Ujian untuk diriku

"ALLAH TIDAK MEMBEBANI SESEORANG ITU MELAINKAN SESUAI DENGAN KEMAMPUANNYA."(AL-BAQARAH:286)




Allah Maha Melihat~~^^

"Tidak berlaku bisikan antara tiga orang malainkan Dialah yang keempatnya, dan tiada (berlaku antara) lima orang melainkan Dialah yang keenamnya, dan tiada yang kurang dari bilangan itu dan tiada yang lebih ramai melainkan Ia bersama-sama mereka di mana sahaja mereka berada." (Al Mujadalah: 7)

Klik sini untuk ikut ~~=)

Sekarang pukul.....

Hari ni hari.....

Friday, March 13, 2015

Marah? Maaf?

"Aku tak dapat bayang lah apa reaksi aku kalau satu hari nanti, orang yang aku benci, orang yang aku tak suka, duduk sebelah aku. Sesak nafas rasa.."

...

Tak perlulah nak membayang sampai sesak-sesak nafas.

Mereka yang kita tidak suka, benci, tidak senang dan sewaktu dengannya, adakah kerana dia melakukan sesuatu yang buruk dipandangan kita? Atau Adakah kerana dia telah menyakitkan hati kita? Atau adakah sebab kita rasa kita lebih baik daripada dia, maka dia tak layak berdamping dengan kita?

Jawapannya ada pada orang yang mencipta perasaan negatif itu.

Tidak dinafikan manusia ada masa-masa lemah, duka, geram dan marah.
Dan perasaan ini jika berlarutan akan mencipta perasaan baru iaitu benci, tak suka, tak senang, rimas dan macam-macam lagi istilah.

Tetapi, apakah sebabnya perasaan-perasaan itu dicipta?

Ayah marah anak.
Adakah ayah benci anaknya? Adakah anak akan membenci ayahnya?

Pengurus geram dengan sikap pekerjanya.
Adakah kerana pengurus tidak suka dengan pekerjanya? Dan adakah pekerja akan menyimpan dendam terhadap pengurusnya?

Dan pelbagai lagi situasi.

Sebenarnya, apakah punca ayah dan pengurus itu marah dan geram?

Anak ponteng sekolah dan melepak di shopping mall.
Pekerja datang kerja lambat dan bercakap biadap dengan pengurusnya.

Adakah dua punca diatas logik untuk menyebabkan ayah dan pengurus itu marah dan geram?

Kata orang, marah tanda sayang.
Kata saya, geram tanda terhibur.

Namun, dalam Islam Nabi Muhammad mengajar kita agar jangan marah walaupun hati bergelagak bagai lava gunung everest.

Tak suka atau benci sesama manusia wujud kerana dua perkara. Pertama, seseorang melakukan sesuatu yang melanggari syariat sedangkan kita seorang yang patuh syariat. Contohnya, lelaki memukul ibunya.

Kedua, seseorang melakukan sesuatu yang di luar kebiasaan kita. Contohnya, seseorang yang sangat menjaga dan menghargai masa, tetapi dia terpaksa menunggu lama  seseorang setiap lagi ingin bertemu. Tanpa sebab kerana itu adalah sikapnya.

Allah mencipta perasaan itu ada sebabnya.
Maka, kita sebagai hambanya harus mencari sebab dan mengawal perasaan itu sebaiknya.

Jika betul caranya, maka pahala ganjarannya.
Jika salah, maka sengsaralah jiwa.

Begitu juga, kita mengambil teladan daripada kisah para anbiya' dan sahabat-sahabat agar perasaan marah dan benci itu disalurkan pada tempat yang betul.

Marah mereka dikawal oleh iman, mereka marah apabila agama Allah dipermainkan dan diperkotak katik. Mereka marah apabila berlakunya kemaksiatan kepada Allah. Dan marah mereka bukanlah berlandaskan nafsu tetapi marah yang benar-benar perlu.

Dalam suatu kejadian, seorang sahabat meminta nasihat daripada Rasulullah ﷺ, lalu Baginda bersabda, “Janganlah kamu marah.” Sahabat lain pula bertanya, “Apakah yang dapat menyelamatkan daku daripada kemurkaan Allah?” Maka jawab Rasulullah ﷺ: “Jangan tunjukkan kemarahan kamu.” Sahabat yang lain pula meminta satu amalan kebaikan yang mudah untuk dilakukan, maka sabda Rasulullah ﷺ, “Janganlah marah!”
(Riwayat Bukhari)

Jadi, jika anda rasa nak marah, jangan marah!.
Dan anda akan menjadi orang yang paling kuat.

Suatu ketika, Rasulullah ﷺ bertanya kepada para sahabat. “Siapakah orang yang paling kuat di kalangan kamu?” Maka para sahabat memberi berbagai-bagai jawapan. Rasulullah ﷺ  lalu berkata, “Bukanlah orang yang kuat itu orang yang banyaknya berperang (selalu menumpaskan orang lain); Sesungguhnya orang yang kuat itu adalah orang yang dapat mengawal dirinya ketika marah.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Iblis juga pernah berpesan pada Nabi Musa ketika dia marah apabila diminta sujud pada kubur Nabi Adam. Satu daripada 3 pesanan Iblis,

"Ingat aku ketika engkau marah,sebab pada waktu itu rohku berada di dalam hatimu dan mataku berada di matamu dan aku akan berjalan ditubuhmu sebagaimana darah mengalir.Ingatlah aku ketika marah,sebab apabila seseorang marah,akan aku tiup hidungnya sehingga dia tidak tahu lagi apa yang dibuatnya"

Ketika anda rasa bahang ingin marah, cuba lakarkan senyuman di bibir, biarpun pahit tetapi ia berkesan merawat hati yang marah ketika itu.
Cubalah..

Dan lumurlah hatimu dengan wangian maaf, agar dirimu segar dan hatimu gembira..

Kata² dari satu filem, benci itu maknanya "benar-benar cinta".

Jadi, jangan benci-benci orang, kang jatuh hati pula. =P

Ainnafz_menujusolehah
3:19am
Nusaibah





No comments:

Allah Maha Pemurah~~^^

"Siapa yang takutkan Allah (bertaqwa kepadaNya), maka Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberikannya rezeki dari jalan yang tidak disangka." (Al Talaq: 2)