Ujian untuk diriku

"ALLAH TIDAK MEMBEBANI SESEORANG ITU MELAINKAN SESUAI DENGAN KEMAMPUANNYA."(AL-BAQARAH:286)




Allah Maha Melihat~~^^

"Tidak berlaku bisikan antara tiga orang malainkan Dialah yang keempatnya, dan tiada (berlaku antara) lima orang melainkan Dialah yang keenamnya, dan tiada yang kurang dari bilangan itu dan tiada yang lebih ramai melainkan Ia bersama-sama mereka di mana sahaja mereka berada." (Al Mujadalah: 7)

Klik sini untuk ikut ~~=)

Sekarang pukul.....

Hari ni hari.....

Thursday, July 22, 2010

ape pandang2???

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

"Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat. dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya(auratnya),........................"(An-Nur:31)

benarlah Nabi Muhammad saw apabila baginda menyatakan zina mata itu dengan memandang. Uthman bin Affan ra melihat kesan zina itu ada pada mata sahabatnya Anas bin malik ra, lalu terus ditegurnya agar kesan itu tidak melarat membawa ke hati.

Mata apabila memandang, maka akan membuatkan hati tidak keruan dan menambahkan kekotoran yang sukar dibersihkan.

Penyakit orang lelaki ialah gangguan wanita. seorang lelaki akan mampu bangkit menentang orang yang lebih kuat daripanya, namun biasanya mereka akan kecundang dengan kelembutan seorang perempuan. Panahan Iblis akan mengena mata lelaki agar menumpukan perhatian kepada perempuan.

أستغفر الله العظيم.. dah 19 tahun 3 bulan saya bernafas menggunakan oksigen yang dikurniakan oleh Allah kepada setiap ciptaannya, baru hari ni saya mengambil ihtimam tentang perkara ini.
perkara pe?? menjaga pandangan. Bukannya sebelum ni tak pernah menjaga pandangan. semua orang yang belajar agama tahu kepentingan menjaga pandangan. tapi tidak pernah perkara itu melekat di hati, sebab tu lah selalu ja terlupa.

Al-Syafie merasakan sukar untuk menghafal ilmu, rupanya ini kerana beliau telah terlihat aurat seorang wanita tanpa sengaja.

Kenapa saya susah nak menghafal? boleh menghafal. tapi mengambil masa yang lama untuk ingat. dah boleh hafal tapi selepas 5 atau 10 minit, kalau ada yang tanya lepas tu dah lupa.
selain hubungan kita dengan Allah belum setle, yang mana ia melambatkan bunga yang cantik dan harum terhasil,
ni la salah satu perkara yang kita sering lupa.kasihan pada diri sendiri. memang betul kita tahu kita mesti menjaga pandangan. tetapi kita juga sering lupa. kadang-kadang bukan kita sengaja pada kali pertama, tapi jarum iblis dah masuk, nafsu pun tarik lagi, tu yang terleka untuk memandang kali kedua. Apatah lagi jikalau yang memandang dengan sengaja. Astaqfirullah..
em?? jaga pandangan yang bagaimana tu?

jaga pandangan ada macam2 jenis, antaranya, mata memandang seseorang yang bukan muhrim. lelaki pandang perempuan, perempuan pula pandang lelaki.dari pandangan turun ke hati. =D tp, pandangan yang berniat la. andai kata berbincang dengan mereka, xde pandang langsung melampaulah. nanti dipandang sombong pula.=D
tu pandang mata, wajah. lagi,pandangan yang pandang aurat muhrim atau bukan muhrim.
huhu, yang ni yang susah. sebab dalam dorm sendiri ada perkara tu. tu belum lagi kat luar petang2 kat padang. manusia ni memang pelik2. kita ingat mereka yang tak faham, rupanya kita yang tak faham sikap mereka yang tak faham tu. tak faham2. =p

golongan yang mendedahkan aurat ni, macam pakai short pant ke, pakai tudung jarang ke, baju ketat, seluar sendat ke, mereka ni tahu batasan aurat dia dengan orang lain tetapi masih buat perkara yang memang dilarang. bukan sahaja perempuan yang tak boleh pakai seluar ketat dan sendat, lelaki pun tak boleh juga. tapi, kita sangka baik mereka tak tahu.

Hanya disebabkan pandangan yang sedikit tu, membuatkan diri kita lemah, lemah sehingga tak dapat melakukan ibadah kepada Allah, seperti lambat boleh menghafal ilmu2 yang baik, malas nak solat sunat, berat nak puasa . macam2 alasan bagi.dan yang paling teruk, perkara2 lara pula seronok dibuat. nauzubillah..

maka, Tunduklah mata, jagalah hati. Sesungguhnya hati ibarat tandas yang sentiasa dikotori dengan najis. Taubat pula ibarat air yang membersihkan, namun kotoran yang banyak akan meninggalkan bekas di tandas tersebut.

Seseorang yang menjaga pandangan mata akan menjadi seperti orang alim yang soleh ke sungai untuk membersihkan muka suatu ketika. Orang soleh itu amat menjaga pandangan mata. Dalam masa yang sama, terdapat seorang perempuan mandi di sungai tanpa menutup bahagian dadanya. Apabila orang soleh itu terpandang perempuan yang tidak tertutup itu, tiba-tiba sahaja dada perempuan itu sakit.Ini adalah kerana tajamnya pandangan mata orang yang soleh.

wallahua'lam..
*sumber: Khadra' Al-Diman

No comments:

Allah Maha Pemurah~~^^

"Siapa yang takutkan Allah (bertaqwa kepadaNya), maka Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberikannya rezeki dari jalan yang tidak disangka." (Al Talaq: 2)