Assalamu'alaikum.
Atas permintaan seorang sahabat. Sebab baru tahu saya orang kedua dapat ni selepas 'dia', jadi tak nak lah menghampakannya. Bak kata umi:
"Kalau tak suka sekalipun apa yang orang bagi, jangan lupa ucaplah terima kasih."
jadi, persembahkan!!
Inilah kartun muslimah yang comey sangat!!
Hijau: Sangat cute sebab saya memang suka hijau, jadi bila ini kaler hijau saya suka la. ^^
Ungu muda: Saya juga suka ungu. Teringat tadi pergi kedai waqec.
Si penjaga kaunter adalah seorang budak yang saya rasa dalam darjah 5 atau 6. Saya membeli sampul surat, dan meletakkan diatas kaunter.
"Berapa ni?."
"Seposen."
"Berapa.??"
Saya kurang jelas.
"Sepuluh sen.!!"
Macam susah je nak sebut. Apa taknya, mulut sedang mengunyah sesuatu.
"OHH.."
Sambil mencari duit 10sen, saya merungut dalam hati.
'Cakaplah jelas2 kan boleh. time ni gak la nak makan pon.'
"Suka hijau ek??"
"Ea?? Hijau?"
Saya memandang diri saya. baju hijau. Beg sandang hijau. Beg duit hijau. keychain gantung di henset pon hijau. lain2 semua hitam.
"Hehe.."
Saya gelak je sambil menyimpan duit baki.
"Anak ke berapa?"
Saya memandang budak itu.
memikir-mikir dalam hati.
'Apa maknanye tanya ni??'
"Anak ke-dua. Nape??"
"Oh. Biasanya anak kedua ni suka Ungu."
"Ooo.. haha.. suka juga ungu."
Kemudian saya terus beredar sambil senyum yang tak lekang dengan kerenah budak tadi. agaknya dia belajar psychology kot. hehehe
Ungu yang lebih terang. Dalam henfon cantik. tapi dalam notebook mcm lain pulak warnanya. jadi suka yang muda tadi lagi. hehee
Oren: warna oren buat saya jadi lebih matang dan ceria. saya suka walaupun bukan kegemaran. ^^
Ini yang paling tak tahan. Dia ni berpurdah. Nak tiru saya la ni.. hehe
Hijau + Oren.. 10/10 saya bagi. inilah yang paling cutest! haha. saya dah nak gi**r ngn dua warna ni.. kihkih.. tapi warna memang sangat mempengaruhi hidup saya..
Hidup HIJAU!.
Hidup HIJAU!.
hehe..
Terharu la jadi orang kedua.
Bila lah nak jadi orang pertama pulak ni..:P








No comments:
Post a Comment