Bismillah..
1 new message received
Jadilah insan lara yang temannya mujahadah & taubat.
sentiasalah berusaha menjadi insan yang baik walaupun masih digamit oleh ghairah kejahatan & dosa.
Jatuh bangun kembali.
Jatuh bangun lagi...
Moga thabat dalam perjuangan..
[11:49:55 PM]
***END***
terima kasih sahabatku~~
***
Begitulah lumrah kehidupan manusia apabila berukhuwwah,
kita akan lebih diingati apabila kita melakukan atau berlaku sesuatu yang menarik perhatian,
Gadis itu merenung skrin hensetnya..
hatinya tersenyum,
namun bibirnya lambat bergerak balas..
semuanya gara2 perkara yang menyelubungi dirinya..
walaupon gadis itu tekad,
utk bertindak lebih matang,
namun,
perubahan yang mendadak itu memerlukan sokongan dan perhatian,
maka jauh di sudut hatinya mencari2 insan2 yang bakal dikurniakan rahmat dan berkah daripada-Nya..
namun, semuanya semakin menjauh..
mata yang melihat tidak sama dengan hati yang terdetik.
bak peribahasa melayu,
"ringan mata memandang, berat lagi bahu memikul"
namun, perkataan yang dilontarkan biarlah bersesuai dengan keadaan..
kerana banyak hati2 yang mudah terguris dan terluka,,
apabila sudah terguris dan terluka,
payah utk diri menyembuhkannya segera,..
kesabaran sahaja dipohon utk terus bertahan dengan kesakitan itu..
***

Gadis itu takut,
hatinya risau,
nak di tegur tak tahu cara yg berhikmah,
tak di tegur akan menyebabkan ramai yang terluka,
malah,
diri itu juga akan difitnah dan dicaci,
gadis itu kasian akan diri itu,
kesucian dan maruah Islam terletak pada pandangan umum padanya,
gadis itu semakin gelisah,
semoga Allah mengurniakan ilham pada nya,
dah memberi hidayah kepada diri itu,
gadis itu hanya berdoa dari jauh,
agar Islam terus terpelihara daripada fitnah kerenah ahlinya..
Ampunilah kami Ya Allah,
kami hanya hamba yang hina, lemah lagi dhaif,
hanya kepada Mu kami mengharap,
Agar perubahan merubah diri kami menjadi yang lebih terbaik..
ameen.. ameen.. ya rabal 'alamin..
^^


No comments:
Post a Comment