Ujian untuk diriku

"ALLAH TIDAK MEMBEBANI SESEORANG ITU MELAINKAN SESUAI DENGAN KEMAMPUANNYA."(AL-BAQARAH:286)




Allah Maha Melihat~~^^

"Tidak berlaku bisikan antara tiga orang malainkan Dialah yang keempatnya, dan tiada (berlaku antara) lima orang melainkan Dialah yang keenamnya, dan tiada yang kurang dari bilangan itu dan tiada yang lebih ramai melainkan Ia bersama-sama mereka di mana sahaja mereka berada." (Al Mujadalah: 7)

Klik sini untuk ikut ~~=)

Sekarang pukul.....

Hari ni hari.....

Tuesday, February 16, 2010

11 hari di uiam..

Assalamualaikum w.b.t.. syukur alhamdulillah dengan limpah kurnia-Nya saya masih hidup dengan nikmat iman dan Islam dan dapat menghirup oksigen dengan tenang dan gembira..

hari ni hari ke-5 di uia.. why i said like that?? because, patutnya saya ada di rumah sekarang sebaliknya masih di uia.. semua ni kerana saya ada kerja yg perlu di setlekan sebelum pulang ke rumah.. kenapa ini menjadi persoalan?? kerana dalam masa 5 hari yang sangat lapang ni, saya kebuntuan utk melakukan apa... biarpon pelbagai aktiviti boleh dilakukan, kenapa mesti memilih katil sebagai tempat menghabiskan waktu.. tidur kurang xelok utk kesihatan, tidur lebih pon xelok utk kesihatan..
jadi...
saya buat keputusan lepak di library. sekurang2nya kalau saya xmembaca, saya online.. boleh juga up to date blog nie..



nah.. nie uiam.. tp di Gombak.. kenapa saya xde gambar di Nilai ye??
bila sebut Gombak.. kakak2 2nd year dah nk pergi ke Gombak.. sekarang mereka tengah panas study utk exam.. semoga mereka menguatkan semangat utk terus study n berjaya dalam pelajaran.. amin..

Monday, February 8, 2010

Ujian?? Exam??

Bismillahirrahmanirrahim..
segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam, yg hy layak disembah,
selawat ke atas Rasul junjungan, Rasulullah s.a.w dan keluarga baginda,

ujian??? or exam??
"...ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, utk mengujiku adakah aku bersyukur atau tidak mengenangkan nikmat pemberiannya....." (Al-Naml:40)

tu la..
ujian..
saya bakal ada pelbagai ujian..
sb saya dpt pelbagai nikmat..
b4 nie pon dah ada byk ujian..
(bkn ujian dlm klas tu..., ujian dari Allah)

apa pun alhamdulillah saya dipilih oleh Allah utk diberi ujian itu..
yg pasti,saya mampu tggung apa yg sedang dan bakal saya hadapi..

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupan/kemampuannya." (Al-Baqarah:286)

hijrah itu sangat penting..
biarpon hijrah di zaman Rasulullah s.a.w mahupun hijrah zaman globalisasi ini.
tp saya nk fokuskan hijrah yg skarang.

namun kita singkap sedikit
pd zaman Rasulullah s.a.w, baginda berhijrah dr kota mekah ke kota madinah..
dlm proses penghijrahan itu, baginda menghadapi bkan sedikit tp pelbagai dugaan..
yg paling tertekan bila, penduduk musyrikin mekah mengejar dan ingin membunuh baginda..
baginda sangat bertuah krn baginda mempunyai banyak pembantu dan penyokong..
antaranya yg paling dekat, Abu Bakar As-Siddik, Asma' bt Abu Bakar, Abdullah bin Abu Bakar dan ramai lg pejuang Islam..

saya nk jd mcm Abu Bakar As-Siddik, ataupun mcm asma' bt Abu Bakar yg xmengenal erti kepayahan..
tp. bukan senang, dulu, Rasulullah tempat rujukan dan gantungan mereka..
skrang?
mungkin ada, mungkin tiada..
bg saya, Allah lah tempat kita bergantung pd zaman sekarang..

susahkan org nk mintak tolong pd Allah??
knapa??
saya juga pelik.
padahal, Allah lah tempat kita mengadu dan memohon pertolongan..

"wahai orang2 yang beriman! jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan teguhkan kedudukanmu." (Muhammad:7)

adakah sb mrka tidak menolong agama Allah, jd mrka malu nk minta tolong Allah??
Allah maha pemberi dan maha pengampun..

dalam perubahan diri saya ni,
Allah limpahkan pelbagai nikmat..
dan nikmat tu la kadang2 adalah ujian bagi saya..
saya bersyukur di sekeliling saya ada ramai adik beradik,kawan2, guru2, rakan seperjuangan dan yg paling penting ibu bapa saya..

umi dan abuya.. terima kasih umi,abuya.. saya sayang umi dan abuya....

wallahu a'lam..

Thursday, February 4, 2010

Bahaya sesetengah manusia


Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah dengan nikmat iman dan islam..
selawat junjungan ke atas nabi Muhammad s.a.w. dan keluarga baginda..

ya Allah.. hidup ini mg pahit.. saya xfaham dgn diri sendiri.. diri ni telah melalui peringkat tarbiah permulaan.. tapi masih lagi ada sifat kejahilan yg sblumnya... Astaqfirullah hal azim.. saya selalu berfikir pasal fikiran org lain.. pandangan org lain.. tapi semua tu xmembawa apa2 yang dpat meningkatkan diri ni. malah, menyesakkan dada lagi. saya teringat perbualan saya dengan seorang kak senior, katanya

"awak xkan fhm kalo xalami perkara tu.akak xleh nk cerita semuanya. tp skarang ni, akak xfhm la dgn masalah awak ni."

~lihatlah ayat di atas, ada yg pelik x?? mungkin bg sesiapa yg jenis hy skimming x scanning akn kata,

"xde ape pon dengan ayat tu, biasa ja, ape yg peliknya??"

tp bagi saya, ayat kakak td mg pelik, pada pendapat saya la.. akak tu pandai bermain kata2. dia cakap begitu agar org lain xperasan yg dia sbnarnya telah memutar belitkan ayat yg sebenarnya dia sendiri pon xdpt nk elakkan dr soalan. kita dah skimming, jd, mari kita scanning pula..

lihat ayat pertama.."awak xkan fhm kalo xalami perkara tu.akak xleh nk cerita semuanya........." dia kata saya kena lalui sesuatu perkara, pengalaman,event, rasa n sewaktu dgnnya, barulah saya fhm apa yg telah dia alami. kalau saya xalami or x lalui pengalaman dia tu, saya xkan fhm.. jelas? jd kat sini, kita kena rasa apa yg dia rasa baru kita faham dan xkan ada byk soalan dh...

lihatlah ayat kedua pula ".............tp skarang ni, akak xfhm la dgn masalah awak ni." dia cakap dia xfaham dengan masalah saya. tidak kah dia sedar yg soalan tu xpatut utk di utarakan, krn dia sendiri dh ada jawapan.. dia xfhm masalah saya walaupun saya dh bagi tau, n of course la not at all i told her.. sebab dia sendiri pon cakap, "....akak xleh nk cerita semuanya........." sama la dengan situasi saya.. jd , dia ingin menerima tetapi tidak mahu memberi..


bila saya kenangkan balik perbualan tu, saya rasa saya belum cukup berkeyakinan untuk menetapkan sesuatu keputusan. syukur la saya tidak ter pedaya dengan putaran belitannya tu..
agak berdebar2 bercakap dengan org sebegini. andai bercakap pasal agama, boleh menang dia.

pengajarannya..

kita hendaklah sedia memberi agar org lain sedia memberi kpd kita..
jgnlah kita tunggu org lain yg mulakan kalau kita sedar sesuatu kepentingan itu, kerana bila kita menyedari sesuatu itu sebenarnya Allah yg telah memberi hidayah dan ilham kepada kita.
jd, bila org lain xdpt nk kongsi dgn kita, jgn memaksa dia, xsemua org suka di paksa. ada yang suka buat keputusan sendiri, ada yg memerlukan pandangan org lain(saya la tu,hehe). sebab tu dalam Islam sendiri mengajar kita bermusyawarah. walaupun kita ada keputusan @ rancangan yang sangat bernas, tetapi kita mesti dengar juga pandangan orang lain..

wallahu 'alam.. Allah lebih mengetahui sgala2 nya dari hamba yg lemah ni..

Monday, February 1, 2010

bagi memastikan saya benar2 beriman.....

Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah saya masih dgn nikmat iman dan Islam...
Berpegang dengan 'aqidah yang benar lagi murni adalah syarat pertama bagi seseorang yang mengaku dirinya beragama Islam dan menjadikan Islam sebagai cara hidupnya..

Pegangan tersebut mestilah selari dengan apa yang terkandung di dalam Al-Quran dan Hadis Rasulullah.

Bagi memastikan saya benar2 Muslim dalam 'aqidah maka saya mestilah beriman dengan perkara2 berikut:

1.Saya mestilah beriman bahawa pencipta alam ini adalah Tuhan yang Maha Bijaksana lagi Berkuasa, Maha Mengetahui serta tidak memerlukan pertolongan sesiapa pun. Buktinya jelas pada kejadian alam ini yang penuh dengan keindahan, kerapian, dan keseimbangan, saling perlu memerlukan diantara satu juzu dengan juzu yang lain. Adalah mustahil semua kejadian ini akan kekal dan berterusan sekiranya tidak berada di bawah penjagaan Tuhan yang Maha Tinggi lagi Maha Kuasa.

Firman Allah Subhanahu Wata'ala:
"Sekiranya ada di langit dan bumi Tuhan-tuhan selain Allah tentulah kedua-duanya itu telah rosak binasa. Maka Maha Suci Allah yang mempunyai 'Arasy daripada apa yang mereka sifatkan."
(Al-Anbiya' 21: 22)





Allah Maha Pemurah~~^^

"Siapa yang takutkan Allah (bertaqwa kepadaNya), maka Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberikannya rezeki dari jalan yang tidak disangka." (Al Talaq: 2)