Ujian untuk diriku

"ALLAH TIDAK MEMBEBANI SESEORANG ITU MELAINKAN SESUAI DENGAN KEMAMPUANNYA."(AL-BAQARAH:286)




Allah Maha Melihat~~^^

"Tidak berlaku bisikan antara tiga orang malainkan Dialah yang keempatnya, dan tiada (berlaku antara) lima orang melainkan Dialah yang keenamnya, dan tiada yang kurang dari bilangan itu dan tiada yang lebih ramai melainkan Ia bersama-sama mereka di mana sahaja mereka berada." (Al Mujadalah: 7)

Klik sini untuk ikut ~~=)

Sekarang pukul.....

Hari ni hari.....

Thursday, July 15, 2010

Siapa kamu???

bismillahirrahmanirrahim..

teman? rakan? kawan? sahabat? saudara? adik beradik??

apakah perbezaan semua ni??
pelbagai orang, pelbagai ta'rifnya..

adakah kita perlukan mereka??
ye.... kita amat perlukan mereka..
tp yang mana satu lebih kta perlukan?
mungkin ada yang berpendapat;

1) "saya perlukan teman sejati."
2) "saya ada rakan2, merekalah yang menolong saya."
3) "tu kawan saya, sayan suka kawan dengan dia."
4) "inilah sahabatku dunia dan akhirat."
5) "kita kan saudara seislam?"
6) " kamu adalah adik beradik saya.'

antara semua2 tu, mana satukah kata2 kamu??

bagi saya, untuk sekarang ini, paling dekat dengan saya adalah adik beradik saya selepas ayah dan ibu.
kalau saya ada masalah terpendam, saya ceritakan kepada adik beradik saya..

siapa adik-beradik saya??
adik?
kakak?
abang?

ye.... mereka tu semua adik beradik saya..
saya sangat beruntung dikurniakan adik-beradik seperti mereka.

mana perginya kawan saya? sahabat saya? rakan saya? teman baik saya?? terutama saudara seislam saya?
firman Allah; "setiap muslim itu bersaudara."

mereka semua tu..
mereka ada...
tapi mereka macam jauh ja dengan saya..
bila saya ada musykilah, susah nak bercerita.
susah nak meluahkan perasaan..
susah nk kongsi perasaan.
kenapa??
sebab mereka xfhm situasi saya.
saya dalam kemelut..
dunia dan akhirat.
hanya pada Allah saya mohon dipermudahkan urusan..
Firman Allah; "dan mintalah pertolongan (pada Allah) dengan jalan sabar dan mendirikan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali bagi orang2 yg kusyuk."(2:45)

saya tahu, hidup kat dunia ni bukannya senang.
macam2 dugaan menimpa.
lain orang lain dugaan n ujiannya.
sebab firman Allah;
"Allah tidak membebani sesorang itu melainkan sesuai dengan kemampuannya."(2:286)

terutama sekarang ni musim peperiksaan.
quiz mengejut.
huhu..
semua tu salah saya sendiri sebab tak ambik ihtimam masa ustaz bagi tau tarikh exam..
xleh nak salahkan orang.
saya perlu sedar kesalahan yang saya sendiri created.
firman Allah;
"Sesungguhnya org2 yang bertaqwa apabila mereka ditimpa was2 dari syaitan, mereka ingat kpda Allah maka ketika itu juga mereka akan melihat kesalahnnya(sedar kembali)"(Al-'Araf:201)

memang jadi pengajaran la tu.
walaupun ustaz n ustazah cakap, ada murid dia yang faham, ada juga yang xfhm...
huhu, saya la tu..
apa boleh buat saya memang xpandai macam sesetengah orang..
tapi saya tetap sedar, Allah menciptakan setiap dari hambanya sama saja.
saya patutnya lebih banyak bersyukur.
firman Allah;
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur,pasti kami akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." (14:7)

semuanya terpulang kepada hambanya masing2 utk berusaha dan menjadi lebih pandai.
bagi saya, saya bukannya tak boleh..
tapi boleh, malah boleh jadi yang TERBAIK.
itu semua bergantung pada diri saya sendiri.
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum hingga kaum itu mengubah apa yang ada di dalam diri mereka"(13:11)

ibu saya pernah berkata;"kakngah boleh, tapi kakngah je yang xmau."
sedih betul bila pikir balik kata2 tu.
kenapa mesti saya xnak?
mungkin Allah nak tunjuk yang lebih baik selepas tu??

ya betul tu..
ibu saya agak terkilan pada awalnya, tapi sekarang dia lagi terkilan dengan saya.
walaupun pointer saya xsegempak adik berdik saya yang lain,
tapi saya bahagia dengan penerimaan ibu saya.
sebab kadang2 apa yang ibu saya nak bukanlah terbaik utk saya. begitulah sebaliknya pada diri saya.
firman Allah;
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah lebih mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (2:216)

apa ibu saya kata; "tu la kakngah, umi dah kata kakngah boleh. xpe, lpas ni boleh dapat 3.7 pula."
=) =D =)
alhamdulillah.. teknologi sekarang semakin maju.
Allah nak tunjuk kat saya, andai saya yakin dengan-Nya, apa yang saya nak semua akan dapat.
saya dapat famili saya,=) saya dapat adik beradik saya =) saya dapat rakan2 saya...=)
firman Allah;
"Janganlah kamu nerasa lemah dan berdukacita, kamu adalah lebih tinngi(darjatnya) sekiranya kamu beriman." (Ali-Imran:139)
mampukah saya mencapai tahap ini?? insya-Allah..

ye.. saya lagi suka sebut rakan..
hehe..
kenapa?
entah, mungkin lagi sedap kot..
Ya Allah, saya berdoa kepada Mu semoga adik beradik saya yang lain percaya dan yakin denganMu.
janganlah biar kami putus asa dengan rahmatmu.
firman Allah;
"....dan janganlah kamu berputus asa darpada rahmat Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Yusuf:12)

kadang2 dugaan tu datang bertubi2 dan pelbagai persoalan timbul..
masa tu la Allah nak uji keyakinan kita pada Nya.
firman Allah;
"Apakah manusia mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan 'telah beriman' sedang mereka tidak diuji?" (Al-Ankabut:2)

bagi saya bila masalah dan dugaan tu menimpa saya, saya rasa nak marah.
tapi saya lupa , saya marah pon apa yang saya dapat. hanya iblis dan syaitan je yang bersorak gembira.
jadi, lebih baik saya diamkan saja.sabar saja lah..
firman Allah;
"wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu, dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih dari kesabaran musuh di medan perjuangan, dan bersedialah serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya." (Ali-Imran)

tapi nak kawal nafsu tu bukan senang. tambah2 kalau seseorang tu perempuan.
nafsu 9, akal 1. lain pulak lelaki, akal yang 9, nafsu hanya 1.

=) apa la yang saya mengarut kat atas tu.
kesimpulannya, saya hanyalah seorang hamba Allah yang hina lagi daif,
saya ada banyak tanggungjawab, tapi saya selalu cuba menangguhkannya.
ampuni saya Ya Allah.
Hanya engkau saja yang mampu dan berkuasa untuk memberi taufik dan hidayah kepadaku.
saya berharap perkara yang sedang saya ubah sekarang, saya boleh beristiqamah..

1) BOIKOT BARANGAN ISRAEL.!!!!!!!!!

bukan senang tu, hasutan2 syaitan banyak saja.
Tsauban ra meriwayatkan hadis daripada Nabi saw yang berbunyi;
"Istiqamahlah kamu dan jangan sekali-kali menhitung amalanmu."

Alangkah indahnya juga kalam Abu Ali al-Jauzajani yang membenci perbuatan sebahagian org yg mencari kemuliaan diri melalui karamah;
" Jadilah penutut Istiqamah, jgn jadi penuntut karamah."

begitu juga Muhammad al-Wasiti berkata;
"Istiqamah adalah akhlak sempurna, tanpanya akhlak menjadi buruk."

2) SABAR!!!
firman Allah;
"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang2 yang berjihad di antara kamu, dan belum nya orang2 yang sabar."
(Ali-Imran:142)

insyaAllah, bak kata sorang akak tu.
kita nak ubah biar sikit2, bukan sekali gus.. syukurlah kalau dalam sehari tu dapat kita kurangkan sedikit bnda lara yang kita buat..
manusia tidak sempurna dan tidak akan pernah sempurna.
manusia sentiasa melakukan kesilapan dan xkan pernah lekang daripada melakukan kesilapan.
manusia semuanya hina pada pandangan Allah melainkan manusia yang benar2 beriman dan bertaqwa kepada Allah.
Semoga adik-beradik, teman, rakan, kawan, sahabat dan semua saudara saya yang membaca luahan ini akan tergolong dalam kalangan manusia yang mendapat rahmat dan hidayah daripada Allah serta tergolong dalam manusia yan soleh solehah di dunia dan di akhirat..
firman Allah;
"Dan tiada kehidupan dunia ini selain dari main2 dan senda gurau dan sesungguhnya kampung akhirat itu lebih baik bagi orang2 yang bertaqwa. Apakah kamu tidak berfikir?"

(Al-An'am:63)

Wallahu a'lam bisawab......

2 comments:

Ristant Ariez said...

<> P'kongsian yg amat menarik,b'cte smbil memasukkan maksud ayat2 Al qur'an.
p'kongsian ni amat berharga buat sy& semua.InsyaAllah........

Ainnafz said...

terima kasih.... insya-Allah. saya berusaha umtuk trus istiqamah..

Allah Maha Pemurah~~^^

"Siapa yang takutkan Allah (bertaqwa kepadaNya), maka Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberikannya rezeki dari jalan yang tidak disangka." (Al Talaq: 2)