Ujian untuk diriku

"ALLAH TIDAK MEMBEBANI SESEORANG ITU MELAINKAN SESUAI DENGAN KEMAMPUANNYA."(AL-BAQARAH:286)




Allah Maha Melihat~~^^

"Tidak berlaku bisikan antara tiga orang malainkan Dialah yang keempatnya, dan tiada (berlaku antara) lima orang melainkan Dialah yang keenamnya, dan tiada yang kurang dari bilangan itu dan tiada yang lebih ramai melainkan Ia bersama-sama mereka di mana sahaja mereka berada." (Al Mujadalah: 7)

Klik sini untuk ikut ~~=)

Sekarang pukul.....

Hari ni hari.....

Saturday, July 23, 2011

Hitung dosa ..

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamu'alaikum..

     setelah sekian ketika aku menyepi, aku kembali..mencoret sesuatu yg berguna utk semuanya yg membaca. mungkin ini hanya perihal kehidupan seorang insan yg penuh dosa padanya, tetapi dia cuba sampaikan sesuatu yg boleh di ambil ikhtibar, semoga itulah sedikit modal utknya dibawa ke akhirat kelak. sekadar coretan 'merepek' yg terukir, hanya yg faham dan tahu menilai sahaja yg dapat berlian dan emas yg tersembunyi.. bgi yg ilmunya penuh didada, ku alu-alukan membaca dan mengetahui sedikit luahan hati beku yang bakal cair ini..

     Gadis itu bergerak ke almarinya, tangannya pantas mencapai netbooknya dan meletakkan di atas katil. dah dua hari dia tidak menjenguk netbooknya, rindu pula muncul tiba2.. sambil netbook tengah loading.. gadis itu membaca artikel di helaian surat khabar yang merupakan salah satu assignmentnya.. apabila sempurna loading, dia mula menggerakkan jarinya membuka apa yg patut,,gadis itu ralit dalam dunia lagu yang dipasangnya, khayal dia mendengarnya, sambil tangan membuat kerja..

     beberapa ketika, rakannya datang kepadanya, mengadu sesuatu. Gadis itu terkejut dengan berita itu. namun sedayanya memimik muka sebaiknya agar diri insan dihadapannya tidak terguris. gadis itu tidak faham.. dia mula menghitung kembali apa yang berlaku. mungkinkah dahulu dirinya yang mengalaminya, tetapi kini org sekelilingnya pulak mengalaminya. Suatu keadaan yang tidak sedap dan selesa menyelebungi persekitarannya. Itulah dia apa yang sebenarnya, hidup ini tidak akan lekang daripada masalah. bila kesenangan yang kita peroleh, mana mungkin kita akan terlepas dengan kesusahan..

      yang unik nya, kali ini, apa yang berlaku dahulu telah bercampur aduk pada kali ini. jika dulu, dia jadi orang tengah kepada pasangan rakannya yang bertengkar, walaupon akhirnya ia tetap tidak baik juga kerna kedegilan dan keegoan kedua2 pihak.. dalam masa yang sama, gadis itu mengalami tekanan perasaan yang agak teruk, syukur sekali dia ada kaunselor sukarela yang sanggup menjadi pendengar dan pembantu maslahnya. tp kini semua itu dah tiada, namun masalah yang sama berlaku. tetapi masih diperingkat awal.

     Bagi gadis itu, perangai adalah punca segala2 hal dan masalah. sikap yang pentingkan diri, ego, tidak sabar dan sebagainya itu memang akan menular begitu sahaja dalam diri setiap anak adam.. Dia tidak nafikan dirinya juga tidak terlepas daripada semua itu.. namun dia cuba untuk berubah, salah satu tujuan hidupnya adalah sentiasa mengupdate diri menjadi lebih baik. mungkin sehingga dia nazak bertemu ajal juga dia akan berusaha berubah menjadi lebih baik. walaupun kadang2 dirinya begitu celaka kerana hari ini lebih teruk daripada semalam, tp dia muhasabah kembali..

     Rakan2 gadis itu, semuanya baik2, tetapi mereka mempunyai keinginan masing2, sepertinya juga, pasti ingin keinginannya dipenuhi, ingin dirinya berpuas hati dengan perkara sekeliling. Namun gadis itu sentiasa mengingati dirinya, itu adalah mustahil. hidup ini sementara, mati itu mungkin beberapa saat saje lagi, kita tidak tahu, oleh itu gadis itu sering kali mengingati lagi dirinya, muhasabahlah dirimu.. Gadis itu perlu diingati selalu kerana itu lah dirinya.. dirinya sendiri mengingati dirinya... itu lumrah, manusia disekeliling bukanlah ibu kita, bukan juga personal assistant kita juga..

     Andai sahaja diri gadis itu berada, pastinya dia akan mengubah seorang pembantu peribadi utk mengatur segala jadual hidupnya. Tapi itu hanyalah anganan yang berpusing2 dia fikirannya kerna dia perlu utk belajar, belajar melakukan apa saja yang dia tidak mampu buat. begitu juga orang lain, baginya, x cukup jika dia saja yang ingt dan tahu tetapi orang lain tidak tahu, itu tidak cukup kerna dia bukan hidup seorang sebaliknya hidup dengan ramai orang disekeliling..
   
     Gadis itu sedih memikirkan masalah rakannya, hajat dihati ingin menolong , tetapi adakah pertolongannya diperlukan?adakah dia mampu meleraikan perselisihan yg berlaku? adakah dirinya tidak akan terjebak sama dalam masalah itu? adakah mereka dapat menerima penyelesaian yang akan dia berikan? tp dia takut, dia sedih juga kerna dia tidak mampu utk buat semua itu, dia kebuntuan, dia hanya melihat dan mendengar ,tp ingin bergerak tidak mampu.. dirinya ibarat koma.. hatinya sahaja merintih. itu lah yang dia tidak faham, adakah dosanya begitu banyak sehingga Allah menarik nikmat membantu itu.. Dia pilu memikirkan. ingin saja dia menjerit, berlaku tidak malu dan berani utk berhadapan dengan permasalahan dunia semata2 ini ...

     rakannya mengambil keputusan utk mengundur diri, memberi ruang kepada rakan nya yang seorang lagi. baiknya hati. Gadis itu tahu, mereka belum punya banyak penglaman dalam menangani sikap manusia ini. mereka juga perlu muhasabah diri mereka, tidak perlu utk menyalahkan orang lain, jika diri sendiri tidak sempurna. benar xakan ada yang sempurna. oleh itu, maksudnya, salahkan diri sendiri sebelum salahkan yang lain. walaupon kadang2 hati ini pasti membangkang kuat bukan salah diri, kerana ego lah yg bermain ketika itu.. boleh saja kita hendak membelai ego, tetapi jangan sesekali menjinakkannya. nanti diri kita juga yang teruk..

     kesekian kalinya, gadis itu ingin menjadi orang belakang, bukan orang tengah. bukan nak berpihak pada mana2, tetapi berusaha utk tidak memburukkan keadaan. kerana profile dirinya juga dalam perkemasan, manakan boleh mengemas profile orang lain dengan baik, cukuplah sekadar dia memaklumkan apa yang perlu dan tidak perlu diletakkan di profile itu...semoga Allah merahmati gadis itu, semoga dirinya kuat terus..

bersambung...

hati saya cukup tersentuh mendengar kata2 berkenaan ulama dan wali2 Allah, nikmatnya hati berfikir tentang kebaikan dan ketinggian ilmu orang2 yang soleh solehah ini.. hati saya gembira dan tersenyum kerana mengetahuinya, kerana itu salah satu aset rujukan yng dapat saya buat.. buat gadis itu, semoga awak pertimbangkan sebaiknya apa yang berlaku, mungkin awak berfikir banyak sangat sehingga awak fikir, awak perlu menarik diri... tidak perlu, memang kita ini perlu berfikir tentang masalah ummat, namun itu lah khalifah berusaha utk perkemaskan profile diri bersama membantu perkemaskan profile sahabat lain..

^_^ cukup utk hati ini berbunga bila melihat yang lain gembira, tapi hati ini tetap sedih kerna virus rindu yang semakin melarat ini, virus ini xdapat saya buang kerna dengan virus ini membantu saya mengenal anti virus-anti virus yang pelbagai.. kemudian saya akan pilih yang terbaik utk melunaskan semua virus2 yang tidak perlu, kerana saya hanya perlukan anti virus itu utk menjaga diri dri terkena virus2 yang lain...

No comments:

Allah Maha Pemurah~~^^

"Siapa yang takutkan Allah (bertaqwa kepadaNya), maka Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberikannya rezeki dari jalan yang tidak disangka." (Al Talaq: 2)