Ujian untuk diriku

"ALLAH TIDAK MEMBEBANI SESEORANG ITU MELAINKAN SESUAI DENGAN KEMAMPUANNYA."(AL-BAQARAH:286)




Allah Maha Melihat~~^^

"Tidak berlaku bisikan antara tiga orang malainkan Dialah yang keempatnya, dan tiada (berlaku antara) lima orang melainkan Dialah yang keenamnya, dan tiada yang kurang dari bilangan itu dan tiada yang lebih ramai melainkan Ia bersama-sama mereka di mana sahaja mereka berada." (Al Mujadalah: 7)

Klik sini untuk ikut ~~=)

Sekarang pukul.....

Hari ni hari.....

Tuesday, April 12, 2011

Gelombang Hijau~~^^

salamualaik..

satu lagi program selepas balik dari Puncak Janing ialah program anjuran Lajnah Pemerkasaan Parti Dewan Muslimat Pas Pusat di Dewan Dato'Dr Haron Din. umi yang ajak datang program ni. umi saya, bab2 begini memang pantas.

ingat lagi masa, DMPK buat mesyuarat kali ke 36, umi ajak saya pergi juga, jadinya saya dengan rela hati pon mengikut. umi nak anak2 dia terlibat juga seperti dia, sebab itu lah umi mintak saya buat ucapan penangguhan. haha, kelakar lah, ketaq pon ada. tp saya bagi ikut suka jah. syukurlah saya tak mengarut. lepas kejadian tu, saya jadik femes sekejap, kejap2 ada la makcik tu, mak cik ni ty...

"Ni anak Na kan?"

"Ni yang bagi ucapan tu kan?"

"Kamu yang bercakap td kan?"

hehe, saya senyum dan mengangguk je la.. dia jadik lain macam sambutan tu sebab saya je orang muda yang bagi ucapan. yang lain suma dah berumur dan yang muda pon tp dah berkahwin.. ini juga satu pengalaman buat saya..

kemudian pd 10hb pg, saya ke ke program namanya...



program ni terkesan pada saya dan peserta yang hadir, in sya Allah.. nak kata berkesan tu sebab,last program, peserta yang hadir menangis2 kerana ucapan2 yang disampaikan.. kata2 yang menusuk kalbu.. program ni lebih kepada program motivasi. nak menguatkan kesedaran dan membersihkan hati kita...

antara pengisiannya:

Allah mengasihi mereka yang berjuang di jalan Allah dalam barisan yang teratur, mereka ni seperti bangunan2 yang berdiri kukuh (as-soff:4)

Allah dah janji kemenangan di dunia dan di akhirat bagi mereka yang berjuang untuk Islam. kita ni, hanya mengalami sedikit cabaran lagi. xperlulah putus asa. kerana ada yang lebih teruk cabarannya dan ujiannya, tetapi terus bergerak memperjuang agama Islam. antaranya:
1) Nabi Muhammad- berhadpan dengan kaum Quraisy
2) Nabi Musa- ditentang oleh Firaun yang zalim dan tentera2 firaun.
3) Nabi Ibrahim - dibakar hidup oleh namrud.
4) dan banyak lagi..

tentangan dan cabaran ni, x melemahkan pon semangat nabi2 kita untuk terus menegakkan kebenaran wahyu Allah..

bak kata ketua LPP DMPP, Ustazah Zailah Mohammad Yusof, "kerehatan orang2 berjuang ialah kematian."

apabila kita dah mati, berada di dalam kubur, disitulah tempat orang berjuang ni nak berehat.berehat selama2nya..

Dalam perjuangan, dua perkara yang paling penting iaitu ukhuwwah dan keyakinan. Ukhuwwah dengan sahabat perjuangan, ukhuwwah dengan orang yang berlainan jantina, umur dan pangkat. keyakinan pulak, khususnya keyakinan umat manusia terhadap penciptanya,Allah s.w.t. keyakinan yang utuh itu, kunci istiqamahnya seseorang di dalam perjuangan. keyakinan juga bukan saja antara makhluk dan pencipta, malah antara pimpinan dan anak buah. itulah yang menjamin kestabilan sesuatu organisasi, apabila anak buah yakin pada kemampuan ketuanya. sifat thiqah juga selepas yakin menjadikan segala gerak kerja yang dijalankan lancar tanpa sebarang masalah hati seperti, dengki, syak wasangka, dan khianat..

kami didedahkan juga dengan perkembangan negeri di bawah pakatan rakyat, betapa berkembangnya negeri ini perlahan2..perubahan banyak berlaku terutama dalam sektor ekonomi. antaranya:

SELANGOR- pendapatan utama di selangor ialah pasir,yang mana antara 2005 hingga 2007 royalti yang di peroleh ialah antara 3.54juta ke 4.29juta. manakala pada tahun 2008 meningkat kepada 8.17 juta dan latest tahun 2010 royalti yang diperoleh PR ialah 15.30 juta.

KEDAH- hasil utamanya adalah balak, laporan dari Audit Negara mwnyatakan bahawa pendapatan negeri meningkat ke 205% selepas pakatan rakyat memerintah. dan pada 2010, pendapatan kayu balak meningkat daripada 8 juta(UMNO) ke 53juta(PR).

KELANTAN- PR memerintah kelantan bermula tahun 1990. pada ketika ni, kerajaan kelantan terpaksa membayar hutang yang ditinggalkan pemerintah sebelumnya sebanyak RM790 juta. Namun, setelah 19tahun memerintah, pada tahun 2009, alhamdulillah kerajaan kelantan berjaya melangsaikan hutang tersebut dengan bayaran 40 juta setahun kepada persekutuan. hebat kan?? beruntung lah rakyat kelantan sekalian ye.... alhamdulillah..

PENANG - Majlis perbandaran seberang Perai mengalami kerugian antara tahun 200 hingga 2007 sebnyak 5.10 juta sehingga 57.10 juta. Apabila PR memerintah pada tahun 2008, kerugian diganti dengan keuntungan iaitu 3 juta pada 2008 dan meningkat lagi 54.39 juta pada 2010.. kaya lah negeri penang..

itu adalah antara kejayaan2 yang dapat dilihat secara kasar. agak2nya perlis bila lagi... :D

Dalam gelombang Hijau juga, mereka berkongsi bagaimana kita ingin mendekatkan diri kita dengan orang sekeliling. antara strateginya seperti yang saya sebutkan di atas tadi lain...

ENGLISH- friendship, loyalti, and believing in one another.
MELAYU- persahabatan, kesetiaan(taat) dan kepercayaan.
ARAB-ukhuwwah, wala' dan thiqah.

setiap orang mempunyai matlamat dan impian masing2.. matlamat dan impian yang hendak dicapai semestinya mempunyai objektifnya yang tertentu.. melaksanakan gerak kerja bagi mencapai objektif agar matlamat tercapai memerlukan perubahan2 diri, keluarga, masyarakat dan negara.

kak Waide mengemukakan langkah2 untuk mencapai objektif yang dipetik daripada teknik yang diperolehnya sepanjang bekerja dengan petronas. PETRONAS juga mengunakan teknik ni. iaitu

Perubahan Hati ,

Minda & Sikap

Heartset, Mindset

& Behavior Change


Pembinaan

Kepimpinan

Leadership

Development


Pembinaan

Kemahiran

Capability

Building


setiap dari point di atas ada huraiannya. sebelum saya menghurai lebih lanjut (macam hebat nak hurai), sekadar yang saya tahu la, kita rehat dulu..:)


## hiburan2 juga diselitkan supaya peserta tidak boring.. jom sama2 kita nyanyi lagu demi matahari..


Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi

Demi langit berserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya

Allah,
Subhanallah … Allah, Subhanallah

Allah
mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikan-Nya
Merugi bagi yang mengotori-Nya ... Subhanallah

No comments:

Allah Maha Pemurah~~^^

"Siapa yang takutkan Allah (bertaqwa kepadaNya), maka Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberikannya rezeki dari jalan yang tidak disangka." (Al Talaq: 2)