Bismillah..
Assalamualaikum..
{ فويل للمصلّين }
"maka celakalah orang yang solat" [Al-Ma'un:4]
Ya Allah!! kenapa orang yang solat ini celaka??
bukankah cara nak mendekatkan diri dengan Allah adalah dgn bersolat??
...
..
.
.
Tidak... maksud ayat ini ialah..
berdasar ayat seterusnya..
{ الذين هم عن صلاتهم ساهون }
{ الذين هم يرآءون }
{ ويمنعون الماعون }
"(iaitu) orang-orang yang lalai terhadap solatnya,"
"yang bersuka ria,"
" dan enggan (memberikan) bantuan."
[Al-Ma'un:5,6,7]
celaka kepada mereka yang lalai dan leka dengan solatnya.
dan mereka yang suka berfoya-foya, melebih-lebihkan dunia dan hiburan terlampau.
serta mereka yang tidak sudi langsung menolong yang lain..
mereka2 ini tiada guna jika melakukan solat,
celaka pada mereka..
nastaqfirullahal 'azim..
na'uzubillahi min zalik..
seperti yang kita tahu sahabat2 sekalian~~
~SOLAT ITU TIANG AGAMA~

tanpa tiang tidak akan sempurna atau mungkin tidak akan berlaku sesuatu bangunan itu...
begitulah juga diri kita..
tanpa solat,
x sempurna lah sebahagian diri kita,
jika solat tiada,
iman pula ke mana?
runtuh..
kerana itu berlakunya pelbagai maksiat dan gejala di muka bumi ini..
kerana kelemahan masing2 dalam mendirikan solat..
lalai terhadap solat..
BAGAIMANA TU LALAI??
lalai bilamana kita melengah2kan solat...
suka2 hati je nak qodo' , padahal waktu solat belum habis lgi!!
tidak punya kesensitiviti langsung terhadap waktu dan solat itu sendiri..
sahabat2 sekalian,
tahukah bahawa solat juga adalah tiket utk ke syurga???
soalan wajib yg 1st dity di barzakh nt juga adalah berkenaan SOLAT??
namun,
sekarang ini solat sudah tidak diambil perhatian...
itu if yang x solat..
tp kalau yang solat pulak??
tetapi tetap masuk neraka bagaimana pula??
ada sorang ustazah sy kata;
"sejujurnya, kita ni sebenarnya malas nak solat.
tetapi, kita tetap solat."
KENAPA BEGITU??
kerna MIND SETTING!!
bukan DI HATI~~
kita telah set-kan di minda kita bahawa,
"kalau x solat nanti masuk neraka!"
"dah aku belajar solat...jd kenalah solat"
"ayah aku solat, aku solat lah."
see!!
SOLAT sudah menjadi ADAT,
bukan 'IBADAH..
kerana kata2 dan mind set spt di atas dan mgkin byk lgi,
kita sudah tidak py perasaan ketika solat,
kerana itu,
walaupun dah solat,
tapi,
kita tak dapat mengelakkan diri drpada melakukan maksiat juga..~
na'uzubillah~
tetapi,
apabila kita melihat mendirikan solat itu dengan hati,
bukan semata2 mind,
akan lahir di hati ini keseronokan ketika mendirikan solat..
KENAPAKAH MANUSIA BERAT UTK SOLAT??
"solat itu memang berat kecuali kepada mereka yang khusyuk dlm solatnya."
maka sahabat sekalian,
JOM kita cari kekhusyukan dalam solat..
in sya Allah, bila khusyuk dlm solat,
kita akan rasa ringan saja setiap kali melakukan solat,
malah, kita akan sentiasa ingin mengawalkan solat,
melambatkan ketika sujud..
Rasulullah bersabda;
"solat itu adalah waktu rehatku."
jadi, kenapa tidak kita juga jadikan,
SOLAT itu sebagai masa utk kita merehatkan tubuh kita??
selain tujuan utamanya utk menghadap Allah s.w.t...
in sya Allah,
apabila kita berusaha menjaga solat kita,
tak kira...
~dri segi rukun dan sunatnya,
~ bacaannya,
~ setiap pergerakan dalam solat spt;
berdiri tegak, rukuk, sujud, & duduk antara dua sujud..
~ dan banyak lagi yang kita jaga..
kita akan memperoleh halawatul iman..
in Sya Allah..
setiap drpada pergerakan solat itu,
ialah senaman bgi menyehatkan tubuh kita,
ini terbukti daripada kajian sains..
setiap daripada rukun2 solat yang perlu dilaksanakan..
punya rahsia kesihatan tersendiri..
cth:
berdiri tegak, kedua tapak kaki diluruskan menghadap kiblat,
disitu ada kesan +ve pada tulang belakang kita,
ketika sujud, darah mengalir ke otak,
menambahkan oksigen pada otak,
melancarkan pengaliran darah di bahagian kepala..
dan banyakkkk lagi,
boleh dirujuk pada buku,

"SOLAT, KEBAIKAN DARI PERSPEKTIF SAINS"
KESIMPULANNYA:
marilah kita menjaga solat kita..
percayalah,
Allah akan menerima solat kita,
jangan ragu2,
kerana ragu2, syak wasangka itu daripada syaitan laknatullah..
Huznuzonlah dengan Allah,.
kita ni sebenarnya tiada sapa yang boleh diharap melainkan Allah..
menangislah semata2 kerana mengisafi kesalahan2 lepas..
NAMUN!!!,
jangan diulangi dosa2 lepas.
...
tp, apakan daya manusia mudah lupa,
nafsu jahat dan syaitan serta anak cucu cicitnya tak pernah rehat,
tak pernah rehat utk menarik kita ke lembah kesesatan,
jalannya mudah,
sentiasalah mencari satu inisiatif utk kita sentiasa INGAT PADA ALLAH..
cth:
~ Al-Quran, bawa sentiasa di dada,
~ Tasbih, sentiasa berzikir dimana saja,
~ menundukkan pandangan, sedar diri ini byk khilaf,
~ berpakai menutup aurat yang PERFECT bukan senkek..
~ berkawan dengan sahabat2 yang soleh.
~dan pelbagai lagi, tp yang PALING PENTING..
MUHASABAH!!
"Hisablah dirimu sebelum kamu dihisab di padang mahsyar."
"Solatlah kamu, sebelum kamu disolati dlm keadaan berkapan."
Wallahu a'lam..
creadit to: my ustazah..
pengisian yang sangat berguna hari ini dalam kelas AL-NAHW AL-'ARABI


No comments:
Post a Comment