Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum.
24/07/11
Seuntai madah buatmu untuk dihayati..
setitis ilmu..
bisa mencairkan selautan kejahilan yang bersarang di pelupuk rona hati..
iman itu dinding taqwa.
sedangkan taqwa itu perisai hati..
yang memusnahkan pastilah nafsu.
dilayan jangan..
dilawan pun jangan..
dididik perlu...
apapun yang terjadi ikhlas menjadi ubat penawar segala-galanya.
yakin pada Allah, kejayaan pasti menanti dirimu.. =)
Maan Najah!
[08:40:43PM]
***END***
23/07/11
Ilmu itu ibarat cahaya.
Tanpanya gelaplah jiwa.
tanpanya diri tidak dikenali dunia.
Ilmu itu jua teman setia yang sentiasa bersama dan semakin bertambah apabila disebarkan kepada yang lain,
berbeza dengan harta yang semakin berkurang dan tidak kekal.
sama2lah kita tekun muraja'atud durus menjelang imtihan yang semakinmendekat.
Dakwah kita adalah yang utama,tapi pelajaran jua bukan nombor dua..=)
Marilah sama2 tingkatkan prestasi pelajaran seiring menyebarkan dakwah ISlam.
Selamat menmpuh imtihan,
Bittaufiq wannajah Jundullah jamii'an,
do the best among the rest.
KECEMERLANGAN ANDA BERGANTUNG KEPADA KESUNGGUHAN ANDA. =)
[10:30:02 PM]
***END***
Aku lupa...
Ukhuwwah asasnya salamatussodri,
bukan hasad yang mencengkam diri,
ukhuwwah membahagiakan,
bukan meyeksakan,
ukhuwwah menyelamatkan,
bukan menyesatkan dan AKU LUPA..
UKHUWWAH mengINGATkan,
bukan mengALPAkan.
sesungguhnya aku lupa.
Maafkan aku ukhti,
aku saudarimu yang lupa dan alpa.
Aku berukhuwwah bukan kerana nafsu,
bukan jua ukhuwwahku palsu,
tetapi dalam aku menyuburkan perhubungan,
terkadang diuji dengan dugaan dan ujian,
hingga menggoncang hati2 yang ku sayangi,
kerana khilaf diri yang alpa dan lupa,
matlamat ukhuwwah yang dibina.
Mohon kemaafab atas segala kekurangan dan kesilapan diri ini..
[09:46:54 PM]
***END***
aku sayang kamu juga dan aku juga mohon maaf atas segala kekhilafanku selama berukhuwwah denganmu..


No comments:
Post a Comment