Ujian untuk diriku

"ALLAH TIDAK MEMBEBANI SESEORANG ITU MELAINKAN SESUAI DENGAN KEMAMPUANNYA."(AL-BAQARAH:286)




Allah Maha Melihat~~^^

"Tidak berlaku bisikan antara tiga orang malainkan Dialah yang keempatnya, dan tiada (berlaku antara) lima orang melainkan Dialah yang keenamnya, dan tiada yang kurang dari bilangan itu dan tiada yang lebih ramai melainkan Ia bersama-sama mereka di mana sahaja mereka berada." (Al Mujadalah: 7)

Klik sini untuk ikut ~~=)

Sekarang pukul.....

Hari ni hari.....

Saturday, June 28, 2014

Sakitnya dulu, pengubat hari ini- Zulna

          Matahari terik memancar petang itu. Ramai pelajar sekolah agama itu berjalan berkumpulan, bersendirian dan berdua menuju jalan raya. Kelihatan seorang gadis sedang menahan tapak tangannya di dahi bagi mengelak pancaran cahaya matahari mengenai wajahnya. Tiba-tiba bahu kirinya dicuit.

"Weyh, kot nak tunggu aku."

"Tunggu hang? Hang duk buat apa tadi? Aku nak cepat la. bas aku pukul 2.30 ni." Rungut gadis itu, sudahlah panas, terpaksa menunggu orang lain pula. Berkerut habis dahinya.

"Alah.. Lek la weyh.. sekarang baru pukul 1.30. Jom pi makan dulu bihun sup. Tepi The Store tu. Nak??" Ajak kawannya sambil tersengih.

"Hang buat apa tadi???" Sekali lagi soalan itu ditanya, sambil kepalanya menjenguk-jenguk jalan. kelihatan kereta masih jauh, gadis itu terus melintas.

"Aku ada meeting la tadi. Hang pun bukan tak tau. Aku kan dah bagi tau masa habis kelas tadi??" Kawannya menjawab sambil membontoti gadis itu melintas jalan menuju ke kawasan taman permainan.

Tiba-tiba, gadis itu berhenti dan berpaling memandang kawannya.

"Ara." Panggil gadis itu bila melihat kawannya sedang ralit membelek dalam begnya.

"Awat?"

"Makan situ ja la." Sambil tangan menunjuk kepada kedai makan berderet di sebelah kanan selepas kawasan taman permainan itu.

"Ikut hang la. dekat sikit aku nak balik sekolah. Ayah aku mai ambil aku pukul 3. Kakak aku ada buat discussion la pulak."

"Ye la. Jom"

Mereka duduk di salah satu meja setelah meninjau-ninjau meja makan yang sesuai.

"Kak. Bihun sup dua. Cabai lebih tau." Gadis itu mula menempah makanan. Tiba-tiba..

"Sat-sat. Kak, tak mau bihun. nak nasi goreng biasa dua. sambai belacan nak lebih tau." Sambil memandang gadis itu, Ara mengangkat tangannya tanda bersabar apabila melihat kawannya telah menjengil mata kepadanya.

"Ayaq ais kosong ja kak. terima kasih kak."

"Awat hang ni? tadi gedik nak makan bihun sup sangat." Gadis itu menyembur selepas pelayan wanita itu beredar.

"Sabaq la weyh.. Kat sini, bihun sup dia tak sedap sangat. aku dah penah makan dengan kak aku. tapi nasi goreng dia sedap. Hang tau berapa ringgit nasi goreng biasa dia?" Tanya Ara sambil mengangkat kening sebelah nya seperti Ziana Zain.

"Berapa?"

"RM2 ja weyh... ada sup, ada teluq, ada sambai belacan. untung dak?? dah la sedap."

"Hang biaq betui."

"Betui la.. tunggu la. jap lagi hang makan. lepas tu komen tau."

"Oke." Gadis itu mengangguk. Ara hanya tersengih kerana kawannya tak jadi nak marah.


***

"Ara, jom makan nasi goreng kat kedai deret tu." Ajak gadis itu satu hari.

"Tak mau lah, jom aku bawak hang pi satu tempat bes punya."

"Hang ni ada-ada ja benda baru."

"Ni Ara kan?? sapa tak kenai. Sentiasa kali mesti ada benda baru. hahaha" ketawanya tersembur. Gadis itu turut ketawa sedar mengakui.

5 minit berjalan melintasi jalan dan taman permainan, mereka menuju ke deretan kedai di sebelah kiri. Mereka masuk di salah sebuah kedai makan.

"Makan?"

"Apa yang special kak?" Tanya Ara dengan senyuman.

"Semua special. Nak order apa?" Pelayan wanita itu serius dan tiada langsung segaris senyuman.

"Aish.. berlagak nak mati." Gadis itu bermonolog sambil berpandangan dengan Ara. Ara  faham saja kawannya bila dah menarik muka.

"Erm. nak bubur sup dua. cabai lebih." Ara mula menempah makanan. Nada suaranya juga serius dan senada. Tiada lagi senyuman. Tiada lagi panggilan hormat 'kak'. Pandang pun tidak.

"Err.. minum?" Nada pelayan wanita itu lebih lembut daripada tadi.

"Air ais kosong dua." Gadis itu bersuara. Nada yang sama keras tanpa memandang langsung pelayan wanita itu. Setelah pelayan wanita itu beredar, Ara mula bersuara.

"Teruk betul. Orang tanya elok-elok, jawab lah elok-elok. macam tak mau meniaga ja pon. Kang kita blah, tauke dia gak bankrupt."

"Tu la paling elok agaknya, paling sopan yang dia reti cakap. Dah memang kat rumah dia mak bapak dia cakap macam tu kot. Tak pun tak pi sekolah, tu yang tak reti berbahasa. Dah tu, macam baru lepas makan taik pon ada tengok muka dia.. eeiii." gadis itu menyampuk.

"Hahahaha" Ketawa Ara pecah berderai. Geli hati Ara dengar Gadis itu membebel. 

Gadis itu juga ketawa. Entah lah apa yang lawak. Tapi kerana Ara ketawa, dia juga ketawa.

***

Gadis itu berjalan menaiki tangga sambil matanya fokus pada jalan dibawah.

"Yun!" Gadis itu mengangkat kepalanya apabila sedar namanya dipanggil.

"Yap!" Jawan Yun.

"Mana Ara.?" 

"Kelas. Awat?"

"Tak ada apa. selalukan hang dengan dia." Yun hanya tersengih. Sedar keadaan itu. Kemana saja dia pergi dalam sekolah itu pasti bersama Ara. Sampai ada yang ingat mereka berdua adalah kembar. Muka yang tak iras langsung pon orang pandang macam iras sudah. 

Yun dan Ara mula sekelas sejak dari tingkatan satu lagi. Tetapi semasa tingkatan satu, masing-masing masih menyombong. Tidak bertegur sapa. Ara dengan geng sekolah rendah lamanya, Yun pula memang jenis menyendiri. Walaupun ada juga geng tapi tidak sekelas seperti Ara, yang punya kawan-kawan lamanya juga sekelas sekali. Di Tingkatan dua, masing-masing mula menyapa dan bergelak ketawa. Tetapi masih jauh untuk digelar satu geng.

Namun segalanya berubah apabila menjejak ke tingkatan tiga. Mereka masih sekelas. Mereka naik dari kelas 1D dan 2C ke 3B. Ara meninggalkan gengnya di kelas 3C dan 3D dan ada juga gengnya naik ke 3A. Yang pasti dia bersendirian di kelas 3B. Dan disitulah mereka bermula. Duduk pula bersebelahan. Mereka jadi serasa dan serasi walaupun ketika itu Ara dinaikkan pangkat menjadi pengawas. Wataknya juga jadi lebih baik sesuai dengan jawatannya di sekolah. Duduk pula di dalam kelas adalah barisan yang paling hadapan. Ke mana sahaja mula berdua. Setahun bersama. Sudah mengenali hati budi masing-masing.

Menginjak umur 16 tahun mereka memasuki ke tingkata 4A bersama-sama dengan keputusan peperiksaan juga hampir sama. walaupun Ara lebihnya pada bahasa Inggeris, Yun pula lebihnya pada subjek Agama. Mereka semakin serasi. Sehingga disalah sangka kembar walaupun muka tak seiras langsung cuma ketinggian dan berat je hampir sama.

Latar belakang juga berbeza. Berbeza yang amat, namun mereka tetap boleh menjadi karib. 

"Siapa kawan karib awak?"

"Ara!"

"Siapa kawan karib awak pula?"

"Yun!"

Yun dan Ara tersengih. Ada chemistry yang mengekalkan mereka rapat sehingga ke tingkatan 5B. Kedua-duanya bersama-sama turun kelas. Kelas tuisyen yang diikuti juga sama. Fizik dan Bahasa Arab. Memang sangat chemistery.

"Ara, nanti kalau ada lelaki yang ajak hang keluar, hang jangan lupa tau ajak aku teman hang tau."

"Aku janji Yun. Hang pun sama juga. Hang tak ajak aku, siap hang!" Ara menunjukkan penumbuknya

"Hahaha" Kedua-dua ketawa. Sampai begitu mereka berjanji.

***

Adakah janji yang diungkap terus kekal?
Adakah mereka terus bersama sehingga ke universiti? 

Bersambung... 

No comments:

Allah Maha Pemurah~~^^

"Siapa yang takutkan Allah (bertaqwa kepadaNya), maka Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberikannya rezeki dari jalan yang tidak disangka." (Al Talaq: 2)