Sahabatku..
Aku tahu sekarang,
itulah engkau..
engkau sedarkah siapa engkau?
Aku yakin engkau sedar,
kerana engkau lebih mengenali diri sendiri.
Aku tersenyum,
tersenyum pada kisahmu.
Aku tertawa,
tertawa dengan telatah orang padamu.
Itulah engkau..
sama ada engkau sedar atau tidak,
engkau lebih baik dariku.
Aku mengaku,
Aku menyedari,
Aku sudah tak mampu lari lagi,
lari daripada kenyataan,
bahawa itulah engkau.
Aku sedih,
kerana aku bukan engkau.
Aku sakit hati,
kerana fikir engkau tak faham aku,
padahal itulah yang terbaik,
yang mampu engkau lakukan untukku.
Aku berterima kasih,
kerana engkau menjadi engkau,
kerana sudi disisiku,
kerana bijak melayan kerenahku,
dalam diam kau mengajar aku,
untuk aku menjadi aku!
semakin jauh aku korek,
semakin aku nampak cahaya penghujung,
biar cahayanya kecil seurat rambut,
Tapi aku yakin,
aku mampu besarkan lubang cahaya itu.
Cuma, aku minta,
aku minta jasa baikmu,
kongsilah kelebihanmu denganku,
atau ajarkanlah aku,
supaya aku pandai mengajar diriku.
Aku kagum,
sepinggir-pinggir diri aku rasanya,
aku fikir,
engkau juga sama denganku,
tapi semuanya meleset,
kerana engkau,
jauh dikenali dan dikagumi.
Aku jadi rendah diri,
tapi aku jadi bangga sejenak,
memikirkan benar itu engkau,
engkau sahabatku.
Aku sayang kau!
Sayangku bukan kerana,
pandangan orang padamu,
tapi, sayangku padamu kerana,
itulah engkau!
Pesanan buat engkau,
andai kau baca ini,
Ketahuilah, aku malu pada diriku,
maka aku malu juga,
untuk berhadapan denganmu.
cukuplah kau tahu apa yang perlu kau tahu,
tahu hatiku ini yang sangat perlukan tarbiyah.
Andai kau sedar ini engkau,
Bersyukurlah,
engkau berjaya mendapat tempat di hati manusia.
Andai kau sedar ini engkau,
diamkan saja,
cukuplah sekadar senyum padaku,
agar aku mengerti,
engkau mengerti apa yang ingin aku sampaikan ini,
cukuplah kita berinteraksi dari hati ke hati dalam soal ini,
agar tidak gugur air jernihku,
gugur dihadapanmu lagi,
kerana terharu dan sedih,
kerana itu kelemahanku juga,
sensitif pada kata-kata sebarangan...
by the way,,
terima kasih sahabatku...
I LOVE U so much!!!


No comments:
Post a Comment