Ujian untuk diriku

"ALLAH TIDAK MEMBEBANI SESEORANG ITU MELAINKAN SESUAI DENGAN KEMAMPUANNYA."(AL-BAQARAH:286)




Allah Maha Melihat~~^^

"Tidak berlaku bisikan antara tiga orang malainkan Dialah yang keempatnya, dan tiada (berlaku antara) lima orang melainkan Dialah yang keenamnya, dan tiada yang kurang dari bilangan itu dan tiada yang lebih ramai melainkan Ia bersama-sama mereka di mana sahaja mereka berada." (Al Mujadalah: 7)

Klik sini untuk ikut ~~=)

Sekarang pukul.....

Hari ni hari.....

Monday, December 21, 2015

Kita merancang, Allah menentukan

Bismillah..

Tuhan itu Maha Hebat...

Sejauh mana pon kita lari,
Dia tetap mendekat dengan kita.
Sekelam mana kita menyepi,
Dia tetap menyinar dlm hidup kita,

Hakikat yang kita lalui,
Itulah aturan-Nya.
Bagaimana yang kita sangka,
Begitulah Sang Pencipta jadikan.

Sangkaan yang baik,
Hasilnya baik-baik saja,
Sangkaan yang buruk,
Maka buruklah jadi.

Melalui hari-hari kita,
Mengharapkan Rahmat-Nya.
Kerana kita yakin sungguh,
Dia memerhati dan prihatin akan kita.

Kemana saja kita pergi,
Apa saja kita buat,
Bagaimana kita lakukan,
Dia Maha Tahu,
Dia jua Maha Menentukan.

Allah Maha Besar,
Segala puji bagi-Nya.

Coretan:
Kasih Hamba
_ainnafz♡

Kita merancang, Allah menentukan

Bismillah..

Tuhan itu Maha Hebat...

Sejauh mana pon kita lari,
Dia tetap mendekat dengan kita.
Sekelam mana kita menyepi,
Dia tetap menyinar dlm hidup kita,

Hakikat yang kita lalui,
Itulah aturan-Nya.
Bagaimana yang kita sangka,
Begitulah Sang Pencipta jadikan.

Sangkaan yang baik,
Hasilnya baik-baik saja,
Sangkaan yang buruk,
Maka buruklah jadi.

Melalui hari-hari kita,
Mengharapkan Rahmat-Nya.
Kerana kita yakin sungguh,
Dia memerhati dan prihatin akan kita.

Kemana saja kita pergi,
Apa saja kita buat,
Bagaimana kita lakukan,
Dia Maha Tahu,
Dia jua Maha Menentukan.

Allah Maha Besar,
Segala puji bagi-Nya.

Coretan:
Kasih Hamba
_ainnafz♡

Friday, March 13, 2015

Marah? Maaf?

"Aku tak dapat bayang lah apa reaksi aku kalau satu hari nanti, orang yang aku benci, orang yang aku tak suka, duduk sebelah aku. Sesak nafas rasa.."

...

Tak perlulah nak membayang sampai sesak-sesak nafas.

Mereka yang kita tidak suka, benci, tidak senang dan sewaktu dengannya, adakah kerana dia melakukan sesuatu yang buruk dipandangan kita? Atau Adakah kerana dia telah menyakitkan hati kita? Atau adakah sebab kita rasa kita lebih baik daripada dia, maka dia tak layak berdamping dengan kita?

Jawapannya ada pada orang yang mencipta perasaan negatif itu.

Tidak dinafikan manusia ada masa-masa lemah, duka, geram dan marah.
Dan perasaan ini jika berlarutan akan mencipta perasaan baru iaitu benci, tak suka, tak senang, rimas dan macam-macam lagi istilah.

Tetapi, apakah sebabnya perasaan-perasaan itu dicipta?

Ayah marah anak.
Adakah ayah benci anaknya? Adakah anak akan membenci ayahnya?

Pengurus geram dengan sikap pekerjanya.
Adakah kerana pengurus tidak suka dengan pekerjanya? Dan adakah pekerja akan menyimpan dendam terhadap pengurusnya?

Dan pelbagai lagi situasi.

Sebenarnya, apakah punca ayah dan pengurus itu marah dan geram?

Anak ponteng sekolah dan melepak di shopping mall.
Pekerja datang kerja lambat dan bercakap biadap dengan pengurusnya.

Adakah dua punca diatas logik untuk menyebabkan ayah dan pengurus itu marah dan geram?

Kata orang, marah tanda sayang.
Kata saya, geram tanda terhibur.

Namun, dalam Islam Nabi Muhammad mengajar kita agar jangan marah walaupun hati bergelagak bagai lava gunung everest.

Tak suka atau benci sesama manusia wujud kerana dua perkara. Pertama, seseorang melakukan sesuatu yang melanggari syariat sedangkan kita seorang yang patuh syariat. Contohnya, lelaki memukul ibunya.

Kedua, seseorang melakukan sesuatu yang di luar kebiasaan kita. Contohnya, seseorang yang sangat menjaga dan menghargai masa, tetapi dia terpaksa menunggu lama  seseorang setiap lagi ingin bertemu. Tanpa sebab kerana itu adalah sikapnya.

Allah mencipta perasaan itu ada sebabnya.
Maka, kita sebagai hambanya harus mencari sebab dan mengawal perasaan itu sebaiknya.

Jika betul caranya, maka pahala ganjarannya.
Jika salah, maka sengsaralah jiwa.

Begitu juga, kita mengambil teladan daripada kisah para anbiya' dan sahabat-sahabat agar perasaan marah dan benci itu disalurkan pada tempat yang betul.

Marah mereka dikawal oleh iman, mereka marah apabila agama Allah dipermainkan dan diperkotak katik. Mereka marah apabila berlakunya kemaksiatan kepada Allah. Dan marah mereka bukanlah berlandaskan nafsu tetapi marah yang benar-benar perlu.

Dalam suatu kejadian, seorang sahabat meminta nasihat daripada Rasulullah ﷺ, lalu Baginda bersabda, “Janganlah kamu marah.” Sahabat lain pula bertanya, “Apakah yang dapat menyelamatkan daku daripada kemurkaan Allah?” Maka jawab Rasulullah ﷺ: “Jangan tunjukkan kemarahan kamu.” Sahabat yang lain pula meminta satu amalan kebaikan yang mudah untuk dilakukan, maka sabda Rasulullah ﷺ, “Janganlah marah!”
(Riwayat Bukhari)

Jadi, jika anda rasa nak marah, jangan marah!.
Dan anda akan menjadi orang yang paling kuat.

Suatu ketika, Rasulullah ﷺ bertanya kepada para sahabat. “Siapakah orang yang paling kuat di kalangan kamu?” Maka para sahabat memberi berbagai-bagai jawapan. Rasulullah ﷺ  lalu berkata, “Bukanlah orang yang kuat itu orang yang banyaknya berperang (selalu menumpaskan orang lain); Sesungguhnya orang yang kuat itu adalah orang yang dapat mengawal dirinya ketika marah.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Iblis juga pernah berpesan pada Nabi Musa ketika dia marah apabila diminta sujud pada kubur Nabi Adam. Satu daripada 3 pesanan Iblis,

"Ingat aku ketika engkau marah,sebab pada waktu itu rohku berada di dalam hatimu dan mataku berada di matamu dan aku akan berjalan ditubuhmu sebagaimana darah mengalir.Ingatlah aku ketika marah,sebab apabila seseorang marah,akan aku tiup hidungnya sehingga dia tidak tahu lagi apa yang dibuatnya"

Ketika anda rasa bahang ingin marah, cuba lakarkan senyuman di bibir, biarpun pahit tetapi ia berkesan merawat hati yang marah ketika itu.
Cubalah..

Dan lumurlah hatimu dengan wangian maaf, agar dirimu segar dan hatimu gembira..

Kata² dari satu filem, benci itu maknanya "benar-benar cinta".

Jadi, jangan benci-benci orang, kang jatuh hati pula. =P

Ainnafz_menujusolehah
3:19am
Nusaibah





Thursday, November 27, 2014

Pesanan Murobbi

Assalamualaikum, baru berkesempatan utk update blog. Di sini sikit berkongsi yang bagi saya ia sangat bermanfaat jika kita menghayatinya betul.. flashback kembali setelah selongkar status fb . Hehe.

________________

4 Jun 2014 | Musolla Asma

Perkongsian bermakna bersama ibunda yg disayangi madam Kalsom Wan Adam semalam begitu mencuit hati ini dan sahabat RCG yang lain. Antara perkongsian beliau:

1- Setiap perkara yang kita buat pasti ada kebaikan yang akan memberi manfaat kepada yang lain. Even kita bagi pinjam motosikal pada kawan juga adalah suatu kebaikan yg sgt bermanfaat. Andai diri terasa tidak ada buat satu kebaikan pun, maka saat itu kita mesti bertekad ingin membuat sesuatu kebaikan.

*Jadi check diri sendiri, apakah kebaikan yang telah kita buat hari ini atau saat ini.??

2- Wujudkah lagi lelaki yang begitu menjaga hubungannya dengan seorang wanita yang ingin dikahwininya, tidak berhubung kecuali melalui orang tengah, bercita-cita ingin menjadikan majlis perkahwinannya benar2 mengikut syariat Islam? Tidak melihat wanita tersebut sehingga hari akad kerana telah menyerahkan sepenuh kepercayaannya terhadap pilihan ibunya? pilihan ibu adalah pilihannya.

*Dan ternyata masih wujud lelaki sebegitu yang kini merupakan menantu madam.. sweet sgt..

3- "Doa adalah senjata orang mukmin" ungkapan yang sentiasa meniti di bibir seorang yang mengaku Islam. Namun apakah sering kita berdoa kepada-Nya? Berdoa tidak perlu tunggu duduk di atas sejadah, menadah tangan dan berdoa didalam bahasa Arab, tetapi berdoalah ketika kita rasa ingin berdoa disamping menjaga adab2 ketika berdoa. Walaupon ketika membasuh pinggan, hati terasa ingin berdoa maka berdoalah. "Ya Allah, bentukkan diriku ini menjadi soleh/solehah yang sentiasa melakukan sesuatu mengharapkan Redha dan Rahmat-Mu."
Dan itu antara masa doa mustajab, ketika hati ingin berdoa. :)

*Jangan malu dan sombong untuk menadah tangan berdoa pada Allah. Allah Maha Mengetahui dan Memahami segala bahasa yang kita tuturkan.

4- "Menjadi soleh/solehah bukan sahaja luaran tetapi juga dalaman."
Jangan mengharapkan pada penampilan yang baik sahaja untuk membawa kita ke syurga. Telitilah juga hati dan akhlak kita. Apakah seiring dengan penampilan dan ilmu didada kita. Jangan nampak mutiara di atas kepala tetapi keladak penuh didalam hati. Na'uzbillah.

*Jadi jangan sedih jika seorang lelaki yang sedap bacaan Qurannya tidak disatukan denganmu, mungkin saja Allah ingin menunjuk dirinya yang sebenar sebelum nasi menjadi bubur. Atau saja, Allah punya yang lebih baik untukmu.

5- "اللهم انت خالق كل نفس وجاعل كل منها زوجها فهب لي زوجا صالحا"

Amalkan ini sama ada yang belum berkahwin atau yang sudah berkahwin. Semoga bakal pasangan kita adalah yang terbaik mampu membimbing kita kelak.  Dan semoga suami kita sekarang Allah jaga kesolehannya dan jadikannya lebih baik daripada sebelumnya.

*Disebabkan dah dapat kad jemputan walimah, jadi doa ini madam ingatkan sekali lagi untuk kami semua anakandanya RCG.

Do your best,
Let's Allah do the rest.
Thank you madam Kalsom.

Saturday, June 28, 2014

Rindu kau, maafkan aku teman.

Merindui sahabat lama. Rindu yang amat.



***


5 tahun sekelas.
3 tahun menjadi karib.


Ke mana saja juga berdua.
Sering bersaing ingin berjaya.
Saling memberi motivasi.
Pelbagai janji dibuat akan dilakukan bersama.


Malangnya, 
belum sempat genap 6 tahun perkenalan, 
bala menimpa.
Salah faham berlaku.
Seterusnya terputus ikatan karib yang disebut-sebut, 
yang dibangga-bangga.


Salah siapa? 
Aku ataupun kau?
Persoalan demi persoalan tidak pernah hilang.
Setiap kali terfikir tentang dirimu.

Ikhlaskah selama ini persahabatan kita?
Atas dasar apa kita selalu bersama?
bergelak ketawa?
bergurau senda?
Adakah ianya retorik semata-mata?
Demi mengaburi mata manusia sekeliling?
Bahawa kita hebat 
dalam bersahabat?
Bahawa kita very caring and so lovely?


***


Perkenalan bukan atas dasar mencari keredhaan Allah,
retak belah tidak bergantilah jawapannya.
Kata aku, 
sahabat biar 1000000,
musuh yang satu jangan dilupa, 
supaya tak menambah yang kedua.
Padahal musuh jangan sesekali.

***


"Walaupun berpisah beribu batu antara kita.
Aku masih tetap ingat dan mendoakan kau berjaya dan sihat sentiasa.
Maafkan aku teman.
Aku tidak mampu menjadi sahabat sejatimu dunia dan akhirat.
Namun aku pasti akan tetap pegang janji-janji yang pernah kita ikat.
Biarpun kau sudah melupakannya, 
aku tetap akan mengingatkan kau dalam doaku."


#Surat dari sahabat kepada sahabat


*Tetiba rindunya sahabat sekolah dulu... T_T
semoga Allah redha perkenalan kita.

Sakitnya dulu, pengubat hari ini- Zulna

          Matahari terik memancar petang itu. Ramai pelajar sekolah agama itu berjalan berkumpulan, bersendirian dan berdua menuju jalan raya. Kelihatan seorang gadis sedang menahan tapak tangannya di dahi bagi mengelak pancaran cahaya matahari mengenai wajahnya. Tiba-tiba bahu kirinya dicuit.

"Weyh, kot nak tunggu aku."

"Tunggu hang? Hang duk buat apa tadi? Aku nak cepat la. bas aku pukul 2.30 ni." Rungut gadis itu, sudahlah panas, terpaksa menunggu orang lain pula. Berkerut habis dahinya.

"Alah.. Lek la weyh.. sekarang baru pukul 1.30. Jom pi makan dulu bihun sup. Tepi The Store tu. Nak??" Ajak kawannya sambil tersengih.

"Hang buat apa tadi???" Sekali lagi soalan itu ditanya, sambil kepalanya menjenguk-jenguk jalan. kelihatan kereta masih jauh, gadis itu terus melintas.

"Aku ada meeting la tadi. Hang pun bukan tak tau. Aku kan dah bagi tau masa habis kelas tadi??" Kawannya menjawab sambil membontoti gadis itu melintas jalan menuju ke kawasan taman permainan.

Tiba-tiba, gadis itu berhenti dan berpaling memandang kawannya.

"Ara." Panggil gadis itu bila melihat kawannya sedang ralit membelek dalam begnya.

"Awat?"

"Makan situ ja la." Sambil tangan menunjuk kepada kedai makan berderet di sebelah kanan selepas kawasan taman permainan itu.

"Ikut hang la. dekat sikit aku nak balik sekolah. Ayah aku mai ambil aku pukul 3. Kakak aku ada buat discussion la pulak."

"Ye la. Jom"

Mereka duduk di salah satu meja setelah meninjau-ninjau meja makan yang sesuai.

"Kak. Bihun sup dua. Cabai lebih tau." Gadis itu mula menempah makanan. Tiba-tiba..

"Sat-sat. Kak, tak mau bihun. nak nasi goreng biasa dua. sambai belacan nak lebih tau." Sambil memandang gadis itu, Ara mengangkat tangannya tanda bersabar apabila melihat kawannya telah menjengil mata kepadanya.

"Ayaq ais kosong ja kak. terima kasih kak."

"Awat hang ni? tadi gedik nak makan bihun sup sangat." Gadis itu menyembur selepas pelayan wanita itu beredar.

"Sabaq la weyh.. Kat sini, bihun sup dia tak sedap sangat. aku dah penah makan dengan kak aku. tapi nasi goreng dia sedap. Hang tau berapa ringgit nasi goreng biasa dia?" Tanya Ara sambil mengangkat kening sebelah nya seperti Ziana Zain.

"Berapa?"

"RM2 ja weyh... ada sup, ada teluq, ada sambai belacan. untung dak?? dah la sedap."

"Hang biaq betui."

"Betui la.. tunggu la. jap lagi hang makan. lepas tu komen tau."

"Oke." Gadis itu mengangguk. Ara hanya tersengih kerana kawannya tak jadi nak marah.


***

"Ara, jom makan nasi goreng kat kedai deret tu." Ajak gadis itu satu hari.

"Tak mau lah, jom aku bawak hang pi satu tempat bes punya."

"Hang ni ada-ada ja benda baru."

"Ni Ara kan?? sapa tak kenai. Sentiasa kali mesti ada benda baru. hahaha" ketawanya tersembur. Gadis itu turut ketawa sedar mengakui.

5 minit berjalan melintasi jalan dan taman permainan, mereka menuju ke deretan kedai di sebelah kiri. Mereka masuk di salah sebuah kedai makan.

"Makan?"

"Apa yang special kak?" Tanya Ara dengan senyuman.

"Semua special. Nak order apa?" Pelayan wanita itu serius dan tiada langsung segaris senyuman.

"Aish.. berlagak nak mati." Gadis itu bermonolog sambil berpandangan dengan Ara. Ara  faham saja kawannya bila dah menarik muka.

"Erm. nak bubur sup dua. cabai lebih." Ara mula menempah makanan. Nada suaranya juga serius dan senada. Tiada lagi senyuman. Tiada lagi panggilan hormat 'kak'. Pandang pun tidak.

"Err.. minum?" Nada pelayan wanita itu lebih lembut daripada tadi.

"Air ais kosong dua." Gadis itu bersuara. Nada yang sama keras tanpa memandang langsung pelayan wanita itu. Setelah pelayan wanita itu beredar, Ara mula bersuara.

"Teruk betul. Orang tanya elok-elok, jawab lah elok-elok. macam tak mau meniaga ja pon. Kang kita blah, tauke dia gak bankrupt."

"Tu la paling elok agaknya, paling sopan yang dia reti cakap. Dah memang kat rumah dia mak bapak dia cakap macam tu kot. Tak pun tak pi sekolah, tu yang tak reti berbahasa. Dah tu, macam baru lepas makan taik pon ada tengok muka dia.. eeiii." gadis itu menyampuk.

"Hahahaha" Ketawa Ara pecah berderai. Geli hati Ara dengar Gadis itu membebel. 

Gadis itu juga ketawa. Entah lah apa yang lawak. Tapi kerana Ara ketawa, dia juga ketawa.

***

Gadis itu berjalan menaiki tangga sambil matanya fokus pada jalan dibawah.

"Yun!" Gadis itu mengangkat kepalanya apabila sedar namanya dipanggil.

"Yap!" Jawan Yun.

"Mana Ara.?" 

"Kelas. Awat?"

"Tak ada apa. selalukan hang dengan dia." Yun hanya tersengih. Sedar keadaan itu. Kemana saja dia pergi dalam sekolah itu pasti bersama Ara. Sampai ada yang ingat mereka berdua adalah kembar. Muka yang tak iras langsung pon orang pandang macam iras sudah. 

Yun dan Ara mula sekelas sejak dari tingkatan satu lagi. Tetapi semasa tingkatan satu, masing-masing masih menyombong. Tidak bertegur sapa. Ara dengan geng sekolah rendah lamanya, Yun pula memang jenis menyendiri. Walaupun ada juga geng tapi tidak sekelas seperti Ara, yang punya kawan-kawan lamanya juga sekelas sekali. Di Tingkatan dua, masing-masing mula menyapa dan bergelak ketawa. Tetapi masih jauh untuk digelar satu geng.

Namun segalanya berubah apabila menjejak ke tingkatan tiga. Mereka masih sekelas. Mereka naik dari kelas 1D dan 2C ke 3B. Ara meninggalkan gengnya di kelas 3C dan 3D dan ada juga gengnya naik ke 3A. Yang pasti dia bersendirian di kelas 3B. Dan disitulah mereka bermula. Duduk pula bersebelahan. Mereka jadi serasa dan serasi walaupun ketika itu Ara dinaikkan pangkat menjadi pengawas. Wataknya juga jadi lebih baik sesuai dengan jawatannya di sekolah. Duduk pula di dalam kelas adalah barisan yang paling hadapan. Ke mana sahaja mula berdua. Setahun bersama. Sudah mengenali hati budi masing-masing.

Menginjak umur 16 tahun mereka memasuki ke tingkata 4A bersama-sama dengan keputusan peperiksaan juga hampir sama. walaupun Ara lebihnya pada bahasa Inggeris, Yun pula lebihnya pada subjek Agama. Mereka semakin serasi. Sehingga disalah sangka kembar walaupun muka tak seiras langsung cuma ketinggian dan berat je hampir sama.

Latar belakang juga berbeza. Berbeza yang amat, namun mereka tetap boleh menjadi karib. 

"Siapa kawan karib awak?"

"Ara!"

"Siapa kawan karib awak pula?"

"Yun!"

Yun dan Ara tersengih. Ada chemistry yang mengekalkan mereka rapat sehingga ke tingkatan 5B. Kedua-duanya bersama-sama turun kelas. Kelas tuisyen yang diikuti juga sama. Fizik dan Bahasa Arab. Memang sangat chemistery.

"Ara, nanti kalau ada lelaki yang ajak hang keluar, hang jangan lupa tau ajak aku teman hang tau."

"Aku janji Yun. Hang pun sama juga. Hang tak ajak aku, siap hang!" Ara menunjukkan penumbuknya

"Hahaha" Kedua-dua ketawa. Sampai begitu mereka berjanji.

***

Adakah janji yang diungkap terus kekal?
Adakah mereka terus bersama sehingga ke universiti? 

Bersambung... 

Friday, March 21, 2014

Sabar itu Indah~

  • Sabar itu cantik~
  • Satu hari, ada seorang sahabatku bertanya padaku akan tahap kesabaranku dalam menangani kerenah manusia. Aku terkejut pada awalnya, fikiranku kosong ketika itu. Lama aku termenung memikirkan soalan itu. Bukan memikirkan jawapannya. Tanpa sedar mata aku sedang memandang tepat buku ditanganku bertajuk "Mukjizat Sabar dalam Al-Quran". Kulit buku yg masih kemas berbalut plastik beberapa hari yang lepas. Aku jadi termenung seketika. Beberapa persoalan muncul membalas soalan tersebut dalam fikiranku. 
  • Kenapakah pertanyaan ini hadir di saat aku masih diuji dan belum lepas ujian Nya??
  • Apakah hikmah atau teguran yang Allah ingin sampaikan padaku??
  • Apakah aku begitu sukar untuk mendidik jiwa bersabar sehingga datangnya teguran daripada Allah?
  • Apakah aku tidak cukup berusaha mendidik hati ku dalam bersabar??
  • Soalan demi soalan menerjah. Sedangkan jawapan yang patut diberi belum lagi aku sediakan.
  • Satu perkara sahaja yang menjadi jawapan aku. 
  • "Terima kasih ya Allah."
  • 2 tahun yang lalu, ketika berlaku satu konflik antara aku dan adikku, aku cuba meyakinkan dirinya bahawa dia mampu berubah ke arah lebih baik. Walaupon ketika itu dadaku begitu berdebar kerana memikirkan diriku juga begitu liat untuk berubah. Kata2 yang diucap itu lebih dekat dengan si pengucap dan lebih dulu akan diuji. 
  • Kemudian satu kata2 daripada adikku buat aku tersentak.
  • "Adik bukan macam kakak, kakak dah berubah. Lebih baik dari dulu. Adik susah...."
  • Dalam hati, aku beristighfar panjang. Moga Allah benar2 ampunkan dosaku dan memberi hidayahNya kepada ku.
  • Aku berkata: "Alhamdulillah, kalau adik nampak kakak boleh berubah, adik juga boleh berubah. Kerana kakak juga pernah berfikir seperti adik, sehingga sekarang juga kakak masih fikir yang kakak tidak pernah berubah."
  • Peristiwa itu aku ingat sehingga hari ini. Setelah 4 tahun aku di perantauan, banyak pengalaman2 & dan pengajaran yang aku perolehi daripada manusia sekeliling.
  • ★★★
  • Menyentuh tentang sifat sabar, ia tidak terlepas daripada sifat marah dan sifat merajuk.
  • Apabila kita sudah hilang kesabaran, kita cenderung berasa marah. Begitu juga jika kawan kita asyik dengan merajuknya, kita cenderung untuk hilang kesabaran.
  • Saya ingin memetik pengajaran daripada sebuah drama korea yang bertajuk 'Nice Guy', di mana watak utama lelaki itu adalah seorang yang sangat sabar. Walaupun pelbagai perkara berlaku ke atas dirinya seperti terpaksa ke penjara menggantikan kekasihnya yang telah membunuh, melayan kerenah adiknya yang sakit, menangani fitnah2 yang disebarkan ke atas diri, dia tetap berlaku baik terhadap pelaku itu. Malah dia menggunakan kebijaksanaannya untuk membantu menyelesaikan konflik antara mereka. 
  • Sehingga akhirnya, tiada siapa yang tahu, hebatnya dia dalam menyimpan rahsia, rupanya dialah yang telah berkorban demi kekasihnya senyap2, walaupon dirinya dipandang hina & jelek oleh kekasihnya dan orang sekeliling, serta disebabkan ingin mendahulukan kesihatan kekasihnya, dia sanggup menanggung satu penyakit hilang ingatan selepas segala konflik selesai. 
  • Ia adalah satu kesabaran yang luar biasa dan juga merupakan satu jenis kesabaran yang disebut dalam buku 'Mukjizat Sabar dalam Al-Quran' iaitu كتمان السر (Penyimpan Kerahsiaan), yang mana seseorang yang sabar menyembunyikan kata-kata.
  • Menghayati watak ini, apabila diterjemah dari sudut islamisasi, merupakan satu akhlak yang sukar diterapkan dalam diri seorang muslim.
  • Bersabar dalam menghadapi musibah..
  • Tidak cepat melatah dengan bertindak terburu-buru..
  • Berfikir jangka panjang apabila bertindak..
  • Memaafkan manusia yang berbuat jahat pada diri..
  • Memberi layanan dan penghargaan kepada manusia pembuli..
  • Sanggup berkorban demi yang tercinta dan.. 
  • Tidak mengungkit sesuatu pengorbanan & pemberian yang telah dilakukan. 
  • Sabar juga bukan hanya ketika menahan marah/dendam tetapi juga: 
  • 1- sabar dalam menzahirkan kekayaan bagi orang kaya (ضبط الناس).
  • 2- Sabar ketika peperangan (شجاعة).
  • 3- Sabar ketika kebosanan (سعة الصدر).
  • 4- Sabar dalam menghadapi kelebihan dalam hidup (زهد).
  • Dan banyak lagi.. Kebanyakan akhlak keimanan tergolong dalam sifat sabar.
  • Oleh sebab itu, apabila Nabi s.a.w. ditanya tentang iman, baginda menjawab, "Iman adalah sabar". Ini kerana, banyak amalan dan mujahadah memerlukan kepada kesabaran. Oleh itu, Sabar sangat dituntut dalam segala hal dan tindakan kita.
  • ★★★
  • Beberapa hari sebelum itu, adikku menelefon dan memaklumkan tentang plan network telefon barunya. Pada mulanya aku rasa nak marah kerana dia memaklumkan padaku selepas dia dah selesai pendaftaran dan pembayaran, tapi aku pujuk hati untuk sabar dengan menyoal dia untuk mendapatkan penjelasan kenapa dia menukar plan network tersebut. Setelah beberapa penerangan daripadanya, aku masih tidak reda. Aku hanya diamkan diri, sabar dan menunggu tindakan selanjutnya.
  • Selang sehari selepas itu, dia private chat denganku di whatsapp.
  • "Kakak, tak jadilah tukar nombor. Nombor baru adik tu cantik. Tambah lagi plan network lama adik masih ada 6 tahun keistimewaan."
  • "Serius??? Maknanya adik masih kekalkan nombor lama dan sekarang ada 3 nombor. Gitu??" "Yap. Ni nombor baru adik. 010***9246. Susah kot nak jumpa nombor ni. "
    "Alhamdulillah.. "
    Aku yang membaca mesejnya tersenyum lebar. Apa tidaknya, jika dia menukar plan network telefonnya dengan nombor lamanya, ia akan membebankan ibu dan ayah serta kawan2nya dengan kredit sms dan panggilan yang mahal. Apa yang aku fikirkan ini untuk maslahatnya dan juga orang sekelilingnya pada masa depan.
    Nikmat dan terasa lapang dadaku ketika itu. Bersyukur kerana aku tidak terus memarahinya. Andai itu berlaku sudah pasti adikku tidak akn berkongsi nombor barunya dan sekaligus dia akan menjauh daripdaku..
    Alhamdulillah. Aku masih ingat kata2 ibuku masa zaman nakalku.
    "Kalau kita nak orang lain sabar dengan kerenah kita, kita yang perlu sabar dahulu dengan kerenah orang lain."
    Zul-Na dihatiku~
    Sabar menuju solehah.
  • Ainnafz~

Friday, November 15, 2013

Convergent to Divergent

Who can think and do in the same time.? :)
Let me know.
Saya dapat pengajaran ni masa buat esaimen arab.
buat dalam kumpulan lebih sempurna daripada buat seorang.
Semasa buat, seorang akan keluarkan idea, seorang lagi akan translate, or
seorang keluarkan idea, seorang lagi critic that idea.

Who knows, because of one word it would become from converges to diverges?
Kadang2 kerana satu perkataan yang seorang itu sebut, seorang lagi dapat idea sempurna daripada perkataan itu. dan seorang yang dapat idea sempurna itulah dipuji dan dihargai, kerana ideanya maka siaplah esaimen.

Whereas the root of that idea is come out from the first person!
haha . ia normal berlaku. kita tak reti hargai orang sekeliling.. kita terlupa terus kepada pencetus idea. it always happened to me. minta maaf bagi sesapa yang terasa ideanya tak dihargai. Plus, I will try to appreciate it next time. :D


Monday, September 30, 2013

Faham diri

Bismillah
Assalamu'alaikum..

Air mata tidak henti-henti mengalir untuk seminit kalinya..
Memikir dosa diri, kesalahan diri, lemahnya diri.

"Bila kita sedih, rasa tiada siapa yang faham dan ingin mendengar rintihan dan keluhan kita, hadapkanlah diri kepada Allah. Allah sangat rindu untuk mendengar rayuan dan aduan hambaNya" Kata-kata itu terngiang di fikiran.

Dua perwatakan berbeza.
Peramah dan pendiam.
Bolehkah seseorang itu memiliki dua sifat ini serentak?
Masih keliru.

"Bila kita terasa tak nak bercakap, lebih baik kita berkata sesuatu, sebaliknya jika kita rasa ingin bercakap, lebih baik kita diam. Kerana ketika perasaan membuak untuk bercakap itu telah dipengaruhi dengan nafsu."

Maafkan saya. Saya nak jadi diri sendiri, tapi tak berjaya. Saya masih jahil. Bantu saya Ya Allah..

Benar kata-kata; pergantungan hanyalah kepada Allah. Manusia tak mampu menanggung kita, mereka akan letih. Tetapi Allah tidak pernah dan tidak akan letih untuk menanggung segala cerita kita atau kerenah kita.. T_T.

Manusia memang tak boleh diharap, Benarlah hanya Allah tempat untuk berharap..
Tak apa lah manusia tak suka, asalkan Allah suka. in sya Allah.

Kembali membuka lebaran kitabullah.
Melancarkan bacaan untuk hafalan diri.
Moga Allah permudahkan.
Bantu aku Ya Allah.

Friday, September 27, 2013

Da'ieah abad ke-21

Bismillah..
Assalamu'alaikum..

Tepat jam 11.21 malam, gadis itu sudah bersiap sedia bertapa dia atas kerusi ungu yang tidak empuk bersandarkan pada bantal ungu yang empuk sedang mencari dan memerah otaknya untuk menyiapkan satu artikel dakwah. Berkat tasyji' dan ilmu yang telah dikongsikan oleh murobbinya yang dihormati, wujud semangat untuk menulis. Minatnya sudah ada, tinggal saja untuk di asah.

Moga-moga gadis itu berjaya menyiapkan artikelnya dan seterusnya publish di ruangan Mencapai Mentari ini.
_____________

Di zaman millenia ini, di anggarkan bilangan manusia semakin bertambah-tambah, biarpun bilangan manusia yang syahid dan meninggal dunia itu juga banyak. Namun, rata-rata manusia yang ada di atas muka bumi ini, kelihatannya manusia yang digelar 'wanita' ni  lebih menguasai, terutamanya mereka yang berada di pusat pengajian tinggi awam atau swasta. 

Wanita atau muslimah adalah satu gelaran yang sangat cantik seiring dengan perwatakannya yang lemah lembut dan sopan. Mereka ini adalah kaum hawa yang sentiasa perlukan bimbingan dan sokongan, sama ada ketika kanak-kanak, di bangku sekolah, sudah berumahtangga atau pun ketika bergelar warga emas.

Kaum ini jugalah yang banyak disebut didalam ayat al-Quran, tentang suruhan, larangan, dosa dan pahala mereka. Namun, kebanyakan kaum hawa tidak pernah ingin mengendahkan apatah lagi ingin di sampaikan kepada masyarakat sekeliling. Hanya segelintir kecil sahaja yang berani dan tabah untuk menyebarkan dan menyampaikan firman-firman Allah ini. Mereka bukan tidak ingin tetapi berharap ada sesiapa yang sanggup dan rela untuk menyuapkan mereka kerana kesibukan mereka dengan urusan duniawi.

Maka, di sinilah pentingnya satu kumpulan yang digelar da’ieah atau pendakwah muda dari kalangan kaum hawa itu sendiri. Kumpulan ini bukan sahaja sangat penting, malah begitu terdesak kehadiran mereka dalam masyarakat sekeliling yang ketagihkan ilmu-ilmu Allah. Kumpulan Da’ieah muda ini diperlukan di seluruh pelusuk daerah seperti di masjid, surau, tempat-tempat pengajian, university, sekolah, kampung, malah di tempat kerja juga mereka diperlukan bagi memberi pengisian rohani kepada para pekerja wanita.

Wanita atau muslimah ini ada di merata-rata tempat. Mereka juga memiliki perwatakan yang berbeza-beza. Ada yang kasar, lemah lembut, keras, sensitive, panas baran dan pelbagai sikap lagi. Ada juga yang sedia bertudung labuh, berseluar jean, berbaju ketat, berjubah, berbaju T muslimah atau ada juga yang free hair.Oleh itu, da’ieah ini tidak boleh dalam beberapa kelompok sahaja, mereka perlulah memiliki ahli yang ramai dan mempunyai perwatakan yang berbeza-beza juga. Hal ini bagi kelangsungan dakwah bersama-sama dengan kepelbagaian masyarakat wanita sekeliling zaman ini.

Mereka yang ingin digelar da’ieah ini haruslah menanam niat untuk berdakwah dan mempunyai pendirian yang teguh untuk berdakwah, in sya Allah mereka akan dipermudahkan urusan oleh Allah subhanahu wa taala. Mereka juga haruslah mempunyai keperibadian yang boleh dijadikan contoh dan teladan. Hal ini kerana bukan sahaja kata-kata dan tulisan mereka akan berdakwah, tetapi peribadi, akhlak dan tingkah laku mereka juga akan turut berdakwah.


Perkara yang tidak kurang pentingnya, mereka yang digelar da’ieah ini juga haruslah sentiasa menanam minat membaca agar ilmu pengetahuan mereka akan bertambah dari semasa ke semasa atas usaha mereka dalam membaca. Mengimbau kembali sirah zaman Rasulullah s.a.w, isteri baginda Saidatina Aisyah r.a merupakan seorang da’ieah dan penuntut ilmu yang tegar. Diatas kerajinan dan ketekunan beliau menuntut ilmu agama, menjadikan beliau seorang yang sentiasa dirujuk dalam hal-hal kewanitaan dan keagamaan.

Wujudkah wanita seperti Saidatina Aisyah r.a di zaman millennia ini? Siapakah wanita atau muslimah yang sanggup menyahut seruan ini dan meneruskan kelangsungan dakwah dalam kalangan wanita dan muslimah pada era globalisasi ini?? Renung-renungkanlah. ^^,   

Allah Maha Pemurah~~^^

"Siapa yang takutkan Allah (bertaqwa kepadaNya), maka Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberikannya rezeki dari jalan yang tidak disangka." (Al Talaq: 2)