bismillahirrahmanirrahim....
hehe :) lama sungguh x menulis.. lama tak berkongsi cerita.. sekarang dah fatrah study.. 17hb dah exam.. gadis itu pon nak exam sekali dengan saya.. tapi saya tengok dia tak pegang buku lagi.. agak2 dia sedar tak sekarang ni sem nazak yang perlukn struggle.. huh.. mungkin salah saya.. saya tak nasihat dia..
yeke??? xnasihat ker??
***
gadis itu rebah atas katil.. mungkin penat agaknya.. saya mendekatinya..
"penat ker? nak saya urut?
"tak payah, saya jer prihatin kat orang, tapi orang tak prihatin pon kat saya."
gadis itu gigit bibir bawah. macam geram je..
"saya kan ada? apa pula xde orang prihatin kat awak?
"awak?? buat apa dengan awak?? awak tu memang kena prihatin dengan saya. lagipun saya jarang pun kisah kat awak. saya nak orang lain dalam bilik ni!! orang lain yang saya take care of her!!"
"sapa?"
"???, malas nak cakap."
'huh.. mesti something yang berlaku, tu macam angin je..nak masuk jarum ke tak ye??' saya monolog sendiri..
"em... dengar sini kejap.. bila awak tolong orang, orang akan tolong awak semula.. dan yang tolong awak tu bukanlah orang yang awak tolong b4 nie.., tapi orang lain yang Allah bagi hidayah kepadanya. Awak dah lupa ke pesan ibu awak? saya cuba tidak terasa dengan kata2nya tadi. saya tahu dia marah.
Gadis itu memang begitu. dia sangat sensitif, dan sangat memendam rasa. Gadis itu sedang belajar, sabar dan huznuzon. saya bangga dengan dia kerana sudi belajar. pernah saya menangis sebab sabarnya dia menahan amarah. :) mungkin kali itu saja.. gadis itu juga pantang orang cari pasal. memang dia ja nak menang. haha kelakar sangat bila saya ingat semula.. saya baru perasan itu sikapnya begitu. dan mungkin kerana saya tidak begitu kenal dirinya, menyebabkan saya tak dapat mengawalnya.. em..
"Ibu.... dah la.. malas nak cakap dah.. nak tidur kejap.."
Gadis itu menangis diam.
benar saya lihat.. dia berssabar dengan budak biliknya. saya tahu itu bukan sikapnya. gadiss itu seorang yang memang berterus terang atau pon kadang2 menyindir. kadang2 saya terpaksa tepuk bahunya juga supaya jaga kata2.. tapi itulah dia..
***
"Awak, bangunlah.. dah pukul 6.15petang dah. awak belum solatkan?"
Gadis itu melihat jam tangannya, kemudian dia memandang sekeliling. ada beberapa orang budak biliknya duduk di meja study dan katil.
"Ish, geramnya."
Gadis itu melepaskan keluhan. Entah apa yang dia geramkan, saya juga tak tahu.
***
Seusai saja dia solat, dia baring semula di atas katil..
"Awak ada masalah?" saya cuba bertanya lembut2..
"Masalah? sangat banyak."
"Istiqfar ye.." saya memujuknya. Gadis itu diam, mungkin istiqfar didalam hati. Tapi matanya semakin redup, air jernih kelihatan, tunggu gugur ja."
saya mengurut perlahan belakangnya..
"nak kongsi dengan saya?"
"em..." Gadis itu kelihatan berat lagi. saya biarkan. jika dia nak bercerita, dia akan bercerita.
"Kenapa ada orang dengki dengan saya?"
"em?" saya terkejut.
"kenapa cakap gitu? ada orang cakap dengan awak ye?"
"dia tak cakap, tapi dari perbuatannya, kata2 sindirannya, saya tahu la!"
"Ok2.. awak.. teka je kan?"
gadis itu diam, kemudian mengangguk.
"dengar sini..." tak sempat saya nak menghabiskan kata2, gadis itu menyampuk.
"Ye saya tahu.. saya kena huznuzon, perasaan saya je.. saya xboleh teka bukan2.."
saya senyum tawar dan mengangguk. Gadis itu menyambung lagi.
"Dan... saya tahu, saya suka sindir orang, jadi, Allah balas balik cash ke saya dengan orang lain pulak sindir saya.....tapi awak tahu x??"
"tahu apa?" saya bertanya lembut, taknak dia curah minyak lagi.
"orang yang sindir saya tu,.. orang yang saya ambil berat, orang yang saya cuba salurkan kasih sayang saya. saya taknak benci2 orang. tapi orang tu lah yang hancurkan sayang yang baru ja nak berputik.. kenapa jadi macam tu.?? saya rasa macam nak jahit je mulut saya. saya taknak bercakap dengan sapa2 pon. dengan awak pon saya taknak cakap.!!!"
...
"cubalah.. jangan cakap dengan orang lain. jangan senyum pada orang. tapi dengan saya, taknak cakap pon, dengar cakap saya, boleh?"
Gadis itu mengerut dahi..
"hahaha.." gadis itu ketawa buat2.
"jangan mengarut lah.. kalau saya tak tegur orang, orang akan tegur saya. dan kalau saya tak senyum pada orang, itu lagi teruk sebab saya x reti la nak xsenyum pada orang..awak ajarlah saya.. plez......."
"hah! tu la jawapannya."
"Apa??" gadis itu pelik.
"Awak xnak tegur orang tapi orang akan tegur awak. itu tandanya dirang prihatin dengan awak..."
"takde lah, diorang perli je."
"Gini, awak ingat x kisah nabi, bilamana ada sorang perempuan yahudi suka menyumpah2 nabi, tapi nabi tetap memberi suapan kepadanya.. Adakah situasi awak truk lagi pada itu? "
"Tapi...." saya tak membenarkan gadis itu bersuara.
" Ingat, walaupun itu nabi, awak hanya manusia biasa, tp Allah dah susun elok dah ikut kemampuan hambanya masing2.. sikit je tu awak. awak anggaplah segala perbuatan mereka itu hanya lakonan depan awak. suatu komedi atau kisah masyarakat. kerana awakkan hanya pelakon kan dan penonton kepada pelakon yang lain..? Allah adalah hakimnya, yang akan menentukan siapa yang betul dan siapa yang salah."
saya menyambung lagi.
"mereka juga manusia yang tak lepas pada masalah. INGAT! awak sedang menonton mereka berlakon. dan awak tegur andai lakon mereka itu salah, tak ikut skrip. Awak faham tak apa yang nak saya sampaikan?"
"hahaha... kelakar lah awak.. kalau saya pelakon, siapa pengarah?"
"saya pon boleh jadik pengarah, tp pengarah dan merangkap pengurus awak.boleh?"
"hahaha.. boleh.... in sya Allah.. saya faham sangat, awak.. terima kasih sangat2.... saya beruntung ada awak di sisi.. terima kasih.. SAYA SAYANGGGG AWAKK."
saya tersenyum puas.. dia ketawa kembali... saya juga sayang awak. sayang awak sangat2.. awak tak boleh kehilangan saya.. :) saya gembira gadis itu ketawa semula..
:: Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum w.b.t.. sebarkanlah salam kerana itu menjalin erat ukhwah sesama muslim..~~^^
Ujian untuk diriku
"ALLAH TIDAK MEMBEBANI SESEORANG ITU MELAINKAN SESUAI DENGAN KEMAMPUANNYA."(AL-BAQARAH:286)
Allah Maha Melihat~~^^
"Tidak berlaku bisikan antara tiga orang malainkan Dialah yang keempatnya, dan tiada (berlaku antara) lima orang melainkan Dialah yang keenamnya, dan tiada yang kurang dari bilangan itu dan tiada yang lebih ramai melainkan Ia bersama-sama mereka di mana sahaja mereka berada." (Al Mujadalah: 7)
Klik sini untuk ikut ~~=)
Sekarang pukul.....
Hari ni hari.....
Saturday, February 12, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Allah Maha Pemurah~~^^
"Siapa yang takutkan Allah (bertaqwa kepadaNya), maka Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberikannya rezeki dari jalan yang tidak disangka." (Al Talaq: 2)


No comments:
Post a Comment