Ujian untuk diriku

"ALLAH TIDAK MEMBEBANI SESEORANG ITU MELAINKAN SESUAI DENGAN KEMAMPUANNYA."(AL-BAQARAH:286)




Allah Maha Melihat~~^^

"Tidak berlaku bisikan antara tiga orang malainkan Dialah yang keempatnya, dan tiada (berlaku antara) lima orang melainkan Dialah yang keenamnya, dan tiada yang kurang dari bilangan itu dan tiada yang lebih ramai melainkan Ia bersama-sama mereka di mana sahaja mereka berada." (Al Mujadalah: 7)

Klik sini untuk ikut ~~=)

Sekarang pukul.....

Hari ni hari.....

Tuesday, November 23, 2010

belajar!!


banyak perkara lagi yang tak tahu..
banyak perkara lagi yang perlu tahu..
banyak perkara lagi yang perlu belajar..
banyak perkara lagi yang perlu diambil perhati..
banyak perkara lagi yang perlu di buat..

tp,
apa tindakan kita??
bergerak!
moga Allah permudahkan jalan2 hambanya..

Saturday, November 20, 2010

Keredhaan-Mu

Assalamualaikum
bismillahirrahmanirrahim..

ada seseorang ni,, dia pasangkan lagu ni,keredhaanMu nyanyian kumpulan in-team. mungkin dia suka.. bila saya dengar, tiada yang memberi kesan. tp katanya, "hayati lagu ini,dan muhasabah diri". maka saya pon menghayatilah.. memang sangat mempunyai makna. padahal lagu ni dah lama dah. cumanya saya xpernah nak menghayati masa mendengarnya. jadi, marilah kita sama2 menghayatinya...

KEREDHAAN-MU

Ya Allah, Ya Tuhanku
HambaMu merindukan
Rahmat kasih sayangMu
Dan jua keredhaanMu
Dalam hidupku

Meskipun ku ulangi dosa noda
Yang menjanjikan azab sengsara
Namun ku sedari
KeampunanMu tidak bertepi

Ku akui diri ini
Hamba yang mungkir pada janji-janji
Jadikanlah taubat ini yang sejati
PadaMu Ilahi

Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku
Ya Allah, redhakanlah kehidupanku
Moga terhapus penghijab kalbu
Antara Kau dan aku

Tuhan,
Ku zalimi diri ini
Andai Kau tak ampuni dan rahmati
Alangkah ruginya diri

Tuhan,
Jangan Kau palingkan hati ini
Setelah Kau beri hidayah
Sesungguhnya Kau Maha Pengasih

i love it too!

Wednesday, November 17, 2010

Salamku buatmu..


MAAFKANLAH SEGALA KESILAPANKU YANG DISENGAJAKAN ATAU YANG TAK SENGAJA... SAYA HANYA HAMBA ALLAH YANG HINA DAN DHAIF,, YANG MENGAHARAPKAN KEMAAFAN DARIPADAMU DAN KEAMPUNAN DARIPADA ALLAH SUBHANAHUWA TAALA...

Monday, November 15, 2010

Itulah Engkau

Bismillahirrahmanirrahim...

Sahabatku..
Aku tahu sekarang,
itulah engkau..

engkau sedarkah siapa engkau?
Aku yakin engkau sedar,
kerana engkau lebih mengenali diri sendiri.

Aku tersenyum,
tersenyum pada kisahmu.
Aku tertawa,
tertawa dengan telatah orang padamu.
Itulah engkau..
sama ada engkau sedar atau tidak,
engkau lebih baik dariku.

Aku mengaku,
Aku menyedari,
Aku sudah tak mampu lari lagi,
lari daripada kenyataan,
bahawa itulah engkau.

Aku sedih,
kerana aku bukan engkau.
Aku sakit hati,
kerana fikir engkau tak faham aku,
padahal itulah yang terbaik,
yang mampu engkau lakukan untukku.

Aku berterima kasih,
kerana engkau menjadi engkau,
kerana sudi disisiku,
kerana bijak melayan kerenahku,
dalam diam kau mengajar aku,
untuk aku menjadi aku!

semakin jauh aku korek,
semakin aku nampak cahaya penghujung,
biar cahayanya kecil seurat rambut,
Tapi aku yakin,
aku mampu besarkan lubang cahaya itu.

Cuma, aku minta,
aku minta jasa baikmu,
kongsilah kelebihanmu denganku,
atau ajarkanlah aku,
supaya aku pandai mengajar diriku.

Aku kagum,
sepinggir-pinggir diri aku rasanya,
aku fikir,
engkau juga sama denganku,
tapi semuanya meleset,
kerana engkau,
jauh dikenali dan dikagumi.

Aku jadi rendah diri,
tapi aku jadi bangga sejenak,
memikirkan benar itu engkau,
engkau sahabatku.
Aku sayang kau!

Sayangku bukan kerana,
pandangan orang padamu,
tapi, sayangku padamu kerana,
itulah engkau!

Pesanan buat engkau,
andai kau baca ini,
Ketahuilah, aku malu pada diriku,
maka aku malu juga,
untuk berhadapan denganmu.
cukuplah kau tahu apa yang perlu kau tahu,
tahu hatiku ini yang sangat perlukan tarbiyah.

Andai kau sedar ini engkau,
Bersyukurlah,
engkau berjaya mendapat tempat di hati manusia.

Andai kau sedar ini engkau,
diamkan saja,
cukuplah sekadar senyum padaku,
agar aku mengerti,
engkau mengerti apa yang ingin aku sampaikan ini,
cukuplah kita berinteraksi dari hati ke hati dalam soal ini,
agar tidak gugur air jernihku,
gugur dihadapanmu lagi,
kerana terharu dan sedih,
kerana itu kelemahanku juga,
sensitif pada kata-kata sebarangan...

by the way,,
terima kasih sahabatku...
I LOVE U so much!!!

Friday, November 12, 2010

cerewet itu apa??

Bismillahirrahmanirrahim..

mana satu cerewet?? ke... semuanya???

Situasi 1
Gadis itu berjalan masuk ke dalam kawasan asrama melepasi pagar. Disebelahnya beriringan seorang rakannya. mereka beriringan ke kedai makan sambil melambai tangan pada rakan mereka yang lain di hadapan. gadis itu masuk ke kedai makan mendapatkan makanannya yang telah ditempah, begitu juga rakannya yang td. Gadis itu mencari2 nasinya tertulis nasi goreng biasa tanpa ayam. *ahaks*. mereka berdua mebayar makanan itu dan bergerak ke meja makan. bismilllahirrahmanirrahim, makanlah mereka berdua. Ketika makan, gadis itu mengelas2 makanannya seperti bawang putih dan cili dari nasinya.serta ada dua tiga sayyur yang besar n xsedap mata memandang. *huhu*. rakannya memerhati seraya berkata. " eh, memilih sungguh. makan ja semua." Gadis itu menggeleng tanda tidak suka akan bahan yang di kelasnya. " xmakan itu, xmakan ini, abih?? makan apa??" gadis itu hanya senyum. "makan je mana yg sedap dgn mulut ni." *freak... huh*

situasi 2

Jejaka itu bergerak ke sebuah gerai persatuan, bertemulah dia dengan rakan2nya di situ. matanya meninjau makanan dan barangan yang dijual di gerai itu. dahi yang berkerut seperti ingin berkata sesuatu, dan akhirnya terkeluar jua. "apa ni?" "kenapa buat cam ni?" "kenapa buat cam tu?" "buat la mcam ni.." "buat la mcam tu.." "bla bla bla???" "bla bla bla.." *fuh! who r u?* persoalan, komen dan kritikannya,, adakah dia inginkan jawapan?? yang pasti, xde yang smpat memjawab dan membalas. jejaka itu pon beredar meninggalkan persoalan dan komentarnya tergantung digerai itu.

situasi 3

Gadis itu masuk ke biliknya. kelihatan adiknya berada di dalam bilik itu. Gadis itu menyerahkan sesuatu. " Nah! tudung ni still elok, pakai lah." Adiknya memandang sekilas dan membalas. "xnak lah, dah banyak dah warna gitu." "Ambik ja la!!!" " xnak!".. *stone head??*

...

"Nah, buat pakai raya nt." adik gadis itu belek2 kasut itu tanpa memegangnya. Dia melihat, kasut itu sama dengan kasut yang dipakai kakaknya. "kenapa sama?? xde ke yang xsama??" " Ty banyak ah... nah! nak ke xnak." "nak la, tp len kali bagi la yang len2. xpayahlah sama." "bla bla bla" *shut up!!*

situasi 4

"Ibu, nak ini" gadis itu menunjukkan satu kain yang dia tertarik. "ni? xelok la. warna pudar.corak pon tak lawa" " tapi lawa la......." " ni, ambik ja yang ni..!!." " xnak!! ni corak org2 tua, warga emas. kita nak corak remaja..!!" "takpayah la. ambik ja yang ni." "xnak, nak corak remaja gak." "ambik la mana2 pon!" *so Serabut*

so, mana satu?? haha cerewet itu apa?? saya cerewet ker??

....

no answer..........................

Tuesday, November 9, 2010

Adab-adab dengan Allah..

1.Menyembah Allah
2.Mengagungkan Allah
3.Takut kpd Allah
4.Cintakan Allah lebih dari segalanya
5.Tawakkal kpd Allah
6.Bergantung penuh kpd Allah
7.Berhajat kpd pertolongan Allah
8.Malu kpd Allah
9.Melaksanakan ketaatan dan meninggalkan maksiat
10.Melaksanakan hukum Islam
11.Yakin bahawa syariat Allah untuk kebaikan
12.Berbaik sangka kpd Allah
13.Memperbanyakkan zikir kpd Allah
14.Takwa kpd Allah

Kenapa nak ulang kesalahan/kesilapan yang sama????

Bismimllahirrahmanirrahim...

lama sudah tidak menjenguk blogku...
sungguh aku sentiasa mengingatimu tetapi xberksmpatan menjenguk.
semuanya terhalang dgn kerja2 yang berkaitan seperti Entrec, "keja itu", "keja ini"... yang paling penting kemalasan yang semakin hari semakin ku cuba kikis.. *cane nk wat*...

smkin ku cuba menyelami hatimu..
semakin aku terasa hati denganmu..

kenapa begitu?
sensitif itu sifat wanita..
takkan lari kemana2..

namun,
kdg2 kurasakan seperti mentari ada dlm diriku..
kdg2 kurasakan ranting2 pokok yang bersilang2 ada dlm diriku..
kdg2 juga kurasakan sebuah padang menghijau ada dalam diriku..

semuanya kerana mehnah daripada-Mu..
ku berpesan pada umiku..

"umi, doakan kakngah kuat semangat ye...dah xde tmpat curah perasaan dah skang ni..dia dah ke Gombak.."

"Insya-Allah.. kawan bukan seorang. pergi seorang ada lg seribu. Insya-Allah, kakngah akan dapat kawan yg terbaik."

":)"

***

aku fikir...
fikir...
fikir...
kerana terlalu banyak fikir..
sampaikan aku hilang kawalan..
streng kawalan juga dah melencong,
brek juga dah xjumpa...
.....
saya mintak maaf..
bukan niat saya nak menyakiti hatimu,
atau mengguris hatimu,
tp kerana saya kurang waras waktu itu..
saya jadi gelabah,
kerana tak bersedia..
saya jadi malu,
kerana buruknya kerjaku..
saya jadi tak tahu,
kerana saya tidak mahu..
maaf,
saya janji tak akan buat lgi,
saya janji akan menghargai tadhiyah org lain,
saya janji akan cuba sdaya upaya faham situasimu
Terima Kasih kerana teguranmu,
terima kasih kerana kejujuranmu.
...

"Bila jauh dengan keluarga, kawan2 org yang paling dekat. kalau kita baik dgn depa, insya-Allah Allah akan lembutkan hati depa utk baik dengan kita. kalau kita tolong orang, Allah akan gerakkan hati orang lain pulak utk tolong kita. yang penting, kena yakin dengan Allah"

"Baik umi, Insya-Allah."

***

semakin aku explore,
semakin aku ingin berjalan lebih jauh,
semakin jelas warna diri diriku..
mungkinkah kerana itu dinamakan "UKHUWWAH FILLAH??"
tegur menegur perkara biasa,
tak perlu memikirkan perasaan org yg ditegor..
Allah..
Moga aku terus huznuzon dgnmu,
niatmu baik,
penerimaanku yang menyukarkan hatiku tenang.
aku manusia biasa, lagi lemah.
tidak seperti dirimu..
yang dikenali dan dikagumi, serta ada yang takut dengan kehebatanmu..
aku mohon kutip sedikit buah yang ranum dalam dirimu itu,
supaya aku dapat mendewasakan kebudakan aku ini..
aku mohon kongsi sedikit ilmumu,
supaya aku tidak dipandang remeh..
insya-Allah, aku tidak akan benci dirimu,
keranamu,aku menangis,
keranamu, aku ketawa,
menangis dan ketawa apabila sedar,,
inilah aku rupanya..T.T

***

Allah Maha Pemurah~~^^

"Siapa yang takutkan Allah (bertaqwa kepadaNya), maka Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberikannya rezeki dari jalan yang tidak disangka." (Al Talaq: 2)