Ujian untuk diriku

"ALLAH TIDAK MEMBEBANI SESEORANG ITU MELAINKAN SESUAI DENGAN KEMAMPUANNYA."(AL-BAQARAH:286)




Allah Maha Melihat~~^^

"Tidak berlaku bisikan antara tiga orang malainkan Dialah yang keempatnya, dan tiada (berlaku antara) lima orang melainkan Dialah yang keenamnya, dan tiada yang kurang dari bilangan itu dan tiada yang lebih ramai melainkan Ia bersama-sama mereka di mana sahaja mereka berada." (Al Mujadalah: 7)

Klik sini untuk ikut ~~=)

Sekarang pukul.....

Hari ni hari.....

Sunday, September 19, 2010

Sabar itu lebih baik...

Bismillahirramanirrahim..
Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. akhirnya saya sampai juga di Nilai. Semalam b4 boleh jejak kaki atas bumi Nilai, macam-macam peristiwa yang menguji kesabaran saya dan sahabat2. alhamdulillah saya dapat menahannya dengan ajaran daripada ayat2 Allah.. Bukan senang nak pupuk sifat sabar yang hakiki dalam diri. Kerana muslim yang kuat bukan daripada fizikalnya saja tapi kesabarannya menahan amarah. di situlah kunci kekuatan seseorang muslim. Menahan sabar. antara peristiwa2nya ialah..

Pagi itu awal2 lagi bangun untuk menalaah pelajaran sambil notebookku terpasang.Tiba2 terbuka satu benda dan saya tertarik dengan benda itu.Apalagi, kusyuklah explore dan study pula dah hilang ke mana. Sampailah satu ketika, handfonku berdering dan saya menjawabnya. Adikku Comei(nama panggilan dlm family. dia marah law panggilnya dihadapan kawan2nya.Hehehe. Kalau dia terbaca ini habislah.) menelefonku. Dia meminta aku menjemputnya dari sekolahnya pukul 12tghari sambil memesan saya membawa pendrivenya.saya hanya mengiyakan saja.(kakak yang baikla katakan..=p) kemudian saya tesedar bahawa saya terleka membuat perkara lain. Huhu tak study sudah..

****

11.45 AM

Jam notebookku tertera begitu. Cepat2 saya keluar bilik untuk bersiap. Tiba-tiba saya berlari semula ke dalam bilik. aduiii.. Lupa pula yang umiku dah bagi tahu yang Abg Sobri datang.( Dia ni dari combodia.. peramah orangnya.. sanggup musafir jauh dari kampung halaman semata2 untuk mencari ilmu. Sorang2 pula.). saya bersiap ala kadar dan bergegas keluar ke halaman.niatku untuk menjemput adikku dengan motosikal tetapi motosikal pula tak kelihatan di halaman. Habis.. adikku hendak pulang bagaimana. Ku tanya umiku, rupanya ayahku memakainya.Jadi saya terpaksa menunggu ayahku pula pulang.

****

12.50 PM

Terpapar di jam nootebookku pukul ini. Sabar je la adikku.. Ayahku masih belum pulang. Saya juga, andai ditempat adikku, panas menunggu.huhu. Beberapa kaliku telepon abuya, tidak berjawab. saya pula sambil menunggu kepulangan ayahku, saya meninjau2 kesihatan notebookku. Ternyata, IDMku tamat tempoh. Abangku pula tiada di rumah kerana pergi ke Siam. Sabar je la, kerana malam nanti saya nak balik Nilai dah. Pantang saya andai ada yang tak lengkap pada barangku. beberapa minit kemudian abuya pulang. saya cepat2 gerak ke Kangar. Pecut lah xpandang orang dah.

****

2.00 PM

Jam tanganku yang baru mendapat nafas baru menunjukkan pukul 2. Umiku sudah telefon untuk pergi ke kenduri. kami pulang ke rumah. On da way pulang, Saya perasan yang tawar motosikal yang kupandu lelong.Bila hendak membelok pasti akan tergerak2. saya jadi kuatir nak melajukan motor. Sabar je la, dengan panas yang sangat terik membakar kulit. trafic pula byk. rumah jauh lagi. Sesampai di rumah kena gerak ke rumah kenduri pula. masuk kereta juga panas, kepala dah berdenyut. Ikutkan hati nak tidur saja bawah kipas. tetapi mengenangkan perutku yang bergendang, kukuatkan juga diri ini. Entah kenapa kurasa cuaca hari itu sangat panas. Rasa macam nak baham orang ja. mujurlah adik2 tak buat perangai..hehe..

****

10.00PM

jam digital kereta menunjukkan pukul itu yang mana sepatutnya bas akan bergerak ke Nilai. Panasku petang tadi,Rupa2nya malam itu, Allah bagikan kesejukan di atas bas.alhamdulillah saya tidak merungut2 kepada Allah.Ku jadi pelik.haha.. malangnya ketika di Shahab, kami yang nak naik bas kena tunggu 5jam baru la bas bergerak. Hal ini kerana bas A rosak dan bas B telah sampai.mereka yang sudah mempunyai tempat duduk atas bas B sudah meragam2 dan bising2 bertanyakan bila bas nak gerak selepas 2jam menunggu bas A yang baru tiba.Saya juga sudah berada di atas bas. familyku hanya menungguku sampai jam 12. Kemudian mereka bergerak pulang. manakala ada juga yang masih menunggu bas lagi satu datang dibawah dengan nyamuk menggigit. Kukatakan pada mereka yang bising itu. sabar lah, kerana kita yang di atas bas kira sangat bertuah berbanding mereka yang berdiri diluar sana. sama2lah kita tunggu mereka. ( sebenarnya itu kata2 pujukan untuk diriku sendiri juga.huhu).. 1 AM saya dah tenggelam ke alam maya. Bas bergerak pukul 3 AM juga saya tak sedar. Umi asyik menelefon juga ku tidak dengar dan sedar. Mujur ada Dibah di sebelah untuk tolong jawabkan sampai 3kali.haha.. kalau dah tidur memang tidur mati, dalam air-cond pula.

****

??.?? AM

Saya tersedar dari tidur dan terpandang ke sebelah kiri. Kulihat ada yang duduk dibawah lantai. Astaqfirullah. sabarnya mereka menunggu masa sahaja sampai ke Nilai. tempat dah penuh dan mereka terpaksa bersetteekan lantai. Kami merancang sebaiknya untuk pulang ke Kampus dengan selesa tetapi perancangan Allah adalah yang terbaik daripada yang terbaik.Semoga mereka2 itu tidak serik untuk naik bas itu lagi. Amiin... saya yang masih mamai tidak punya perasaan ketika itu dan tertidur kembali..

****

7.00AM

Jam handfon tertera masa ini. Bas terlambat berhenti untuk solat. Setelah bas berhenti, kami dengan pantas bergerak ke surau stesen minyak Petronas. habis solat, saya membeli sedikit makanan utk makan diatas bas sebagai pengalas perut. Bas meneruskan perjalanan, dan kali ini dengan rasa belas dan prihatin, beberapa orang pelajar di atas itu membiarkan settee mereka diduduki oleh 3 orang. Sungguh Allah ingin menguji hati2 ini. Saya yang berada di tengah dikepit kawanku kanan dan kiri terpaksa bertukar condition untuk menyelesakan diri dalam masa 3jam lagi untuk sampai ke Nilai.

***

10.35AM

Alhamdulillah, akhirnya kami sampai jua di bumi Nilai. Walaupun badan lenguh2 tapi itulah satu pengalaman buatku. Tanpa buang masa, terus kuangkat beg naik ke tingkat dua dan terus merehatkan sekejap tulang belakangku..

1 comment:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.

Allah Maha Pemurah~~^^

"Siapa yang takutkan Allah (bertaqwa kepadaNya), maka Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberikannya rezeki dari jalan yang tidak disangka." (Al Talaq: 2)