:: Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum w.b.t.. sebarkanlah salam kerana itu menjalin erat ukhwah sesama muslim..~~^^
Ujian untuk diriku
"ALLAH TIDAK MEMBEBANI SESEORANG ITU MELAINKAN SESUAI DENGAN KEMAMPUANNYA."(AL-BAQARAH:286)
Allah Maha Melihat~~^^
"Tidak berlaku bisikan antara tiga orang malainkan Dialah yang keempatnya, dan tiada (berlaku antara) lima orang melainkan Dialah yang keenamnya, dan tiada yang kurang dari bilangan itu dan tiada yang lebih ramai melainkan Ia bersama-sama mereka di mana sahaja mereka berada." (Al Mujadalah: 7)
Klik sini untuk ikut ~~=)
Sekarang pukul.....
Hari ni hari.....
Sunday, October 7, 2012
mahal vs murah
:: Dialog kawan2. [malu]
Si A : ayah aku ada tab tapi tak guna pon. nak bg kat aku, tp aku malas dah nak guna henfon canggih ni. dah 5 henset before ni, ribu2 beli, tapi hilang, lingkup camtu je. guna henset nokia ni je la, dengan tak de kamera, tak de lagu ke, warna ke, tp tahan lama. harga pon murah.
Si B : bagus la hang, kalau sesetengah orang tu, guna henset cokea macam ni, maluuuu. sanggup tahan perut nak beli henset ribu2. tab, ipad, iphone dan segala bagai la.. kalau hok kaya tu tok sah cerita la.. Dah dia mampu.. tp aku nak tanya, hang tak malu ka pakai henset murah ni? padahal hang mampu kot nak ada tab, iPhone tu?
Si A : Aik? nak malu wat per?? ce citer?? buat ape nak malu?? Ni kira beruntung tau aku ada henset, berbanding dengan orang yang fakir miskin, nak makan 2kali sehari pon tak da duit, inikan nak beli henset. yang sesetengah orang tu nak malu pasai pa?? bersyukur la ada kemudahan komunikasi, walaupun hanya boleh call dan mesej saja. kan itu sebab utama telefon bimbit diperlukan?
Si B : betul la tu, Tapi kdg2 nak la juga tangkap2 gambar buat kenangan, kalau boring2 nak dengar lagu.. semua orang henset canggih2, kita pon mesti nak satu.. kan?
Si A : Dak... sat aku nak tanya hang, hang duk bercakap ini tentang orang yang banyak duit ka orang yang cukup2 duit??
Si B : Errr...
Si A : kalau dia banyak duit atau ada duit lebih, itu rezeki dia, dan hak dia utk beli apa yg dia suka, dah dia mampu. tapi yang cukup2 duit ni, dan memang tak mampu la!, jangan paksa diri nak jugak2 benda2 mahai ni. nanti niat tu seleweng pulak. Asal niat beli henset tu mahal/murah untuk keperluan dan kemudahan, tapi telah bertukar menjadi nak menunjuk2 dan timbul pulak riak. na'uzubillahi min zalik. tak nak aku wei!
Tapi aku tak minat la fotografi2 ni, kamera digital ada, ape susah?
Si B : Ok2! Kesimpulannya, belilah ikut keperluan dan kemampuan. In sya Allah, Allah akan pandang baik pada perbuatan ktia. kalau dah tak suka dengar lagu atau bergambar ni, buat perabih duit je beli henset mahai/canggih sebab membazir tak guna..
Si A : Pandai hang...!!
Dari Abi Abbas Sahl bin Sa’ad As-Sa’idi r.a berkata: Seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w dan berkata: Wahai Rasulullah! Tunjukkilah aku pada suatu amal yang jika aku kerjakan, aku dicintai Allah dan dicintai manusia. Maka Rasulullah s.a.w bersabda: Zuhudlah engkau akan dunia, pasti Allah mencintai engkau. Zuhudlah engkau akan apa yang ada pada manusia, pasti manusia mencintai engkau. (H.R. Ibnu Majah)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Allah Maha Pemurah~~^^
"Siapa yang takutkan Allah (bertaqwa kepadaNya), maka Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberikannya rezeki dari jalan yang tidak disangka." (Al Talaq: 2)


No comments:
Post a Comment