Bismilllah..
Assalamualaikum..
Gadis itu menyelak helaian http://www.pas.org.my/index.php, kemudian terpandang gambr2 pimpinan yang baru dilantik, sebak menyerang dadanya. Entah kenapa dirinya terasa begitu kerdil, jauh dr angan2 nya utk menjadi seperti mereka kerana keupayaan dirinya. Namun, kini ia bukanlah sekadar angan2 tetapi suatu impian yang akan dia pegang !.
NOTHING IS IMPOSSIBLE
suatu frasa yang cukup istimewa dan magic, kerana ia bukanlah suatu yang mudah jika sekadar dibaca tanpa dihayati, malah ia jua x akan berkesan andai dihayati tetapi tidak diamalkan..
USAHA TANGGA KEJAYAAN
demi mencapai impian yang jauh bak planet venus dan marikh, perlukan suatu anjakan paradiqma yang bukan sahaja satu kuasa malah memerlukan pelbagai alternatif, disitulah suatu hasil bakal dikecapi dengan usaha yang berterusan.
terdetik di hati, menulis di mana2 lampiran, bercakap berkali2 sahaja tidak cukup, melainkan tanpa ada usaha yang diakukan..
komputer tidak akan berfungsi jika tidak ada usaha untuk menekan butang ON. perut akan terus lapar jika tidak ada usaha untuk tangan menyuap makanan ke mulut. kefahaman akan terus tersekat jika tidak ada usaha untuk mengangkat tangan dan bertanya. 4flat tidak akn diperoleh jika tidak ada usaha utk mengulng kaji pelajaran. rindu pada ibu tak akn reda jika tak ada usaha untuk menelefon ke kampung. begitu juga ilmu tak akan wujud dalam diri jika tak ada usaha untuk mencari dan membaca..
BURUK DIPANDANGAN MANUSIA TAK BERMAKNA BURUK PADA PANDANGAN ALLAH
sememangnya inilah yang paling susah untuk dilakukan. memandang pandangan manusia sudah menjadi lumrah kehidupan manusia. sudah menjadi darah daging setiap anak adam, bilamana ingin melakukan sesuatu bukanlah kerana melihat pada APA KATA ALLAH sebaliknyaAPA KATA MANUSIA.
Hati gadis itu sedih mengenangkan lemak2 dosa yang melekat pada hatinya telah menghalang dirinya daripada takut pada Allah, fikir apa yang akan Allah kata..
tinjauan blog ke blog , gadis itu terjumpa suatu post yang menarik, tentang betapa manusia melihat pada pandangan manusia tanpa memikirkan apa pandangan Allah padanya. Sungguh bila diri ini melebihkan pandangan manusia, diri ini akan sering kecundang pada perasaan sedih, jauh hati, kecewa dan pelbagai lgi perasaan.
Kenapa tidak kita pandanglah Allah dengan mata hati, Allah akan memandang kita jua. Gadis itu mengangguk, benar segalanya, selagi dia melakukan sesuatu yg tidak melanggar syariat agama, kenapa tidak dia teruskan.. selagi dia menjaga juga adab2 dalam Islam.. Namun, bukanlah bermakna jika melakukan apa yang tidak melanggari, kita boleh je ikut suka je buat apa pon tanpa melihat pada pandangan manusia..
bukanlah kita menjaga penampilan, mengatur kata2 secantiknya untuk manusia, tetapi kerana Allah, Allah sukakan kecantikan, Allah mensyariatkan Islam agar hambanya bertutur dalam bahasa yang baik.. kita membuat atau bercakap sesuatu itu biarlah niat kerana Allah.. tanyalah pada dri,,
"adakah ayat aku ini bermanfaat? Allah melarang hambaNya bercakap perkara yang sia2"
"agaknya apalah respon mereka jika aku kata begini? mana tahu mereka akan terguris. Allah tidak suka hambaNya yang mencaci dan mengeji hamba-Nya yang lain. Islam menyuruh supaya menggunakan bahasa yang sopan. "
"Ok ke baju ni dengan tudung ini? Allah sukakan kecantikan, Allah suka perempuan yang menutup aurat, dan mencantikkan lagi akan buat aku makin berkeyakinan utk menyampaikan agama-Nya.."
"adakah pertanyaan aku ni remeh sangat? mudah sangat?? tapi aku tak tahu.. Allah suka pada hambaNya yang berusaha mencari ilmu biarpon sebesar zarah, dalam al-Quran juga Allah menyuruh bertanya pada yang lebih mengetahui."
"teliti dan kemas sangat ke assgment yang aku buat ni???. tapi bukanlah kerana pandangan manusia, aku ingin memudahkan orang yang menyemak kerjaku, Allah suka pada hambaNya yang meringankan beban orang lain.."
Subhanallah...
Boleh ke kita begitu??
TEPUK DADA TANYA IMAN
jangan begitu berserah pada takdir, tapi juga jangan menyalahkan takdir. Allah telah menetapkan kepada hamba-Nya untuk berDOA sentiasa kepadaNya, dalam pada masa yg sama berUSAHAlah terhadap kerja itu, lakukanlah ISTIKAHARAH pda Allah dan ISTIQOMAH dalam berdoa dan melakukan usaha itu , seterusnya berTAWAKAL pada Allah adalah jalan yang terakhir untuk mencapai sesuatu..
bukan lah kita bulat2 berserah pada takdir, tak ada doa, istikharah dan usaha tetapi hanya tahu bertawakal.. itu tidak jadi...
"Nak buat macam mana lagi.. dah takdir aku fail, fail la jadinya."
*padahal usaha dan doa x de pon...
itu bagaikan menunggu buah muda dari pokok gugur tanpa ada usaha untuk mencapainya. sampai kan pengsan berdiri juga x akan gugur buah itu..
"Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir(yang telah ditentukan)." (Al-Qamar:49)
DON'T GIVE UP UNTIL DIE
kata2 yang cukup berat pada gadis itu, don't give up until die is maybe possible,but don't give up is impossible. seperti sudah menjadi tredmark, ayat ini sgt popular,
"hidup ini bagaikan roda, ada pasang surutnya, hari ini kita berjaya atau gembira, xbermakna esok lusa kita akan berjaya dan gembira juga. tetapi tidak juga bermakna kita akan terus gagal dan sedih,kerana roda akan berputar, dan gembira dan sedih itu silih berganti.."
begitu la berputus asa, gadis itu tetap akan ada masa dirinya down, fed up dan give up.. namun, bukanlah give up until die, apabila di belai dan di tepuk kembali, dirinya akan kembali up, cheers dan work hard ..
أعدت الرحة الكبرى لمن تعب
"Disediakan syurga kepada muslim yang berpenat lelah di dunia."
kata2 hikmah ini sebagai penwar jiwa..
bukan mudah nak mencapai syurga, tetapi tidak mustahil untuk mencapai syurga. Allah menjanjikan syurga buat hambaNya yang berpenat lelah beribadat kepadaNya.
jangan kecilkan skop ibadat itu. maksudnya luas....
berpenat di dunia, syurga mennti di sana..
SYURGA
syurga
...
..
.
.
"sebesar-besar nikmat ialah memasuki syurga kerana kelak hamba akan dapat melihat zat Allah s.w.t." -Ibnu Taimiyah-
Syurga adalah ibarat taman keindahan yang tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata atau dilukis dengan pena.
JADILAH ANAK AKHIRAT BUKAN ANAK DUNIA
"Bukanlah seorang pahlawan yang tahu menceraikan dunia. Pahlawan yang sebenar ialah yang tahu bagaimana memegang dunia, lalu ia memeganya baik-baik." -Abbas al-Hadhrami-
wallahu a'lam..
Ayuh sahabat... apa tunggu lagi????
^_^


No comments:
Post a Comment