Salamualaik..
Di pagi yang hening ini, saya ingin berkongsi sedikit dengan sahabat2 sekalian.. Bila baca tajuk je, bunyi macam gempak, "Sehari Bersama Ulama'"! bukan mudah untuk berkuliah dengan ulama'. Apabila diberi peluang, janganlah kita lepaskan. Begitu juga saya.Bukan niat saya untuk lepaskan peluang sehari bersama Ulama' tetapi, kesempatan untuk ke kuliah ini dicemburui oleh program lain yang lebih mustahak. Hati ini, agak kecewa kerana terlepas, Namun pastinya disebalik kejadian ini, ada hikmahnya.
"Sehari bersama Ulama", saya hanya berkesempatan separuh hari bersama ulama. Saya sangat2 bersyukur masih diberi peluang itu.. Maka sedikit perkongsian yang dapat saya berikan, sekadar catatan ringkasku ketika berkuliah.. Harap sahabat2 dapat mengambil manfaat daripadanya..
***
Al-Fadhil Ustaz Mutalib Maarof
Kuliah Dhuha
Ilmu itu ibarat Nur, cahaya. Cahaya tidak akan masuk kedalam hati orang yang banyak melakukan maksiat. Malah tanpa ilmu, kita tidak dapat meyakini perkara ghaib, spt syurga, neraka, malaikat, syaitan, dan alam barzarkh dengan sepenuh hati, 100%.
kita memerlukan ilmu untuk yakin apa jua perkara sekali pon termasuklah hal2 duniawi.. benda-benda dunia ini menggunakan ainal yaqin untuk yakin. Sebagai contoh:
Ustaz: Man, kamu percaya tak kalau ustaz kata ustaz boleh apungkan batu dalam air kolam?
Man: Ish ustaz. tak percayalah ustaz. Batu yang berat bagaimana nak diapungkan? mustahillah.
Ustaz: betul ustaz cakap. kamu kena percaya.
Man: jangan mengarutlah ustaz. mana bukti ustaz?
ustaz: Mari ustaz tunjukkan.
Ternyata, batu itu benar terapung.
Man: ooohh... saya percaya ustaz, saya percaya..
Haa... begitulah jika hal dunia, perlu kepada bukti pancaindera, manusia akan yakin pada sesuatu itu.
Berbeza dengan hal-hal perkara ghaib. perkara ghaib tidak boleh dibuat main, boleh melihat atau disentuh.. tidak sama sekali...!! Tapi, bagaimana manusia akan yakin?, jika tidak melihat dan menyetuhnya?? Maka, disitulah kita menggunakan ilman yaqin untuk yakin pada perkara2 ghaib. Manusia memerlukan ilmu untuk yakin pada perkara-perkara ghaib. jika tak yakin, kafir!.
Sangat2 berbahaya seseorang yang mengatakan dirinya yakin, tetapi tidak mempunyai ilmu. Dia yakin itu berlandaskan apa? ilmu atau nafsu?
sabda Rasulullah s.a.w: "seorang yang berilmu itu lebih baik daripada 1000 orang yang tidak berimu."
Carilah ilmu, sayangilah ilmu, dan amalkan ilmu itu,
jika tidak, jadilah juhhalun=bodoh berdengung ( buat ibadah banyak, tapi tak ada ilmu tentang ibadat itu, sia2)
juhhalun lebih teruk daripada jahil.
Ilmu yang diperolehi hendaklah diamalkan, jika tidak Allah akan menarik kembali nikmat ilmu itu.Ibarat seorang yang pandai memasak, andai ditinggalkan ilmu memasak dalam jangka masa tertentu, Allah akan menarik semula ilmu memasak dalam dirinya menyebabkannya terlupa sudah untuk memasak di lain hari.. begitulah diumpamakan kpd ilmu2 agama dan dunia yang tidak diamalkan akan hilang dalam jiwa masing2..
Rasulullah bersabda: "Kami berbeza dengan munafiqun iatu kami boleh kekal jemaah subuh dan isyak."
Kami yang dimaksudkan hadis diatas ialah orang-orang yang beriman. Maka jadilah kita dalam golongan 'kami' bukanlah munafiqun....
Hiburan itu penting untuk jiwa manusia. jadi, Islam tidak menghalang daripada berhibur. Dan sebaik2 hiburan dalam Islam ialah bizikrillah ( dengan mengingati Allah).
Melihat manusia lain membaca al-Quran adalah satu hiburan jiwa. Begitu juga melihat orang yang soleh. ketenagan mereka terpancar dan terpalit pada diri kita dan seterusnya kita juga tenang dengan hanya melihat, belum lagi duduk bersama bertalaqi. Itu adalah hiburan yang sangat mendidik jiwa.
namun, akhir zaman ini, manusia mula leka dan hanyut dengan hiburan dunia yang salah. Berpakaian koyak sana sini(kononnya fesyen), bertindik di merata tempat ditubuh, rambut perang, sambil menari dan sebagainya dikatakan suatu hiburan.
Tenangkah kita apabila melihat perkara2 seperti itu??
Dekatkah diri kita dengan Allah apabila terpalit dengan perkara2 tersebut??
Astaqfirullah...
Allah telah memilih hiburan yang cantik untuk hamba-hamba-Nya iaitu alam semula jadi seperti air terjun, laut biru yang terbentang luas, langit pelbagai cuaca tanpa tiang, itu satu hiburan bagi manusia yang ingin mengerti.. Namun, semua hiburan itu dirosakkan manusia dengan bikini2 di tepi laut, bercampur jantina di air terjun letupan2 di udara dan sebagainya..
Dimana kah lagi tempat yang bersih daripada maksiat2 dan bala untuk kita capai ketenangan yang Allah telah ciptakan???
Maka, dengan ilmu, manusia akan menghargai alam ini dan segala ciptaan pinjaman Allah.. Ilmu yang di maksudkan lebih kepada ilmu agama yang menekan aqidah berkeyakinan bahawa Allah itu satu dan hanya Dia yang layak disembah serta Muhammad adalah pesuruh-Nya. sejurus itu, ilmu duniawi akan datang sendiri kepada mereka yang berusaha dan bertawakkal kepada Allah...
MARILAH KITA CINTA PADA ILMU,
BELAJARLAH BERGURU ITU LEBIH NIKMATNYA..
SAYANGILAH ILMU,
SERTA AMALKAN ILMU YANG DIPEROLEH.
Wallahu a'lam..
***
banyak pengisian yang ustaz sampaikan, namun sedikit sahaja yang sempat saya coretkan. semoga sahabat dapat mengambil manfaat daripadanya....


1 comment:
assalamualalikum..
ya sohabati ....
nk copy blh
Post a Comment