Bismillah~
Seusai kelas Tilawah, para pelajar perempuan bersiap2 untuk bersurai. ustaz di hadapan juga sedang menyimpan fail-failnya. Tiba-tiba ustaz bertanya menyebabkan ada hati yang tersentuh.
"Ha.. sambil2 saya nak tanya."
Semua pelajar perempuan memandang ustaz.
"Kepada yang berpurdah ni. kenapa awak berpurdah?"
Dua orang pelajar berpurdah tiba-tiba cuak dengan soalan itu. Mereka saling berpandangan sebelum menjawab soalan ustaz itu.
"Lillahi Taala ustaz." seorang pelajar berpurdah menjawab.
"Ye kerana Allah, tapi mesti ada sebab lain kan?"
"Ustaz nak tahu sebab lain ye?" tanya pelajar perempuan berpurdah tadi.
"Ye. kenapa awak berpurdah? soalan ni memang kontroversi tapi dapat menguji lagi keteguhan awak berdua dalam berpurdah."
"Sebab... parents." Ringkas jawapan pelajar perempuan tadi. Bukan tak nak cerita , takut panjang pulak. Maka diringkaskan, dia bagi key point sahaja.
"Parents...? Ok. awak pula?" Ustaz menujukan soalan kepada pelajar berpurdah seorang lagi.
"Saya pakai sebab sakit, ustaz. sebelum ni saya sentiasa pakai mask. jadi, daripada saya kesana ke mari dengan mask, lebih baik saya pakai purdah. Lebih baik" Pelajar perempuan itu juga menerangkan ringkas. harapnya ustaz berpuas hati dengan jawapannya.
"Setiap orang ada sebab nak pakainya. sebab itu, sebab ini. Bagus la, jika niatnya baik."
"Bagi ustaz macam mana pulak?" tanya seorang pelajar yang lain. Ingin tahu pendapat ustaz tentang purdah ini.
"Bagi saya, mencegah itu lebih baik daripada awal."
Ustaz diam. Dia memandang pelajar-pelajarnya kelihatan seperti tidak faham dengan ungkapannya. Ustaz tersenyum dan menyambung penerangannya.
"Saya bagi contoh. bermula dengan perempuan yang tidak menutup aurat, pakai ketat2.. Untuk mencegah perkara buruk berlaku, dia mencegahnya dengan cara pakai pakaian menutup aurat, baju longgar, seluar longgar, tudung tutup dada. Nak cegah lebih baik daripada itu, pakailah tudung labuh pulak, baju kurung. nak lagi baik, pakai purdah dan seterusnya."
"Nak lagi baik ustaz? selepas pakai purdah?" Tinggi perasaan ingin tahu pelajarnya.
"ha.. jangan keluar rumah." Ringkas ustaz sebut. Semua orang dalam kelas itu ketawa. Ada logiknya, fikir mereka..
Hari itu memberi satu pengajaran yang bermakna buat gadis itu. Ye! mencegah itu lebih baik!..
TErima Kasih ustaz.. ^^
:: Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum w.b.t.. sebarkanlah salam kerana itu menjalin erat ukhwah sesama muslim..~~^^
Ujian untuk diriku
"ALLAH TIDAK MEMBEBANI SESEORANG ITU MELAINKAN SESUAI DENGAN KEMAMPUANNYA."(AL-BAQARAH:286)
Allah Maha Melihat~~^^
"Tidak berlaku bisikan antara tiga orang malainkan Dialah yang keempatnya, dan tiada (berlaku antara) lima orang melainkan Dialah yang keenamnya, dan tiada yang kurang dari bilangan itu dan tiada yang lebih ramai melainkan Ia bersama-sama mereka di mana sahaja mereka berada." (Al Mujadalah: 7)
Klik sini untuk ikut ~~=)
Sekarang pukul.....
Hari ni hari.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Allah Maha Pemurah~~^^
"Siapa yang takutkan Allah (bertaqwa kepadaNya), maka Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberikannya rezeki dari jalan yang tidak disangka." (Al Talaq: 2)


2 comments:
Sebab tu ada ayat al-Quran arahkan wanita mukminah duk dalam rumah je...
dan waktu perang Siffin, Aisyah vs Ali, orang2 xsetuju Aisyah keluar rumah...
betul3..
tp orang kata, itu dulu, sekarang dah lain.. zaman sudah berubah.. em.
*punyalah lama tak update blog.. =.='
Post a Comment