- Satu hari, ada seorang sahabatku bertanya padaku akan tahap kesabaranku dalam menangani kerenah manusia. Aku terkejut pada awalnya, fikiranku kosong ketika itu. Lama aku termenung memikirkan soalan itu. Bukan memikirkan jawapannya. Tanpa sedar mata aku sedang memandang tepat buku ditanganku bertajuk "Mukjizat Sabar dalam Al-Quran". Kulit buku yg masih kemas berbalut plastik beberapa hari yang lepas. Aku jadi termenung seketika. Beberapa persoalan muncul membalas soalan tersebut dalam fikiranku.
- Kenapakah pertanyaan ini hadir di saat aku masih diuji dan belum lepas ujian Nya??
- Apakah hikmah atau teguran yang Allah ingin sampaikan padaku??
- Apakah aku begitu sukar untuk mendidik jiwa bersabar sehingga datangnya teguran daripada Allah?
- Apakah aku tidak cukup berusaha mendidik hati ku dalam bersabar??
- Soalan demi soalan menerjah. Sedangkan jawapan yang patut diberi belum lagi aku sediakan.
- Satu perkara sahaja yang menjadi jawapan aku.
- "Terima kasih ya Allah."
- 2 tahun yang lalu, ketika berlaku satu konflik antara aku dan adikku, aku cuba meyakinkan dirinya bahawa dia mampu berubah ke arah lebih baik. Walaupon ketika itu dadaku begitu berdebar kerana memikirkan diriku juga begitu liat untuk berubah. Kata2 yang diucap itu lebih dekat dengan si pengucap dan lebih dulu akan diuji.
- Kemudian satu kata2 daripada adikku buat aku tersentak.
- "Adik bukan macam kakak, kakak dah berubah. Lebih baik dari dulu. Adik susah...."
- Dalam hati, aku beristighfar panjang. Moga Allah benar2 ampunkan dosaku dan memberi hidayahNya kepada ku.
- Aku berkata: "Alhamdulillah, kalau adik nampak kakak boleh berubah, adik juga boleh berubah. Kerana kakak juga pernah berfikir seperti adik, sehingga sekarang juga kakak masih fikir yang kakak tidak pernah berubah."
- Peristiwa itu aku ingat sehingga hari ini. Setelah 4 tahun aku di perantauan, banyak pengalaman2 & dan pengajaran yang aku perolehi daripada manusia sekeliling.
- ★★★
- Menyentuh tentang sifat sabar, ia tidak terlepas daripada sifat marah dan sifat merajuk.
- Apabila kita sudah hilang kesabaran, kita cenderung berasa marah. Begitu juga jika kawan kita asyik dengan merajuknya, kita cenderung untuk hilang kesabaran.
- Saya ingin memetik pengajaran daripada sebuah drama korea yang bertajuk 'Nice Guy', di mana watak utama lelaki itu adalah seorang yang sangat sabar. Walaupun pelbagai perkara berlaku ke atas dirinya seperti terpaksa ke penjara menggantikan kekasihnya yang telah membunuh, melayan kerenah adiknya yang sakit, menangani fitnah2 yang disebarkan ke atas diri, dia tetap berlaku baik terhadap pelaku itu. Malah dia menggunakan kebijaksanaannya untuk membantu menyelesaikan konflik antara mereka.
- Sehingga akhirnya, tiada siapa yang tahu, hebatnya dia dalam menyimpan rahsia, rupanya dialah yang telah berkorban demi kekasihnya senyap2, walaupon dirinya dipandang hina & jelek oleh kekasihnya dan orang sekeliling, serta disebabkan ingin mendahulukan kesihatan kekasihnya, dia sanggup menanggung satu penyakit hilang ingatan selepas segala konflik selesai.
- Ia adalah satu kesabaran yang luar biasa dan juga merupakan satu jenis kesabaran yang disebut dalam buku 'Mukjizat Sabar dalam Al-Quran' iaitu كتمان السر (Penyimpan Kerahsiaan), yang mana seseorang yang sabar menyembunyikan kata-kata.
- Menghayati watak ini, apabila diterjemah dari sudut islamisasi, merupakan satu akhlak yang sukar diterapkan dalam diri seorang muslim.
- Bersabar dalam menghadapi musibah..
- Tidak cepat melatah dengan bertindak terburu-buru..
- Berfikir jangka panjang apabila bertindak..
- Memaafkan manusia yang berbuat jahat pada diri..
- Memberi layanan dan penghargaan kepada manusia pembuli..
- Sanggup berkorban demi yang tercinta dan..
- Tidak mengungkit sesuatu pengorbanan & pemberian yang telah dilakukan.
- Sabar juga bukan hanya ketika menahan marah/dendam tetapi juga:
- 1- sabar dalam menzahirkan kekayaan bagi orang kaya (ضبط الناس).
- 2- Sabar ketika peperangan (شجاعة).
- 3- Sabar ketika kebosanan (سعة الصدر).
- 4- Sabar dalam menghadapi kelebihan dalam hidup (زهد).
- Dan banyak lagi.. Kebanyakan akhlak keimanan tergolong dalam sifat sabar.
- Oleh sebab itu, apabila Nabi s.a.w. ditanya tentang iman, baginda menjawab, "Iman adalah sabar". Ini kerana, banyak amalan dan mujahadah memerlukan kepada kesabaran. Oleh itu, Sabar sangat dituntut dalam segala hal dan tindakan kita.
- ★★★
- Beberapa hari sebelum itu, adikku menelefon dan memaklumkan tentang plan network telefon barunya. Pada mulanya aku rasa nak marah kerana dia memaklumkan padaku selepas dia dah selesai pendaftaran dan pembayaran, tapi aku pujuk hati untuk sabar dengan menyoal dia untuk mendapatkan penjelasan kenapa dia menukar plan network tersebut. Setelah beberapa penerangan daripadanya, aku masih tidak reda. Aku hanya diamkan diri, sabar dan menunggu tindakan selanjutnya.
- Selang sehari selepas itu, dia private chat denganku di whatsapp.
- "Kakak, tak jadilah tukar nombor. Nombor baru adik tu cantik. Tambah lagi plan network lama adik masih ada 6 tahun keistimewaan."
- "Serius??? Maknanya adik masih kekalkan nombor lama dan sekarang ada 3 nombor. Gitu??" "Yap. Ni nombor baru adik. 010***9246. Susah kot nak jumpa nombor ni. ""Alhamdulillah.. "Aku yang membaca mesejnya tersenyum lebar. Apa tidaknya, jika dia menukar plan network telefonnya dengan nombor lamanya, ia akan membebankan ibu dan ayah serta kawan2nya dengan kredit sms dan panggilan yang mahal. Apa yang aku fikirkan ini untuk maslahatnya dan juga orang sekelilingnya pada masa depan.Nikmat dan terasa lapang dadaku ketika itu. Bersyukur kerana aku tidak terus memarahinya. Andai itu berlaku sudah pasti adikku tidak akn berkongsi nombor barunya dan sekaligus dia akan menjauh daripdaku..Alhamdulillah. Aku masih ingat kata2 ibuku masa zaman nakalku."Kalau kita nak orang lain sabar dengan kerenah kita, kita yang perlu sabar dahulu dengan kerenah orang lain."Zul-Na dihatiku~Sabar menuju solehah.
- Ainnafz~
:: Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum w.b.t.. sebarkanlah salam kerana itu menjalin erat ukhwah sesama muslim..~~^^
Ujian untuk diriku
"ALLAH TIDAK MEMBEBANI SESEORANG ITU MELAINKAN SESUAI DENGAN KEMAMPUANNYA."(AL-BAQARAH:286)
Allah Maha Melihat~~^^
"Tidak berlaku bisikan antara tiga orang malainkan Dialah yang keempatnya, dan tiada (berlaku antara) lima orang melainkan Dialah yang keenamnya, dan tiada yang kurang dari bilangan itu dan tiada yang lebih ramai melainkan Ia bersama-sama mereka di mana sahaja mereka berada." (Al Mujadalah: 7)
Klik sini untuk ikut ~~=)
Sekarang pukul.....
Hari ni hari.....
Friday, March 21, 2014
Sabar itu Indah~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Allah Maha Pemurah~~^^
"Siapa yang takutkan Allah (bertaqwa kepadaNya), maka Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberikannya rezeki dari jalan yang tidak disangka." (Al Talaq: 2)


No comments:
Post a Comment