Ujian untuk diriku

"ALLAH TIDAK MEMBEBANI SESEORANG ITU MELAINKAN SESUAI DENGAN KEMAMPUANNYA."(AL-BAQARAH:286)




Allah Maha Melihat~~^^

"Tidak berlaku bisikan antara tiga orang malainkan Dialah yang keempatnya, dan tiada (berlaku antara) lima orang melainkan Dialah yang keenamnya, dan tiada yang kurang dari bilangan itu dan tiada yang lebih ramai melainkan Ia bersama-sama mereka di mana sahaja mereka berada." (Al Mujadalah: 7)

Klik sini untuk ikut ~~=)

Sekarang pukul.....

Hari ni hari.....

Saturday, March 2, 2013

Usaha! Never Give Up!

Bismillah~
Assalamu'alaikum

Di pagi yang hening, gadis itu menatap screen notebooknya. Mencari sesuatu di lama sesawang untuk dijadikan ilham didalam artikelnya. Namun tidak ketemu.. Gadis itu termenung.. tiba-tiba dia terkenang peristiwa semalam.

"Kita haruslah terus berusaha sehingga sampai ke garisan penamat. Jangan cepat putus asa. Walaupun mungkin ada dugaan dan ujian di tengah perjalanan, terus juga lalui dan hadapi dengan syarat kita mestilah berusaha, jangan cepat putus asa."

"Allahu akbar! Awak sabar ya.. ujian untuk awak. Saya pon pernah gagal juga.  Allah nak tarbiyah kite. Usaha lagi ye dan yakin dengan rahmat Allah. Awak doa banyak2 ye, jangan putus."

"Kita hendaklah bersangka baik dengan Allah, dik. Ada hikmah di sebalik apa yang berlaku ini"

"Sabar ye, Allah nak beri sesuatu yang lebih baik ni."

"Adakah kita dikira beriman sekiranya kita tidak diuji?"

Kata-kata dan bayangan terus terbayang-bayang dan berlegar-legar di dalam minda gadis itu.
Setiap patah perkataan orang sekelilingnya bagai ditujukan kepadanya, sedangkan ucapan itu umum dan bukan ditujukan kepadanya.

"Allah nak menegur aku ni." Detik hati gadis itu.

Teringat gadis itu pada kata-kata kawannya.

"Bagus la Allah bg hati yg mudah terkesan dengan orang sekeliling, walaupun bukan ditujukan pada awak tp awak terasa dengan kata-kata itu kerana awak buat. jadi awak boleh mengubahnya. awak sedar diri."

"Ye! aku sedar diri aku.. Aku nak jadi lebih baik, jadi aku kena ambil apa yang baik daripada orang lain."

"Tapi ingat, jangan kerana pandangan manusia awak lupa pada tujuan perubahan awak itu kerana siapa sebenarnya."

"Sudah tentu kerana Allah!"

Hatinya bermonolog dengan imbasan kembali kata-kata sahabatnya suatu ketika dulu. Bersyukur dia di kurniakan sahabat yang tidak pernah penat menegurnya. Dan semestinya dia tidak boleh menunjukkan reaksi tidak suka atau tidak puas hati dengan teguran itu. Kerana teguran-teguran itu baik untuk pemulihan dirinya.

Berlapang dada. Jangan disalahkan orang yang menegur itu. Jika baik tegurannya, ianya datang daripada Allah. Jangan menunjukkan riak wajah yang tidak suka, kerana ia di ibarat tidak suka dengan teguran Allah.

Mungkin sahaja cara teguran seseorang itu yang membuatkan kita tidak dapat terima walaupon isinya baik untuk kita, tapi jangan terus menghukum orang itu, kerana setiap orang caranya berbeza.

Susah jika hendak orang lain mengikut cara kita, apa kata kita cuba sesuaikan diri dengan cara mereka. In sya Allah tidak rugi, Allah melihat murninya hati kita untuk menjaga hati mereka di sekeliling kita..

Hanya Allah sahaja yang tahu betapa kita perit untuk menyesuaikan diri dengan kondisi baru itu..

"Bersangka baiklah dengan Allah. Ini tarbiyah terus daripadaNya." terngiang-ngiang kata2 kakaknya..

Gadis itu mengakhiran lamunannya dengan satu status yang ianya lahir dari hatinya.. ikhlas atau tidak itu hanya Allah sahaja yang dapat menilainnya.. Dia berharap, ikhlaslah dia menulis kerana Allah..


Bismillah~
Hidup perlukan pengorbanan.
Semasa aku berada didalam kesenangan, aku seringkali pelik adakah Allah tidak sayangkan aku kerana aku tidak diuji dengan kesusahan.

Kesenangan yang datang bergilir ganti dengan kesusahan.
Sekarang aku mengalami kesusahan. Ini lah yang sering aku takutkan dan risaukan, apabila kesusahan itu datang menimpa-nimpa selepas kesenangan melimpah ruah.

Kesusahan yang menimpa diganti kesenangan yang bermakna.
Demi mencapai kesenangan semula, aku harus terus berusaha, positifkan minda dan tidak cepat melatah.
Allah sentiasa melihatku, menguji tahap keimanan aku setara kah dengan mereka yang layak mendapat rahmatnya.

Alhamdulillah,
Takut hati ini buruk sangka dengan-Nya,
aku meraih sokongan dan dokongan sahabat2.
Aku perlu korbankan perasaan ini demi merasai nikmat seorang hamba yang diuji Allah.
Bukan senang, tetapi tawakal dan yakin itu menguasai segala2nya.

Allahu Akbar!


No comments:

Allah Maha Pemurah~~^^

"Siapa yang takutkan Allah (bertaqwa kepadaNya), maka Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberikannya rezeki dari jalan yang tidak disangka." (Al Talaq: 2)