untuk kesekian kalinya, nama ku Noor Ain.. ~~haha..gadis itu kawan saya. Dia ada cerita menarik!!
Gadis itu tekun dengan pembacaannya. Semakin lama semakin fokus. berkerut2 dahinya. Saya di sebelah pon dia tak hiraukan. alhamdulillah, sekurang2nya akan abis juga sebuah buku dibacanya. tiba2 gadis itu memandang ke hadapan dan tersenyum puas lagi sinis.
"bestnyer!!" tidak semena2 gadis itu bersuara.
"Awak,bes2 citer ni. Awak baca lah."
"Subhanallah.. besnye citer ni.." Saya memperbetulkan kata2nya. Hanya kepada Allah kita mengembalikan segala kehebatan. gadis itu tersenyum malu sambil mengucap kalimah suci itu.
"Apa yang besnyer??" saya bertanya.
"citer ni pasal..... eh! bukan ke selalunya awak tahu saja? perlu ke saya ulang?"
"Amboi.. menyindir ke memuji tu?? bukankah jika telinga awk sendiri dengar, lebih mudah utk menghayati dan mengingati serta lagi berkesan?
"a'ah kan, kenapa xterfikir?"
"Sebab tu gunanya kawan kan? untuk saling pesan memesan dan ingat mengingati."
"oo.. begini, buku yang saya baca ni berkaitan sejarah. tentang tokoh besar dunia, Muhammad bin Murad. Atau nama femes dan gelarannya, Sultan Muhammad al-Fateh. atau kalau dalam rakaman sejarawan Barat, bernama Mehmed II."
Saya mengangguk. "Sila2. Teruskan."
Gadis itu senyum lebar. Apa tidaknya, ada yang sudi mendengar. Nak harap kawan2nya yang lain... wallahua'lam.
"Sultan Muhammad al-Fateh dilahirkan pada 29 mac 1432 Masihi di Adrianapolis iaitu sempadan Turki dan Bulgaria bersamaan 26 Rejab 833 Hijrah.Ayahnya, Sultan Murad Kedua. hebatnya Sultan Muhammad al-Fateh ini, beliau menaiki takhta Kerajaan Usmaniah secara rasmi ketika berusia 19 tahun dan diberikan keizinan Allah bagi memerintah dengan penuh keadilan selama 30 tahun antara 1451 sehingga 1481 Masihi."
"Subhanallah.. Hebatnya." Saya kagum dengan Sultan Muhammad al-Fateh. sememangnya saya dah lama mengusha tokoh Islam ini. Kehebatannya menyuluruh. dalam semua aspek. Beliau
dapat bertutur dengan fasih dalam 7 bahasa,iaitu bahasa Turki, Arab, Latin,Parsi, Greek,Serbia dan Hebrew. Beliau juga dapat menawan mental dan psikologi musuh apabila beliau fasih dalam pelbagai bahasa.
"Sultan Muhammad al-Fateh seorang penyair dan peminat bahasa asing, sastera dan lukisan. kerana minat dengan lukisan di tambah lagi dengan sikap pendekatan demokrasi beliau, beliau menjemput Gentille Bellini dari Venice bagi melukis fresko di istananya dan melukis gambarnya."
Saya mengangguk. "Siapakah tokoh2 yang hebat juga bersama Sultan Muhammad al-Fateh?"
"Kisah Sultan Muhammad al-Fateh ni menarik perhatian kerana hadis nabi. beliau berjaya merealisasikan hadis nabi yang berbunyi;
Rasulullah berkata ketika menggali Parit Khandaq, "Konstantinopel akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya sewaktu itu sebaik-baik raja yang ada. Tenteranya juga sebaik-baik tentera." -direkodkan oleh Ahmad-
Sultan Muhammad al-Fateh ni adalah sebaik2 raja dan tenteranya adalah sebaik2 tentera seperti yang disebut oleh nabi. beliau telah berjaya menawan kota konstantinopel yang telah berkerajaan selama hampir 1100 tahun lamanya dan pemerintah yang terakhir ialah Maharaja Constantine XI yang kejam. tentera Usmaniah hanya mengepung selama 53hari dan berjaya memasuki halangan tersusah selepas kejayaan 70buah kapal yang diarahkan Sultan Muhammad al-Fateh untuk berlayar sepanjang gunung. Bayangkan untuk proses pemindahan 70 kapal hanya mempunyai masa selama 7jam untuk jarak 5 kilometer, maka sebuah kapal Usmaniah memerlukan masa kurang enam minit sahaja bagi melepasi jarak 5 kilometer tadi dengan selamat. Hebat kan!! gitu lah, antara tokoh besar juga merupakan ahlijawatankuasa yang bertindak menawan konstantinopel ialah:
1- Sultan Murad-
2-Syeikh Aq Syamsuddin
3-Syeikh Ahmad Ismail Al-Kurani
4-Syeikh Khairudin
5-Syeikh Sirajuddin al-Halbi
6-Panglima Tharhan
7-Mahmud Basya
8-Firuz Aga
9-Urban
10- Palta Oglu
11-hamzah Basya
12- Zugnish Basya
13-Khalil Basha
dan ramai.............. lagi."
"Apa tugas2 mereka itu?"
Gadis itu mencerun kepadaku." Nak tahu?"
saya mengangguk.
"Nah, bacalah sediri. Bila baca sendiri, kita lebih mengahayati!"

Saya ketawa.. jatuh atas kepala sendiri.. haha.
"Awak lah tolong bacakan. Boleh? buku yang bertajuk 'KUASA KEPIMPINANAN AL-FATEH', karangan Muhammad Syaari Abdul Rahman."
"o o o... maaf. saya banyak kerja. baca2. baca sendiri."
haha. saya hanya ketawa. seronok mengusik gadis itu. Gadis itu ketawa.
Dia gembira saya juga gembira..


No comments:
Post a Comment