Bismillah..
Assalamu'alaikum..
Benda pahit ni susah nak telan,
Nak hilang pahit letak lah gula,
Dah tinggal blog berbulan-bulan,
Sekarang baru nak update semula..
HEHEHE
sempoi x pantun? tak tahu nak cakap cane dah bila hati ini berbuak2 nak update blog tapi tak dan2..
Kali ini nak juga update.. semoga entry kali ini memberi manfaat kepada semua pembaca.. ^^,
Awal bulan Jun
Tawaran mengajar oleh kawan baik saya Husna, memberi satu peluang baik untuk saya mengutip pengalaman menjadi seorang guru atau ustazah. Kata orang, "jika lepaskan peluang baik kali ini, belum tentu ada peluang yang sama untuk kali kedua." (kata orang ke kata saya?? =)
Petang itu, atas bantuan wira merah (Husna punya kereta) kami bersama2 bergegas ke Rawang, Sg.Buaya. Nama Sungai Buaya macam menyeramkan,tp mungkin kerana sejarah dulu terdapat sungai yang didiami buaya yang banyak jadi ia dinamakan begitu.. (Mungkinlah...)
Lewat senja, kami sampai di sebuah rumah yang dinamakan Rumah Guru SARAN.. Sebenarnya, saya yang bagi nama tu. Supaya senang nak bagitahu orang bila ditanya tinggal dimana. ^^,
Maka, bermulalah perkenalan saya dengan guru-guru SARAN yang tinggal di rumah Guru SARAN.
Cup! Fyi, SARAN tu singkatan untuk nama sekolah yang saya akan mengajar tu. (Mula-mula ingat nama orang. haha) Dirumah Guru SARAN ada 9 orang semuanya. Nak kena listkan ke? Jap nak ingat semula.
Kak Nadrah, Kak Sarah, Kak Asma, Kak Najwa, Kak Zeha (sekejap je kenal, lepas tu dia berhenti), Kak Lin, Kak Asiah, Kak Ain. Semuanya akak2. Nampaknya saya lah yang paling muda dalam rumah guru ini.(poyo ;P)
Oh tidak, saya tertinggal seorang yang penting. Saya kata penting sebab dia anak saudara mudirah SARAN. (penting kot... :D). Nura namanya, umur sebaya dengan saya. Nampaknya saya bukanlah paling muda sebenarnya.
"Nama apa?" Seorang kakak memulakan perkenalan.
"Noor Ain. Akak?" Saya tersenyum.
"Asiah." Kakak itu memperkenalkan dirinya.
"Lorrhh.. Ain jugok. Nak pangge gapo nih?" Seorang kakak muncul di balik dinding dan terus masuk ke dalam dapur.
"Ain, mu ado kembo ginni." Kak Lin nama yang diperkenalkan daripada kelantan berseloroh dengan seorang kakak lagi yang sedang membasuh pinggan.
"Name je kembar. Nama lain ade tak selain 'Ain'??. Nanti kita keliru pulak." Kak Ain yang saya sedia maklum daripada perbualan mereka menoleh bertanya kepadaku..
"Errr..." Saya blurr sekejap.
"Panggil Noor jo lah ya??" Tanya Kak Asiah yang juga dari Negeri Cik Siti Wang Kembang.
"Tak-tak. Panggil saya Farihan la. Nama penuh saya Noor Ain Farihan."
"Ha! elok la tu.. Farihan. Farihan dan kawan dah makan ke??" Tanya Kak Ain.
Saya dan Husna saling memandang dan menggeleng. Jadi, kami pun makan bersama2 mereka. Dan Husna bermalam di rumah itu dan pulang pada keesokan harinya.
Panjang lah pula nak cerita pasal Rumah Guru Saran ni. Yang menariknya di sekolah ni. Jadi dipendekkan cerita..
11 Jun 2013 adalah hari pertama saya menjejakkan kaki di sebuah sekolah agama persendirian atas gelaran ustazah. (debar + excited masa tu,=P). Exited sebab nanti budak-budak panggil 'ustazah'. Dapat meja khusus dan dapat pangkah latihan anak murid yang jawab salah.. hehe
Tapi semacam debar itu lebih menguasai, sebab once diberikan amanah, ia sememang sesuatu yang berat dan serius. Tambah lagi nak berdepan dengan ramai orang dalam kelas.(padahal budak2 darjah satu, dua dan tiga ja pon..).
"Assalamu'alaikmu warahmatullahi wabarakatuh.."
"Wa'alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh ustazah.." Dengan pantas mereka menjawab dan terus membaca doa sebelum belajar. Saya terus duduk sambil menadah tangan dan mengaminkan doa itu.
Senyum lebar saya, kelas pertama la katakan. Bacaan doa selesai, semua pelajar tahun 2 Ibnu Sina diam sepi. Saya pun bersuara.
"Baiklah, boleh duduk."
"Ijlisuu la .." Tetiba saya mendengar samar2 suara seorang budak yang bercakap dengan kawannya mungkin. Saya pon sengih ja la.. Pagi-pagi kelas pertama dah kena.. Lagi bertambah debar.
"Ok2. Ijlisuuuu..." Sengaja saya panjangkan 'suuu' tu.. Kedengaran ada yang ketawa. Saya biarkan sahaja. Sejurus kemudian saya mengarahkan mereka untuk membuka buku. Tiba-tiba ada seorang pelajar bersuara.
"Ustazah! mana ustazah Hajar?"
"Oohh.. usta.."
"Ustazah ganti ustazah Hajar ke??" tak sempat saya nak menjawab ada yang lain bertanya.
"Ye.. ustazah ganti....."
"Ustazah Hajar dapat baby kan ustazah?" Lagi yang menyampuk bila saya nak menjawab..
"HHmm2.." Saya hanya mengangguk dan diam..
"Ada lagi soalan?" Saya bertanya dengan riak wajah yang serius. Jangkaan saya, mereka akan diam atau menggeleng untuk menantikan jawapan saya..
"Nama ustazah apa?" Nampaknya jangkaan saya meleset. Saya ketawa sendiri.. kemudian saya bangkit daripada kerusi dan berjalan perlahan. Saya senyum nipis. pertamanya, saya perlu relaks, bertenang dan bercakap perlahan-lahan..
"Baiklah, ustazah perkenalkan diri ustazah ye?"
Pelajar-pelajar itu mengangguk. Kali ini mereka diam.
"Nama ustazah Noor Ain Farihan binti Zulkifli. Antum boleh panggil ustazah Farihan."
"Ustazah Farihan." Saya ulang sekali lagi biar lambat asalkan mereka jelas. Saya menelan air liur dan menyambung semula.
"Ustazah menggantikan ustazah Hajar yang sedang cuti bersalin. Beliau mendapat anak lelaki. Jadi untuk selepas ini, ustazah yang akan mengajar semua subjek yang di ajar ustazah Hajar. Faham??"
"Fahaaammm.." Jawab mereka.
Kelas bermula. berpandukan Buku perancangan mengajar Ustazah Hajar, saya mengikut sahaja apa yang ditulis. Alhamdulillah ia memudahkan saya.
Itulah cerita hari pertama saya mengajar.. Saya rasa gembira sekali. Bukan kerana apa yang disebut tadi, tetapi kerana akhirnya nama 'Farihan' diguna pakai. Selama ini, Nama ini hanya tersimpan didalam IC dan surat beranak sahaja. Tetapi, sepanjang saya bersama warga SARAN, saya dikenali sebagai Farihan atau ustazah Farihan.. Nama itu disebut dan dipanggil. =D
Bersambung ...
*Pengajarannya:
- Hargailah orang dan peluang di sekeliling kita. Mungkin itulah yang pertama dan terakhir kita berjumpa dengan nya atau mendapat peluang itu..
- Kanak-kanak ini manusia suci daripada dosa. Walau apa pon dosayang mereka lakukan, mereka tetap dimaafkan kerana diri mereka yang belum mumayyiz. Jadi, kita yang dewasa dan mumayyiz ini seharusnya berbanyak bersabar dan menunjukkan sesuatu yang baik pada mereka.
^_^
:: Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum w.b.t.. sebarkanlah salam kerana itu menjalin erat ukhwah sesama muslim..~~^^
Ujian untuk diriku
"ALLAH TIDAK MEMBEBANI SESEORANG ITU MELAINKAN SESUAI DENGAN KEMAMPUANNYA."(AL-BAQARAH:286)
Allah Maha Melihat~~^^
"Tidak berlaku bisikan antara tiga orang malainkan Dialah yang keempatnya, dan tiada (berlaku antara) lima orang melainkan Dialah yang keenamnya, dan tiada yang kurang dari bilangan itu dan tiada yang lebih ramai melainkan Ia bersama-sama mereka di mana sahaja mereka berada." (Al Mujadalah: 7)
Klik sini untuk ikut ~~=)
Sekarang pukul.....
Hari ni hari.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Allah Maha Pemurah~~^^
"Siapa yang takutkan Allah (bertaqwa kepadaNya), maka Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberikannya rezeki dari jalan yang tidak disangka." (Al Talaq: 2)


No comments:
Post a Comment