Ujian untuk diriku

"ALLAH TIDAK MEMBEBANI SESEORANG ITU MELAINKAN SESUAI DENGAN KEMAMPUANNYA."(AL-BAQARAH:286)




Allah Maha Melihat~~^^

"Tidak berlaku bisikan antara tiga orang malainkan Dialah yang keempatnya, dan tiada (berlaku antara) lima orang melainkan Dialah yang keenamnya, dan tiada yang kurang dari bilangan itu dan tiada yang lebih ramai melainkan Ia bersama-sama mereka di mana sahaja mereka berada." (Al Mujadalah: 7)

Klik sini untuk ikut ~~=)

Sekarang pukul.....

Hari ni hari.....

Tuesday, October 9, 2012

masalah !!

hahahahaha!!

KELAKAR NAK MATI.
SELAMA NI MENGKOREKSI DIRI, TAK TAHU APA MASALAH SEBENAR DIRI..
TP HARI NI DAH JUMPA SATU..
PUNYA LAH SUSAH NAK MENYELESAIKAN MASALAH, 
TP AKU SENTIASA MENCIPTA MASALAH.
IA BERDASARKAN PANDANGAN ORANG PADA AKU.
AKU TAK FAHAM KALAU ORANG CAKAP KIAS2 NI,
TP AKU CAKAP KIAS2 PANDAI LA. AHHAHA.
SO, JANGAN MARAH AKU KALAU AKU TAK FAHAM..

"Jap, apa maksud awak td? "

"La.. xkan xfaham kot.. macam tu la.. boleh fikir sendiri kot.."

"=_='"

Fine... hehe, ayat caps lock di atas bukannya marah OK!!, tp nak tekankan yang saya tidak suka cari masalah, dan kalau boleh cuba hindarkan untuk menghadapi masalah.
Tapi apakan daya, bila sebut manusia, pasti disekelilingnya adalah manusia. yang sentiasa berhubungan, berkomunikasi, tidak akan pernah terlepas daripada menghadapi masalah..
MASALAH juga boleh dimaksudkan dengan UJIAN.

Saya ada terbaca di dalam satu status di FB, ada seorang hamba Allah ni post, katanya..
"Tukarkan perkataan MASALAH kepada UJIAN, menjadikan kita lebih positif dalam menghadapinya.."

Ok , habis maksud ayat capslock di atas.

Kebanyakan mereka yang berkias dengan saya, pasti akan membiarkan saya tertanya2. tolonglah... saya serius tak faham. saya tak nak salah faham. Please explain to me. Then, bila mereka membiarkan saya mencari jawapan sendiri, jadi jangan marah kalau jawapan yang saya reka itu adalah salah.

cth:
ada orang tanya saya; "Hah.. ape masalah sebenarnya ni?'

'Aik?? kenapa ty aku? bila aku bermasalah?' kata saya dalam hati.

if u found that the problem came out from me, please tell me!
Jadi bila situasinya begini.. kita tanya apa masalah saya? apa salah saya.? tak ada pula nak cakap sebaliknya tanya semula kita, apa masalah. Serius, saya tak tahu. if i know, i will say it. 

 jika saya rasa bersalah dengan seseorang, saya akan cakap, saya akan mintak maaf. dan kadang2 rasa bersalah itu muncul tiba2 bila terkenangkan kita ada buat salah dengan seseorang itu.. 

cth: saya pernah ego sendiri, tak terima pandangan orang, saya je yang bagi pendapat saya, saya je bercakap, saya je nak bagi idea, saya je nak bagi nasihat, dan saya akan kecewa kalau orang yang dengar tu cthnya si A tak terima atau buat apa yang saya cakap.. it's a big problem. tapi, time kejadian itu berlaku, saya tidak sedar, Si A pon tak tegur sehingga lah ia berlanjutan berminggu-minggu dan berbulan-bulan.

Satu hari, saya bermuhasabah sendirian, dan saya teringat peristiwa itu dan saya sedar, tiba2 perasaan bersalah itu muncul.. 

maka, saya akan memohon maaf pada si A. 

"Salamu'alaik, A, saya mintak maaf . maafkan saya ye, kalau ada kecik hati, terasa ke jangan simpan, terus ckap dengan saya."

"Eh, x da apa la."

"Ok. terima kasih"

Setled. tiba2 saya di tanya kenapa mintak maaf.

"Kenapa mintak maaf, any problem?"

"saya rasa saya ada buat salah kat awak, jadi sebab tu saya nak mintak maaf, apa isu sekalipon, kira kesemualah, saya mintak maaf."

agak2 ayat saya diatas tidak jelas ke?
Ok. mungkin Si A nak tahu perkara sebenar apa yang berlaku, sampai tiba2 minta maaf. Ye mungkin dia pun bersalah,

Tetapi, jika hendak diceritakan kembali, bukankah akan megingat kembali perkara yang tidak sedap didengari, konon2 nak explen, tiba2 bertukar jadi makin teruk, asalnya dia tidak perasan pon perbuatan kita, dia terus perasan dan teringat2 sehingga akhirnya tak dapat nak maafkan, kerana perkara itu bermain2 di fikiran.

Jadi, cukuplah lapangkan dada untuk menerima maaf sahabat kita.
tak perlulah dipersoalkan lagi, "Apa masalah sebenarnya"

kerana dengan persoalan ini akan menyebabkan saya merasakan yang saya betul2 ada masalah. tetapi saya tidak tahu apakah masalah itu, sehingga saya merasakan yang saya adalah pencipta masalah dan orang lain yang menanggungnya... wuaa!!

huhu (terasa kot. aku le tu, tak reti la nk faham org)

^_^ so, bak kata kawan saya, be positive.. sentiasa positif minda anda!!!

Monday, October 8, 2012

Terima Kasih Sahabat!

Bismillah..

Noor Ain Farihan binti Zulkifli said;
Ya Allah, Engkau sentiasa berikan yang terbaik untuk aku.
Ye, setiap yang telah engkau aturkan itu ada hikmahnya.
Hikmah disebalik manusia marah&berkecil hati padaku,
hikmah disebalik manusia suka&sayang padaku,
hikmah disebalik kejayaan aku,
hikmah disebalik kegagalan aku.,
hikmah disebalik segala-galanya.

Engkau mengingatkan aku dikala aku lupa,
bahawa setiap kejayaan, pasti akan ada kegagalan,
bahawa setiap kesenangan dan kesukaan itu pasti ada kesusahan dan kesedihan.

Alhamdulillah..
Terima kasih Ya Allah,
Engkau mengurniakan mereka yang tidak jemu menjaga dan menegurku.. Terima kasih sahabat~
^_^

Sunday, October 7, 2012

Allah memberi amaran!



Hot di facebook kerana likes .
Hot di twitter kerana followers .
Hot di rumah kerana kipas rosak .
Hot di neraka kerana dosa .

"Dan taatilah Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berselisih, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan kekuatanmu hilang dan bersabarlah. Sungguh Allah beserta orang-orang yang sabar."[8:46]

"Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang keluar dari kampung halamannya dengan rasa angkuh dan ingin dipuji orang (riak) serta menghalang-halangi (orang) dari jalan Allah. Allah meliputi segala yang mereka kerjakan."[8:47]

"Dan (ingatlah) ketika syaitan menjadikan terasa indah bagi mereka perbuatan(dosa) mereka dan mengatakan, "Tidak ada (orang) yang dapat mengalahkan kamu pada hari ini sungguh, aku adalah penolongmu". Maka ketika kedua pasukan itu telah saling melihat (berhadapan), syaitan balik ke belakang seraya berkata,"Sesungguhnya aku berlepas diri dari kamu; aku akan melihat apa yang kamu tidak dapat melihat; sesungguhnya aku takut kepada Allah." Allah sangat keras siksa-Nya. [8:48]

"(Ingatlah), ketika orang-orang munafik dan orang-orang yang ada penyakit di dalam hatinya berkata, "Mereka itu (orang mukmin) ditipu agamanya." (Allah berfirman), "Barang siapa bertawakal kepada Allah, ketahuilah bahawa Allah Maha Perkasa , Maha Bijaksana."[8:49]

*Syaitan pun takut dengan Allah SWT, tp manusia??

mahal vs murah


:: Dialog kawan2. [malu]

Si A : ayah aku ada tab tapi tak guna pon. nak bg kat aku, tp aku malas dah nak guna henfon canggih ni. dah 5 henset before ni, ribu2 beli, tapi hilang, lingkup camtu je. guna henset nokia ni je la, dengan tak de kamera, tak de lagu ke, warna ke, tp tahan lama. harga pon murah.

Si B : bagus la hang, kalau sesetengah orang tu, guna henset cokea macam ni, maluuuu. sanggup tahan perut nak beli henset ribu2. tab, ipad, iphone dan segala bagai la.. kalau hok kaya tu tok sah cerita la.. Dah dia mampu.. tp aku nak tanya, hang tak malu ka pakai henset murah ni? padahal hang mampu kot nak ada tab, iPhone tu?

Si A : Aik? nak malu wat per?? ce citer?? buat ape nak malu?? Ni kira beruntung tau aku ada henset, berbanding dengan orang yang fakir miskin, nak makan 2kali sehari pon tak da duit, inikan nak beli henset. yang sesetengah orang tu nak malu pasai pa?? bersyukur la ada kemudahan komunikasi, walaupun hanya boleh call dan mesej saja. kan itu sebab utama telefon bimbit diperlukan?

Si B : betul la tu, Tapi kdg2 nak la juga tangkap2 gambar buat kenangan, kalau boring2 nak dengar lagu.. semua orang henset canggih2, kita pon mesti nak satu.. kan?

Si A : Dak... sat aku nak tanya hang, hang duk bercakap ini tentang orang yang banyak duit ka orang yang cukup2 duit??

Si B : Errr...

Si A : kalau dia banyak duit atau ada duit lebih, itu rezeki dia, dan hak dia utk beli apa yg dia suka, dah dia mampu. tapi yang cukup2 duit ni, dan memang tak mampu la!, jangan paksa diri nak jugak2 benda2 mahai ni. nanti niat tu seleweng pulak. Asal niat beli henset tu mahal/murah untuk keperluan dan kemudahan, tapi telah bertukar menjadi nak menunjuk2 dan timbul pulak riak. na'uzubillahi min zalik. tak nak aku wei!
Tapi aku tak minat la fotografi2 ni, kamera digital ada, ape susah?

Si B : Ok2! Kesimpulannya, belilah ikut keperluan dan kemampuan. In sya Allah, Allah akan pandang baik pada perbuatan ktia. kalau dah tak suka dengar lagu atau bergambar ni, buat perabih duit je beli henset mahai/canggih sebab membazir tak guna..

Si A : Pandai hang...!!

Dari Abi Abbas Sahl bin Sa’ad As-Sa’idi r.a berkata: Seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w dan berkata: Wahai Rasulullah! Tunjukkilah aku pada suatu amal yang jika aku kerjakan, aku dicintai Allah dan dicintai manusia. Maka Rasulullah s.a.w bersabda: Zuhudlah engkau akan dunia, pasti Allah mencintai engkau. Zuhudlah engkau akan apa yang ada pada manusia, pasti manusia mencintai engkau. (H.R. Ibnu Majah)

Saturday, October 6, 2012

Wish to be a caunselor

Really!!!

I have something to say here..
but it stucked here--> Heart

Please friends, be nice to me.

Gadis itu termenung di screen notebooknya seketika, di satu wall FB seorang hamba Allah. Dilihat atas wall itu tertera 'Add as friend', tumpuannya kembali kearah status2 yang dipost, seorang demi seorang nama FB yang mengelike status hamba Allah itu dibaca di dalam hati.

'Semua ni aku kenal.'

'Diorang friend  ke dengan dia ni?'

tangannya pantas menekan2 tetikus.

'Friend....'

'Tapi kenapa aku dia unfriend?'

Teringat gadis itu perbualan dengan beberapa orang sahabatnya.

"Ada orang unfriend ngan aku. Aku kenal dia, dia kenal aku. Cane ea? xsedap hati gini."

"La... biarkan je.. dia xnak kawan dgn kau dah la tu.. Ada buat salah kat dia kot..?"

"Ntah." gadis itu noktah di situ.

'Rasanya xde salah pape.' bisik hati kecil gadis itu.

Gadis itu tersedar apabila roomatenya  menyapa dari belakang, cepat2 dia menukar riak wajah. Tersenyum kelat & pahit ketika itu kepada roomatenya. Setelah kawan biliknya beredar, gadis itu terus mengalihkan pandangan kepada notebook. Tangannya pantas menaip sesuatu.

"Salamu'alaik. Apa khabar? lama x chat kan kita? dikesmpatan ni, sy nak minta maaf kat awk kalau sy ada buat salah kat awk."

Beberapa detik, fikirannya menerawang.. Jari masih di atas enter. Sejurus selepas beberapa saat, jarinya terus menekan backspace. Dirinya masih dilema.

'Kenapa aku nak minta maaf? dia memang dah tak nak kawan dengan aku kot...'

Tiba-tiba fikirannya mengimbas kembali kata2 guru kaunselingnya.

"Kita nak buat sesuatu, kena cuba dan cuba. Try test sampai dapat.. Jangan cepat putus asa.."

Seorang sahabtnya juga pernah berkata. "Dah putus asa? awk akan menyesal if cpt putus asa"

'Memang aku dah byk kali kecewa sebab aku x usaha sungguh2, aku cepat putus asa.'

Fikirannya masih memikir2.. Hatinya rasa bersalah tidak bersebab. Rasa bagai nak cabut keluar je hati ni, basuh2 sikit, biar bersih daripada bersalah, ego, malu, malas , putus asa dan sikap2 negatif lain.. tengah dia berfikir, 1 mesej warna merah muncul.. Dahi gadis itu sudah berkerut.. Tangannya dengan segera menghalakan arrow mouse  ke kotak mesej itu..

"???" gadis itu membaca mesej yang diperoleh.

**To be continue

Allah Maha Pemurah~~^^

"Siapa yang takutkan Allah (bertaqwa kepadaNya), maka Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberikannya rezeki dari jalan yang tidak disangka." (Al Talaq: 2)