waide mengemukakan langkah2 untuk mencapai objektif yang dipetik daripada teknik yang diperolehnya sepanjang bekerja dengan petronas. PETRONAS juga mengunakan teknik ni. iaitu

Perubahan Hati ,

Minda & Sikap

Heartset, Mindset

& Behavior Change


Pembinaan

Kepimpinan

Leadership

Development


Pembinaan

Kemahiran

Capability

Building


setiap dari point di atas ada huraiannya. sebelum saya menghurai lebih lanjut (macam hebat nak hurai), sekadar yang saya tahu la, kita rehat dulu..:)


## hiburan2 juga diselitkan supaya peserta tidak boring.. jom sama2 kita nyanyi lagu demi matahari..


Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi

Demi langit berserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya

Allah,
Subhanallah … Allah, Subhanallah

Allah
mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikan-Nya
Merugi bagi yang mengotori-Nya ... Subhanallah

Monday, April 11, 2011

exprience is a good teacher~~

salamualaik....

selepas program di sri gombak... 6hb saya ke suatu program kepimpinan pulak. di situ saya menjadi salah seorang daripada orang yang mengendali program.. program yang melibatkan pelajar2 pimpinan daripada tingkatan 2 sehingga tingkatan 5.. beberapa orang cikgu sekolah itu yang terlibat, tetapi, seorang sahaja yang aktif..
saya sangat lah kagum.blogger-emoticon.blogspot.com cikgu Nasri namanya, sangat bersemangat nak mengubah anak2 muridnya. susah nak mencari seorang cikgu yang begitu, tanpa mengira penat lelah, hanya semata2 memikirkan kepentingan anak muridnya. Beliau tak nak melihat anak2 muridnya terus dengan ketakutan dalam diri, kurangnya
keyakinan diri, beliau tidak mahu. Apa yang diharapkannya daripada para komiti ini, dapat memberi kesedaran kepada anak2 muridnya.. in Sya Allah kami telah berusaha sebaiknya. namun, kami sangat2 memohon kemaafan andainya usaha kami itu x dapat membuahkan hasil yang memuaskan..

***

dah di muqayyam arabic main air, di sini pon ada gak main air.. tapi saya tak puas. sebabnya,, ada masalah2 yang tak dapat di elakkan. namun, disin, pacatnya lagi banyak. syukur saya masih selamat. haha...
pengalaman sebagai camp comander tak dapat ku lupakan.. hehe, orang kta saya tak sesuai, sebab muka jenis kesian. blogger-emoticon.blogspot.com haha melampau tol.. walau bagaimana pon, semua tu pengalaman. saya tidak akan lepaskan sebarang peluang yang datang depan mata. saya akan mengutip sebanyaknya pengalaman, dan kenangan .saya bukan jenis duk diam, law duk diam nanti ngantok.. hahaha tak leh blah la... tapi betul lah kan? if in a program, kita x buat apa2 jus memantau ja, x bergerak, mesti mengantok kan? jadi camp comander pon asyik ngantok gak, payah ar gini... hehe tu sebabnya, saya hanya mengikut, tak merancang.. pengalaman menjadi unit modul adalah yang terbaik, sebabnya, memang tak de masa nak tido.. haha bes2.. kita jugak akan dekat dengan adik2.. or peserta lah..

tapi yang besnya bila dapat main air... blogger-emoticon.blogspot.com...




ni la checkpoint yang saya kena jaga..





airnya sejuk~~~~



satu pengalaman lagi, saya dapat naik pickup(gini kot eja nya, dok dengar orang sebut jah, hehe).. berangin2.....




duk di belakang... huhu, mesti orang gelak law nampak, anak2 dara bertudung labuh kat belakang pickup..







ni la saya duk dalam hutan. ni memang hutan tebal betol ni kat kedah..
kedah kan terkenal dengan balak...






***

iklan ~~~~

bilalah nak dapat habiskan buku2 ni.... huhu..



setakat ni je cerita kali ni... banyak lagi program2 yang saya hadiri.. moga saya memperoleh ilmu yang bermanfaat daripada program2 tersebut.... Amiinn....

:DD

Allah Maha Pemurah~~^^

"Siapa yang takutkan Allah (bertaqwa kepadaNya), maka Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberikannya rezeki dari jalan yang tidak disangka." (Al Talaq: 2)