Ujian untuk diriku

"ALLAH TIDAK MEMBEBANI SESEORANG ITU MELAINKAN SESUAI DENGAN KEMAMPUANNYA."(AL-BAQARAH:286)




Allah Maha Melihat~~^^

"Tidak berlaku bisikan antara tiga orang malainkan Dialah yang keempatnya, dan tiada (berlaku antara) lima orang melainkan Dialah yang keenamnya, dan tiada yang kurang dari bilangan itu dan tiada yang lebih ramai melainkan Ia bersama-sama mereka di mana sahaja mereka berada." (Al Mujadalah: 7)

Klik sini untuk ikut ~~=)

Sekarang pukul.....

Hari ni hari.....

Wednesday, September 8, 2010

harapan Tidak buta

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم


Berjalan di jalan yang terang
Agar tiada jatuh dan tersungkur
di persimpangan
Berhati bila di jalanan

Bimbang datang ujian
Menduga keimanan

Sudah menjadi suratan
Setiap sesuatu bersifat sementara
Jerih perit di dunia
Terungkai dek pawana
Hembusan ketaqwaan

Pilu melihat mereka
Dihimpit kemiskinan
Yang serba kekurangan
Berkat walau sedikit
Terukir keredhaan
Di wajah ketenangan

Masih ada harapan
Ubah nasib kehidupan
Bekalan ilmu yang berguna

Berjalan di jalan yang terang
Agar tiada jatuh dan tersungkur di persimpangan
Berhati bila di jalanan
Bimbang datang ujian Menduga keimanan

Berusaha hindar keculasan
Waspada kefakiran
Jerumuskan kekufuran
Maruah dibela dijaga
Tidak meminta-minta
Hanya Tuhan segala

Mereka fakir di dunia
Namun berilmu dan beramal mulia..

subhanallah...
sedihnya dengar lagu ni... saya teringat diri saya.. juga para pejuang yang lain terutama di palestin.. hidup ini, kita xboleh putus asa. tak boleh!!! setelah sekian lama saya perhatikan, diri saya, kawan2 saya, dan org skeliling saya, setiap org perlukan org lain utk tashjiq mereka. itulah kunci supaya kita tidak tersungkur. terutama mereka yang jauh dalam perjuangan. hanya Allah tempat paling dekat mereka bergantung. sesetengah orang itu memerlukan kata2 semangat dan motivasi selalu, jika tidak, dia akan leka dan meluru melakukan tindakan mengikut hawa nafsunya.. byk sangat mesej yg nk dsmpaikan dari lagu ni.. kita msti berusaha biar sampai ke titisan darah yg terakhir.. sbnya, Allah sentiasa buka peluang kat kita utk berjaya. . (utk diri sy terutamanya) Allah tidak akn ubah nsib seseorang melainkan org tu yg ubah sendiri.. semuanya kerana diri sendiri yang xnak benda tu, bukan Allah yang takdirkan begitu. kebanyakan orang tahu menyalahkan Tuhan yg menciptanya. tp dia tak sedar yang dia tu sangat hina di mata-Nya..(T_T) bila kata Allah itu tempat pergantungan dan tempat meminta pertolongan, maka mohon lah kepadanya. tetapi kadang2 tu, malu nk menadah tangan selepas solat. memang lah berdoa selepas solat itu tak wajib, kerana setiap kata2 kita dalam solat itu dah dikira doa terutama doa iftitah.. sebab itu kita disunatkan membaca doa itu.dan sebab itu juga kebanyakan orang menyapu tapak tgn ke muka selepas memberi salam yang kedua..
kerana mengaminkan segala doa yang terlafaz di dalam solat itu sendiri. tetapi, kalau dah maksud bacaan dalam solat pon tak faham, bagaimana???? jadinya, fahamkan la ia. baru ikhlas , khushuk, dan link tu ada dengan Allah.. Tapi berapa ramai yang mampu mencapai tahap itu. tahap kesufian yang tertinggi??? (T_T).huhu... marilah sama2 kita muhasabah diri..
saya rasa xpuas muhasabah sorang2.. saya perlukan orang lain dengan saya. sama2 kita nasihat menasihati.. saya suka dengar nasihat. saya suka..tapi, siapa ada di sisi saya sekarang???

1 comment:

Ainnafz said...

http://al-qayyim.net/index.php?option=com_content&task=view&id=1086&Itemid=65

Allah Maha Pemurah~~^^

"Siapa yang takutkan Allah (bertaqwa kepadaNya), maka Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberikannya rezeki dari jalan yang tidak disangka." (Al Talaq: 2)