Bismillah..
Assalamu'alaikum..
Penat nye.. Panas betul hari ni. agaknya malam ni nak hujan. ^_^ tinggal lagi dua paper.!! tak sabar nak balik!! tapi..
Maafkanku teman.. T_T teringin sangat nak berjalan2 dengan korang ke Cameron. tp saya nak balik. ^_^ mungkin lain hari, saya janji saya akan ikut pergi jalan2..
hari ni dah 3hb Mei, 6hb Mei dah exam ulum hadith.. errk.. kena abiskan cepat2 ni baca. boleh buat latihan.. :)
***
Gadis itu meletakkan sebungkus plastik yang mengandungi makanan yang baru dibelinya. Dikerling matanya sepintas ke jam analog yang terletak di atas rak.
'Dah 3.50.' monolog gadis itu sendirian.
Teringat gadis itu pada sahabat baiknye. Mungkin sekarang beberapa bab sudah habis dia dan sahabat yang lain belajar berkumpulan. Tetapi dia masih melilau dalam kawasan kampus menyelesaikan beberapa perkara yang sudah tertangguh. Dia juga ingin belajar berkumpulan, kerana cara belajarnya begitu. Susah benar nak faham jika bersendirian. Teringat perbualannya dengan ustaz tilawahnya.
"Susah benar la ustaz, saya nak kekalkan apa yang saya hafal. Dah beberapa kali saya ulang"
"Awak hafal seorang diri?" Tanya ustaz, gadis itu hanya mengangguk tanda mengiyakan.
"Awak ada mintak orang lain dengar semula tak hafalan awak?" Ustaz bertanya lagi, gadis itu pantas menggeleng.
"Itulah dia. bila tiada guru yang dengarkan bacaan kita, maka syaitan yang mendengar."
Tersentak gadis itu, sahabatnya yang ada bersama dengannya ketika itu juga mengangkat kepala memandangnya..
"Jadi itu gunanya guru. bila bersendirian, kita akan rasakan apa yang kita hafal itu semuanya tepat."
Gadis itu mengakui. Begitu juga dalam belajar. Tak nak syaitan yang menemaninya belajar. Seboleh mungkin dia ingin mencari teman belajar. Tetapi kekangan2 dirinya dan sahabat lain menyebabkan mereka tidak dapat untuk belajar bersama. Walaubagaimanapun, gadis itu tetap akan mencari masa untuk belajar berkumpulan paling kurang satu kali berjumpa dengan sahabat2 nya.
Seorang sahabat gadis itu yang merupakan bekas rakan sebiliknya dan bakal rakan sebiliknya semula untuk sem hadapan, mereka bersama-sama mengambil subjek yang sama untuk setiap semester di kampus. Maka, dapatlah dia berdiskusi dengan sahabatnya itu, dan gadis itu sangat bersyukur kerana sahabatnya itu begitu sabar melayan kerenahnya setiap kali berdiskusi. Kadang-kadang dia tersenyum sendiri bila terkenang kembali diskusi mereka berdua. Gadis itu suka benar nak bercakap, nak menerang, dan sahabatnya hanya mendengar penuh kusyuk. Sesekali ada juga dia menyampuk bila ada kesalahan fakta yang gadis itu berikan. Bahagia hati gadis itu apabila tindakannya dihargai. Sahabatnya itu seorang yang benar2 memahami dirinya.
Seusai makan, gadis itu mengusha laman sosialnya. ada beberapa mesej yang perlu dibalasnya. Tangannya pantas menaip isi kandungan mesej tersebut dan mengklik 'send'. Leka dia membaca komen dan status sahabat-sahabatnya di laman sosial, azan berkumandang tandanya waktu asar sudah masuk.
'Astaghfirullah, tak sedar masa berlalu.' detik hati gadis itu.
Benarlah, masa yang berlalu begitu pantas, tidak sempat hendak mengejarnya. Sekurang-kurangnya ada manfaat dan ilmu baru yang dia perolehi daripada pembacaannya di laman sosial tadi.
Gadis itu bergegas bangun apabila terdengar pintu biliknya dikuak. Gadis itu bertekad, biarpon dia berseorangan, dia harus boleh menyesuaikan diri agar dia tidak memandang buku kertas pelajarannya hanya kerana tiada teman untuk belajar.
***
letihnye bahu bila menaip ni. hehe. lama sudah tidak bertapa menaip ni.. kihkih..
Alamak! nota kena siapkan. lain kali sambung lagi.. ^_^
:: Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum w.b.t.. sebarkanlah salam kerana itu menjalin erat ukhwah sesama muslim..~~^^
Ujian untuk diriku
"ALLAH TIDAK MEMBEBANI SESEORANG ITU MELAINKAN SESUAI DENGAN KEMAMPUANNYA."(AL-BAQARAH:286)
Allah Maha Melihat~~^^
"Tidak berlaku bisikan antara tiga orang malainkan Dialah yang keempatnya, dan tiada (berlaku antara) lima orang melainkan Dialah yang keenamnya, dan tiada yang kurang dari bilangan itu dan tiada yang lebih ramai melainkan Ia bersama-sama mereka di mana sahaja mereka berada." (Al Mujadalah: 7)
Klik sini untuk ikut ~~=)
Sekarang pukul.....
Hari ni hari.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Allah Maha Pemurah~~^^
"Siapa yang takutkan Allah (bertaqwa kepadaNya), maka Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberikannya rezeki dari jalan yang tidak disangka." (Al Talaq: 2)


No comments:
Post a Comment