Bismillahirrahmanirrahim…
2.03pagi masih kelihatan beberapa orang pelajar sedang belajar di dalam surau asrama. Gadis itu sedang menangis.. Saya mendekatinya, itu kali ketiga dia menangis teruk.. Kerap pulak dia menangis sejak akhir2 ni.. Perempuan, mudah saja mengeluarkan air mata. Saya menepuk bahunya seraya tersenyum kepadanya. Gadis itu pandang kosong saja. Saya duduk saja di tepinya menunggu luahannya.. 10 min berlalu, masih belum ada apa2 lagi, mungkin dia dah lega kot. Walaupon air mata masih mengalir. Kelihatan matanya dah bengkak. Saya jadi risau,kemudian ambil tindakan bertanyakan keadaannya.
"awak okey ke?"
"macam okey ke?" Gadis itu bertanya kembali.
"tak." ringkas jawapan saya.
"something wrong somewhere?"
"something wrong here!" Gadis itu menunjukkan jari telunjuknya ke kepalanya.
"Kenapa?"
…
*sunyi
…
"Awak nak tahu tak, selama ni… bukan, sebelum ni, masa sekolah menengah dulu, saya ingatkan ibu saya tak faham apa yang saya nak, tak faham perasaan saya, tak faham apa anak gadis dia nak buat...."
Saya tunggu...kemudian bersuara. " rupanya……?"
"Rupanya, ibu saya lagi faham saya, walaupun tak tau apa yang dia faham, tapi ibu lagi mudah if nak conference, berbanding dengan kawan2.kan??"
"maybe." ringkas saya menjawab.
"ye la, ape plak maybe? Buat pengetahuan awak, saya juga ada otak macam orang lain, saya juga ada akal macam orang lain."
Saya senyum, "Betul!."
"Dan saya juga ada hati dan perasaan macam orang lain… I know who I am."
"who are you?"
"you ask me?" saya mengangguk, sengaja nak panaskan dia, asyik ikut ja xboleh jugak.
"See, awak pon xtahu sapa saya, apatah lagi manusia kat luar tu!!!" gadis itu marah, tapi masih belum lepas sepenuhnya.
"Kalau awak tahu awak sapa, try to tell me who are you actually!" saya cabar dia.
"saya…. Manusia. Saya… anak ibu dan ayah saya. Saya… pelajar universiti. Saya…"
…
saya mengecilkan mata kepadanya.
"Cukup2.. Awak adalah awak. Awak kenal tak diri awak sebenarnya? Dengar sini, awak tak boleh jugde orang ikut sedap perasa mulut awak. Awak tak mampu nak orang kenal diri awak macam yang awak nak, sedangkan awak sendiri tak kenal sapa awak. SAPA AWAK??"
…
…
…
"sapa saya? Sapa saya di mata awak?" lemah je soalannya.
"awak manusia, manusia yang lemah, yang banyak dosa, yang banyak buat silap, yang pentingkan diri, yang punya perasaan yang sangat lemah… cuba bayangkan andai awak benar2 kenal diri awak, awak xakan lemah, awak xakan kalah pada syaitan dan nafsu, awak akan insafi dosa awak, awak akan selalu bertaubat, sebab awak kenal diri awak, awak selalu nak perbaiki diri, awak tahu susun hidup awak."
"macam mana nak kenal diri?"
"muhasabah."
"bila."
"Bila2 masa saja."
"huh! tak sempat."
"just a simple reason. That's very bad, you know?"
"I know."
"so?"
"maybe next time."
"awak tahu awak mati bila?"
Gadis itu membuntang matanya.
"Saya mati, awak pun mati jugak."
"Awak…" Gadis itu terus memekakkan telinganya dengan lagu2 yang berkumandang di headphone.
Saya pening. Tak boleh di biarkan. Gadis itu semakin tiada perasaan nanti. Saya klik pause di winamp dalam notebooknya. Gadis itu bangun. Saya rasa dia dah lama tak marah orang.
"Awak pon tak puas hati dengan saya?"
"Awak puas hati ke dengan diri sendiri?"
"peduli apa?"
"Bagus!, macam ini lah. Pedulikan! Pedulikan orang lain. Buat apa nak peduli, buat sakit hati saja."
Gadis itu menjeling saya. Tapi saya tak terasa pun. Pedulikan!.
"Awak ingat senangkan ke nak xpedulikan orang? Saya sendiri pon tak suka orang xpedulikan saya, saya juga tak suka orang singkirkan saya..jadi, awak fikir saya boleh tak pedulikan orang??"
"jadi?" Biar gadis itu sendiri yang mencari jawapannya.
"mungkin itu kot…. Saya pernah taknak peduli ke orang lain, jadi, orang lain pon buat tak peduli ke saya." gadis itu menangis.
"back to normal, kawan saya pernah kata, saya perlu berdikari, perlu lebih matang.."
"yap… matang.. Berdikari.. Susah kan?"
"em…apa boleh buat? awak xnak dewasa ke?"
"boleh ke tak nak? Kalau boleh, nak la."
"cuba awak bayangkan umur awak sekarang 25@ 26." saya senyum sumbing.
"26?*imagine* Hahahaha… awak dah kahwin la.."
"Eh!saya pulak? Kita tanya dia, dia nak kenakan kita pulak. Masa tu awak dah ada master. Nak?"
"Nak!" gadis itu hulurkan tangannya.
"Nah!" saya menampar telapak tangannya kemudian menggenggam..
"Jangan nak berangan lagi, asasi pon tak lepas lagi…"
"hahaha.. Awak yang ajak saya berangan."
"bukan berangan, impian.. Doa penting untuk capai impian itu."
"in sya Allah.. D.O.A A.I.N.. Dalam Otak Ain Ada Impian Nak……. Macam2.."
"Ish. Pandai2 pulak pekena kita lagi.. Anyway, thank u. in sya Allah tercapai."
"Ameen……….." Gadis itu senyum, senangnya hati saya.. :) saya gembira bila gadis itu gembira.
:: Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum w.b.t.. sebarkanlah salam kerana itu menjalin erat ukhwah sesama muslim..~~^^
Ujian untuk diriku
"ALLAH TIDAK MEMBEBANI SESEORANG ITU MELAINKAN SESUAI DENGAN KEMAMPUANNYA."(AL-BAQARAH:286)
Allah Maha Melihat~~^^
"Tidak berlaku bisikan antara tiga orang malainkan Dialah yang keempatnya, dan tiada (berlaku antara) lima orang melainkan Dialah yang keenamnya, dan tiada yang kurang dari bilangan itu dan tiada yang lebih ramai melainkan Ia bersama-sama mereka di mana sahaja mereka berada." (Al Mujadalah: 7)
Klik sini untuk ikut ~~=)
Sekarang pukul.....
Hari ni hari.....
Tuesday, February 22, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Allah Maha Pemurah~~^^
"Siapa yang takutkan Allah (bertaqwa kepadaNya), maka Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberikannya rezeki dari jalan yang tidak disangka." (Al Talaq: 2)


No comments:
Post a Comment