Ujian untuk diriku

"ALLAH TIDAK MEMBEBANI SESEORANG ITU MELAINKAN SESUAI DENGAN KEMAMPUANNYA."(AL-BAQARAH:286)




Allah Maha Melihat~~^^

"Tidak berlaku bisikan antara tiga orang malainkan Dialah yang keempatnya, dan tiada (berlaku antara) lima orang melainkan Dialah yang keenamnya, dan tiada yang kurang dari bilangan itu dan tiada yang lebih ramai melainkan Ia bersama-sama mereka di mana sahaja mereka berada." (Al Mujadalah: 7)

Klik sini untuk ikut ~~=)

Sekarang pukul.....

Hari ni hari.....

Saturday, May 21, 2011

Pesan Imam Hassan Al Banna

Bismillah

Salamualaik

Bagi para dai dan murobbi, mari kita tunaikan sepuluh wasiat ini. Ia adalah resipi mujarab buat pengubat umat. Kaedah yang teruji sepanjang perjalanan waktu hingga kini. Mari kitaprioritaskan dan amalkan.

1. Bangunlah segera untuk melaksanakan shalat apabila mendengar adzan walau bagaimanapun keadaanmu.

2. Baca, telaah dan dengarkanlah al- Qur'an, berzikirlah kepada Allah dan janganlah engkau senang menghambur-hamburkan waktumu dalam masalah yang tiada faedahnya.

3. Bersungguh-sungguh untuk boleh berbicara dalam bahasa arab yang fasih.
(InsyaAllah, mahirkan bahasa melayu dahulu kerana medium dakwah kita yang paling utama di Malaysia ialah umat islam melayu. Tetapi harus diingat, bahasa arab juga penting kerana ia adalah bahasa Al Quran)

4. Jangan memperbanyak debat dalam percakapan kerana itu tidak akan mendatangkan kebaikan.

5. Jangan banyak tertawa kerna hati yang selalu berkomunikasi (berzikir) dengan Allah sifatnya aman dan tenteram.

6. Jangan suka bergurau kerana umat yang berjihad akan senantiasa berusaha bersungguh-sungguh.

7. Jangan mengeraskan suara di atas suara yang diperlukan pendengar, kerana hal itu akan menganggu dan meyakiti.

8. Jauhilah ghibah (mengumpat) atau menyakiti hati orang lain dalam bentuk apa pun dan janganlah berbicara kecuali yang baik.

9. Berkenalanlah dengan setiap saudara yang saudara temui kerana asas dakwah kita adalah saling kenal-mengenal dan berkasih sayang.

10. Pekerjaan utama kita adalah tertumpu pada waktu yang tersedia, maka tolonglah saudaramu untuk memanfaatkan waktunya, dan apabila kalian punyai keperluan maka sederhanakanlah dan cepatlah diselesaikan.

Alhamdulillah.

Friday, May 20, 2011

Wanita terbaik

bismillah

Salamualaik

al-Khawarizmi, seorang ahli matematik Islam ditanya tentang wanita terbaik;

Dia menjawab:

Jika wanita solehah dan beragama =1
Jika dia cantik : tambah 0 kepada 1 = 10
Jika dia kaya : tambah 0 lagi = 100
Dan jika dia dari keluarga baik-baik : tambah lagi 0 =1000

TETAPI JIKA YANG '1' TIADA... MAKA... TIADA APA YANG TERSISA PADA WANITA TERSEBUT KECUALI SEKELOMPOK "0"..


Wednesday, May 18, 2011

Sehari Bersama Ulama'

Bismillah..

Salamualaik..

Di pagi yang hening ini, saya ingin berkongsi sedikit dengan sahabat2 sekalian.. Bila baca tajuk je, bunyi macam gempak, "Sehari Bersama Ulama'"! bukan mudah untuk berkuliah dengan ulama'. Apabila diberi peluang, janganlah kita lepaskan. Begitu juga saya.Bukan niat saya untuk lepaskan peluang sehari bersama Ulama' tetapi, kesempatan untuk ke kuliah ini dicemburui oleh program lain yang lebih mustahak. Hati ini, agak kecewa kerana terlepas, Namun pastinya disebalik kejadian ini, ada hikmahnya.

"Sehari bersama Ulama", saya hanya berkesempatan separuh hari bersama ulama. Saya sangat2 bersyukur masih diberi peluang itu.. Maka sedikit perkongsian yang dapat saya berikan, sekadar catatan ringkasku ketika berkuliah.. Harap sahabat2 dapat mengambil manfaat daripadanya..

***
Al-Fadhil Ustaz Mutalib Maarof
Kuliah Dhuha

Ilmu itu ibarat Nur, cahaya. Cahaya tidak akan masuk kedalam hati orang yang banyak melakukan maksiat. Malah tanpa ilmu, kita tidak dapat meyakini perkara ghaib, spt syurga, neraka, malaikat, syaitan, dan alam barzarkh dengan sepenuh hati, 100%.

kita memerlukan ilmu untuk yakin apa jua perkara sekali pon termasuklah hal2 duniawi.. benda-benda dunia ini menggunakan ainal yaqin untuk yakin. Sebagai contoh:

Ustaz: Man, kamu percaya tak kalau ustaz kata ustaz boleh apungkan batu dalam air kolam?
Man: Ish ustaz. tak percayalah ustaz. Batu yang berat bagaimana nak diapungkan? mustahillah.
Ustaz: betul ustaz cakap. kamu kena percaya.
Man: jangan mengarutlah ustaz. mana bukti ustaz?
ustaz: Mari ustaz tunjukkan.
Ternyata, batu itu benar terapung.
Man: ooohh... saya percaya ustaz, saya percaya..

Haa... begitulah jika hal dunia, perlu kepada bukti pancaindera, manusia akan yakin pada sesuatu itu.

Berbeza dengan hal-hal perkara ghaib. perkara ghaib tidak boleh dibuat main, boleh melihat atau disentuh.. tidak sama sekali...!! Tapi, bagaimana manusia akan yakin?, jika tidak melihat dan menyetuhnya?? Maka, disitulah kita menggunakan ilman yaqin untuk yakin pada perkara2 ghaib. Manusia memerlukan ilmu untuk yakin pada perkara-perkara ghaib. jika tak yakin, kafir!.

Sangat2 berbahaya seseorang yang mengatakan dirinya yakin, tetapi tidak mempunyai ilmu. Dia yakin itu berlandaskan apa? ilmu atau nafsu?

sabda Rasulullah s.a.w: "seorang yang berilmu itu lebih baik daripada 1000 orang yang tidak berimu."

Carilah ilmu, sayangilah ilmu, dan amalkan ilmu itu,
jika tidak, jadilah juhhalun=bodoh berdengung ( buat ibadah banyak, tapi tak ada ilmu tentang ibadat itu, sia2)
juhhalun lebih teruk daripada jahil.

Ilmu yang diperolehi hendaklah diamalkan, jika tidak Allah akan menarik kembali nikmat ilmu itu.Ibarat seorang yang pandai memasak, andai ditinggalkan ilmu memasak dalam jangka masa tertentu, Allah akan menarik semula ilmu memasak dalam dirinya menyebabkannya terlupa sudah untuk memasak di lain hari.. begitulah diumpamakan kpd ilmu2 agama dan dunia yang tidak diamalkan akan hilang dalam jiwa masing2..

Rasulullah bersabda: "Kami berbeza dengan munafiqun iatu kami boleh kekal jemaah subuh dan isyak."

Kami yang dimaksudkan hadis diatas ialah orang-orang yang beriman. Maka jadilah kita dalam golongan 'kami' bukanlah munafiqun....

Hiburan itu penting untuk jiwa manusia. jadi, Islam tidak menghalang daripada berhibur. Dan sebaik2 hiburan dalam Islam ialah bizikrillah ( dengan mengingati Allah).

Melihat manusia lain membaca al-Quran adalah satu hiburan jiwa. Begitu juga melihat orang yang soleh. ketenagan mereka terpancar dan terpalit pada diri kita dan seterusnya kita juga tenang dengan hanya melihat, belum lagi duduk bersama bertalaqi. Itu adalah hiburan yang sangat mendidik jiwa.

namun, akhir zaman ini, manusia mula leka dan hanyut dengan hiburan dunia yang salah. Berpakaian koyak sana sini(kononnya fesyen), bertindik di merata tempat ditubuh, rambut perang, sambil menari dan sebagainya dikatakan suatu hiburan.

Tenangkah kita apabila melihat perkara2 seperti itu??
Dekatkah diri kita dengan Allah apabila terpalit dengan perkara2 tersebut??
Astaqfirullah...

Allah telah memilih hiburan yang cantik untuk hamba-hamba-Nya iaitu alam semula jadi seperti air terjun, laut biru yang terbentang luas, langit pelbagai cuaca tanpa tiang, itu satu hiburan bagi manusia yang ingin mengerti.. Namun, semua hiburan itu dirosakkan manusia dengan bikini2 di tepi laut, bercampur jantina di air terjun letupan2 di udara dan sebagainya..

Dimana kah lagi tempat yang bersih daripada maksiat2 dan bala untuk kita capai ketenangan yang Allah telah ciptakan???

Maka, dengan ilmu, manusia akan menghargai alam ini dan segala ciptaan pinjaman Allah.. Ilmu yang di maksudkan lebih kepada ilmu agama yang menekan aqidah berkeyakinan bahawa Allah itu satu dan hanya Dia yang layak disembah serta Muhammad adalah pesuruh-Nya. sejurus itu, ilmu duniawi akan datang sendiri kepada mereka yang berusaha dan bertawakkal kepada Allah...

MARILAH KITA CINTA PADA ILMU,
BELAJARLAH BERGURU ITU LEBIH NIKMATNYA..
SAYANGILAH ILMU,
SERTA AMALKAN ILMU YANG DIPEROLEH.

Wallahu a'lam..

***
banyak pengisian yang ustaz sampaikan, namun sedikit sahaja yang sempat saya coretkan. semoga sahabat dapat mengambil manfaat daripadanya....


Monday, May 16, 2011

Jasamu dikenang~

Salamualaik sahabat2 seperjuanganku..

"SELAMAT HARI GURU" buat yang bergelar guru..

guru-guru di :

~TADIKA ISLAM SPG 4

~SEKOLAH RENDAH AL-ISLAHIAH BOHOR MALI

~SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (PEREMPUAN), KANGAR

~KOLEJ MATRIKULASI KEDAH, CHANGLOON

~PUSAT ASASI UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA, NILAI

tidak lupa juga saya ucapkan kepada kawan2ku, sahabat2 perjuanga yang dirahmati Allah sentiasa... mereka banyak mengajarku banyak perkara. daripada perkara yang kecil dan remeh kepadalah perkara yang memerlukan brainstorming bersama.. terima kasih saya ucapkan berbanyak2nya.. hanya Allah yang mampu membalasnya..

itulah sedikit selingan untuk post kali ini.. dua tiga menjak ini saya dilema dgn isu ukhuwwah. mungkin kerana saya rindukan sahabat2 saya..

manisnya ukhuwwah apabila berlandaskan keimanan dan taqwa.. itulah salah satu nikmat terbesar yang Allah kurniakan kepada ummat Islam. kerana nikmat ukhuwwah tidaklah dikecapi oleh orang kafir atau bukan Islam. hal ini kerana manisnya ukhuwwah apabila kerana Allah semata2..

Bukan kerana harta,
Bukan kerana dia puak kita,
Bukan kerana dia sama bangsa dengan kita,
Bukan kerana dia menyebelahi kita,
Bukan kerana dia yang bantu kita TETAPI ikhlas semata-mata kerana ALlah dan mencari mardhatiLlah(keredhaan ALlah).

Allah berfirman :

"Dan berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliah) bermusuhan, lalu Allah mempersatukan hatimu, sehingga dengan kurnia-Nya kamu menjadi bersaudara, sedangkan (ketika itu) kamu berada ditepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari sana. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk." [Ali-'Imran:103]

MANISNYA PERSAUDARAAN
حَدِيثُ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ : عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ ثَلاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ بِهِنَّ حَلاوَةَ الأِيمَانِ مَنْ كَانَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لايُحِبُّهُ إِلا لِلَّهِ وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ بَعْدَ أَنْ أَنْقَذَهُ اللَّهُ مِنْهُ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ *

Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda:Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperolehi kemanisan iman: Seseorang yang mencintai ALLAH dan RasulNya lebih dari-pada selain keduanya, mencintai seseorang hanya kerana ALLAH, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah ALLAH menyelamatkannya dari kekafiran itu, sebagaimana dia tidak suka dicam-pakkan ke dalam api Neraka. *(Muttafaq ’alaih)

PERSAUDARAAN MEMBAWA KE SYURGA

حَدِيثُ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ : عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمُ اللَّهُ فِي ظِلِّهِ يَوْمَ لا ظِلَّ إِلا ظِلُّهُ الإِمَامُ الْعَادِلُ وَشَابٌّ نَشَأَ بِعِبَادَةِ اللَّهِ وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي الْمَسَاجِدِ وَرَجُلانِ تَحَابَّا فِي اللَّهِ اجْتَمَعَا عَلَيْهِ وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ وَرَجُلٌ دَعَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ وَجَمَالٍ فَقَالَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ فَأَخْفَاهَا حَتَّى لا تَعْلَمَ يَمِينُهُ مَا تُنْفِقُ شِمَالُهُ وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Nabi s.a.w telah bersabda: Ada tujuh golongan manusia yang akan dinaungi oleh ALLAH di bawah naungan-Nya. Hari tersebut tidak ada naungan kecuali naungan ALLAH. Golongan tersebut ialah:
(1)Pemimpin yang adil,
(2)Pemuda yang membesar dalam keadaan beribadat kepada ALLAH,
(3)Lelaki yang hatinya sentiasa berpaut pada masjid-masjid
(4) Dua orang lelaki yang saling mengasihi kerana ALLAH iaitu kedua-nya bertemu dan berpisah kerana ALLAH,
(5) Lelaki yang diundang oleh seorang perempuan yang mempunyai kedudukan dan rupa paras yang elok untuk melakukan kejahatan tetapi dia berkata: Aku takut kepada ALLAH!,
(6)Seorang lelaki yang memberi sedekah tetapi dia merahsiakannya seolah-olah tangan kanan tidak tahu apa yang diberikan oleh tangan kirinya dan
(7)Seorang yang mengingati ALLAH di waktu sunyi sehingga mengalirkan air mata dari kedua matanya. *- Riwayat Imam Bukhari dan Muslim.

Luahan Rindu~~

salamualaik...

Terkenang masa dahulu
Memori silam ku
Kisah persahabatan

Dengarkanlah lagu ini
Kuciptakan untukmu
Moga dirimu terhibur

Kenangan dahulu mendewasakanku
Mengajar erti kehidupan
Segala pahit manis tempuhi bersama
Demi mengejar satu cita

Kenanganku..
Dengarkan luahan hatiku
Merindu keriangan dahulu

Indahnya..
Saat penuh tawa ceria
Terhapuslah segala duka

Teringat daku kembali
Saat kasih bersemi
Kita mengukir janji

Di waktu persekolahan
Yang penuh impian
Kita memburu harapan

Kenangan dahulu mendewasakanku
Mengajar erti kehidupan
Segala pahit manis tempuhi bersama
Demi mengejar satu cita

Kenanganku..
Hadirlah dikau menerangi
Oh ruangan hatiku
Semoga tersirat hikmah melanda
Bersama kita selamanya

Segala keindahan jadi kenangan
Yang buruk jadikan sempadan
Biar diduga derita
Tabahkanlah sentiasa
Semoga mendapat rahmatNya

Kenanganku..
Hadirlah dikau menerangi
Oh ruangan hatiku
Semoga tersirat hikmah melanda
Bersama kita selamanya

penyanyi :devotees


Sunday, May 15, 2011

kata2 ulama'

"Cintailah orang soleh, kerana mereka memiliki kesolehannya, cintailah Nabi Muhammad s.a.w., kerana dia kekasih Allah SWT dan cintailah Allah SWT, kerana dia kecintaan Nabi dan orang soleh."

(Imam Syafie)

Wednesday, May 11, 2011

Tips menjaga ginjal anda


salamualaik..

sahabat sekalian sihat? moga semuanya sihat2 belaka dan dapat senyum sentiasa. sekrang, saya dengar banyak sungguh manusia yang sakit berat seperti sakit jantung, darah tinggi, kencing manis, gout , stroke dan sebagainya,. yang menakutkan apabila yang terkena penyakit ini muda mudi juga ada. Moga Allah jauhkan saya dan famili daripada terkena penyakit2 ini..

kalian nak tahu punca datangnya penyakit2 ini??

nah!! inilah salah satunya....



inilah ginjal kita,
akibat daripada kegagalan buah pinggang untuk berfungsi dengan baik mengakibatkan penyakit2 tersebut.

sebagai contoh: penyakit jantung

bagaimana ia berlaku?

bermulanya di buah pinggang, di mana urin gagal dikeluarkan kerana tersumbat dan darah tidak dapat dicuci.

apabila tidak dapat cuci darah, kolestrol tak dapat di keluarkan, kemudian kolestrol terkumpul di dalam salur darah dan juga jantung. menyebabkan terjadinya sakit jantung.


kedua adalah penyakit batu karang

~batu karang tebentuk di hempedu, uterus, pundi kencing dan buah pinggang.
~biasanya, orang yang ada sakit batu karang terkumpul ini, terpaksa utk masuk wad dengan segera, jika tidak akan sakit berlarutan.
~tanda2 sakit batu karang terkumpul ialah:

1-tekak loya dan rasa nak termuntah, akibat angin dalam badan.
2-terasa nak buang air kecil dan besar tetapi rasa sukar dan sakit.
3- sakit di bahagian kemaluan.

sebenarnya banyak lagi penyakit berpunca daripada buah pinggang.. jagalah buah pinggang anda. tak nak cerita panjang, saya nak kongsi bagaimana hendak merawat buah pinggang dan penyakit lain secara tradisional. tumbuhan ini memang sangat unik. manusia fikirkan ia tidak berguna maka dicantasnya, sebaliknya ia boleh dibuat ubat utk mengubati pelbagai penyakit seperti:

- menolong mencuci buah pinggang
-menolong memecahkan batu karang
-menurunkan suhu badan (demam panas)
-merawat saluran kencing
- menghilangkan batuk
-merawat athma
- antaiviral
-menghilangkan pendarahan kepada wanita
- menghilangkan demam kuning
- merawat saraf
- menurunkan paras acid uricutk penderita gout
- merawat ceret beret
- sebagai ubat penenang ketika stress/gangguan jiwa(bukan gangguan mkhluk halus)

banyak kan tumbahan ini dapat menyembuhkan penyakit..
apakah ia??

ianya....
AKAR POKOK LALANG
@ saintifiknya IMPERATA CYLINDER


Siapa sangka lalang yang dikata menyemak kawasan atau tanaman mampu memberikan sejuta penyembuhan.

Jadi, saya seru pada kawan2 utk memakan akar pokok lalang ini, demi kesihatan diri kita. ingatlah: mencegah itu lebih baik daripada merawat.

namun, mampukah kita utk mengembara demi mencari akar pokok lalang ini demi kesihatan ginjal kita???

Dimanakah kita ingin mencari lalang jenis ini??

dan sempatkah kita untuk memproseskan akar lalang ini utk dijadikan ubat harian kita??

Jadi, bagaimana kita ingn menjaga ginjal kita andai sukar mencari herba sejenis ini??

JAWAPAN MUDAH: Inilah dia produk keluaran HPA, siap diproses untuk kemudahan umat Islam semua. kerana sayangnya HPA pada umat Islam, maka di cipta herba akar pokok lalang ini berbentuk kapsul..

Jangan risau andai sarung kapsul ini adakah halal?
yap,100% in sya Allah halal.. nama herba ini ialah:


MALAC/ALAC




Apabila Allah membri kemudahan, rahmat dan nikmatnya kepada kita, KENAPA MASIH DITOLAK??

bersyukurlah kalian kerana ada yang sudi menjaga kesihatan kalian...

"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu,'Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah ni'mat-Ku kepada kamu, dan sesungguhnya jika kamu mengingkarinya ( kufur ni'mat), maka sesungguhnya azab-Ku amat keras.'"[Ibrahim: 7]

^_^

sumber ilmu: kelas HPA mingguan



Sunday, May 8, 2011

Kawan..... Sahabat..... Rakan....

salamualaik..

Gadis itu membuka pintu, ibunya sudah pulang..

"Wow!! ais krim!.."

Gadis itu memang suka ais krim, terutam perisa coklat. yummy!...blogger-emoticon.blogspot.com

saya senyum, saya fikir ini post kedua tentang sahabat, rakan, atau kawan. mereka lah yang mencorakkan kegembiraan atau kesedihan dalam diriku.. bila difkir, ada saja yang sengaja membuat sesuatu untuk mengambil perhatian mereka ini.. saya juga tak terlepas. Namun, sejak kebelakangan ini, saya rasa ingin menjauhkan diri daripada mereka. kerana sedih mengundang tatkala membaca kata2 mereka terutama di FACEBOOK!!.



blogger-emoticon.blogspot.com tp tu sementara ja. hee... sebabnya, bila tutup FB, selesailah.. dah x sedih. air mata pon dah berenti.. hehe magic kan??

dengan mereka,
kita akan ketawa,
bila lawak kita mereka ketawa. haha

dengan mereka juga,
kita akan bersedih.
bersedih bila mana diri disisihkan.

persoalan yang sering timbul di hati ini,
pentingkah aku pada mereka.

pernah saya berdialog dengan seorang rakan baikku.

"macam mana kerja? ok?"

"ok? hhmm.."

"kenapa? macam ada sesuatu ja."

...

"aku tak buat apa2 pon. buat menyemak je.. buat habiskan beras ja.."


"Ish, jangan kata macam tu..setiap kerja yang kita dapat tu, ada kepentingannya..ain buat kerja ain, itu dah cukup memudahkan kerja orang lain.:

"haha.. memudahkan? entahlah. dah buat pon. lebih pada kerja sendiri. tpi mereka macam tak perlukan ja.. semua nak buat sendiri. baik aku balik je patutnya. boleh gak buat kebajikan kat rumah. "

"tak boleh2. cuba bayangkan ain dengan orang lain. setiap perkara tidak pernah ain missed kan? setiap perkara mesti ain ada kan? maknanya ain penting. kalau tak mereka tak akan serapkan ain. cumanya, setiap orang ada kelebihan masing2. setiap orang ada kelemahan masing2. sebab itulah ain dapat suatu kerja yang mungkin ain tak akan suka. tapi itulah suatu peluang dekat ain untuk kutip pengalaman. jangan sia2kan.. macam aku sendiri. aku lagi suka buat kerja macam ain dari berdepan dengan orang luar ni..ain patut bersyukur. tak semua juga ain perlu tahu kerana mungkin ain tidak mampu tanggung jika ain tahu juga. faham tak ain?"

....

"ye... betul tu... terima kasih... aku sayang kamu.. "

blogger-emoticon.blogspot.com hehehe... merapu ja.. setiap orang pasti punya kelebihan masing-masing..

kita ni penting tau kat dunia ni. pencuri penting . kalau x de pencuri, tak de la polis.. haha.. boleh ke pakai teori ni?

kadang-kadang kita perlukan mereka. eh, bukan kadang2. boleh dikatakan setiap hari kita perlukan mereka. bak kata ibuku.

"Berkawan tu biar ramai. senang nanti bila kita susah, kita ada orang yang boleh diharapkan."

ye ke??

bukan ke ada pepatah, kawan time senang mudah je dapat, kawan time susah, huh!! very hard to find.
tapi bukan mereka yang berkawan kerana "sesuatu". tetapi berkawan kerana Allah.. pasti bahagia.. Namun wujudkah berkawan kerana Allah??

jangan keliru... kita perlu dapat bezakan berkawan kerana "sesuatu" dan kerana Allah. Actually, saya juga kurang arif untuk kenal pasti. tapi, sekurang2nya, saya dapat kelaskan sahabat2 saya yang sememangnya berkawan bukan kerana Allah dan yang berkawan kerana Allah.

1- saya akan mengingati pada Allah.
2- saya rasa nak lagi berbual dengannya.
3- saya rasa geli hati bila beramah mesra dengannya.
4- saya akan senyum bila berkomunikasi dengannya.
5- saya akan dapat sesuatu ilmu @ info baru..
6- ......lagi?

mungkinkah ini tanda kita berkawan kerana Allah? atau hanya sekadar teknik seseorang itu untuk mengambil hati kawannya ketika berkomunikasi??

sama2 kita renungkannya.

opppss... minta diri dulu.. moga bertemu lagi.




Friday, May 6, 2011

Wajib hayati~ Doa Rabitoh

Sesungguhnya Engkau tahu
Bahwa hati ini tlah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu

Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan

Sesungguhnya Engkau tahu
Bahwa hati ini tlah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu

Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya

Terangilah dengan cahyaMu
Yang tiada pernah padam
Ya Robbi bimbinglah kami.

Rapatkanlah dada kami
Dengan karunia iman
Dan indahnya tawakkal padaMu

Hidupkan dengan ma'rifatMu
Matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela

Rapatkanlah dada kami
Dengan karunia iman
Dan indahnya tawakkal padaMu

Hidupkan dengan ma'rifatMu
Matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela

Kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya

Terangilah dengan cahyaMu
Yang tiada pernah padam

Ya Robbi bimbinglah kami

***

Saya bakal ke satu lagi program pada 12hb-14hb mei ini.. 22hb mei saya perlu gerak utk berjuang di medan pelajaran. huhu! takutnya nak hadapi pelajaran nanti. saya masih belum cukup preparation. Moga Allah sentiasa menolongku.. Ameen....


Allah Maha Pemurah~~^^

"Siapa yang takutkan Allah (bertaqwa kepadaNya), maka Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberikannya rezeki dari jalan yang tidak disangka." (Al Talaq: 2)