Ujian untuk diriku

"ALLAH TIDAK MEMBEBANI SESEORANG ITU MELAINKAN SESUAI DENGAN KEMAMPUANNYA."(AL-BAQARAH:286)




Allah Maha Melihat~~^^

"Tidak berlaku bisikan antara tiga orang malainkan Dialah yang keempatnya, dan tiada (berlaku antara) lima orang melainkan Dialah yang keenamnya, dan tiada yang kurang dari bilangan itu dan tiada yang lebih ramai melainkan Ia bersama-sama mereka di mana sahaja mereka berada." (Al Mujadalah: 7)

Klik sini untuk ikut ~~=)

Sekarang pukul.....

Hari ni hari.....

Monday, December 27, 2010

satu sejarah hebat!


Bismillahirrahmanirrahim...

untuk kesekian kalinya, nama ku Noor Ain.. ~~haha..gadis itu kawan saya. Dia ada cerita menarik!!

Gadis itu tekun dengan pembacaannya. Semakin lama semakin fokus. berkerut2 dahinya. Saya di sebelah pon dia tak hiraukan. alhamdulillah, sekurang2nya akan abis juga sebuah buku dibacanya. tiba2 gadis itu memandang ke hadapan dan tersenyum puas lagi sinis.

"bestnyer!!" tidak semena2 gadis itu bersuara.

"Awak,bes2 citer ni. Awak baca lah."

"Subhanallah.. besnye citer ni.." Saya memperbetulkan kata2nya. Hanya kepada Allah kita mengembalikan segala kehebatan. gadis itu tersenyum malu sambil mengucap kalimah suci itu.

"Apa yang besnyer??" saya bertanya.

"citer ni pasal..... eh! bukan ke selalunya awak tahu saja? perlu ke saya ulang?"

"Amboi.. menyindir ke memuji tu?? bukankah jika telinga awk sendiri dengar, lebih mudah utk menghayati dan mengingati serta lagi berkesan?

"a'ah kan, kenapa xterfikir?"

"Sebab tu gunanya kawan kan? untuk saling pesan memesan dan ingat mengingati."

"oo.. begini, buku yang saya baca ni berkaitan sejarah. tentang tokoh besar dunia, Muhammad bin Murad. Atau nama femes dan gelarannya, Sultan Muhammad al-Fateh. atau kalau dalam rakaman sejarawan Barat, bernama Mehmed II."

Saya mengangguk. "Sila2. Teruskan."

Gadis itu senyum lebar. Apa tidaknya, ada yang sudi mendengar. Nak harap kawan2nya yang lain... wallahua'lam.

"Sultan Muhammad al-Fateh dilahirkan pada 29 mac 1432 Masihi di Adrianapolis iaitu sempadan Turki dan Bulgaria bersamaan 26 Rejab 833 Hijrah.Ayahnya, Sultan Murad Kedua. hebatnya Sultan Muhammad al-Fateh ini, beliau menaiki takhta Kerajaan Usmaniah secara rasmi ketika berusia 19 tahun dan diberikan keizinan Allah bagi memerintah dengan penuh keadilan selama 30 tahun antara 1451 sehingga 1481 Masihi."

"Subhanallah.. Hebatnya." Saya kagum dengan Sultan Muhammad al-Fateh. sememangnya saya dah lama mengusha tokoh Islam ini. Kehebatannya menyuluruh. dalam semua aspek. Beliau
dapat bertutur dengan fasih dalam 7 bahasa,iaitu bahasa Turki, Arab, Latin,Parsi, Greek,Serbia dan Hebrew. Beliau juga dapat menawan mental dan psikologi musuh apabila beliau fasih dalam pelbagai bahasa.

"Sultan Muhammad al-Fateh seorang penyair dan peminat bahasa asing, sastera dan lukisan. kerana minat dengan lukisan di tambah lagi dengan sikap pendekatan demokrasi beliau, beliau menjemput Gentille Bellini dari Venice bagi melukis fresko di istananya dan melukis gambarnya."

Saya mengangguk. "Siapakah tokoh2 yang hebat juga bersama Sultan Muhammad al-Fateh?"

"Kisah Sultan Muhammad al-Fateh ni menarik perhatian kerana hadis nabi. beliau berjaya merealisasikan hadis nabi yang berbunyi;

Rasulullah berkata ketika menggali Parit Khandaq, "Konstantinopel akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya sewaktu itu sebaik-baik raja yang ada. Tenteranya juga sebaik-baik tentera." -direkodkan oleh Ahmad-

Sultan Muhammad al-Fateh ni adalah sebaik2 raja dan tenteranya adalah sebaik2 tentera seperti yang disebut oleh nabi. beliau telah berjaya menawan kota konstantinopel yang telah berkerajaan selama hampir 1100 tahun lamanya dan pemerintah yang terakhir ialah Maharaja Constantine XI yang kejam. tentera Usmaniah hanya mengepung selama 53hari dan berjaya memasuki halangan tersusah selepas kejayaan 70buah kapal yang diarahkan Sultan Muhammad al-Fateh untuk berlayar sepanjang gunung. Bayangkan untuk proses pemindahan 70 kapal hanya mempunyai masa selama 7jam untuk jarak 5 kilometer, maka sebuah kapal Usmaniah memerlukan masa kurang enam minit sahaja bagi melepasi jarak 5 kilometer tadi dengan selamat. Hebat kan!! gitu lah, antara tokoh besar juga merupakan ahlijawatankuasa yang bertindak menawan konstantinopel ialah:
1- Sultan Murad-
2-Syeikh Aq Syamsuddin
3-Syeikh Ahmad Ismail Al-Kurani
4-Syeikh Khairudin
5-Syeikh Sirajuddin al-Halbi
6-Panglima Tharhan
7-Mahmud Basya
8-Firuz Aga
9-Urban
10- Palta Oglu
11-hamzah Basya
12- Zugnish Basya
13-Khalil Basha
dan ramai.............. lagi."

"Apa tugas2 mereka itu?"

Gadis itu mencerun kepadaku." Nak tahu?"

saya mengangguk.

"Nah, bacalah sediri. Bila baca sendiri, kita lebih mengahayati!"


Saya ketawa.. jatuh atas kepala sendiri.. haha.

"Awak lah tolong bacakan. Boleh? buku yang bertajuk 'KUASA KEPIMPINANAN AL-FATEH', karangan Muhammad Syaari Abdul Rahman."

"o o o... maaf. saya banyak kerja. baca2. baca sendiri."

haha. saya hanya ketawa. seronok mengusik gadis itu. Gadis itu ketawa.
Dia gembira saya juga gembira..

Friday, December 17, 2010

Malu!!!!!!!!!!!!!!

bismillahirrahmanirrahim..

"Malu!!!!" gadis itu berteriak perlahan.

"kenapa pula malu ni?" saya bertanya pelik.

"Malu la.... malu sangat.. cane leh jadi gitu???"

"Ya Allah, tahu lah malu tapi kenapa??"

"Saya dah buat sesuatu yang bertentangan dengan kehendak diri saya."

"Oh, tak pe lah.. kadang-kadang kita kena berubah, kepada lebih baik. do not fear of change, ingat CCT?" saya tersenyum pada gadis itu.

"Ish.. memang la.. tapi perkara ni memalukan. saya rasa tak patut buat la. orang lain pun mesti tak setuju."

"Eh, ye ke? teruk ke? fikir tak sebelum buat tu?" saya bertanya setelah tersalah jangkaan saya.

"Banyaknya soalan, nak jawab mana satu ni?"

"Mana yang peerlu di aula kan.." Saya hanya senyum. taknak lah buat dia serabut dan malu lagi.

"Em...salah saya kot. tak fikir panjang. tapi saya dah fikir la." gadis itu menggumam.

"Awak fikir, tapi tak panjang..."

"Ah!!!" belum sempat saya menghabiskan kata2 gadis itu menjerit lagi.

"Malu!!!!!!!! macam nak nangis la. ramai orang tadi."

"gini, awak jangan salahkan diri awak 100 %, awak buat keputusan seorang diri ke?" gadis itu menggeleng.

"Ha.. ada orang lain juga. Jadi dia bertanggungjawab untuk mengelak perkara tak di ingini berlaku. saya tahu kenapa awak malu, awak risau andai perbuatan yang awak rasa salah tadi tu, orang akan pandai sinis pada awak. kan?"

gadis itu mengangguk.

"tapi kan.. perbuatan tu tak la salah, tapi agak berlebihan la. lagi pula, saya kalut2 tadi nak cepat. awak ke mana tadi?"

saya tersentak, gadis itu bertanyakan saya di mana tadi?

"Saya disisi awak ja. saya ada pesan kepada awak tadi. 'fikir dulu, jangan ikut orang,kita ada prinsip, ikut prinsip kita sebab kadang2 prinsip kita lebih baik dari daripada orang lain.' dan saya yakin prinsip awak betul tadi. tapi awak kalah dengan nafsu dan tipu daya syaitaan."

"isk2.. habis, macam mana sekarang?"

"jangan risau, awak tak salah 100 %, tu Allah nak bagi peringatan, lepas ni jangan buat lagi. boleh?"

"insya-Allah. awak kena lah lebih tegas dengan saya. saya tak begitu fokus tadi dengan apa yang awak cakap."

"itulah awak asyik dengan kawan awak je.. sampaikan awak tak perasan saya lagi." saya pura-pura merajuk.

"Saya mintak maaf. mintak maaf ye? lain kali saya analisis kata2 awak dulu baru saya ikut kata saya boleh?

"Boleh.. macam tu lah.. dengar cakap saya ye? nafsu dan syaitan tu memang jahat. tapi. awak jangan resah2 sebabnya Allah berfirman dalam surah Ali-Imran ayat 147 yang bermaksud;

{Dan tidak lain ucapan mereka hanyalah doa. "Ya Tuhan kami,ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebihan (dalam) urusan kami; dan tetapkanlah pendirian kami, dan tolonglah kami terhadap orang-orang kafir."}

"Terima Kasih, sangat tepat dengan keadaan saya. awak sangat baik."

"Sama-sama, itu memang tugas saya, saya akan mengubah awak kepada yang lebih baik, tapi dengan syarat, awak tafakkur dahulu baru buat keputusan, Boleh?"

"BOLEH!!!" gadis itu tertawa.

saya gembira lihat dia gembira. semoga dia ingat kesilapannya dan ambil i'tibar daripada kesilapan itu. Amiin.

Wednesday, December 15, 2010

let me alone!!!



bismillahirrahmanirrahim

"Ah!!" batin gadis itu menjerit.

"macam ni rupanya..." gadis itu bersuara perlahan.

matanya redup memikirkan banyak perkara. dia menganalisis kembali overall roughly. ternyata dia silap. selama ini difikirkan kawan itu segala2 nya, kawanlah pengubat duka, kawanlah tika suka... ternyata kawanlah pengguris hati, pisau yang tajam menikam perlahan2 tanpa sedar. sehebat mana pon seseorang itu, bila dia salah, dia tak akan sedar, sebaliknya terus bangga kerana dapat melihat salah orang. Alhamdulillah kerana dia nampak salah orang dan menegur, tetapi adakah orang lain tiada hati dan perasaan???.


Gadis itu merenung seketika. " macam mana nak buat ni?"

tiba-tiba, muncul satu bisikan di telinganya.
'sekarang kau buat apa yang kau nak. Jangan peduli hal orang dah.'

'Boleh ke??' gadis itu terfikir. kemudia dia menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Dia takpuas hati ape dengan aku? Apa yang dia dengki sangat dengan aku? Apa yang dia nak sebenarnya daripada aku? ape hak dia nak mengawal segala tindakan aku?? ibu aku xpe la..ibu..." gadis itu bertanya sendiri.

lastlast gadis itu sedih seorang diri.tak tahu punca. akhirnya kepada-Nya jua gadis itu kembali berserah.

sapa yang nak tolong gadis itu??

"takpe.. saya kan ada. saya akan tolong awak. mungkin kita boleh jadi kawan?" saya berkata kepada gadis itu.

"boleh ke?"

"ape pula tak boleh? saya selalu perhatikan awak, sebenarnya saya selalu ja dekat dengan awak. tapi awak tak penah nampak dan sedar kehadiran saya. awak asyik dengan kawan2 awak yang lain je terutama yang sorang tu. tengok, dia pun tak dapat tolong redakan perasaan awak. saya juga yang jadi pendengar awak kan?"

"tapi, dia dengar juga apa saya cakap, saya seronok sembang dengan dia, apa-apa saya citer kat dia. dia seorang pendengar yang baik."

"kalau dia seperti yang awak cakap tadi, kenapa awak sedih sekarang? awak kena bersama dengan seseorang yang betul2 pendengar yang baik. awak ni banyak masalah. kalau kawan awak tu memang pendengar yang tapi, seorang penyindir yang baik juga, nak buat apa?awak gak menderita kan? betul tak apa yang saya cakap?"

"em..." gadis itu terkelu.
"betul juga."

"Jadi, kita jadi kawan nak?" saya bertanya kepada gadis itu.

"ok, moga dengan persahabatan ini, saya dah tak sedih."

"Insya-Allah, tapi kena ingat, sedih itu satu perasa dan pemanis kehidupan, awak perlu juga sedih untuk peroleh kegembiraan. kan Allah juga berfirman dalam Al-Quran, setiap kesedihan itu diganti dengan kegembiraan dan kegembiraan itu disilih ganti dengan kesedihan?"

"ye2.. insya-Allah.. terima kasih. saya rasa tenang sikit. terima kasih ye sahabat baruku.:)"

gadis itu sudah boleh tersenyum. saya juga jadi gembira bila lihat orang gembira. tapi, dunia sekarang tak lepas daripada orang2 yang xsenang dengan kegembiraan orang lain. nauzubillah..

:))))

Allah Maha Pemurah~~^^

"Siapa yang takutkan Allah (bertaqwa kepadaNya), maka Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberikannya rezeki dari jalan yang tidak disangka." (Al Talaq: 2)