Bismillah..
Assalamu'alaikum..
Malam ni kena lebih bertungkus lumus untuk exam Ulum Hadis esok pagi pukul 9pagi.
Sebut tentang Ulum Hadith, saya belajar dengan Ustaz sayuthi. Ustaz adalah seorang yang baik (ayat permulaan yg standard utk memuji :p).
Serius.
Pada permulaan belajar degan Ustaz, saya cuba untuk positif, tak nak fikir macam orang lain khabar2 dan gembar gemburkan pasal ustaz yang strict markah ni.
Hari pertama, alhamdulillah berlalu dengan baik dan lancar, ustaz mungkin agak laju bercakap, tetapi bahasa arabnya mudah untuk difahami walaupun kadangkala blurr seketika.(bila ustaz cakap laju ni, saya byk jugalah tertinggal, hu -_-')
Sehingga hari-hari seterusnya. Belajar dengan ustaz adalah sesuatu yang menarik. Daripada cara ustaz, ustaz adalah seorang yang cuba memahami pelajarnya. Ustaz dilihat cuba menjiwai watak pelajarnya, dan mendalami kondisi bagaimana pelajarnya nak memahami bahasa arab, bagaimana pelajarnya belajar di dalam kelas dan di bilik, bagaimana sikap pelajarnya di dalam peperiksaan, dan pelbagai lagi perkara yang ustaz sentuh di dalam kelas yang sememangnya selari dengan aktiviti dan fi'il pelajar.
Bagi saya, pemula kepada sesuatu perkara itu menjadi main point dan keghairahan kita untuk bertindak seterusnya. Pemula di dalam kelas Ulum Hadith adalah persepsi positif terhadap guru. Apabila saya mendengar pelbagai khabar angin tentang ustaz, saya cuba set minda saya,
'Aku nak ustaz begini begitu, sekian sekian...'
Maka, hasilnya terpantul semula berdasarkan apa yang kita idamkan. Ini kerana, apabila kita mampu mengawal keadaan emosi dan persepsi kita sendiri, In sya Allah kita mampu untuk mengawal keadaan sekeliling kita umumnya.. Inilah kuasa minda. Jika kita dapat mengawalnya dengan baik, tidak mustahil untuk kita bertindak lebih baik daripada keadaan kita sekarang.
Belajarlah untuk positif. bak kata orang putih. "Don't judge the book by its cover."
Mungkin saja apa yg tidak kita fikirkan itu lebih baik daripada apa yang kita fikirkan.
Wallahu a'lam
:: Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum w.b.t.. sebarkanlah salam kerana itu menjalin erat ukhwah sesama muslim..~~^^
Ujian untuk diriku
"ALLAH TIDAK MEMBEBANI SESEORANG ITU MELAINKAN SESUAI DENGAN KEMAMPUANNYA."(AL-BAQARAH:286)
Allah Maha Melihat~~^^
"Tidak berlaku bisikan antara tiga orang malainkan Dialah yang keempatnya, dan tiada (berlaku antara) lima orang melainkan Dialah yang keenamnya, dan tiada yang kurang dari bilangan itu dan tiada yang lebih ramai melainkan Ia bersama-sama mereka di mana sahaja mereka berada." (Al Mujadalah: 7)
Klik sini untuk ikut ~~=)
Sekarang pukul.....
Hari ni hari.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Allah Maha Pemurah~~^^
"Siapa yang takutkan Allah (bertaqwa kepadaNya), maka Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberikannya rezeki dari jalan yang tidak disangka." (Al Talaq: 2)



No comments:
Post a Comment