"Solehah itu bukan sahaja luaran, tetapi juga dalaman."
Ungkapan yang sentiasa meniti di bibir muslimah.Serta idaman hampir kesemua muslimah..
***
Satu sosok tubuh itu menjenguk ibunya didapur dari ruang tamu.
"Umi, tengah buat ape?"
"Asam pedas ni.."
"Wah.. sedapnye.. Angah nak juga belajar buat asam pedas.."
"Belajar lah. sebab tu kena rajin tolong umi di dapur ni."
Gadis itu tersenyum malu.. Sedar dirinya kurang membantu ibunya kerana tinggal berjauhan kerana menuntut ilmu. Dah besar panjang ni kena pandai memasak. Nanti boleh hiburkan suami dengan masakan bila berkahwin nanti. Panjang pula angan2 gadis itu.
"Umi, doakan angah ye. Rajin nak masuk cerok dapur.. hehe." Sengih sahaja gadis itu sehingga menampakkan susunan gigi putih yang tersusun.
"Aih, bunyi semacam je.." ibunya seperti dapat menangkap sesuatu, mana tidaknya, anak daranya yang seorang ini sudah besar panjang. Belajar pun dah nak habis tahunnya. Si ibu hanya tersenyum.
Gadis itu terus sengih sambil mengacau2 sayuran dalam periuk yang baru dimasukkan.
"Umi sentiasa berdoa untuk semua anak umi. Semoga anak-anak umi jadi anak yang soleh dan solehah. Tak ada yang lain, bila dah solehah, angah akan sedar sendiri tanggungjawab angah. Selalulah dekat dengan Allah.. Doa umi saja tidak cukup, angah."
Tiba-tiba gadis itu sebak. Lantas tangan kirinya memeluk bahu ibunya.
"Terima kasih umi. Angah akan ingat itu selalu." Sambil tersenyum, Si Ibu mengangguk.
Mereka terus berbual tentang masakan. Semangat muncul dalam diri gadis itu untuk pandai memasak. Bukan nak pandai memasak utk menghiburkan suaminya kelak. Tapi untuk menghiburkan kedua ibu bapanya dahulu, yang paling perit membesarkannya.. Dan untuk menjadi SOLEHAH, bukan sahaja LUARAN tetapi juga DALAMAN.
^^, Ya Allah.. Permudahkan urusan kami, tunjukkan kami jalan benar.
:: Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum w.b.t.. sebarkanlah salam kerana itu menjalin erat ukhwah sesama muslim..~~^^
Ujian untuk diriku
"ALLAH TIDAK MEMBEBANI SESEORANG ITU MELAINKAN SESUAI DENGAN KEMAMPUANNYA."(AL-BAQARAH:286)
Allah Maha Melihat~~^^
"Tidak berlaku bisikan antara tiga orang malainkan Dialah yang keempatnya, dan tiada (berlaku antara) lima orang melainkan Dialah yang keenamnya, dan tiada yang kurang dari bilangan itu dan tiada yang lebih ramai melainkan Ia bersama-sama mereka di mana sahaja mereka berada." (Al Mujadalah: 7)
Klik sini untuk ikut ~~=)
Sekarang pukul.....
Hari ni hari.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Allah Maha Pemurah~~^^
"Siapa yang takutkan Allah (bertaqwa kepadaNya), maka Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberikannya rezeki dari jalan yang tidak disangka." (Al Talaq: 2)


No comments:
Post a Comment