Ujian untuk diriku

"ALLAH TIDAK MEMBEBANI SESEORANG ITU MELAINKAN SESUAI DENGAN KEMAMPUANNYA."(AL-BAQARAH:286)




Allah Maha Melihat~~^^

"Tidak berlaku bisikan antara tiga orang malainkan Dialah yang keempatnya, dan tiada (berlaku antara) lima orang melainkan Dialah yang keenamnya, dan tiada yang kurang dari bilangan itu dan tiada yang lebih ramai melainkan Ia bersama-sama mereka di mana sahaja mereka berada." (Al Mujadalah: 7)

Klik sini untuk ikut ~~=)

Sekarang pukul.....

Hari ni hari.....

Tuesday, June 28, 2011

Aku macam watak utama..!!

Bismillah..
Assalamualaikum..

hati aku tiba2 sebak..
terima kasih ya Allah..
Kau menyedarkan aku.
maafkan aku ya Allah..

bukan aku jika tidak menangis,
aku sangat2 ketagihkan cinta-Mu,
aku kempunankan ketenangan dari-Mu,
aku amat3 perlukan bimbingan-Mu,

Ya Allah,
aku menangis bukan kerana lemah,
aku menangis bukan kerana sakit,
aku menangis bukan kerana sia2,
aku harap,
aku menangis kerana aku sedar,
terima kasih ya Allah,
sikit2 Kau ajar aku,
aku x ada tempat lain lgi selain-Mu,
terima kasih Ya Allah..

sedar atau tidak, saya dikelilingi oleh manusia.. pelbagai kerenah manusia yang aku hadapi, bukan seorang tp dah hampir beribu2 orang saya bertemu mungkin,
kalau kalian perasan, post2 sebelum ini byk berkisar tentang hidup saya, sedar atau tidak itulah saya, bukanlah manusia sempurna, tp ingin mengejar kesempurnaan itu, yang pasti masih jauh lagi untukku menggapainya.. saya suka nasihat rakan2 saya, kerana saya ingin sekali diri ini di nasihati, bak kata Imam Hassan al-Basr;

‎"Sesungguhnya aku sdg menasihati kamu, bknlah bererti akulah yg terbaik dlm klngan kamu. Bkn juga yang paling soleh dlm klngan kamu, krna aku juga pernah melampaui batas utk diri sendiri. Seandainya seseorg itu hanya dpt menyampaikan dakwah apbla dia sempurna, nescaya tidak akn ada pndakwah. Maka akan jadi sikitlah org yg m'beri peringatan."- Imam Hasan al-Basr

"Aku macam watak utama!!"
ini tajuk saya utk post kali ini. ini sebuah kisah yang pjg. saya tak kisah orang nak baca atau pon tidak, yang pasti saya luahkan apa yang terbuku yang ingin sekali saya ingin kongsikan dengan pembaca sekalian. harapnya cara penceritaan saya ini, tidaklah kalian boring..

apa yang menarik sangat?
saya bukan lah suka bercakap pasal orang lain, banyak saya mengata diri sendiri, demi satu perubahan, kalau bukan diri sendiri siapa lagi yang ingin menegur dan merubah diri kerdil ini..

kisahnya begini..

Saturday, June 25, 2011

Ilhamku~~

Bismillah..

ku mencari dirimu...
hadir lah padaku..
aku menanti2 kehadiranmu..
setiap saat,
andai kau hadir padaku,
ingin ku perkenalkanmu pada yang lain,
semoga yang lain dapat manfaatnya..
Dimana kau bersembunyi??
aku begitu mengharapkan kehadiranmu..
dimana kah??
dimanakah diri mu wahai ilham ?
agar aku dapat terus mempamerkan cebisan2 dirimu di teratak usang ini,
aku kebuntuan tanpa diri mu,
hadir lah..

...
..
.
.

^_^

Wednesday, June 15, 2011

...::: Ingatanmu buatku 1 :::...

Bismillah..


1 new message received

Jadilah insan lara yang temannya mujahadah & taubat.
sentiasalah berusaha menjadi insan yang baik walaupun masih digamit oleh ghairah kejahatan & dosa.
Jatuh bangun kembali.
Jatuh bangun lagi...
Moga thabat dalam perjuangan..

[11:49:55 PM]
***END***

terima kasih sahabatku~~


***
Begitulah lumrah kehidupan manusia apabila berukhuwwah,
kita akan lebih diingati apabila kita melakukan atau berlaku sesuatu yang menarik perhatian,

Gadis itu merenung skrin hensetnya..
hatinya tersenyum,
namun bibirnya lambat bergerak balas..

semuanya gara2 perkara yang menyelubungi dirinya..
walaupon gadis itu tekad,
utk bertindak lebih matang,
namun,
perubahan yang mendadak itu memerlukan sokongan dan perhatian,
maka jauh di sudut hatinya mencari2 insan2 yang bakal dikurniakan rahmat dan berkah daripada-Nya..
namun, semuanya semakin menjauh..

mata yang melihat tidak sama dengan hati yang terdetik.
bak peribahasa melayu,
"ringan mata memandang, berat lagi bahu memikul"
namun, perkataan yang dilontarkan biarlah bersesuai dengan keadaan..
kerana banyak hati2 yang mudah terguris dan terluka,,
apabila sudah terguris dan terluka,
payah utk diri menyembuhkannya segera,..
kesabaran sahaja dipohon utk terus bertahan dengan kesakitan itu..

***



Gadis itu takut,
hatinya risau,
nak di tegur tak tahu cara yg berhikmah,
tak di tegur akan menyebabkan ramai yang terluka,
malah,
diri itu juga akan difitnah dan dicaci,
gadis itu kasian akan diri itu,
kesucian dan maruah Islam terletak pada pandangan umum padanya,

gadis itu semakin gelisah,
semoga Allah mengurniakan ilham pada nya,
dah memberi hidayah kepada diri itu,
gadis itu hanya berdoa dari jauh,
agar Islam terus terpelihara daripada fitnah kerenah ahlinya..

Ampunilah kami Ya Allah,
kami hanya hamba yang hina, lemah lagi dhaif,
hanya kepada Mu kami mengharap,
Agar perubahan merubah diri kami menjadi yang lebih terbaik..
ameen.. ameen.. ya rabal 'alamin..
^^


Tuesday, June 14, 2011

...::: Ingatanmu buatku :::...

bismillah..


1 new message received

Akhawat yang CANTIK disisi Allah adalah:

~melukis kekuatan melalui masalahnya..
~tersenyum di saat tertekan..
~tertawa disaat hati sedang menangis..
~tabah di saat terhina..
~mempesona kerana memaafkan..
~mengasihi tanpa meminta balas..
~bertambah kuat dalam doa & pengharapan illahi..

Good Luck for everything you do :-)

- miss you (^_^)

[01:42:21 AM]
***END***

terima kasih sayangku..
I miss u too. (^^,)

~ Pimpinan PAS ~

AHLI JAWATANKUASA KERJA PAS PUSAT DAN

PESURUHJAYA PAS NEGERI-NEGERI/WILAYAH PERSEKUTUAN

SESI 20011 – 2013

1.PRESIDEN
: YB DATO’ SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG
2.TIMBALAN PRESIDEN
: TUAN HAJI MOHAMAD SABU
3.NAIB PRESIDEN: YB SALAHUDDIN AYUB
4.NAIB PRESIDEN: YB DATUK PADUKA HAJI HUSAM MUSA
5.NAIB PRESIDEN: YB DATO' HJ MAHFUZ OMAR
6.KETUA DEWAN ULAMAK: YB DATO’ USTAZ HAJI HARUN TAIB
7.KETUA DEWAN PEMUDA: USTAZ NASRUDIN HASSAN THANTAWI
8.KETUA DEWAN MUSLIMAT: YB SITI ZAILAH YUSOF
9.SETIAUSAHA AGUNG: DATO’ HAJI MUSTAFA ALI
10.PEN. SETIAUSAHA AGUNG: YB DATUK TAKIYUDDIN HASSAN
11.PEN. SETIAUSAHA AGUNG: YB DR SYED AZMAN SYED AHMAD NAWAWI
12.PEN. SETIAUSAHA AGUNG: TUAN AHMAD SABKI YUSUF
13.BENDAHARI PAS PUSAT: YB DATO’ USTAZ HAJI ABDUL HALIM ABDUL RAHMAN
14.KETUA PENERANGAN PAS PUSAT: DATUK TUAN IBRAHIM TUAN MAN
15.KETUA PENGARAH PILIHANRAYA: YB DR. HAJI MOHD. HATTA MD RAMLI
16.AHLI JAWATANKUASA KERJA: TUAN MAZLAN ALIMAN
17.AHLI JAWATANKUASA KERJA: YB DATO' KAMARUDIN JAFFAR
18.AHLI JAWATANKUASA KERJA: TUAN HANIPA MAIDIN
19.AHLI JAWATANKUASA KERJA: YB DR DZULKEFLY AHMAD
20.AHLI JAWATANKUASA KERJA: YB DR MUJAHID YUSOF RAWA
21.AHLI JAWATANKUASA KERJA: YB HJ KHALID ABD SAMAD
22.AHLI JAWATANKUASA KERJA: USTAZ ABDUL GHANI SHAMSUDDIN
23.AHLI JAWATANKUASA KERJA: YB IR AMIRUDDIN HAMZAH
24.AHLI JAWATANKUASA KERJA: YB HJ ABDUL WAHID ENDUT
25.AHLI JAWATANKUASA KERJA: DATO' USTAZ ABU BAKAR CHICK
26.AHLI JAWATANKUASA KERJA: YB DATO' USTZ MOHD AMAR ABDULLAH
27.AHLI JAWATANKUASA KERJA: DATO' DR MAHFODZ MOHAMED
28.AHLI JAWATANKUASA KERJA: YB DR SITI MARIAH MAHMUD
29.AHLI JAWATANKUASA KERJA: YB DATO' DR HASSAN MOHAMAD ALI
30.AHLI JAWATANKUASA KERJA: USTAZ ABDUL GHANI ABDUL RAHMAN
31.AHLI JAWATANKUASA KERJA: YB DATO; SERI USTAZ AZIZAN ABDUL RAZAK
32.AHLI JAWATANKUASA KERJA: USTAZAH NURIDAH SALLEH
33.AHLI JAWATANKUASA KERJA: YB NASHARUDIN MAT ISA
34.AHLI JAWATANKUASA KERJA: USTAZ IDRIS AHMAD
35.AHLI JAWATANKUASA KERJA: HAJI ASMUNI AWI
36.AHLI JAWATANKUASA KERJA: YB DATO' SERI IR MOHAMAD NIZAR JAMALUDDIN
37.AHLI JAWATANKUASA KERJA: TUAN ZULKEFLY MOHAMMAD IMAR
38.AHLI JAWATANKUASA KERJA: ABANG AHMAD KERDEE MASAGUS



PESURUHJAYA PAS NEGERI-NEGERI



1.PESURUHJAYA PAS KELANTAN
: YAB TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ NIK MAT
2.PESURUHJAYA PAS TERENGGANU
: YB ABDUL WAHID ENDUT
3.PESURUHJAYA PAS PERLIS: YB USTAZ HAJI HASHIM JASIN
4.PESURUHJAYA PAS KEDAH: YAB DATO' SERI USTAZ HAJI AZIZAN ABDUL RAZAK
5.PESURUHJAYA PAS PULAU PINANG: USTAZ MOHD SALLEH MAN
6.PESURUHJAYA PAS PERAK: USTAZ ABU BAKAR HUSIN
7.PESURUHJAYA PAS PAHANG: DATO’ USTAZ TUAN IBRAHIM TUAN MAN
8.PESURUHJAYA PAS SELANGOR: DR ABD RANI OSMAN
9.PESURUHJAYA PAS W. PERSEKUTUAN: HAJI MOHAMAD NOOR MOHAMAD
10.PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN: YB MOHD TAUFEK ABDUL GHANI
11.PESURUHJAYA PAS MELAKA: TUAN ADLY ZAHARI
12.PESURUHJAYA PAS JOHOR: DATO’ DR. HAJI MAHFODZ MOHAMED
13.PESURUHJAYA PAS SABAH: TUAN AMINUDDIN HALIM
14.PESURUHJAYA PAS SARAWAK

: USTAZ HAJI ADAM AHID

Allah Maha Pemurah~~^^

"Siapa yang takutkan Allah (bertaqwa kepadaNya), maka Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberikannya rezeki dari jalan yang tidak disangka." (Al Talaq: 2)