Ujian untuk diriku

"ALLAH TIDAK MEMBEBANI SESEORANG ITU MELAINKAN SESUAI DENGAN KEMAMPUANNYA."(AL-BAQARAH:286)




Allah Maha Melihat~~^^

"Tidak berlaku bisikan antara tiga orang malainkan Dialah yang keempatnya, dan tiada (berlaku antara) lima orang melainkan Dialah yang keenamnya, dan tiada yang kurang dari bilangan itu dan tiada yang lebih ramai melainkan Ia bersama-sama mereka di mana sahaja mereka berada." (Al Mujadalah: 7)

Klik sini untuk ikut ~~=)

Sekarang pukul.....

Hari ni hari.....

Sunday, June 2, 2013

Usaha Lagi!

Bismillah.
Assalamu'alaikum.

Lama sudah tidak menjenguk teratak ini, sawang itu x terkata la. hehe.. 4.45pg ini teringat pulak nak mencoret sesuatu. ^^, Moga ada sesuatu yg bermanfaat daripada perkongsian ini..

***

Seawal jam 4 pagi, kelihatan Gadis itu menyelak kertas-kertas dan buku-buku di rak bukunya. Mencari sesuatu.

'Huh. Mana ni..' Keluh gadis itu. Apa yang dicarinya tak dijumpai. 

Dia kembali duduk mengadap notebooknya. Membuka laman sosial muka buku yang semakin dirasanya kurang berminat. Terlalu banyak perkataan, membuatnya tidak tahu apa yang patut dibaca. 'minimize' tab di klik. Baginya, perlu juga dia meninjau laman sosial itu, terutama group2 yang banyak memerlukan perhatian. Jika ditinggalkan , pasti banyak info2 baru akan ketinggalan. 

Kadang2 perlu dimanfaatkan juga teknologi begini, walaupun orang kafir yang memilikinya. 

'Jangan kufur nikmat..' Gadis itu teringat kata2 nya sendiri yang sentiasa dia ulang2. Tiba-tiba dia tersenyum sendiri. 

Gadis itu sedar keadaan dia sekarang semakin mencabar dirinya berbanding dulu kala. Gadis itu pernah luahkan sesuatu yang membuatkan saya tersentak. Namun saya sedar itu hanya kata2nya dalam keadaan tidak stabil.

"Saya rasa macam nak berhenti daripada semua ini. :(". Gadis itu meluahkan.

"Berhenti? Apa dah terjadi?". Saya tidak puas hati. Selama ini saya sedaya upaya menjaga hatinya. menegurnya secara diam. walaupun kadang2 teguran saya ini tidak diendahkannya, saya tetap memberi.

"Saya patut pilih salah satu. Saya tak nak. Tapi keadaan saya yang tak mampu nak fikir banyak benda."

'Tentang FIKIR lagi.' Terdetik di fikiran saya suatu ketika dulu gadis itu dilema tentang hal ini juga. Saya hanya diam, memberi ruang untuknya meluahkan lagi.

"...". Gadis itu terus diam. hanya air mata yang mengalir.

"Awak, berada di 2 jalan ini sememangnya sukar. Satunya, awak tidak minat. Satunya lagi kemampuan skill awak yang terhad. Awak mampu, jika tidak Allah tidak campakkan awak ke atas jalan ini."

Gadis itu memandang saya. Cuba menangkap maksud yang saya ingin sampaikan. Saya menyambung lagi.

"Apa yang perlu awak buat adalah bersabar. Allah sedang tabiyah awak. Awak tahu kelemahan awak kan? Dalam tempoh 5 tahun ini, sabar itu, s.a.b.a.r itu yang perlu awak pupuk dalam diri awak."

saya tambah lagi apabila lihat gadis itu seperti tidak berminat untuk menyampuk.

"Usaha. itu yang kedua. Lihatlah sendiri. Setara mana usaha awak untuk mengubah diri awak."

"Saya sedang berusahalah  ni." Berkerut muka gadis itu apabila tindakannya disangkal.

"Usaha lagi!" tegas saya.

"Usaha lagi"

"Dah usaha, usaha lagi."

Diam seketika. Kerutannya hilang. Teringat saya yang gadis itu pernah di'kendi' suatu ketika dulu juga disebabkan istilah 'usaha' ini.

"Mustahil Allah tidak nampak usaha awak. Setiap usaha akan ada hasilnya. ingat tu!"

Gadis itu termenung. Usahanya tidak seberapa, dan dia hasilnya juga tidak seberapa. Dia tidak boleh terus berpuas hati kerana usahanya yang sedikit ini ada membuahkan hasil juga.

"Huh", keluhan yang tidak kedengaran, tetapi jelas kelihatan gadis itu mengakui kesilapannya.

Saya tersenyum. saya akan bantu dia semampu saya. Saya juga tidak kuat. Kekuatan saya bergantung pada gadis itu. Kuatnya gadis itu, bertambah kuat diri saya.

Gadis itu tersedar daripada lamunan. Chatbox naik, seorang kawan sekampung menyapanya. Sesi berbalas komen berlaku.

> Salam kak.

> Waalaikumussalam.

> Akak oo akak..  Tak tido lagi ke kak.

> Bukan tak tido lagi, baru terjaga ni.

> Ooo. Kak, tolong like page ni. Generasi Al Ghuroba.

> Ok. page tentang ape tu?

> jihad islamiyah.. tentang permasalahan umat Islam di seluruh dunia. terutamanya di Syria, dan Palestin.

> awak admin?

> Ye kak. hehe. ramai lagi admin. orang Malaysia,Indon, Arab pon ada kak. 

Ohya kak. add kawan saya ni. dia ni rakan aktivis kemanusiaan dan ketua admin. Asalnya saya bergerak solo, tapi sekarang saya bergerak bersama mereka. 

> Aktivis kemanusiaan? Buat ape je?

> Aktivis di alam maya je. Share info2 berkaitan penindasan umat Islam seluruh dunia. 

Sebenarnya saya minat nak jadi askar kak.. dan perang2..

Gadis itu terdiam. Ada satu aliran mengalir dalam jantungnya.

> Semoga niat sucimu jadi kenyataan. Askar Malaysia tak sama dengan askar Palestin.

> Tak suka Malaysia punya. Saya suka bridget al-Qassam kat Palestin. Kenal tak Syeikh Ahmad Yassin.. Dia lumpuh daripda kecil. Pernah dipenjarakan. Dia lah yang tubuhkan pasukan ni.. Kalau tak silap dia mati semasa keluar dari masjid semasa subuh. Dibom.

> Ye2. kenal. Beliau mati syahid. Semoga ditempatkan dengan orang2 beriman dan solehin.

Awak boleh sumbang apa2 yang awak mampu. sebagai contoh, jadi doktor. boleh juga bantu rakyat palestin.

> Tapi saya minat angkat senjata. Saya nak berperang bersama rakyat Palestin. Apa yang penting kita perlu tegakkan daulah Islamiyyah di Malaysia dulu..

Gadis itu tersentak.. Rasa terpukul dengan kata-kata itu.

'Masya Allah..' Gadis itu memuji dalam hati.

Panjang perbualan itu. Ada sesuatu yang Allah ingin menegurnya. Sedangkan seorang insan yang tidak pernah mengenal Usrah, tarbiyah.. juga tahu dan sedar akan tanggungjawab perjuang menegakkan Islam. Inikan pula dirinya yang sentiasa disuapkan dengan kewajipan berdakwah, menegakkan syiar. Terasa malu dirinya dihadapan insan ini. Seorang adik baginya yang berjiwa besar dan bercita-cita tinggi.walaupun Dia tidak menyambung pelajarannya ke peringkat lebih tinggi kerana kursus yang diperolehi tidak diminati, tetapi dia ada cita-cita untuk mati syahid. Malah, kelebihan yang ada padanya di manfaatkan. Kini, dalam usia 20-an, dia sudah mempunyai sebuah sangkar burung yang seluas 26kaki sebagai usaha awalnya dalam bidang penternakkan burung belaan dan puyuh. 

Gadis itu kagum. Dia juga perlu ada sesuatu yang dia buktikan. sesuatu yang dihasilkan daripada bakat dan kelebihannya.  Gadis itu berkira2 ingin meneruskan perbualan, alarm henfonnya sudah berbunyi menandakan subuh bakal tiba. Gadis itu mengakhiri dengan harapan agar sahabatnya itu teruskan usaha murninya. 

'Alhamdulillah.. Kena lah pada diri.. '. Gadis itu tersenyum sendiri. Dia menutup separuh lip notebooknya dan bergerak mengejutkan rakan-rakan sebiliknya.. Azan Subuh sudah berkumandang. 

Saya melihat dari kejauhan. Mengharap ada sesuatu yang dipelajarinya dini pgi hari .
Alhamdulillah..

***

Berkira2 nak sambung lagi.. tapi kehilangan idea.. hehe.. 

No comments:

Allah Maha Pemurah~~^^

"Siapa yang takutkan Allah (bertaqwa kepadaNya), maka Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberikannya rezeki dari jalan yang tidak disangka." (Al Talaq: 2)