Bismillah
Assalamu'alaikum..
Air mata tidak henti-henti mengalir untuk seminit kalinya..
Memikir dosa diri, kesalahan diri, lemahnya diri.
"Bila kita sedih, rasa tiada siapa yang faham dan ingin mendengar rintihan dan keluhan kita, hadapkanlah diri kepada Allah. Allah sangat rindu untuk mendengar rayuan dan aduan hambaNya" Kata-kata itu terngiang di fikiran.
Dua perwatakan berbeza.
Peramah dan pendiam.
Bolehkah seseorang itu memiliki dua sifat ini serentak?
Masih keliru.
"Bila kita terasa tak nak bercakap, lebih baik kita berkata sesuatu, sebaliknya jika kita rasa ingin bercakap, lebih baik kita diam. Kerana ketika perasaan membuak untuk bercakap itu telah dipengaruhi dengan nafsu."
Maafkan saya. Saya nak jadi diri sendiri, tapi tak berjaya. Saya masih jahil. Bantu saya Ya Allah..
Benar kata-kata; pergantungan hanyalah kepada Allah. Manusia tak mampu menanggung kita, mereka akan letih. Tetapi Allah tidak pernah dan tidak akan letih untuk menanggung segala cerita kita atau kerenah kita.. T_T.
Manusia memang tak boleh diharap, Benarlah hanya Allah tempat untuk berharap..
Tak apa lah manusia tak suka, asalkan Allah suka. in sya Allah.
Kembali membuka lebaran kitabullah.
Melancarkan bacaan untuk hafalan diri.
Moga Allah permudahkan.
Bantu aku Ya Allah.
:: Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum w.b.t.. sebarkanlah salam kerana itu menjalin erat ukhwah sesama muslim..~~^^
Ujian untuk diriku
"ALLAH TIDAK MEMBEBANI SESEORANG ITU MELAINKAN SESUAI DENGAN KEMAMPUANNYA."(AL-BAQARAH:286)
Allah Maha Melihat~~^^
"Tidak berlaku bisikan antara tiga orang malainkan Dialah yang keempatnya, dan tiada (berlaku antara) lima orang melainkan Dialah yang keenamnya, dan tiada yang kurang dari bilangan itu dan tiada yang lebih ramai melainkan Ia bersama-sama mereka di mana sahaja mereka berada." (Al Mujadalah: 7)
Klik sini untuk ikut ~~=)
Sekarang pukul.....
Hari ni hari.....
Monday, September 30, 2013
Friday, September 27, 2013
Da'ieah abad ke-21
Bismillah..
Assalamu'alaikum..
Tepat jam 11.21 malam, gadis itu sudah
bersiap sedia bertapa dia atas kerusi ungu yang tidak empuk bersandarkan pada
bantal ungu yang empuk sedang mencari dan memerah otaknya untuk menyiapkan satu
artikel dakwah. Berkat tasyji' dan ilmu yang telah dikongsikan oleh murobbinya
yang dihormati, wujud semangat untuk menulis. Minatnya sudah ada, tinggal saja
untuk di asah.
Moga-moga gadis itu berjaya menyiapkan
artikelnya dan seterusnya publish di ruangan Mencapai Mentari ini.
_____________
Di zaman millenia ini, di anggarkan
bilangan manusia semakin bertambah-tambah, biarpun bilangan manusia yang syahid
dan meninggal dunia itu juga banyak. Namun, rata-rata manusia yang ada di atas
muka bumi ini, kelihatannya manusia yang digelar 'wanita' ni lebih
menguasai, terutamanya mereka yang berada di pusat pengajian tinggi awam atau
swasta.
Wanita atau muslimah adalah satu gelaran
yang sangat cantik seiring dengan perwatakannya yang lemah lembut dan sopan.
Mereka ini adalah kaum hawa yang sentiasa perlukan bimbingan dan sokongan, sama
ada ketika kanak-kanak, di bangku sekolah, sudah berumahtangga atau pun ketika
bergelar warga emas.
Kaum ini jugalah yang banyak disebut
didalam ayat al-Quran, tentang suruhan, larangan, dosa dan pahala mereka.
Namun, kebanyakan kaum hawa tidak pernah ingin mengendahkan apatah lagi ingin
di sampaikan kepada masyarakat sekeliling. Hanya segelintir kecil sahaja yang
berani dan tabah untuk menyebarkan dan menyampaikan firman-firman Allah ini.
Mereka bukan tidak ingin tetapi berharap ada sesiapa yang sanggup dan rela
untuk menyuapkan mereka kerana kesibukan mereka dengan urusan duniawi.
Maka, di sinilah pentingnya satu kumpulan yang digelar da’ieah
atau pendakwah muda dari kalangan kaum hawa itu sendiri. Kumpulan ini bukan
sahaja sangat penting, malah begitu terdesak kehadiran mereka dalam masyarakat
sekeliling yang ketagihkan ilmu-ilmu Allah. Kumpulan Da’ieah muda ini
diperlukan di seluruh pelusuk daerah seperti di masjid, surau, tempat-tempat
pengajian, university, sekolah, kampung, malah di tempat kerja juga mereka
diperlukan bagi memberi pengisian rohani kepada para pekerja wanita.
Wanita atau muslimah ini ada di merata-rata tempat. Mereka juga
memiliki perwatakan yang berbeza-beza. Ada yang kasar, lemah lembut, keras, sensitive,
panas baran dan pelbagai sikap lagi. Ada juga yang sedia bertudung labuh,
berseluar jean, berbaju ketat, berjubah, berbaju T muslimah atau ada juga yang free
hair.Oleh itu, da’ieah ini tidak boleh dalam beberapa kelompok sahaja,
mereka perlulah memiliki ahli yang ramai dan mempunyai perwatakan yang berbeza-beza
juga. Hal ini bagi kelangsungan dakwah bersama-sama dengan kepelbagaian
masyarakat wanita sekeliling zaman ini.
Mereka yang ingin digelar da’ieah ini haruslah menanam niat untuk
berdakwah dan mempunyai pendirian yang teguh untuk berdakwah, in sya Allah
mereka akan dipermudahkan urusan oleh Allah subhanahu wa taala. Mereka juga
haruslah mempunyai keperibadian yang boleh dijadikan contoh dan teladan. Hal ini
kerana bukan sahaja kata-kata dan tulisan mereka akan berdakwah, tetapi
peribadi, akhlak dan tingkah laku mereka juga akan turut berdakwah.
Perkara yang tidak kurang pentingnya, mereka yang digelar da’ieah
ini juga haruslah sentiasa menanam minat membaca agar ilmu pengetahuan mereka
akan bertambah dari semasa ke semasa atas usaha mereka dalam membaca. Mengimbau
kembali sirah zaman Rasulullah s.a.w, isteri baginda Saidatina Aisyah r.a
merupakan seorang da’ieah dan penuntut ilmu yang tegar. Diatas kerajinan dan ketekunan beliau menuntut ilmu agama, menjadikan beliau seorang yang sentiasa dirujuk
dalam hal-hal kewanitaan dan keagamaan.
Wujudkah wanita seperti Saidatina Aisyah r.a di zaman millennia ini? Siapakah wanita atau muslimah yang sanggup menyahut seruan ini dan meneruskan kelangsungan dakwah dalam kalangan wanita dan muslimah pada era globalisasi ini?? Renung-renungkanlah. ^^,

Wednesday, September 25, 2013
Naqib? Naqibah? No! or Yes! ?
Bismillah..
Assalamu'alaikum..
Suka roti canai dan juga pai,
Makan bersama ikan masak kari,
Bila ilham dah sampai,
Tangan pun mula menari-nari.
=P
Suka pulak buat pantun. (walaupun macam tak betui ja. hakhak)
Today's entry.
Naqib?
Naqibah?
Pe ddiaa nie??
Ha.. pernah dengar usrah? USRAH? U.S.R.A.H? atau orang panggil BULATAN GEMBIRA. atau HALAQAH. atau LIQA KECIL (ada ke? he) dan macam2 panggilan lagi.
Ye, ia adalah perkataan bahasa Arab yang bermaksud keluarga.
Apa kaitan?
Di dalam sebuah usrah terdiri daripada;
1- Naqib atau naqibah.
2- Ahli usrah atau ada yang panggil anak usrah (tapi saya panggil adik beradik.=D)
3- Pengisian, pelbagai perkara yang disentuh. Berkaitan agama, akademik, politik, ekonomi, ataupon hati. (Bab hati nilah yang paling best, tak tahu la nape..)
4- Perkongsian, inilah masa kita saling tegur menegur, nasihat menasihati dan sewaktu dengannya.
Ok!
Itu adalah Usrah. Jadi, Naqib atau naqibah adalah elemen penting, watak penting dalam sesebuah Usrah. Mahu atau tidak, tidak kisah apa panggilan yang diberikan sekalipun, fasilitator/ guru/ ketua usrah, selagi mana orang itu berperanan dalam mengawal ahli dan usrahnya, memberi sesuatu berbentuk ilmu atau teladan, dia adalah NAQIB atau NAQIBAH.
Siapa yang layak menjadi Naqib atau Naqibah?
***
Satu soalan yang berlegar di fikiran gadis itu.
'Siapa yang layak menjadi naqib atau naqibah?'
Gadis itu masih meneliti nama-nama yang dirasanya layak untuk memegang jawatan sebagai pendidik sejurus menjadi seorang pentarbiyah. Bukan senang tugasan ini. Dan mungkinkah tidak senang, menyebabkan ramai yang menghindarkan diri daripada dilantik atau dinobatkan menjadi naqibah? Terasa rendah diri dan malu gadis itu ketika diberikan tugas memilih naqibah yang sesuai untuk membawa adik-adik di kampusnya.
'Aku pun masih ragu-ragu untuk melantik diri sendiri, bagaimana dengan yang lain.??'
Ketika leka gadis itu membelek-belek kertas dihadapan notebooknya, satu mesej daripada chatbox facebook masuk.
"Akak, wajib ke jadi naqibah?"
"Dalam mesej akak tu kan memberi optional. kan akak bagi soalan..bersedia ke tak menjadi naqibah?"
"In syaa Allah kalau Dia berkehendak..tapi rase cam saya pun banyak lagi kekurangan nak jadi naqibah ni..akak rase camane?"
"hehe.. Kerana Dia berkehendak lah, Akak menjadi wasilahnya.."
"Pandai akak ye.. hehehe"
Gadis itu berfikir sejenak. Apakah yang menyebabkan dia ingin menjadi naqibah, dan kenapa dia berjaya melantik dirinya sendiri sebagai naqibah, maka dikongsinya bersama rakannya ini.
"This is my opinion.
akak bercakap untuk diri akak juga yang masih dilema utk memegang usrah dan akhirnya membuat keputusan untuk memegang juga usrah..
Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan.. Macam mana kita nak tahu kelebihan dan kekurangan kita?
Bila orang sekeliling ucap pada kita,
"Pandailah enti bawak kereta."
maka, 1 kelebihan kita iaitu driving.
"Eh, enti kena buat macam ni... tekan button teropong ni, baru keluar box utk cari nama.. kalau cari satu2 memang lambat."
maka, 1 kelemahan kita iaitu pada microsoft excel.
Jadi bagaimana kita tahu kelebihan dan kelemahan kita? melalui orang sekeliling..
Apabila kita mencuba.. Apabila kita mengambil peluang yang disediakan..
Dapat tak apa yang akak nak sampaikan?
Sebenarnya, bila kita belajar menjadi naqibah ini memberi banyak kebaikan kat diri kita.. banyak kalau nak dilistkan" Panjang lebar gadis itu menerangkan.
Mereka terus berbual. Perbualan tamat apabila masuknya waktu asar, dan masing-masing meminta diri.
Gadis itu berfikir, 'Apakah jawapan yang akan diberikan? bersedia? atau tidak?'
Gadis itu terus berfikir, 'Apakah kebaikan yang akan kita dapat kalau jadi naqibah?'
Soalan yang umum, pelbagai jawapan yang dapat disediakan. Gadis itu melihat pada sudut dirinya sendiri. Menjadi naqib atau naqibah merupakan peluang yang sangat bagus untuk setiap orang yang ingin melakukan perubahan pada diri ke arah yang lebih baik.
Tetapi halangan yag sentiasa berlegar-legar difikiran bakal nuqaba' ini ialah kekurangan pada diri sendiri.
***
"Saya banyak kekurangan. Saya tak banyak ilmu, apa yang saya nak beri kalau saya tak banyak ilmu?"
"Oh, okay, tak ada masalah. Bila awak dah banyak ilmu, awak jadilah naqibah, sekarang awak tambah dulu ilmu awak yang sedikit itu."
Gadis itu diam. Saya bersambung lagi.
"Tapi.. boleh saya tahu, agak-agak bila ilmu awak akan banyak ye untuk melayakkan diri awak jadi naqibah."
Gadis itu terkelu. 'Bila ye??' fikirnya.
Saya hanya tersenyum, kemudian bersambung lagi.
"Awak dengar sini. Memang betul, jika kita ingin membawa atau mengajak seseorang ke arah kebaikan, kita wajib ada ilmu tentang itu. Sebagai contoh, jika awak nak ajak seseorang memasak nasi, awak mesti ada ilmu tentang bagaimana memasak nasi yang sedap. Tidak lembik, tidak keras dan tidak hangit. Awak perlukan persediaan. Jika awak tidak bersedia dan pengetahuan awak sangat sedikit tentang memasak nasi, nasi awak mungkin akan hangit, atau lembik atau keras.
Begitu juga menjadi naqibah, seorang pendidik, atau seorang pendakwah. Awak perlu ada ilmu dalam bidang itu. Tetapi, apabila awak rasa atau awak teringin nak mengajak orang memasak nasi, apakah awak akan mengajaknya dalam keadaan awak bersedia atau tidak? Sebelum awak mengajak seseorang memasak nasi adakah awak akan belajar atau mengkaji dahulu membuat nasi?"
Gadis itu memandang saya, mungkin sedang berfikir. Sejurus kemudian, dia mengangguk. Saya mengangguk kembali inginkan penjelasan.
"Sudah tentulah saya akan study dulu pasal nasi. mungkin kalau saya tak masak betul-betul pun, saya akan belajar teorinya, saya mungkin akan tanya umi ke, kawan-kawan ke.. tengok di youtube ke.. asalkan saya tahu asas memasak nasi tu.. baru saya leh nak ajar orang jugak."
"Okay, matlamat awak ialah nak mengajar masak nasi, jadi soalan saya, perlukah awak study atau mengkaji tentang bagaimana memasak kari ayam, sotong masak kicap, ikan merah 3 rasa atau masakan2 lain selain nasi?"
"Perlulah.... takkan nak makan nasi sahaja?"
"Tapi awak hanya nak ajar masak nasi. Esok dah awak nak ajar, padahal awak zero tentang masak nasi ni??"
"Ohh.. saya study pasal nasi dulu. macam mana nak masak nasi supaya tak lembik, tak hangit atau keras. bila dah ingat, saya usha-usha la pulak masakan nasi jenis lain macam nasi mandi ke, nasi pelangi ke..Bila saya rasa dah yakin, saya ajak la orang masak nasi, yang lain2 tu saya improve la dari semasa ke semasa."
"Betul. Masalah yang menyebabkan awak takut untuk ajak orang masak nasi sebab awak fikir terlalu jauh, kari ikan, kari ayam, sup tulang, sup ayam dan sewaktu dengannya masih belum awak kuasai, bagaimana nak ajar orang masak nasi.. adakah ia sangat berkaitan dengan masak nasi?"
"Betul. Tapi bagaimana kalau orang tu tanya saya nak masak nasi goreng?"
"Jika awak tak tahu, katakan tidak tahu, awak mengajak dia memasak,ajak dia saling berkongsi ilmu, mungkin saja dia tahu, jadi saling belajar."
"Kalau begitu, saya sudah tidak menjadi orang yang mengajar,sebaliknya dia pulak yang mengajar."
"Adakah awak terasa ego bila orang lain mengajar sesuatu yang tidak awak tahu?"
"Tidak.."
"Begitulah konsep yang sama dalam usrah dan menjadi naqibah ini. Ilmu yang kita ada selagi tidak diberi, tidak akan bertambah. malah mungkin akan hilang atau lupa. Apabila awak ingin memberi, pasti awak akan menerima, bukan?" Saya bertanya apabila melihat gadis itu agak leka dengan lamunannya.
"Maksudnya?"
"Untuk memberi, awak akan menerima, iaitu, untuk memberi ilmu, awak harus ada ilmu itu dengan cara membaca, mendengar kuliah dan perbincangan. Disitu akan wujud usaha dalam diri kerana ada matlamat yang ingin dicapai."
"Betul, berbanding jika kita tidak ada apa2 taklifan untuk memberi, pastinya kita akan leka dan selesa dengan kekurangan diri kita. Dan boleh jadi kita akan terus tidak menambah apa2, kerana kita tidak tahu akan kekurangan diri kita itu.."
"Saya harap analogi itu mudah untuk difahami."
"Ya, agak mudah, walaupun perlu berfikir lebih tajamm.."
"Heh, awak kan suka berfikir, ia baik untuk awak, supaya awak tidak nyanyuk."
"Oh tidak. Doakan saya sentiasa kuat ingatan ye. Supaya dapat saya menambah lagi ilmu dan memberi ilmu itu kepada mad'u saya.."
"In sya Allah.."
Panjang sudah perbincangan, diharap ada sesuatu yang diperolehi.. =)
***
maka, YES! jawapan yang akan saya berikan jika ada yang memberi apa-apa peluang yang sangat bagus dan baik kepada saya untuk mencuba.. ^^,

Sunday, September 22, 2013
Alkisah Farihan =P
Bismillah..
Assalamu'alaikum..
Benda pahit ni susah nak telan,
Nak hilang pahit letak lah gula,
Dah tinggal blog berbulan-bulan,
Sekarang baru nak update semula..
HEHEHE
sempoi x pantun? tak tahu nak cakap cane dah bila hati ini berbuak2 nak update blog tapi tak dan2..
Kali ini nak juga update.. semoga entry kali ini memberi manfaat kepada semua pembaca.. ^^,
Awal bulan Jun
Tawaran mengajar oleh kawan baik saya Husna, memberi satu peluang baik untuk saya mengutip pengalaman menjadi seorang guru atau ustazah. Kata orang, "jika lepaskan peluang baik kali ini, belum tentu ada peluang yang sama untuk kali kedua." (kata orang ke kata saya?? =)
Petang itu, atas bantuan wira merah (Husna punya kereta) kami bersama2 bergegas ke Rawang, Sg.Buaya. Nama Sungai Buaya macam menyeramkan,tp mungkin kerana sejarah dulu terdapat sungai yang didiami buaya yang banyak jadi ia dinamakan begitu.. (Mungkinlah...)
Lewat senja, kami sampai di sebuah rumah yang dinamakan Rumah Guru SARAN.. Sebenarnya, saya yang bagi nama tu. Supaya senang nak bagitahu orang bila ditanya tinggal dimana. ^^,
Maka, bermulalah perkenalan saya dengan guru-guru SARAN yang tinggal di rumah Guru SARAN.
Cup! Fyi, SARAN tu singkatan untuk nama sekolah yang saya akan mengajar tu. (Mula-mula ingat nama orang. haha) Dirumah Guru SARAN ada 9 orang semuanya. Nak kena listkan ke? Jap nak ingat semula.
Kak Nadrah, Kak Sarah, Kak Asma, Kak Najwa, Kak Zeha (sekejap je kenal, lepas tu dia berhenti), Kak Lin, Kak Asiah, Kak Ain. Semuanya akak2. Nampaknya saya lah yang paling muda dalam rumah guru ini.(poyo ;P)
Oh tidak, saya tertinggal seorang yang penting. Saya kata penting sebab dia anak saudara mudirah SARAN. (penting kot... :D). Nura namanya, umur sebaya dengan saya. Nampaknya saya bukanlah paling muda sebenarnya.
"Nama apa?" Seorang kakak memulakan perkenalan.
"Noor Ain. Akak?" Saya tersenyum.
"Asiah." Kakak itu memperkenalkan dirinya.
"Lorrhh.. Ain jugok. Nak pangge gapo nih?" Seorang kakak muncul di balik dinding dan terus masuk ke dalam dapur.
"Ain, mu ado kembo ginni." Kak Lin nama yang diperkenalkan daripada kelantan berseloroh dengan seorang kakak lagi yang sedang membasuh pinggan.
"Name je kembar. Nama lain ade tak selain 'Ain'??. Nanti kita keliru pulak." Kak Ain yang saya sedia maklum daripada perbualan mereka menoleh bertanya kepadaku..
"Errr..." Saya blurr sekejap.
"Panggil Noor jo lah ya??" Tanya Kak Asiah yang juga dari Negeri Cik Siti Wang Kembang.
"Tak-tak. Panggil saya Farihan la. Nama penuh saya Noor Ain Farihan."
"Ha! elok la tu.. Farihan. Farihan dan kawan dah makan ke??" Tanya Kak Ain.
Saya dan Husna saling memandang dan menggeleng. Jadi, kami pun makan bersama2 mereka. Dan Husna bermalam di rumah itu dan pulang pada keesokan harinya.
Panjang lah pula nak cerita pasal Rumah Guru Saran ni. Yang menariknya di sekolah ni. Jadi dipendekkan cerita..
11 Jun 2013 adalah hari pertama saya menjejakkan kaki di sebuah sekolah agama persendirian atas gelaran ustazah. (debar + excited masa tu,=P). Exited sebab nanti budak-budak panggil 'ustazah'. Dapat meja khusus dan dapat pangkah latihan anak murid yang jawab salah.. hehe
Tapi semacam debar itu lebih menguasai, sebab once diberikan amanah, ia sememang sesuatu yang berat dan serius. Tambah lagi nak berdepan dengan ramai orang dalam kelas.(padahal budak2 darjah satu, dua dan tiga ja pon..).
"Assalamu'alaikmu warahmatullahi wabarakatuh.."
"Wa'alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh ustazah.." Dengan pantas mereka menjawab dan terus membaca doa sebelum belajar. Saya terus duduk sambil menadah tangan dan mengaminkan doa itu.
Senyum lebar saya, kelas pertama la katakan. Bacaan doa selesai, semua pelajar tahun 2 Ibnu Sina diam sepi. Saya pun bersuara.
"Baiklah, boleh duduk."
"Ijlisuu la .." Tetiba saya mendengar samar2 suara seorang budak yang bercakap dengan kawannya mungkin. Saya pon sengih ja la.. Pagi-pagi kelas pertama dah kena.. Lagi bertambah debar.
"Ok2. Ijlisuuuu..." Sengaja saya panjangkan 'suuu' tu.. Kedengaran ada yang ketawa. Saya biarkan sahaja. Sejurus kemudian saya mengarahkan mereka untuk membuka buku. Tiba-tiba ada seorang pelajar bersuara.
"Ustazah! mana ustazah Hajar?"
"Oohh.. usta.."
"Ustazah ganti ustazah Hajar ke??" tak sempat saya nak menjawab ada yang lain bertanya.
"Ye.. ustazah ganti....."
"Ustazah Hajar dapat baby kan ustazah?" Lagi yang menyampuk bila saya nak menjawab..
"HHmm2.." Saya hanya mengangguk dan diam..
"Ada lagi soalan?" Saya bertanya dengan riak wajah yang serius. Jangkaan saya, mereka akan diam atau menggeleng untuk menantikan jawapan saya..
"Nama ustazah apa?" Nampaknya jangkaan saya meleset. Saya ketawa sendiri.. kemudian saya bangkit daripada kerusi dan berjalan perlahan. Saya senyum nipis. pertamanya, saya perlu relaks, bertenang dan bercakap perlahan-lahan..
"Baiklah, ustazah perkenalkan diri ustazah ye?"
Pelajar-pelajar itu mengangguk. Kali ini mereka diam.
"Nama ustazah Noor Ain Farihan binti Zulkifli. Antum boleh panggil ustazah Farihan."
"Ustazah Farihan." Saya ulang sekali lagi biar lambat asalkan mereka jelas. Saya menelan air liur dan menyambung semula.
"Ustazah menggantikan ustazah Hajar yang sedang cuti bersalin. Beliau mendapat anak lelaki. Jadi untuk selepas ini, ustazah yang akan mengajar semua subjek yang di ajar ustazah Hajar. Faham??"
"Fahaaammm.." Jawab mereka.
Kelas bermula. berpandukan Buku perancangan mengajar Ustazah Hajar, saya mengikut sahaja apa yang ditulis. Alhamdulillah ia memudahkan saya.
Itulah cerita hari pertama saya mengajar.. Saya rasa gembira sekali. Bukan kerana apa yang disebut tadi, tetapi kerana akhirnya nama 'Farihan' diguna pakai. Selama ini, Nama ini hanya tersimpan didalam IC dan surat beranak sahaja. Tetapi, sepanjang saya bersama warga SARAN, saya dikenali sebagai Farihan atau ustazah Farihan.. Nama itu disebut dan dipanggil. =D
Bersambung ...
*Pengajarannya:
- Hargailah orang dan peluang di sekeliling kita. Mungkin itulah yang pertama dan terakhir kita berjumpa dengan nya atau mendapat peluang itu..
- Kanak-kanak ini manusia suci daripada dosa. Walau apa pon dosayang mereka lakukan, mereka tetap dimaafkan kerana diri mereka yang belum mumayyiz. Jadi, kita yang dewasa dan mumayyiz ini seharusnya berbanyak bersabar dan menunjukkan sesuatu yang baik pada mereka.
^_^

Subscribe to:
Posts (Atom)
Allah Maha Pemurah~~^^
"Siapa yang takutkan Allah (bertaqwa kepadaNya), maka Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberikannya rezeki dari jalan yang tidak disangka." (Al Talaq: 2)