Ujian untuk diriku

"ALLAH TIDAK MEMBEBANI SESEORANG ITU MELAINKAN SESUAI DENGAN KEMAMPUANNYA."(AL-BAQARAH:286)




Allah Maha Melihat~~^^

"Tidak berlaku bisikan antara tiga orang malainkan Dialah yang keempatnya, dan tiada (berlaku antara) lima orang melainkan Dialah yang keenamnya, dan tiada yang kurang dari bilangan itu dan tiada yang lebih ramai melainkan Ia bersama-sama mereka di mana sahaja mereka berada." (Al Mujadalah: 7)

Klik sini untuk ikut ~~=)

Sekarang pukul.....

Hari ni hari.....

Friday, April 16, 2010

Ah...Tidak!!!

bismillahirrahmanirrahim...
16 april 2010,
seorang gadis merenung masa silamnya. cukuplah kalian tahu nama dia Riha. Dia berasa bahawa dirinya sangatlah teruk. baik kepada parentsnya, friendsnya, relativesnya, and others.. teruk yang macam mana tu?? kalo dengan parents, dia mengimbau...

kalau ibu dia minta tolong dia buat sesuatu, dia dengan mudah berkata "tidak".. (huhu, mesti kecewa kan ibu dia??) masa dia kecil2 dulu juga, kata ibunya, Riha sgt sukar nk dgr cakap orang.. degil sangat... (kenapa jd begitu??entah.) punyalah Riha degil sangat, sehingga satu hari tu masa dia berumur 5tahun,dia buat perangai, (perangai pe?) Riha pon xingat ape yang dah dia lakukan, sebab dia hanya mengimbau kembali. dia hanya ingat yang dia telah diikat oleh ibunya dan dikurung dalam bilik.(sebab degil kot, tu yg ibu dia geram n ikat je.).kemudian, ibu dia keluar entah la pergi ke mana. lama juga Riha ada dalam bilik tu. sampailah ayah dia masuk dan menguraikan ikatan tu. (huhu, mesti bdak tu sedih giler kan). kemudian, Riha berada dekat ayah dia..(xberani nak masuk rumah dah la tu, takut ibu dia balik n taw dia dah dilepaskan.)
bila sampai waktu malam, ayah dia dah habis kerja kat luar rumah dan nak masuk rumah. dengan tak kepala Riha telah terhantuk kat satu besi tu..( ouch!!... mesti sakit giler kan). memang sakit sangat tapi Riha x menangis. sebab kalau dia nangis, nanti ibu dia mesti marah dia. ( ye ke marah?pandai2 je).
tu satu peristiwa. ada lagi yang kedua. Riha ada seorang kawan karib masa dia darjah 1. dia dan keluarga dia masa tu tinggal kat kawasan perumahan.(nape? lepas tu tinggal kat mana pulak?) masa dia kat sekolah, kawan karib dia, Syera mengadu gatal telinga. Syera menggaru telinga dia sampailah merah sangat. Riha kesian kat Syera, jadi dia telah berjanji dgn Syera akan memberi satu ubat yang sangat mujarad kepada Syera apabila pulang sekolah nanti.(mana tahu mujarad?) menurut ibunya, ubat yang dikenali sebagai but-but sangat berkesan untuk sakit luar badan. Riha fikir itulah ubat yang terbaik untuk bantu kawan baiknya.(hehe, seronoklah tu?). dengan penuh semangat, Riha pulang ke rumah untuk memberitahu kepada ibunya tentang niat baiknya tu. ibunya membenarkan dia bagi ubat but-but kpd Syera. dengan gembira, dia mencapai ubat tu dan berlari keluar rumah untuk pergi ke rumah Syera yang terletak d perumahan bersebelahan. tetapi, ibunya menahannya.. kata ibunya.

"Angah, pergi tukar baju sekolah dulu. petang sikit baru pergi rumah Syera. sekarang masih panas terik kat luar tu. panas2 nanti demam pula." tapi Riha membalas.

"Ibu ni, angah bukan nak pergi main kat luar. nak pergi bagi ubat ni je kat Syera.baju sekolah ni takkan kotor punya. nanti angah pakai la payung. takkan kena panas la." Riha menyarung seliparnya dan bergerak ke tengah jalan. kemudian ibunya memanggilnya dengan kemarahan..

"Angah, balik tukar baju dulu. budak ni nak kena tibai betul, orang suruh bukan nak dengar pon. dah, pergi mandi, tukar baju. nak makan lagi. petang ni baru pergi rumah Syera." Riha mencebik, dia mengeras. dia nak pergi juga.(memang degil). kemudian ibunya keluar menarik tangan Riha masuk ke rumah.. Riha meronta2, akhirnya dia masuk juga selepas ibunya memulas telinganya.pada sebelah petangnya, Riha dah x sabar2 nak pergi ke rumah Syera. Dia pergi ke luar rumah, kemudian ternampak basikal di tepi rumah. dia terfikir kalau pergi dengan basikal lagi la cepat sampai. (pandai jugak budak ni)Riha memang boleh dikategorikan sebagai budak pandai kat sekolah. (ye ke?) kerana dia berada dalam kelas paling atas dan mendapat nombor 1 dan 3. tapi masa darjah satu je la.darjah seterusnya antara 4 hingga 13 je.(tu dah dikira pandai la ye?) tu cerita kat sekolah. kemudian Riha memakai selipar dan berlari ke arah basikal. ketika dia duduk di atas tempat duduk basikal itu, abangnya menempik dari jauh..

" turun! along nak naik pergi rumah kawan along."
"ah ! tak kira, sapa cepat dia dapat. angah pon nak pergi rumah kawan angah juga. bukan along sorang." Riha mengayuh laju2 basikalnya. manakala abangnya mengejar dari belakang. selaju2 dia mengayuh basikalnya, abangnya lagi laju berlari.. ( ah, teruk. kayuh la laju lagi. xmkn nasi ke?) seusai masuk ke jalan perumahan yang mana jalan itu di kelilingi oleh pokok2 besar di kiri dan kanan.. apabila sampai di situ, abangnya telah berjaya memegang tempat duduk belakang basikal. kemudian, abangnya menarik basikal itu. apalagi, kedebuk!!!

akan bersambung.. (ah... citer bagi abis je la..)
=)

Saturday, April 10, 2010

Yakin dengan Allah...

Bahagianya kita bila yakin dengan Allah..
nak di jadikan cerita, ada sorang girl ni ditimpa 2 masalah sekaligus.. pd hari yg sama dia ada 2 perkara yg perlu di selesaikan iaitu peperiksaan dan flight time waktu yg sama pd pkul 2ptg.exam start pukul 2, check in flight pun pukul 2. exam habis pukul 4ptg. bagi menyelamatkan tiket flight yg berkemungkinan di burnkan, si girl ni terpaksa keluar exam awal 1jam.. sb kalau keluar pukul 4ptg memang akan terlepas la flight tu.. jd dia dan sorang lagi kwn merancang akan keluar pada pukul 3ptg.. menurut ustaz mereka, kalau paper yg bakal mereka duduki tu mustahil dpt siapkan dlm masa 1 jam.. tapi, 2 girls ni terpaksa juga perahkan otak mereka seperah-perahnya. girl ni masih rasa risau kalau xsempat habis jwb. dia mengadu pd sahabat2 baiknye, mawar, dibah dan madi. apa yg sahabat2 ni kata?? "Insya-Allah boleh jwb", "boleh ja, jangan risau.". dan yang sorang lagi sahabat dia kata.. "Insya-Allah ain, TERBAIK. jgn tension. relaks, 20%, usaha kita, 80%, pergantungan pada Allah." kata2 ni girl tu dpt via msg.. lepas je bc, girl tu terharu sgt dan keyakinannya utk menjawb soalan dlm masa 1 jam tu bertmbah..
tu masalah exam, mcm mana plak dgn tiket flight tu?? kna check in pukul 2ptg..jd, py la 2 girls nie cari jln penyelesaian akhirnya jumpa juga. iaitu minta tolong org utk pergi check in kan... py la cari org yg sesuai utk minta tolong, akhirnya jmpa jgak..org tu saudara girl tu..
jd, selesai la masalahnya.. tp ada lg, kwn girl tu cam konfius, boleh ke harapkan org yg nk pergi check in kan?? kalau diorang pun xsmpat nk jwb exam dengan nk naik teksi ke LCCT lg.. soalan kwn girl tu buat girl tu pun sesak.. berkat yakinnya dia pd Allah,, dia yakin Allah akan tolong dia, dia lalui sehari tu dengan tenang..
akhirnya, pukul 2ptg pun dah tiba, diorang pun pergi exam... ketika jwb exam mg kepala asyik pikirkan psl flight.. xnk la terlps.. dlm hati girl tu, berdoa byk2 pd Allah agar saudara dia tu dapat sempurnakan misi yg telah diminta tolong.pukul 2.45ptg, kwn girl tu keluar exam.. wow, cpt benar dia jwb. girl tu belum selesai lagi jwb soalan.. bila girl tu nmpk ja kwn dia keluar kelas. dia pun pulun menjawab,.. akhirnya siap pd pukul 2.55ptg.. dah selesai ja suma kat kelas exam tu, diorang pun turun ke bawah cari teksi yg kwn girl tu dah tempah.. alhamdulillah, pakcik teksi tu dtg awal, xpyh la girl dan kwn dia tu tunggu dan seterusnya boleh melambatkan perjalanan... kemudian pakcik tu bw kereta bwh kelajuan 130/km.. agak la lajunya tu... 15min kmuadian sampailah diorang kat LCCT.. patutnya ambil ms 1/2jam tp, sb diorang yakin akan sempat sampai, jd Allah percepatkan perjalanan diorang..
Lihat! hebat kan????
Allahuakbar, Allah Maha Besar..
diorang pun berterima kasih pd pakcik tu dan terus masuk ke dalam.. girl tu telefon saudaranya.. syukur la, saudaranya tu dpt selesaikan amanat yg diberikan.. girl n kwn dia terharu sangat, rasa mcm xcukup ja ucap syukran kat saudara girl tu 3x ja.. haha.. akhirnya pd pukul 4ptg diorang pun naik kapal terbang balik ke destinasi mereka..
cuba la kalian percaya sekali pd Allah.. percaya dan yakin sebenar2nya.. insya-Allah segala yg kalian rancangkan akan berjalan dengan lancar.. dan selepas tu sudah semestinya kalian akan setiasa ingin percaya dan yakin dengan Allah..
=) wassalam..

Allah Maha Pemurah~~^^

"Siapa yang takutkan Allah (bertaqwa kepadaNya), maka Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberikannya rezeki dari jalan yang tidak disangka." (Al Talaq: 2)