"Ah!!" batin gadis itu menjerit.
"macam ni rupanya..." gadis itu bersuara perlahan.
matanya redup memikirkan banyak perkara. dia menganalisis kembali overall roughly. ternyata dia silap. selama ini difikirkan kawan itu segala2 nya, kawanlah pengubat duka, kawanlah tika suka... ternyata kawanlah pengguris hati, pisau yang tajam menikam perlahan2 tanpa sedar. sehebat mana pon seseorang itu, bila dia salah, dia tak akan sedar, sebaliknya terus bangga kerana dapat melihat salah orang. Alhamdulillah kerana dia nampak salah orang dan menegur, tetapi adakah orang lain tiada hati dan perasaan???.

Gadis itu merenung seketika. " macam mana nak buat ni?"
tiba-tiba, muncul satu bisikan di telinganya.
'sekarang kau buat apa yang kau nak. Jangan peduli hal orang dah.'
'Boleh ke??' gadis itu terfikir. kemudia dia menggeleng-gelengkan kepalanya.
"Dia takpuas hati ape dengan aku? Apa yang dia dengki sangat dengan aku? Apa yang dia nak sebenarnya daripada aku? ape hak dia nak mengawal segala tindakan aku?? ibu aku xpe la..ibu..." gadis itu bertanya sendiri.
lastlast gadis itu sedih seorang diri.tak tahu punca. akhirnya kepada-Nya jua gadis itu kembali berserah.

sapa yang nak tolong gadis itu??
"takpe.. saya kan ada. saya akan tolong awak. mungkin kita boleh jadi kawan?" saya berkata kepada gadis itu.
"boleh ke?"
"ape pula tak boleh? saya selalu perhatikan awak, sebenarnya saya selalu ja dekat dengan awak. tapi awak tak penah nampak dan sedar kehadiran saya. awak asyik dengan kawan2 awak yang lain je terutama yang sorang tu. tengok, dia pun tak dapat tolong redakan perasaan awak. saya juga yang jadi pendengar awak kan?"
"tapi, dia dengar juga apa saya cakap, saya seronok sembang dengan dia, apa-apa saya citer kat dia. dia seorang pendengar yang baik."
"kalau dia seperti yang awak cakap tadi, kenapa awak sedih sekarang? awak kena bersama dengan seseorang yang betul2 pendengar yang baik. awak ni banyak masalah. kalau kawan awak tu memang pendengar yang tapi, seorang penyindir yang baik juga, nak buat apa?awak gak menderita kan? betul tak apa yang saya cakap?"
"em..." gadis itu terkelu.
"betul juga."
"Jadi, kita jadi kawan nak?" saya bertanya kepada gadis itu.
"ok, moga dengan persahabatan ini, saya dah tak sedih."
"Insya-Allah, tapi kena ingat, sedih itu satu perasa dan pemanis kehidupan, awak perlu juga sedih untuk peroleh kegembiraan. kan Allah juga berfirman dalam Al-Quran, setiap kesedihan itu diganti dengan kegembiraan dan kegembiraan itu disilih ganti dengan kesedihan?"
"ye2.. insya-Allah.. terima kasih. saya rasa tenang sikit. terima kasih ye sahabat baruku.:)"
gadis itu sudah boleh tersenyum. saya juga jadi gembira bila lihat orang gembira. tapi, dunia sekarang tak lepas daripada orang2 yang xsenang dengan kegembiraan orang lain. nauzubillah..
:))))


No comments:
Post a Comment