Bismillah..
Assalamu'alaikum
***
Seusai aktiviti berkumpulan bedah buku bersama sahabat2, gadis itu berjalan pulang ke kolej kediamannya yang terletak kurang daripada 1km dari tempat berlakunya aktiviti tersebut. Sambil kakinya enak mengatur langkah, fikirannya melayang dan berfikir tanpa menghiraukan orang sekeliling yang lalu lalang.
"Tiga perkara yang perlu kita sebagai seorang muslimah ubah adalah, yang pertama adalah dari segi cakna tentang isu semasa, isu siasah dan pelbagai isu. Kurangnya muslimah berbicara dan berbincang tentang ini. Sebaliknya kita seringkali gemar mengupas isu berkaitan cinta, hati dan berkaitan emosi. Kalau ada pun, kita tidak berani menyuarakan dan menerima kritikan."
Gadis itu mengimbau kembali konklusi yang dibuat oleh ketua kumpulan perbincangan tadi. Hatinya sudah lama terdetik untuk bergerak dalam hal itu. Tetapi keadaan sekelilingnya yang berada dalam fatrah peperiksaan juga menyebabkan tindakan susulannya terbantut. Benar kata sahabatnya.
"Awak ni kena selalu diberi semangat, dorongan. Kena selalu diingat. Jika tidak, mudah saja terleka dan ralit dengan dengan sesuatu perkara."
Gadis itu mengakui. Hati kecilnya walaupun menidakkan bahawa dia hanya diam tanpa usaha, tetapi tindakannya lebih dulu menunjukkan hasil.
Sampai di pagar masuk asramanya, dia teringat untuk ke cafe, membeli sedikit makanan untuk mengisi perutnya yang sedari tadi berbunyi minta diisi.
"Yang keduanya, dalam kalangan kita dan sahabat muslimat, kurangnya muslimah yang hebat atau yang boleh untuk public speaking. Kalau yang ada pun, segelintir sahaja. Kita akui, kita mempunyai sahabat muslimat yang petah berkata-kata. Jika diberi masa sejam untuk bercakap pon tidak cukup. Tetapi apabila diminta untuk berkongsi atau bercakap dihadapan umum terutamanya yang menggabungkan dua gender, golongan muslimah tadi kaku, nervous yang terlampau sehingga tidak mampu untuk ke hadapan. Hanya beberapa orang sahaja yang petah untuk ke hadapan. Kita harus mengatasi masalah ini, Ini masalah keyakinan diri."
"Apa kata kita buat kelas public speaking?" Seorang sahabat gadis itu memberikan cadangan.
"Bagus juga idea tu. Bagaimana?" Tanya seorang sahabat lagi.
"Kalau nak buat kelas public speaking, sangat bagus. Dan harapnya mendapat sambutan daripada sahabat-sahabat lain yang inginkan perubahan." Akhirnya ketua perbincangan membuat keputusannya. Gadis itu hanya mengangguk. Sangat bersetuju dengan cadangan sahabatnya. Ini adalah peluang baginya untuk meningkatkan lagi skill public speakingnya.
"Seterusnya yang ketiga apa?" Gadis itu bertanya apabila semuanya diam seketika.
"Okey, yang ketiga adalah yang paling core, iaitu kurangnya muslimah membaca."
Gadis itu dan 3 lagi sahabatnya pantas mengangguk. Setuju dengan statement ketua perbincangan mereka. Ketuanya hanya tersenyum. Dia menyambung lagi.
"Ia menjadi masalah utama kepada masalah-masalah lain. Sebagai contoh, jika kita ingin bercakap dihadapan umum, kita perlukan ilmu dan input untuk diluahkan.. Input dan ilmu itu kita peroleh daripada pembacaan. Tetapi jika kita kurang membaca, bagaimana kita ingin mengeluarkan sesuatu yang tidak kita tahu?"
Semua orang di dalam bulatan itu mengangguk. Isu membaca ini bukan isu baru. Sudah lama dibangkitkan dan diprovokasikan. Gadis itu juga sudah lama menjadikan membaca adalah hobinya. Ia berjaya, malangnya genre pembacaannya adalah kurang tepat menyebabkan apa yang dibacanya sukar untuk diterjemahkan didalam bentuk pengucapan umum atau penulisan. Hal ini kerana, pembacaannya lebih kepada sesuatu yang berbentuk penceritaan dan muhasabah nafsiah. Dia perlu menukar genre pembacaannya. Dahulu, boleh saja dia mengambil ringan tentang ini. Tetapi sekarang, komitmennya lebih diperlukan oleh sahabat-sahabatnya. Jadi, dia tidak boleh hanya ingin persiapkan diri, tanpa ada usaha untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat yang lain. Bukan tidak pernah diingatkan tetapi bak kata Dr Mahathir,
"Melayu mudah lupa."
Gadis itu menggeleng. Kalau bekas PM itu mengklasifikasikan Melayu seperti itu, maka Melayu harus melakukan perubahan. Tidak boleh diam dan mengiyakan.
Makanan yang ditempahnya sudah siap dibungkus. Setelah membayarnya, Gadis itu terus bergerak menuju ke blok penginapannya.
'Hari ini bukan permulaan bertindak, kerana aku sudah lama memulakan. Tetapi, hari ini adalah permulaan untuk pemerkasaan. Banyak yang perlu dibaiki dan ditambah. In sya Allah semoga Allah memudahkan urusanku dan sahabat-sahabatku.' Gadis itu bermonolog dengan satu azam bukan saja untuk semalam, dan hari ini, tetapi untuk hari2 yang akan dilaluinya.
***
Saya fikir gadis itu terkilan kerana tindakannya banyak dipersoalkan kembali. Salah dia juga kerana cuai dan leka dalam mengatur hidupnya sendiri.. Heh. Tapi tidak terlambat kerana segalanya adalah permulaan untuk hari esok.
Semalam ku berjanji
Pada diriku ini & jua kepada diriMu
Daku telah berjanji
Tak akan mengulangi kesilapan kulakukan kelmarin
Tapi hari ini Kau saksikan
Diri ini telah lakukan
Dosa yang kujanji takkan ku ulangi
Rasa seperti telah hilang percaya pada diri
Dan rasa amat malu untuk menghadapMu
Kerna ku sering mungkir janji pada diri sendiri
Oh Tuhanku kuharap keampunan dariMu
Oh Ya Allah,
Telah kurasa seluruh nikmatMu
Umpama istidraj yang menggunung tinggi
Kerna kesilapanku yang sendiri tak mampu
Untuk Iltizam pada taubatku...Oh Tuhan
Oh Tuhan
kuharapkan..Kau ampunkan dosaku
Hulurkanlah padaku maghfirahMu
Ku sedar diri ini hanya hamba yang lemah
Oh Tuhan Kau terimalah taubatku..








