Ujian untuk diriku

"ALLAH TIDAK MEMBEBANI SESEORANG ITU MELAINKAN SESUAI DENGAN KEMAMPUANNYA."(AL-BAQARAH:286)




Allah Maha Melihat~~^^

"Tidak berlaku bisikan antara tiga orang malainkan Dialah yang keempatnya, dan tiada (berlaku antara) lima orang melainkan Dialah yang keenamnya, dan tiada yang kurang dari bilangan itu dan tiada yang lebih ramai melainkan Ia bersama-sama mereka di mana sahaja mereka berada." (Al Mujadalah: 7)

Klik sini untuk ikut ~~=)

Sekarang pukul.....

Hari ni hari.....

Monday, May 16, 2011

Jasamu dikenang~

Salamualaik sahabat2 seperjuanganku..

"SELAMAT HARI GURU" buat yang bergelar guru..

guru-guru di :

~TADIKA ISLAM SPG 4

~SEKOLAH RENDAH AL-ISLAHIAH BOHOR MALI

~SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (PEREMPUAN), KANGAR

~KOLEJ MATRIKULASI KEDAH, CHANGLOON

~PUSAT ASASI UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA, NILAI

tidak lupa juga saya ucapkan kepada kawan2ku, sahabat2 perjuanga yang dirahmati Allah sentiasa... mereka banyak mengajarku banyak perkara. daripada perkara yang kecil dan remeh kepadalah perkara yang memerlukan brainstorming bersama.. terima kasih saya ucapkan berbanyak2nya.. hanya Allah yang mampu membalasnya..

itulah sedikit selingan untuk post kali ini.. dua tiga menjak ini saya dilema dgn isu ukhuwwah. mungkin kerana saya rindukan sahabat2 saya..

manisnya ukhuwwah apabila berlandaskan keimanan dan taqwa.. itulah salah satu nikmat terbesar yang Allah kurniakan kepada ummat Islam. kerana nikmat ukhuwwah tidaklah dikecapi oleh orang kafir atau bukan Islam. hal ini kerana manisnya ukhuwwah apabila kerana Allah semata2..

Bukan kerana harta,
Bukan kerana dia puak kita,
Bukan kerana dia sama bangsa dengan kita,
Bukan kerana dia menyebelahi kita,
Bukan kerana dia yang bantu kita TETAPI ikhlas semata-mata kerana ALlah dan mencari mardhatiLlah(keredhaan ALlah).

Allah berfirman :

"Dan berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliah) bermusuhan, lalu Allah mempersatukan hatimu, sehingga dengan kurnia-Nya kamu menjadi bersaudara, sedangkan (ketika itu) kamu berada ditepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari sana. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk." [Ali-'Imran:103]

MANISNYA PERSAUDARAAN
حَدِيثُ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ : عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ ثَلاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ بِهِنَّ حَلاوَةَ الأِيمَانِ مَنْ كَانَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لايُحِبُّهُ إِلا لِلَّهِ وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ بَعْدَ أَنْ أَنْقَذَهُ اللَّهُ مِنْهُ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ *

Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda:Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperolehi kemanisan iman: Seseorang yang mencintai ALLAH dan RasulNya lebih dari-pada selain keduanya, mencintai seseorang hanya kerana ALLAH, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah ALLAH menyelamatkannya dari kekafiran itu, sebagaimana dia tidak suka dicam-pakkan ke dalam api Neraka. *(Muttafaq ’alaih)

PERSAUDARAAN MEMBAWA KE SYURGA

حَدِيثُ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ : عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمُ اللَّهُ فِي ظِلِّهِ يَوْمَ لا ظِلَّ إِلا ظِلُّهُ الإِمَامُ الْعَادِلُ وَشَابٌّ نَشَأَ بِعِبَادَةِ اللَّهِ وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي الْمَسَاجِدِ وَرَجُلانِ تَحَابَّا فِي اللَّهِ اجْتَمَعَا عَلَيْهِ وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ وَرَجُلٌ دَعَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ وَجَمَالٍ فَقَالَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ فَأَخْفَاهَا حَتَّى لا تَعْلَمَ يَمِينُهُ مَا تُنْفِقُ شِمَالُهُ وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Nabi s.a.w telah bersabda: Ada tujuh golongan manusia yang akan dinaungi oleh ALLAH di bawah naungan-Nya. Hari tersebut tidak ada naungan kecuali naungan ALLAH. Golongan tersebut ialah:
(1)Pemimpin yang adil,
(2)Pemuda yang membesar dalam keadaan beribadat kepada ALLAH,
(3)Lelaki yang hatinya sentiasa berpaut pada masjid-masjid
(4) Dua orang lelaki yang saling mengasihi kerana ALLAH iaitu kedua-nya bertemu dan berpisah kerana ALLAH,
(5) Lelaki yang diundang oleh seorang perempuan yang mempunyai kedudukan dan rupa paras yang elok untuk melakukan kejahatan tetapi dia berkata: Aku takut kepada ALLAH!,
(6)Seorang lelaki yang memberi sedekah tetapi dia merahsiakannya seolah-olah tangan kanan tidak tahu apa yang diberikan oleh tangan kirinya dan
(7)Seorang yang mengingati ALLAH di waktu sunyi sehingga mengalirkan air mata dari kedua matanya. *- Riwayat Imam Bukhari dan Muslim.

No comments:

Allah Maha Pemurah~~^^

"Siapa yang takutkan Allah (bertaqwa kepadaNya), maka Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberikannya rezeki dari jalan yang tidak disangka." (Al Talaq: 2)