بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليك
السلام عليك
Pada kesempatan ini, saya ingin memperkatakan tentang kelebihan koko dan mocha Radix. ini lah lebih kurang rupanya.. 




kenapa saya nak hurai panjang lebar ni??
supaya kalian minum koko dan mocha radix ni bukan kerana semangat atau kerana kesedapannya semata-mata, tetapi kerana ada ilmu didada.. tanpa ilmu, kita tidak akan akan sesuatu.. sedikit kelebihan2 koko yang akan saya ceritakan.. let's go...
Koko atau nama saitifiknya ialah Theobroma cacao dari keluarga Malvaceae sebenarnya mempunyai khasiat ubatan yang sangat tinggi namun ia lebih dilihat sebagai penyedap minuman sahaja..
Pertamanya:
koko mengandungi antioksidan yang sangat tinggi. Antioksidan ialah bahan yang digunakan oleh tumbuh-tumbuhan untuk daya tahan daripada serangan pelbagai penyakit. Dalam perubatan Thib Nabawi kita akan melihat banyak dari sumber tumbuh-tumbuhan telah digunakan untuk tujuan kesihatan seperti kurma, madu, minyak, zaitun , kismis, dan lain-lain lagi..
Sihat itu boleh berlaku dengan langkah pertama. Mencegah itu boleh berlaku dengan menggunakan herba yang mengandungi mineral, vitamin, dan bahan-bahan tertentu.
Allah menjadikan antioksidan yang diperlukan oleh tumbuh-tumbuhan dan dalam masa yang sama juga untuk kesihatan manusia sebagai khalifah Allah. Allah melarang menggunakan bahan-bahan yang haram {"Dan makanlah dari apa yang telah diberikan Allah kepadamu sebagai rezeki yang halal dan baik, dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu beriman kepada-Nya" [Al-Maidah:88]} dan boleh membinasakan tubuh untuk jangka panjang dan KOKO memiliki antioksidan yang tinggi dan digunakan untuk penjagaan kesihatan yang menyeluruh.
kajian baru sangat memeranjatkan dunia di mana 4 penyakit utama dapat dirawat sehingga penyembuhan mencapai 90%. Penyakit utama tersebut ialah stroke, darah tinggi, kencing manis, dan kanser dengan pengambilan 40 cawan koko seminggu iaitu segelas besar pagi, tengahari dan malam. Penyakit sembuh dengan ketara selepas sebulan mengambilnya.
KOKO juga mengelakkan serang penyakit jantung dengan mengurangi LDL dan menaikkan HDL. Bagi pesakit kencing manis, KOKO juga membantu menstabilkan insulin. Menurut kajian di Universiti Harvard, KOKO mengandungi satu bahan yang dikenali sebagai epicatechin yang berpotensi tinggi menjadi sebuah vitamin keperluan masa kini. Jenis dark Chocolate yang paling baik untuk kesihatan, walaupun tidak ramai yang menggemarinya.
***
bagi pengguna HPA, HPA akan mengeuarkan Minuman KOKO RADIX tanpa gula ( RADIX KOKO DIET) untuk tujuan kesihatan di mana gula yang digunakan boleh diambil daripada madu lebah, gula merah atau gula aren.
MOCHA RADIX mempunyai tiga kekuatan iaitu kekuatan daripada KOKO, kekuatan daripada KOPI, dan kekuatan daripada 7 HERBA yang digunakan. Semua kekuatan itu dibawah kekuasaan mutlak daripada Allah yang Maha Berkuasa.
***
Kesimpulannya, minum la koko untuk kesihatan anda. Coklat juga dapat menyembuhkan kita daripada stress. in sya Allah dengan izin Allah....


No comments:
Post a Comment