Bismillah..
Assalamualaikum..
hati aku tiba2 sebak..
terima kasih ya Allah..
Kau menyedarkan aku.
maafkan aku ya Allah..
bukan aku jika tidak menangis,
aku sangat2 ketagihkan cinta-Mu,
aku kempunankan ketenangan dari-Mu,
aku amat3 perlukan bimbingan-Mu,
Ya Allah,
aku menangis bukan kerana lemah,
aku menangis bukan kerana sakit,
aku menangis bukan kerana sia2,
aku harap,
aku menangis kerana aku sedar,
terima kasih ya Allah,
sikit2 Kau ajar aku,
aku x ada tempat lain lgi selain-Mu,
terima kasih Ya Allah..
sedar atau tidak, saya dikelilingi oleh manusia.. pelbagai kerenah manusia yang aku hadapi, bukan seorang tp dah hampir beribu2 orang saya bertemu mungkin,
kalau kalian perasan, post2 sebelum ini byk berkisar tentang hidup saya, sedar atau tidak itulah saya, bukanlah manusia sempurna, tp ingin mengejar kesempurnaan itu, yang pasti masih jauh lagi untukku menggapainya.. saya suka nasihat rakan2 saya, kerana saya ingin sekali diri ini di nasihati, bak kata Imam Hassan al-Basr;
"Sesungguhnya aku sdg menasihati kamu, bknlah bererti akulah yg terbaik dlm klngan kamu. Bkn juga yang paling soleh dlm klngan kamu, krna aku juga pernah melampaui batas utk diri sendiri. Seandainya seseorg itu hanya dpt menyampaikan dakwah apbla dia sempurna, nescaya tidak akn ada pndakwah. Maka akan jadi sikitlah org yg m'beri peringatan."- Imam Hasan al-Basr
"Aku macam watak utama!!"
ini tajuk saya utk post kali ini. ini sebuah kisah yang pjg. saya tak kisah orang nak baca atau pon tidak, yang pasti saya luahkan apa yang terbuku yang ingin sekali saya ingin kongsikan dengan pembaca sekalian. harapnya cara penceritaan saya ini, tidaklah kalian boring..
apa yang menarik sangat?
saya bukan lah suka bercakap pasal orang lain, banyak saya mengata diri sendiri, demi satu perubahan, kalau bukan diri sendiri siapa lagi yang ingin menegur dan merubah diri kerdil ini..
kisahnya begini..
Hidup gadis itu siang malamnya dikelilingi manusia, dia seorang mahasiswa yang pada hakikatnya tidak mengenali dirinya sepenuhnya, namun dia berusaha utk mencari dirinya yang sebenar. Jika diberi pilihan siang atau malam, gadis itu pasti memilih malam. Kenapa? kerna baginya pada waktu malam itu satu privasi baginya, dia suka untuk bersendirian. bersendirian baginya lebih banyak membawa keinsafan padanya. bersedirian juga akan memberi ruang yang banyak baginya untuk bersama orang yang dicintainya. Walaupon sukar baginya untuk mengaku sedalam mana cintanya itu, tetapi dia tetap berusaha untuk mencintai sedalam-dalam dan seikhlasnya. Dia sentiasa sedayanya melawan musuh ketatnya untuk merebut cinta suci itu, yang pasti dia ingin cinta itu.. Walaupun kadang2 dia merasa dirinya tidak layak, tp dia tetap berdegil untuk bercinta.. bercinta dengan Tuhannya. Gadis itu malu, jika ada manusia lain walaupon seorang atau yg hampir di sekelilingnya, sedangkan ketika itu dia sedang ingin berkongsi perasaan dengan Rabbnya. Dia malu,dia tak nak orang lain tahu bahawa dia sentiasa menangis dengan Tuhannya, oleh itu dia lebih suka menyendiri. Namun, bukanlah niat dia untuk berseorangan dlm kegelapan itu, tanpa mempedulikan manusia sekeliling yang sentiasa prihatin padanya..
Itu ialah cintanya.. Kenapa dia sangat mencintai Tuhannya? kerana Tuhannya telah banyak membantunya, selain memberi segala nikmat yang melimpah ruah kepadanya. Gadis itu sangat2 bersyukur.. Namun, bibir berkata cinta, hati pula bagaimana? Hatinya sentiasa mengingati Tuhannya, namun kadang kala musuh durjana dan terhebatnya sentiasa mengganggu hatinya. Dia geram, andai musuhnya itu mampu ditikam oleh pisau atau pedang, pasti dia lah orang pertama yang akan melakukan.. tetapi gadis itu lebih terkilan apabila, cinta nya itu sekadar ucapan dan bertulis, tetpi tidak di terjemahkan kepada tindakan.. Gadis itu sangat sedih apabila dia kembali ke Rabbnya. Ketika dia senang dia lupa, tetapi ketika dia susah, Rabbnya lah yang dicari..
Gadis itu bukanlah daripada keluarga yang kaya ataupun fakir, hanya daripada sebuah keluarga yang sederhana tetapi apa yang dihajatinya pasti tercapai. cumanya lambat atau cepat sahaja.. Begitu cantik Allah menyusun setiap yang berlaku didalam hidupnya, gadis itu sangat teruja dengan aturan yang telah ditetapkan Rabbnya.. dia sangat kagum!!!
Allah berfirman:
"Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." [Al-Baqarah:286]
Macam2 yang gadis itu impikan,
dia ingin sebuah keluarga yang perfect, kaya, ibubapa yang memahami, dirinya yang cantik, suaranya yang merdu, sahabat2 yang sangat memahami dan otak yang bijak. tetapi apakan daya bila dirinya itu hanya insan, hamba Allah s.w.t, dia pasti di uji, diuji dengan pelbagai mehnah yang pasti hanya gadis itu yang mampu melaluinya.
tetapi betapa Allah sayang padanya, dia semakin hari semakin sedar, gadis itu asalnya seorang yang liat dalam semua hal, menjadi semakin lembut dan mudah dilentur. Semuanya kerana Allah. walau hakikatnya, bukanlah dia nmpak Allah membantunya, tetapi dia yakin, Allah yang membantunya. Bagaimana?? Allah membantunya, menegurnya, melalui makhluk-Nya yang lain yang bernama manusia.
Daripada seorang yang liat menjadi seorang yang semakin mudah dilentur,
semuanya kerana didikan Tuhannya, Allah s.w.t..
gadis itu tak terucap terima kasih dengan kata2.. Gadis itu juga sedar, bukan mudah untuk berubah, itulah yang dikatakan Allah menyusun hidup hambanya dengan sangat cantik,bilamana dia ditarbiyah dimulai dengan membentuk akhlaknya dahulu, pelbagai cara Allah mengajarnya. Melalui ibubapanya, adik beradiknya, saudara maranya, jiran2nya, guru-gurunya, sahabat2nya, dan seterusnya melalui dirinya sendiri. yang sentiasa berharap kasih dan cinta Illahi. Bagi gadis itu muhasabah sangat lah penting dalam hidupnya, dengan muhasabah, dia dapat melihat kembali kelemahan2 dirinya. Walaupun dia mengakui bahawa kelemahan2 itu sering sahaja dia ulangi kemudian hari, namun semakin lama dia mengorek dirinya semakin dia tahu mana yang patut dia lakukan dan yang mana patut dia tinggalkan.
Bukanlah dia hendak meriak bila dia tidak melakukan perkara yang jahat dan dilarang, atau apabila dia dipuji terbaik dan byk ilmu. Malah, dia semakin terasa di hati, terasa ingin menangis, hanya menunggu masa empangan nak pecah, bahawa dirinya tidaklah sesempurna mana. Gadis itu sering memarahi apabila ada yang menegurnya, mengkritiknya, namun didalam hati gadis itu tidak bermaksud begitu, kerana selepas beberapa ketika, dirinya dilanda gelisah dan ketakutan kerana telah melakukan kesalahan, gadis itu seringkali juga berazam utk tidak melakukan kembali, tapi dia tetap melakukan keesokannya. itu dia tidak dapat nafikan. Tetapi gadis itu juga tak nafikan berkali2 dia buat, berkali2 dia insaf, dan akhirnya dia berjaya meninggalkan perkra itu, ALHAMDULILLAH... Gadis itu sangat2 bersyukur, semuanya KERANA ALLAH sabar MENTARBIYAHNYA.
Sabar!
satu istilah yang semakin dia ingin pupuk dalam dirinya, ALHAMDULILLAH..
itulah nak kata, Allah sentiasa menegur gadis itu melalui manusia sekeliling, bilamana dia berada dalam kelompok manusia, yang ada macam2 kerenah, yang kadang2 mengundang sakit hati, marah, kecewa, rindu, sayang dan sebagainya telah mengajar dirinya, dari masa ke semasa. kesabaran dalam dirinya dapat dipupuk apabila dia berpengalaman dalam berukhuwwah dan berpersatuan. bukanlah 100% dia seorang yang sabar tetapi gadis itu yakin dia semakin boleh mengawal kesabarannya.. itu satu kejayaan besar baginya. gadis itu mulai sedar. manusia sekelilingnya sangat penting bagi.
Gadis itu seorang yang pemarah pda usia mudanya ketika menengah, ibunya teruk melayan kerenahnya, doa sentiasa dipanjatkan kepada Allah agar anaknya itu berubah, sikap manja yang melampau telah membuatkan ibunya seringkali pening kepala. Kadangkala menangis ibunya untuk mengih simpati anaknya untuk tidak mengada-ngada, degil dan merajuk. Namun, jiwa remaja ketika itu tidak melihat kesusahan ibu yang teruk bersalin demi melahirkannya. apa yang dia nampak hanya, ibu tidak sayangkan dia, ibu sengaja memarahinya dan tidak faham keadaan.. Syukur Allah sayangkan ibunya, ibunya masih mampu melihat anaknya menangis memohon ampun padanya. Entah ribut badai apa yang menimpa,yang pasti ibunya pelik anaknya semakin matang daripada manja berlebih-lebihan itu. Gadis itu kembali disinari nur-Nya,
Bukanlah saja-saja gadis itu menangis mohon ampun kepada ibunya, sebaliknya Allah telah mentarbiyahnya melalui manusia sekeliling juga.. Diri yang setiasa dimanjai, apabila keluar dripada tempurung fikiran ceteknya, matanya semakin terbuka, semakin mengetahui bukan senang hendak memperoleh sesuatu. Allah menghantar seorang hamba-Nya yang berhati mulia menariknya ke dalam halaqah. yang mana disitulah bermula hidupnya sebagai seorang manusia yang berdikari. Setelah itu, dirinya berpeluang menyambung impiannya ke menara gading, di sana, dia masih lagi ketagih sebuah halaqah, kerana cintanya dia pada ilmu Allah yang bukan calang2 ilmu untuk di amalkan.. dia berusaha untuk mendapatnya, dia akui, lambat untuk dia faham dan menguasai ilmu2 Allah itu,Namun, dirinya sebagai manusia , mahasiswa yang sedar kekurangan dalam diri, menyebabkan gadis itu begitu mengharap insan2 mulia hatinya untuk sama2 membentuk dirinya. Allah sayang padanya, Allah telah menghantar beberapa orang lagi hamba Allah utk membimbingnya di dalam halaqah..
kemampuan dirinya sebagai anak manja awalnya, yang biasa dipuaskan hati menyebabkan dia byk terluka dan merawat hatinya ketika di perantauan, gadis itu tidak kisah untuk manusi melukakan hatinya, mungkin kadang2 dia merungut, tp dengan cara itu, dapt dia merawat luka yang melanda, dan dengan luka itulah dia dapat melihat kembali silamnya yang sangt kotor dan jahiliah itu, agar di masa hadapan dia dapat elakkan diri daripada terluka lagi.. Allah mengajarnya perlahan, dia yakin manusia lain juga di ajar Allah, tetapi mungkin dalam bentuk yang berbeza,, baginya, dia perlu melakukan kesilapan dan kesalahan dahulu untuk dia sedar akan dosa yang dilakukannya. Gadis itu sedaya upaya untuk berubah itulah harapan terbesarnya, agar dia menjadi seorang yang solehah.
Jiwanya mudah tersentuh dan sensitif, namun dia cuba mengawalnya agar, hidupnya lebih profesional, tidaklah sedikit2 terkecil hati, sedikit2 terasa hati. bukanlah seorang wanita solehah andai tidak dapat mengawal emosi sebaiknya.. Suatu malam, yang masih muda, gadis itu bersama seorang juniornya.
"Gembiranya melihat orang yang berkahwin ni, suami soleh, isteri solehah, kan?"
"Betul tu, awak juga in sya Allah mendapat suami yang soleh."
"soleh? wanita solehah hanya untuk lelaki soleh, dan lelaki soleh untuk wanita solehah."
"awak juga solehah."
Gadis itu tertawa, dadanya sebak.
"Solehah? saya belum cukup solehah untuk memperoleh lelaki yang soleh."
"sekurangnya lebih baik daripada saya."
Gadis itu menggeleng. Dia diam. tidak mampu berkata. hanya fikirannya melayang memikirkan kata2 itu.
".....Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik..." [an-Nur:26]
Air mata tidak berhenti mengalir, Allah sentiasa menegurnya,.. Allah juga memberi peluang kepada nya untuk berubah. hanya berserah kepadanya untuk mengambil peluang itu atau tidak. baginya, dia ada prinsipnya yang tersendiri, in sya Allah itu salah satu cara untuk Allah mengubah diri.
"Aku akan mengambil semua peluang yang ada dan tidak sekali2 melepaskannya dengan sengaja!!"
dan
"Pengalaman itu guru terbaik sepanjang hidup."
Setelah Allah mentarbiyah dirinya melalui halaqah, Allah mengajarnya hidup dalam jamaah. bagaimana dia terpaksa bertelingkah dan berurusan dengan pelbagai jenis manusia, sudahlah dirinya ini lebih suka bersendirian,tetapi Allah tetap akan mendidiknya, dengan membenarkannya hidup didalam suasana jemaah,.. disitulah dia menangis, ketawa, hampir berputus asa, bersemangat, berazam, dan paling penting berukhuwwah mengajarnya erti hidup di atas muka bumi ini yang penuh dengan manusia.. Hati tenang setiap kali dia menghubungi ibu bapanya di kampung. Pastinya, dia berharap agar, ibunya lega dan tidak resah lagi dengan kerenahnya. Walaupun kadang2 sifat manjanya itu datang, tetapi dia telah hampir berjaya mengawalnya, semua nya kerana Allah s.w.t.
TERIMA KASIH YA ALLAH...
Tidak mudah hendak membalas kebaikan Allah, Allah tidak mintak banyak, cukuplah menurut segala perintah-Nya, dan menghindarkan diri melakukan perkara yang terlarang...
Walaupun gadis itu, semakin kenal diri sendiri, dia masih menharapkan Allah untuk mendidiknya. Dia berharap Allah terus mendidiknya, melalui makhluknya di dunia fana ini. hari ini dirinya menangis mengisafi kesalahan diri, bertaubat dgn dosanya, belum tentu esok hari bagaimana pulak. Gadis itu sangat3 berharap, Allah jangan lupa padanya, in sya Allah, akan diletakkan note dan membawa barangan2 yang mengingatkannya pada Allah. Sungguh gadis itu tidak mahu melupakan Allah, dia berdoa semoga dirinya terus mengingati Allah di setiap hembusan nafasnya.. Ya Allah, benarkanlah gadis ini untuk mencintai-Mu dengan setulus hati sucinya, Benarkanlah dia menjadi wanita solehah pada-Mu dan kedua ibubapanya. Gadis itu berdoa :
"Ya Allah, hidup matiku hanya kepada-Mu, andai aku berguna untuk agama-Mu, Kau bukakanlah pintu hatiku untuk berada terus di jalan agama-Mu, Aku hidup menagih redho-Mu semata-mata, sedarkanlah aku andai aku terleka, aku tidak ingin jauh daripada bertindak demi meraih keredhaan-Mu dan juga berkah hidup ini. Ya Allah, Kau berilah peluang keinsafan dan kesedaran kepadaku, dengan izin-Mu aku tidak akan melepaskan peluang yang telah Kau kurniakan.Ameen , ameen ya rabal 'alamin.."
Gadis itu memejam mata dan berdoa hari esoknya lebih baik daripada hari ini serta tarbiyah Allah itu terus menyelinap dalam segenap tubuh dan salur darahnya...
semoga esok hari memberi jawapan kepada peluang yang Allah bukakan untuknya berubah..
niqab itu bagi saya "sentuhan" Allah.
bukan saja anugerah tapi REZEKI BESAR yang perlu dikendurikan.
niqab ini tarbiyah ulung khas buat wanita.
dengan niqab, saya nak buat jahat pon dah tak sanggup.
dengan niqab, saya yang marah meluap-luap sampai nak menyumpah pon saya tak sanggup.
dengan niqab, saya sentiasa berada didalam kawasan berbaik sangka.
dengan niqab, saya menjadi ingat saya ini WANITA WARISAN RASSULLULAH.
dengan niqab, saya jadi sentiasa berasa cukup didalam urusan-urusan dunia.
dengan niqab, saya mengalami peristiwa manis setiap hari lepas itu akan menangis pula berhari-hari.T_T
dengan niqab, saya menjadi redha, lapang dada,sabar...ah!indah!
pokok pangkal,NIQAB pemula akhlak dan sahsiah, pertahanan ibadah dan persiapan seorang syahidah!
yang penting NIQAB inilah bagi saya
JALAN MENUJU KAMAR SOLEHAH yang ABADI.insya Allah...♥ ♥ ♥
semoga esok hari memberi jawapan kepada peluang yang Allah bukakan untuknya berubah..
niqab itu bagi saya "sentuhan" Allah.
bukan saja anugerah tapi REZEKI BESAR yang perlu dikendurikan.
niqab ini tarbiyah ulung khas buat wanita.
dengan niqab, saya nak buat jahat pon dah tak sanggup.
dengan niqab, saya yang marah meluap-luap sampai nak menyumpah pon saya tak sanggup.
dengan niqab, saya sentiasa berada didalam kawasan berbaik sangka.
dengan niqab, saya menjadi ingat saya ini WANITA WARISAN RASSULLULAH.
dengan niqab, saya jadi sentiasa berasa cukup didalam urusan-urusan dunia.
dengan niqab, saya mengalami peristiwa manis setiap hari lepas itu akan menangis pula berhari-hari.T_T
dengan niqab, saya menjadi redha, lapang dada,sabar...ah!indah!
pokok pangkal,NIQAB pemula akhlak dan sahsiah, pertahanan ibadah dan persiapan seorang syahidah!
yang penting NIQAB inilah bagi saya
JALAN MENUJU KAMAR SOLEHAH yang ABADI.insya Allah...♥ ♥ ♥
bersambung..
itulah sedikit kisah yang saya dapat bawa, bukan suka-suka saya bawa kisah ini, tetapi untuk kita bersama2 bermuhasabah diri kita, banyak perkara yang belum setle , dan harusnya kita selesaikan. dan kisah di atas harapnya memberi pengajaran buat semua pembaca sekalian...=)


No comments:
Post a Comment