Ujian untuk diriku

"ALLAH TIDAK MEMBEBANI SESEORANG ITU MELAINKAN SESUAI DENGAN KEMAMPUANNYA."(AL-BAQARAH:286)




Allah Maha Melihat~~^^

"Tidak berlaku bisikan antara tiga orang malainkan Dialah yang keempatnya, dan tiada (berlaku antara) lima orang melainkan Dialah yang keenamnya, dan tiada yang kurang dari bilangan itu dan tiada yang lebih ramai melainkan Ia bersama-sama mereka di mana sahaja mereka berada." (Al Mujadalah: 7)

Klik sini untuk ikut ~~=)

Sekarang pukul.....

Hari ni hari.....

Monday, September 27, 2010

Sungai dalam laut?? Subhanallah.

bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
hampir terlupa saya nak mengupdate blog. walaupun xtinggal lama sangat pon.
mujur ada sorang junior ni ingatkan..
mg dah lm nk post tjuk ni..
cma taj berkesempata. *ntah ape yg bz sgt.=p*
post kali ni tentang sungai dalam laut..
sahabat sahabiah sekalian pernah dengar tak tentang cerita ni??
ini bkan sekadar cerita.
bukan juga dongeng or fairy tale *pdhal sama je*
tetapi kisah benar.
kalian hayatilah gambaq di bawah.
walaupun xbanyak, sekurang2nya terbuka minda kita tentang kehidupan lain yg jauh dari tempat kita ini.
maka, jgnlah kamu berjalan dgn kesombongan di atas muka bumi Allah ini tanpa menyedari terdapat orang lain yang lebih baik daripdamu.





manusia ni berenang ke dasar lautan






lihat!!! ada sungai.airnya sungai adalah air tawar yg keruh,
tidak bercampur dengan air laut yang masin dan jernih ini..






Adakah mempunyai kehidupan lain di dalam laut yang hidup memerlukan sungai seperti manusia d daratan?? saya sering tertanya2. tetapi tiada jawapan yang memuaskan hati.




sebenarnya saya ada video clip tentang dua jenis air yang tak bercampur ni. tapi xdapat nak publish sbnya, saya dah cari dalam suma folder tp tak ada. ilang agaknya. kalian boleh ja search d youtube.. url nya saya tak pasti apa. mungkin "air laut tidak bercampur"..
Sekian, andai ada komen silalah kemukakan. saya mengharapkan pendapat dan teguran. persoalan tu ok gak, tp saya tak banyak ilmu nak menjawab soalan. =) sama2lh kita kongsi..

Thursday, September 23, 2010

kenapa ditemukan dgn org yg salah?

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg
bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga
petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila
kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat
menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar
bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat
KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar
bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia
bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat
mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi
MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih
faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH
MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa
kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah
keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA. .

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah
tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

Wednesday, September 22, 2010

Janji ku mungkiri...!_!

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum...


Album : Insan Istimewa
Munsyid : De Hearty
http://liriknasyid.com

Semalam ku berjanji
Pada diriku ini & jua kepada diriMu
Daku telah berjanji
Tak akan mengulangi kesilapan kulakukan kelmarin

Tapi hari ini Kau saksikan
Diri ini telah lakukan
Dosa yang kujanji takkan ku ulangi

Rasa seperti telah hilang percaya pada diri
Dan rasa amat malu untuk menghadapMu
Kerna ku sering mungkir janji pada diri sendiri
Oh Tuhanku kuharap ampunan dariMu

Oh Ya Allah,
Telah kurasa seluruh nikmatMu
Umpama istidraj yang menggunung tinggi
Kerna kesilapanku yang sendiri tak mampu
Untuk Iltizam pada taubatku...Oh Tuhan

Oh Tuhan
kuharapkan..Kau ampunkan dosaku
Hulurkanlah padaku maghfirahMu
Ku sedar diri ini hanya hamba yang lemah
Oh Tuhan Kau terimalah taubatku..



ya Allah....... Ampunkan hambamu ini..
Sedarkah kita??
kita telah sangat banyak melakukan dosa pada-Nya.
daripada bangun pagi,
hinggalah nak mati kecil,
ada saja perkara yang dibuat agar mengundang murka-Nya.
sekalipun sekecil zarah iaitu melalui hati.
Maksiat yang menggunung
tapi taubat digulung..
bagaikan nak buat kek gulung.
selepas selesai masuk mulut hancur gitu ja...
adakah taubat sebegitu mudah??!!
Allah maha pengampun lagi maha pengasih..
jika hamba2-Nya menghadapnya dan memohon ampunan,
pasti Dia maafkan.
tapi kita memandang ringan pada kebaikan Allah,
kita masih mengulang dosa yang sama,
biarpun dosa yang sekecil zarah,
andai kita memohon taubat pada-Nya,
wajib kita tinggalkan.
Tapi apa yang jadi??
dosa yang dijanjikan akan ditinggalkan masih berlaku kemudian hari.
kenapa hal ini boleh berlaku??
adakah kerana Allah tidak menerima taubat kita dahulu?
sehinggakan kita mengulang dosa yang sama?
mungkinkah kita tidak cukup keikhlasan ketika sujud pada-Nya,
ketika menadah tangan mohon ampunan daripada-Nya.
Nauzubillah..
Moga Allah menerima taubat kita biar tidak kesepenuhnya,
sedikit pun jadik la.
Agar kita punya rasa kesedaran dan perasaan untuk berubah.
Apa kita fikir, kawan2 tak tahu, Allah juga tak tahu??
itu lah pemikiran orang yang kufur,
kerana tidak percaya kewujudan 'mata' Allah sedang memandang.

***

Ya Allah, jauhkan aku dari maksiat yang paling berat, zina hati, zina yang paling halus, paling tidak disedari, paling leka menghayati. Ya Allah jauhkanlah.....


Sunday, September 19, 2010

Sabar itu lebih baik...

Bismillahirramanirrahim..
Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. akhirnya saya sampai juga di Nilai. Semalam b4 boleh jejak kaki atas bumi Nilai, macam-macam peristiwa yang menguji kesabaran saya dan sahabat2. alhamdulillah saya dapat menahannya dengan ajaran daripada ayat2 Allah.. Bukan senang nak pupuk sifat sabar yang hakiki dalam diri. Kerana muslim yang kuat bukan daripada fizikalnya saja tapi kesabarannya menahan amarah. di situlah kunci kekuatan seseorang muslim. Menahan sabar. antara peristiwa2nya ialah..

Pagi itu awal2 lagi bangun untuk menalaah pelajaran sambil notebookku terpasang.Tiba2 terbuka satu benda dan saya tertarik dengan benda itu.Apalagi, kusyuklah explore dan study pula dah hilang ke mana. Sampailah satu ketika, handfonku berdering dan saya menjawabnya. Adikku Comei(nama panggilan dlm family. dia marah law panggilnya dihadapan kawan2nya.Hehehe. Kalau dia terbaca ini habislah.) menelefonku. Dia meminta aku menjemputnya dari sekolahnya pukul 12tghari sambil memesan saya membawa pendrivenya.saya hanya mengiyakan saja.(kakak yang baikla katakan..=p) kemudian saya tesedar bahawa saya terleka membuat perkara lain. Huhu tak study sudah..

****

11.45 AM

Jam notebookku tertera begitu. Cepat2 saya keluar bilik untuk bersiap. Tiba-tiba saya berlari semula ke dalam bilik. aduiii.. Lupa pula yang umiku dah bagi tahu yang Abg Sobri datang.( Dia ni dari combodia.. peramah orangnya.. sanggup musafir jauh dari kampung halaman semata2 untuk mencari ilmu. Sorang2 pula.). saya bersiap ala kadar dan bergegas keluar ke halaman.niatku untuk menjemput adikku dengan motosikal tetapi motosikal pula tak kelihatan di halaman. Habis.. adikku hendak pulang bagaimana. Ku tanya umiku, rupanya ayahku memakainya.Jadi saya terpaksa menunggu ayahku pula pulang.

****

12.50 PM

Terpapar di jam nootebookku pukul ini. Sabar je la adikku.. Ayahku masih belum pulang. Saya juga, andai ditempat adikku, panas menunggu.huhu. Beberapa kaliku telepon abuya, tidak berjawab. saya pula sambil menunggu kepulangan ayahku, saya meninjau2 kesihatan notebookku. Ternyata, IDMku tamat tempoh. Abangku pula tiada di rumah kerana pergi ke Siam. Sabar je la, kerana malam nanti saya nak balik Nilai dah. Pantang saya andai ada yang tak lengkap pada barangku. beberapa minit kemudian abuya pulang. saya cepat2 gerak ke Kangar. Pecut lah xpandang orang dah.

****

2.00 PM

Jam tanganku yang baru mendapat nafas baru menunjukkan pukul 2. Umiku sudah telefon untuk pergi ke kenduri. kami pulang ke rumah. On da way pulang, Saya perasan yang tawar motosikal yang kupandu lelong.Bila hendak membelok pasti akan tergerak2. saya jadi kuatir nak melajukan motor. Sabar je la, dengan panas yang sangat terik membakar kulit. trafic pula byk. rumah jauh lagi. Sesampai di rumah kena gerak ke rumah kenduri pula. masuk kereta juga panas, kepala dah berdenyut. Ikutkan hati nak tidur saja bawah kipas. tetapi mengenangkan perutku yang bergendang, kukuatkan juga diri ini. Entah kenapa kurasa cuaca hari itu sangat panas. Rasa macam nak baham orang ja. mujurlah adik2 tak buat perangai..hehe..

****

10.00PM

jam digital kereta menunjukkan pukul itu yang mana sepatutnya bas akan bergerak ke Nilai. Panasku petang tadi,Rupa2nya malam itu, Allah bagikan kesejukan di atas bas.alhamdulillah saya tidak merungut2 kepada Allah.Ku jadi pelik.haha.. malangnya ketika di Shahab, kami yang nak naik bas kena tunggu 5jam baru la bas bergerak. Hal ini kerana bas A rosak dan bas B telah sampai.mereka yang sudah mempunyai tempat duduk atas bas B sudah meragam2 dan bising2 bertanyakan bila bas nak gerak selepas 2jam menunggu bas A yang baru tiba.Saya juga sudah berada di atas bas. familyku hanya menungguku sampai jam 12. Kemudian mereka bergerak pulang. manakala ada juga yang masih menunggu bas lagi satu datang dibawah dengan nyamuk menggigit. Kukatakan pada mereka yang bising itu. sabar lah, kerana kita yang di atas bas kira sangat bertuah berbanding mereka yang berdiri diluar sana. sama2lah kita tunggu mereka. ( sebenarnya itu kata2 pujukan untuk diriku sendiri juga.huhu).. 1 AM saya dah tenggelam ke alam maya. Bas bergerak pukul 3 AM juga saya tak sedar. Umi asyik menelefon juga ku tidak dengar dan sedar. Mujur ada Dibah di sebelah untuk tolong jawabkan sampai 3kali.haha.. kalau dah tidur memang tidur mati, dalam air-cond pula.

****

??.?? AM

Saya tersedar dari tidur dan terpandang ke sebelah kiri. Kulihat ada yang duduk dibawah lantai. Astaqfirullah. sabarnya mereka menunggu masa sahaja sampai ke Nilai. tempat dah penuh dan mereka terpaksa bersetteekan lantai. Kami merancang sebaiknya untuk pulang ke Kampus dengan selesa tetapi perancangan Allah adalah yang terbaik daripada yang terbaik.Semoga mereka2 itu tidak serik untuk naik bas itu lagi. Amiin... saya yang masih mamai tidak punya perasaan ketika itu dan tertidur kembali..

****

7.00AM

Jam handfon tertera masa ini. Bas terlambat berhenti untuk solat. Setelah bas berhenti, kami dengan pantas bergerak ke surau stesen minyak Petronas. habis solat, saya membeli sedikit makanan utk makan diatas bas sebagai pengalas perut. Bas meneruskan perjalanan, dan kali ini dengan rasa belas dan prihatin, beberapa orang pelajar di atas itu membiarkan settee mereka diduduki oleh 3 orang. Sungguh Allah ingin menguji hati2 ini. Saya yang berada di tengah dikepit kawanku kanan dan kiri terpaksa bertukar condition untuk menyelesakan diri dalam masa 3jam lagi untuk sampai ke Nilai.

***

10.35AM

Alhamdulillah, akhirnya kami sampai jua di bumi Nilai. Walaupun badan lenguh2 tapi itulah satu pengalaman buatku. Tanpa buang masa, terus kuangkat beg naik ke tingkat dua dan terus merehatkan sekejap tulang belakangku..

Saturday, September 18, 2010

Microsoft One Note

Bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum..

Post kali ni saya nak berkongsi tentang microsoft office 2007. Dalam banyak microsoft dalam komputer kita, adakah semuanya kita telah menggunakkannya?Saya paling tidak pernah guna adalah microsoft infopath, groove dan outlook manakala paling kerap kita guna adalah microsoft word. Sebabnya, kebanyakan assignment memerlukan kerja taip. Selain itu, kita juga kerap menggunakan microsoft power point kerana selalunya membuat presentation.


Tetapi, adakah kita sedar bahawa terdapat satu microsoft yang agak menarik dan berguna?microsft ini kiranya untuk menyimpan data2 yang pelbagai.. tersiap dengan password lagi sekiranya ada yang memerlukan untuk menggunanya. Inilah microsoft itu.


microsft ni boleh dimuatkan banyak folder. folder2 terseut juga boleh ditutup dan dibuka. ia kelihatan seperti dibawah.




Cubalah menggunakannya.. Selamat mengguna..=)

Friday, September 17, 2010

Ramadhan-----> Syawal


Bismillahirrahmanirrahim




Di bulan ramadhan, semua muslimin dan muslimat berpuasa. 10 terakhir puasa, setiap orang ternanti2kan lailatul qadar. Hanya hamba Allah yang benar2 inginkannya dan terpilih sahaja yang layak memperoleh lailatul qadar malam seribu bulan. Di akhir2 bulan Ramadhan, semua orang bersedih dengan pemergian ramadhan. Hanya mereka yang tidak punya hati dan perut sahaja yang tidak berasa kesedihan walaupun sekelumit akan pemergian Ramadhan. Hal ini kerana, kita semua tidak tahu, adakah kita masih hidup pada Ramadhan akan datang. Sempatkah lagi kita berpuasa andai kita tidak menghargai Ramadhan kali ini??? Sungguh kita perlu ingat dan sentiasa mengingati orang sekeliling kita selepas diri kita sendiri. Bila Ramadhan dah berlalu, Syawal pula melalui..


Dah raya pula.. Selamat Hari raya... Dihari raya, Semua orang memakai pakaian yang baru dan cantik2... begitu juga dengan saya.. tapi tak lah secantik orang lain. baju je baru, yang lain pakai yang sedia ada. xnak membazzir lah katakan..




Ni masa beraya kat umah sedara di kampung umi.

Masa ni, abang yang tangkap gambar. So, gambar dia xde.. huhu.. xpe la..Selagi xabih Syawal tu selagi tu la akan pergi beraya. kita nak memohon kemaafan andai ada kesalahan yang dilakukan. jika nak diharapkan pada hari yang lain tu, jauh sekali la. bukannya selalu berjumpa. Inilah peluang yang boleh diambil kesempatan untuk saling bermaafan.Lusa dah nak balik Nilai. Last la agaknya malam tadi beraya. Lepas ni perlu berkemas2 dan buat persiapan ke Nilai semula.=)

Mungkin disini sahaja coretan saya. Selepas ini coretanku berkisar di Nilai pula..

Tuesday, September 14, 2010

Kenapa??


bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..



Ya Allah.. Apa dosa dia? kenapa dia ditimpa dugaan sebegitu? Aku juga hairan. kenapa anak2nya begitu? aku sangat sedih mengenangkannya. Anak2nya sangatlah teruk. Belajar tinggi pun xguna. Menyusahkan makbapak ja. patutnya lagi besar, lagi menyenangkan hati, ini tidak!!! lagi menyakitkan hati ada la.. Sorang dengan pentingkan diri, sorang tu jenis menyombong, sorang lagi plak jenis merajuk xkna tempat. yg len otak xbetul la degil la.. teruk la ibu tu jika begitu. tp dia sabar sahaja. dah anak dia, nak buat macammana. xkan nk bunuh kot. walaupun, andai dia tahu anak2nya akan jadi seteruk itu, dipicitnya hidung anak2nya tu sampai mati ms lahir lagi.. tetapi masa depan hanya Allah saja yang tahu. semuanya kerana ketidakfahaman. yg anaknya tu punyalah nk menggembirakan hati mak ayah dia, tp mak ayah dia xfaham n buat bertentangan dengan kehendak anaknya. mungkin juga pemikiran xsama. pemikiran org tua dan remaja. last2 apa yang jadik?? bertengkar la anak beranak.. huhu.. lagi satu salah ibu dia juga, bila anak dia buat perangai bukannya nak bagi tazkirah ke, nasihat ke.. ini x, membebel ayat yang menyakitkan hati. memang lah anak2 dia xsakit hati juga. remaja zaman sekarang dah xboleh marah2, nt naik kepala lagi ada la,.. depa tu kna balas dgn kata2 secara berhikmah. kerana remaja sekarang dah tahu fikir. setiap perbuatan yang org sekeliling dia buat, dia akan nilai. dah lumrah sekarang remaja membanding2kan dengan orang lain. andai kawannya ada henpon baru, dia juga nak henpon baru. manakala mak ayah sekarang pula xtahu nak bertegas. konon2 xnak anak2 kecik hati. padahal anak2 tu bukannya matang lagi nak wat keputusan sendiri. depa wat tindakan sumanya berlandaskan nafsu. sepatutnya ibu dan ayah la yang sepatutnya menjadi panduan kepada anak2.. bagi tunjuk ajar.. bukannya biar anak tu buat semua sendiri. betullah anak2 perlu dididik supaya berdikari, tetapi bukannya sampai segala tindakan anak2, parents xtahu dan juga tak dikawal. bukannya mintak dikongkong, tapi minta ditunjuk ajar andai ada tindakan yang salah dilakukan.. in tidak, sampai result exam ank pun xtahu, apa tidaknya, anak2 tu ambil exam pun xtahu bila.. remaja sekarang tahu nak bebas ja. tp dalam masa yang sama parents perlu tahu aktiviti anak. bukannya mengawal 100% tapi bertanya sekadar ingin tahu. sekurang2nya anak2nya tahu dia diambil berat oleh ibubapanya..anak2 pula xbagi tahu apa yang depa nak or xtaknak. tahu tarik muka 14 ja. ibubapatak tahu kalau xbagitahu. tapi kenapa??? kenapa xnak bagi tahu??? mungkin dia berharap. ibubapanya yang tanya.??? tapi ibubapa sekarang pula berharap anak2 yang bercerita kepada mereka.. huhu.. memang takkan sefahaman lah.. tetapi, keluarga yang bahagia sememangnya dicemburui oleh anak2 dan ibubapa2 ni.. kerana semuanya disebabkan oleh sikap induk itu sendiri dan pemakanan anak2..

Wednesday, September 8, 2010

harapan Tidak buta

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم


Berjalan di jalan yang terang
Agar tiada jatuh dan tersungkur
di persimpangan
Berhati bila di jalanan

Bimbang datang ujian
Menduga keimanan

Sudah menjadi suratan
Setiap sesuatu bersifat sementara
Jerih perit di dunia
Terungkai dek pawana
Hembusan ketaqwaan

Pilu melihat mereka
Dihimpit kemiskinan
Yang serba kekurangan
Berkat walau sedikit
Terukir keredhaan
Di wajah ketenangan

Masih ada harapan
Ubah nasib kehidupan
Bekalan ilmu yang berguna

Berjalan di jalan yang terang
Agar tiada jatuh dan tersungkur di persimpangan
Berhati bila di jalanan
Bimbang datang ujian Menduga keimanan

Berusaha hindar keculasan
Waspada kefakiran
Jerumuskan kekufuran
Maruah dibela dijaga
Tidak meminta-minta
Hanya Tuhan segala

Mereka fakir di dunia
Namun berilmu dan beramal mulia..

subhanallah...
sedihnya dengar lagu ni... saya teringat diri saya.. juga para pejuang yang lain terutama di palestin.. hidup ini, kita xboleh putus asa. tak boleh!!! setelah sekian lama saya perhatikan, diri saya, kawan2 saya, dan org skeliling saya, setiap org perlukan org lain utk tashjiq mereka. itulah kunci supaya kita tidak tersungkur. terutama mereka yang jauh dalam perjuangan. hanya Allah tempat paling dekat mereka bergantung. sesetengah orang itu memerlukan kata2 semangat dan motivasi selalu, jika tidak, dia akan leka dan meluru melakukan tindakan mengikut hawa nafsunya.. byk sangat mesej yg nk dsmpaikan dari lagu ni.. kita msti berusaha biar sampai ke titisan darah yg terakhir.. sbnya, Allah sentiasa buka peluang kat kita utk berjaya. . (utk diri sy terutamanya) Allah tidak akn ubah nsib seseorang melainkan org tu yg ubah sendiri.. semuanya kerana diri sendiri yang xnak benda tu, bukan Allah yang takdirkan begitu. kebanyakan orang tahu menyalahkan Tuhan yg menciptanya. tp dia tak sedar yang dia tu sangat hina di mata-Nya..(T_T) bila kata Allah itu tempat pergantungan dan tempat meminta pertolongan, maka mohon lah kepadanya. tetapi kadang2 tu, malu nk menadah tangan selepas solat. memang lah berdoa selepas solat itu tak wajib, kerana setiap kata2 kita dalam solat itu dah dikira doa terutama doa iftitah.. sebab itu kita disunatkan membaca doa itu.dan sebab itu juga kebanyakan orang menyapu tapak tgn ke muka selepas memberi salam yang kedua..
kerana mengaminkan segala doa yang terlafaz di dalam solat itu sendiri. tetapi, kalau dah maksud bacaan dalam solat pon tak faham, bagaimana???? jadinya, fahamkan la ia. baru ikhlas , khushuk, dan link tu ada dengan Allah.. Tapi berapa ramai yang mampu mencapai tahap itu. tahap kesufian yang tertinggi??? (T_T).huhu... marilah sama2 kita muhasabah diri..
saya rasa xpuas muhasabah sorang2.. saya perlukan orang lain dengan saya. sama2 kita nasihat menasihati.. saya suka dengar nasihat. saya suka..tapi, siapa ada di sisi saya sekarang???

Sunday, September 5, 2010

Insya-Allah

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu'alaikum




Untuk post kali ni saya nk berkongsi dengan sume video clip maher zain yang bertajuk Insya-Allah.. Firman Allah s.w.t dalam al-Kahf, ayat 23 dan 24 yang bermaksud :

"Dan jangan sekali-kali engkau mengatakan terhadap sesuatu, 'Aku pasti melakukan itu besok pagi.'{23} kecuali (dengan mengatakan) 'Insya-Allah'. Dan ingatlah kepada Tuhanmu apabila engkau lupa dan katakanlah,'Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepadaku agar aku yang lebih dekat (kebenarannya) daripada ini.'{24}"

Janganlah kita takut untuk berjanji dengan Allah, kerana Allah akan menolong hamba-Nya yang benar2 ikhlas menyelesaikan tugasan yang bakal dilakukan.
saya ada kisah di mana ada seorang guru saya berkata. " kamu berkata insya-Allah, kamu tahu kamu berjanji dengan Allah, andai kamu xbuat maknanya kamu mungkir janji dengan Allah. Dan kamu akan mendapat balasan sewajarnya akibat kemungkiran kamu tu."

saya terty2, boleh ke begitu??
.....................................
pada awalnya saya agak terpengaruh dengan kata2 tu. tp bila saya selak2 kitabul furqan, jelas Allah sendiri menurunkan wahyu ni untuk menegur Nabi kerana nabi terlupa menyebut Insya-Allah(jika Allah menghendaki) sehingga Nabi tidak dapat menjawab persoalan itu kerana lambatnya turun wahyu daripada Allah.

Jadi disini, saya nk menekankan bahawa, segala perbuatan kita yang bakal kita buat, ucaplah Insya-Allah. kerana sebaik2 perancangan kita, perancangan Allah adalah yang paling baik dan terbaik.

wallahua'lam.. :)

kepulangan..


Bismillahirrahmanirrahim..
assalamualaikum..

alhamdulillah, setelah 3bulan lebih di cfs, akhirnya 4hb, 3pagi saya menjejakkan kaki di rumah juga.. hati yang teramat rindu pada famili akhirnya terubat jua. Dah ramai org kata, "hidup ni ibarat roda". kadang2 naik, kadang2 jatuh.. begitu la saya,sy seorang hamba Allah, seorang umat Rasulullah, seorang anak, seorang kakak, seorang adik, seorang rakan, seorang teman, seorang kawan dan seorang yg hy satu2nya muslimah insya-Allah muka bumi ni.

andai kita gembira pada suatu ketika, jangan kita lupa bahawa kesedihan sedang menunggu kita.
Allah dah susun takdir hidup kita cantik dah..
Cuma semua itu bergantung pada diri sendiri sama ada sedar atau tidak. begitu juga dengan kejayaan. Saya berpegang pada " Gagal sekali xbermakna gagal selamanya." maka, " berjaya sekali, xbermakna tidak berjaya lagi seterusnya."namun, jangan kita lupa juga bahawa Allah telah menetapkan qadar seseorang muslim itu dah sangat cantik.
Andai kita gagal sekarang, jgn kita lmah smangat kerana Allah telah menjanjikan yg lebih baik pd masa akan datang. begitulah ustaz, ustazah berkata..yang pasti semua tu mg dah termaktub dalam Al-Quran...

JIka di asrama saya selesa, gembira di kelilingi kawan2, jgnlah saya kecewa andai di rumah tidak begitu. kerana setiap kegembiraan itu ada kesedihan dan setiap kesedihan itu Allah akan gantikan dengan kegembiraan semula..

Saya bersyukur dan sangat bersyukur kerana berada di cfs, kenapa?
kerana saya dididik disitu satu jalan yang xsuma orang dapat lalu jalan tu. saya akan jadikan perjalanan di jalan itu satu kenangan, satu hadiah, satu rahmat daripada Allah.
Alhamdulillah bila di rumah saya dididik di jalan yang sama. Walaubagaimana pun, mehnah dan cabaran tidak pernah lekang dalam menelusuri perjalanan yg jauh. saya hanya musafir sementara.. Alhamdulillah, alhamdulillahirabbil 'alamin, saya tidak pernah matikan enjin kenderaan saya utk sampai di destinasi yg abadi. mgkin pernah berhenti di stesen tol tapi dengan pembayaran dari adik beradik n diri sendiri, saya teruskan juga perjalanan, biarpun banyak R&R, tp tak boleh stuck di situ.. itu suma nafsu saja..

"ada hikmah di sebalik semuanya"
itulah ungkapan yang saya selalu guna utk pujuk hati yang selalu tersentuh.
bukan saja kerana saya ini manusia, saya juga seorang muslimah..
hanya kesabaran saja yang berjaya mengalahkan amarah.
tetapi itulah yang paling sukar nak dijinakkan.
silibus kesabaran saya belum lepas, bagaimana nak ke silibus seterusnya???
Astaqfirullah.. ku hanya mampu menunggu kepada seorang insan @ apa saja yang boleh memberi arahan, mngontrol, dan mengubah diri ni.. walau sebenaqnya telah ada tp bila kesedaran ku n dia akan menyala? seterusnya sama2 menghapuskan virus n trojan dunia ni???? bila?? bila dah pulang kepada tuannya, dah xmampu buat ape2 dah..


Allah Maha Pemurah~~^^

"Siapa yang takutkan Allah (bertaqwa kepadaNya), maka Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberikannya rezeki dari jalan yang tidak disangka." (Al Talaq: 2)