Ujian untuk diriku

"ALLAH TIDAK MEMBEBANI SESEORANG ITU MELAINKAN SESUAI DENGAN KEMAMPUANNYA."(AL-BAQARAH:286)




Allah Maha Melihat~~^^

"Tidak berlaku bisikan antara tiga orang malainkan Dialah yang keempatnya, dan tiada (berlaku antara) lima orang melainkan Dialah yang keenamnya, dan tiada yang kurang dari bilangan itu dan tiada yang lebih ramai melainkan Ia bersama-sama mereka di mana sahaja mereka berada." (Al Mujadalah: 7)

Klik sini untuk ikut ~~=)

Sekarang pukul.....

Hari ni hari.....

Friday, September 27, 2013

Da'ieah abad ke-21

Bismillah..
Assalamu'alaikum..

Tepat jam 11.21 malam, gadis itu sudah bersiap sedia bertapa dia atas kerusi ungu yang tidak empuk bersandarkan pada bantal ungu yang empuk sedang mencari dan memerah otaknya untuk menyiapkan satu artikel dakwah. Berkat tasyji' dan ilmu yang telah dikongsikan oleh murobbinya yang dihormati, wujud semangat untuk menulis. Minatnya sudah ada, tinggal saja untuk di asah.

Moga-moga gadis itu berjaya menyiapkan artikelnya dan seterusnya publish di ruangan Mencapai Mentari ini.
_____________

Di zaman millenia ini, di anggarkan bilangan manusia semakin bertambah-tambah, biarpun bilangan manusia yang syahid dan meninggal dunia itu juga banyak. Namun, rata-rata manusia yang ada di atas muka bumi ini, kelihatannya manusia yang digelar 'wanita' ni  lebih menguasai, terutamanya mereka yang berada di pusat pengajian tinggi awam atau swasta. 

Wanita atau muslimah adalah satu gelaran yang sangat cantik seiring dengan perwatakannya yang lemah lembut dan sopan. Mereka ini adalah kaum hawa yang sentiasa perlukan bimbingan dan sokongan, sama ada ketika kanak-kanak, di bangku sekolah, sudah berumahtangga atau pun ketika bergelar warga emas.

Kaum ini jugalah yang banyak disebut didalam ayat al-Quran, tentang suruhan, larangan, dosa dan pahala mereka. Namun, kebanyakan kaum hawa tidak pernah ingin mengendahkan apatah lagi ingin di sampaikan kepada masyarakat sekeliling. Hanya segelintir kecil sahaja yang berani dan tabah untuk menyebarkan dan menyampaikan firman-firman Allah ini. Mereka bukan tidak ingin tetapi berharap ada sesiapa yang sanggup dan rela untuk menyuapkan mereka kerana kesibukan mereka dengan urusan duniawi.

Maka, di sinilah pentingnya satu kumpulan yang digelar da’ieah atau pendakwah muda dari kalangan kaum hawa itu sendiri. Kumpulan ini bukan sahaja sangat penting, malah begitu terdesak kehadiran mereka dalam masyarakat sekeliling yang ketagihkan ilmu-ilmu Allah. Kumpulan Da’ieah muda ini diperlukan di seluruh pelusuk daerah seperti di masjid, surau, tempat-tempat pengajian, university, sekolah, kampung, malah di tempat kerja juga mereka diperlukan bagi memberi pengisian rohani kepada para pekerja wanita.

Wanita atau muslimah ini ada di merata-rata tempat. Mereka juga memiliki perwatakan yang berbeza-beza. Ada yang kasar, lemah lembut, keras, sensitive, panas baran dan pelbagai sikap lagi. Ada juga yang sedia bertudung labuh, berseluar jean, berbaju ketat, berjubah, berbaju T muslimah atau ada juga yang free hair.Oleh itu, da’ieah ini tidak boleh dalam beberapa kelompok sahaja, mereka perlulah memiliki ahli yang ramai dan mempunyai perwatakan yang berbeza-beza juga. Hal ini bagi kelangsungan dakwah bersama-sama dengan kepelbagaian masyarakat wanita sekeliling zaman ini.

Mereka yang ingin digelar da’ieah ini haruslah menanam niat untuk berdakwah dan mempunyai pendirian yang teguh untuk berdakwah, in sya Allah mereka akan dipermudahkan urusan oleh Allah subhanahu wa taala. Mereka juga haruslah mempunyai keperibadian yang boleh dijadikan contoh dan teladan. Hal ini kerana bukan sahaja kata-kata dan tulisan mereka akan berdakwah, tetapi peribadi, akhlak dan tingkah laku mereka juga akan turut berdakwah.


Perkara yang tidak kurang pentingnya, mereka yang digelar da’ieah ini juga haruslah sentiasa menanam minat membaca agar ilmu pengetahuan mereka akan bertambah dari semasa ke semasa atas usaha mereka dalam membaca. Mengimbau kembali sirah zaman Rasulullah s.a.w, isteri baginda Saidatina Aisyah r.a merupakan seorang da’ieah dan penuntut ilmu yang tegar. Diatas kerajinan dan ketekunan beliau menuntut ilmu agama, menjadikan beliau seorang yang sentiasa dirujuk dalam hal-hal kewanitaan dan keagamaan.

Wujudkah wanita seperti Saidatina Aisyah r.a di zaman millennia ini? Siapakah wanita atau muslimah yang sanggup menyahut seruan ini dan meneruskan kelangsungan dakwah dalam kalangan wanita dan muslimah pada era globalisasi ini?? Renung-renungkanlah. ^^,   

No comments:

Allah Maha Pemurah~~^^

"Siapa yang takutkan Allah (bertaqwa kepadaNya), maka Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberikannya rezeki dari jalan yang tidak disangka." (Al Talaq: 2)