Ujian untuk diriku

"ALLAH TIDAK MEMBEBANI SESEORANG ITU MELAINKAN SESUAI DENGAN KEMAMPUANNYA."(AL-BAQARAH:286)




Allah Maha Melihat~~^^

"Tidak berlaku bisikan antara tiga orang malainkan Dialah yang keempatnya, dan tiada (berlaku antara) lima orang melainkan Dialah yang keenamnya, dan tiada yang kurang dari bilangan itu dan tiada yang lebih ramai melainkan Ia bersama-sama mereka di mana sahaja mereka berada." (Al Mujadalah: 7)

Klik sini untuk ikut ~~=)

Sekarang pukul.....

Hari ni hari.....

Monday, July 9, 2012

JANGAN ENGKAU TIDUR SEBELUM MELAKUKAN EMPAT PERKARA


JANGAN ENGKAU TIDUR SEBELUM MELAKUKAN EMPAT PERKARA BERIKUT :-

Rasulullah SAW berpesan kepada Siti Aisyah rha:
Ya Aisyah, jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu:

..:: Sebelum khatam Al- Quran
..:: Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat dihari akhir
..:: Sebelum para muslim meredhai kamu
..:: Sebelum kau melaksanakan haji dan umrah

Bertanya Aisyah: "Ya Rasulullah... Bagaimanakah aku dapat melaksanakan empat perkara dalam masa yg singkat.? Rasulullah SAW tersenyum dan bersabda: "Jika engkau tidur, bacalah:

..:: Surah Al- Ikhlas tiga kali seakan- akan kau mengkhatamkan Al- Quran
..:: Membaca selawat untuk ku dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat
..:: Beristighfarlah untuk seluruh muslimin maka mereka akan meredhai kamu
..:: Dan, perbanyakkanlah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan- akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah

WALLAHU'ALAM...

:: Surat kakak untuk adik ~~^^


Buat adikku tersayang... Pada suatu ketika, ibumu terpaksa menahan kesakitan ketika melahirkanmu, itu biasa terjadi kepada semua ibu2 yang yang melahirkan anak.. Ketika di usia sekolah, aku tahu hatimu ingin cepat menginjak ke usia remaja seterusnya dewasa, kerana aku juga begitu.. Sekarang, kakimu telah berjaya berpijak di suatu tempat yang layak utk seorang remaja yang matang.. Tetapi kau jangan seronok dulu, kerana aku juga pernah mengalaminya dan ternyata cabaran dan dugaan yg lebih besar menantimu di hadapan.. Malah, cabaran dan dugaan itu memerlukan suatu pandangan dan pemikiran yang positif.. Kau beruntung kerana ada seorang kakak dan seorang abang yang boleh dijadikan rujukan.. Tinggal saja antara kau nak atau tidak.. Sekalipun kau tidak mahu, aku dan abang akan tetap berpesan kepadamu.. Walaupun aku tahu di sudut hatimu, terselit suatu harapan agar dirimu sentiasa dalam jagaan dan lindungan agar tidak sesat dan terpesong daripada jalan yang benar.. Aku bukanlah malaikat yang sangat baik dan kemudian ingin adiknya mengikut jejaknya, tetapi aku hanyalah seorang kakak yang berharap agar adiknya tidak mengulangi kesilapan silamnya, memanfaatkan ilmu yang pernah dikutip, dan menjadi pembetul kepada kesalahan dan kesilapannya.. 


Aku pernah berpesan kepadamu suatu ketika dulu, dan hari ini aku ingin berpesan sekali lagi dan sekaligus mengingatkan diri aku sendiri yang sama saja seringkali lupa dan perlukan bimbingan, kerana Allah berfirman ayat 55 surah Al-Zaariyat; "Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang mukmin." 


Jika kau ingin berubah ke arah lebih baik, kau boleh dan mampu berubah, dengan syarat hatimu berkeinginan terhadap perkara itu. Sebaliknya jika bibir sahaja mengucapkan tetapi hati tidak pernah mengiakan, perubahan itu tidak akan pernah berlaku... Jadi, apakah prinsip hidupmu sekarang? 


Kau dan aku adalah seorang Islam, yang dididik didalam suasana keluarga Islam dan persekitaran pembelajaran di sekolah dahulu juga adalah Islami. Tapi, malangnya aku tidak pernah menghargai dan memahami Islam kerana aku sekadar mengikuti jejak keluarga sekalipun ketika peperiksaan agama, hebatnya aku dapat skor yang terbaik.. Justeru kerana tiada penghayatan dan pengamalan menyebabkan diriku hanyut dibuai nafsu dan seringkali menyebabkan orang tua kita sedih keranaku.. Buat pengetahuanmu, aku menyesal kerana dahulu aku tidak pernah ingin memahami dan menghargai ilmu Islam itu sehinggalah aku menjejakkan kakiku di alam kampus.. kenapa di kampus? aku pernah bercerita padamu sebelum ini.. Adakah kau ingin jadi begitu juga?? Sudah tentu tidak! Jadi ambillah ia sebagai pedomanmu..  


Pada pemerhatianku, kau tidak terlambat untuk menghayati dan mengamalkannya kerana kau punya semua kemudahan dan sumber.. Aku tidak mahu kau menyesal kemudian hari.. Apa yang kau nak semuanya ada dan boleh didapati.. Tinggal saja antara kau menginginkannya kerana iman atau nafsumu.. Adakah kau sedar bahawa nafsu yang tidak terkawal itu adalah antara musuhmu yang nyata selepas syaitan laknatullah? Cubalah mengawalnya, aku juga sedang berusaha dan aku yakin kau juga begitu. 


Setiap manusia mempunyai keinginan untuk diberikan perhatian, kasih sayang, dan belaian.. sehinggakan kadang2 seseorang itu sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan perhatian itu.. sama ada perkara baik atau perkara buruk.. Dan kadang2 dia telah berjaya melakukannya sehingga timbul masalah lain dan kadang2 dia juga telah berjaya mengawalnya kerana dua sebab, imannya bersuara atau dirinya takut dengan cabaran. Kau juga begitu, aku tahu kerana diri aku juga begitu, dan semua orang begitu.. Boleh aku tahu bilakah kali terakhir kau mengucapkan bahawa kau sayang akan ibumu? kau sayang akan ayahmu? dan kau sayang akan adik beradikmu yang lain? tepuk dada tanya imanmu. 


Tetapi bila difikirkan kembali, aku tahu ia adalah salah diriku sendiri kerana ego yang tinggi untuk menyayangi dan memberi perhatian kepada orang lain.. Aku juga ego untuk mengatakan 'aku sayang akan kalian', menyebabkan aku terpaksa mencari altenatif lain untuk memenuhi keinginan itu. Tetapi yang lucunya, aku seorang yang takutkan cabaran menyebabkan aku tidak memilih altenatif itu, tetapi sebaliknya berlaku pada dirimu. Kau tidak takut, kau berani menghadapi cabaran baru, dan kau juga tidak takut untuk mencuba sesuatu yang baru, dan kau mampu jika ingin memilih altenatif lain itu yang tidak pernah menjanjikan bahagia,  jadi itu yang patut kau risau kerana kau hanya mampu bergantung kepada imanmu.. Jika imanmu lemah, maka rebahlah dirimu, tetapi jika imanmu kukuh, kau yang akan bangunkan mereka yang lemah termasuk diriku.. Semoga imanmu sentiasa menyebelahimu.. Itu harapan aku dan juga keluarga kita. 


Berada di tempat baru, dikelilingi oleh manusia-manusia baru, dan dihujani perkara-perkara baru memerlukan kepada komitmen dan fokus yang tinggi. Sifat berdikari juga harus ditanam agar kita tidak dipermain dan ditindas. Itu aku yakin kau melepasinya kerana kau seorang yang sangat berdikari malah fokusmu cukup tinggi. Cumanya yang aku risau adalah komitmenmu.. adakah kau punya masa untuk mengislahkan dirimu? untuk bermuhasah? berhalaqah? berusrah? adakah sikap tidak pedulimu masih menebal dalam dirimu? Kau dan Allah lebih mengetahui. Kau lebih jelas akan dirimu.. Aku hanya ditugaskan oleh Allah untuk mengingatkanmu agar tidak melatah di kemudian hari.. 


Dalam dirimu ada mutiara yang tiada dalam diri adik beradikmu yang lain. Koreksi diri, lihat pada kelebihan-kelebihanmu agar kelebihan itu dapat dimanfaatkan untuk ummah. Semoga kau berjaya. Kau ada pendirian, aku juga ada pendirian, tetapi pendirian itu mudah digoyahkan oleh manusia yang suka melihat orang lain jatuh. Kita berdua belajar apakah perkara yang haram, apakah perkara yang halal.. Jika tidak jelas (syubhah), kita boleh bertanyakan kepada yang pakar dan yang tahu, itu tidak pernah menjadi masalah bagi kita. Tinggal saja  adakah kita ingin terus bersenang dengan perkara yang jelas haram atau syubhah itu ataupun kita ingin bersenang dengan yang jelas halal dan keredhaan Allah.?? Itu juga antara perkara penting yang patut kau beri perhatian lebih.. 


Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa.. Jangan kau salah faham dengan pernyataan ini dengan mengatakan keredhaan ibubapa itu mendahului keredhaan Allah sehingga kau berfikir, tanpa keredhaan ibubapa kita tidak mendapat keredhaan Allah.. Ya! itu tersuratnya. Manakala tersiratnya adalah, memperoleh keredhaan ibubapa itu adalah tanda kita memperoleh keredhaan Allah.. Apabila ibubapa kita redha dengan tindakan kita menandakan redhaanya Allah dengan tindakan kita, tetapi jangan silap, hanya tindakan dan perbuatan baik sahaja yang hendak difokuskan.. Maka, kau tanya diri kau, aku juga perlu tanya diriku. Adakah selama ini ibubapa kita merestui perbuatan kita? Jika ya, alhamdulillah.. Allah juga meredhainya. Jika tidak, Na'uzubillah mendapat kemurkaan Allah.. 


Aku ingin sama2 kita berfikir sejenak. Pernahkah selama ini kita memikirkan dan cuba penuhi apa yang ibu bapa kita inginkan?? atau selama ini kita hanya fikirkan bolehkah ibubapa kita bagi apa yang kita inginkan?? Mungkin saja pernah kita fikirkan kedua2 persoalan ini, tetapi pada pemikiran aku, persoalan kedua itu lebih banyak kita utamakan berbanding persoalan yang pertama. Adakah kau setuju? Jadi jika ya, apakah tindakan kau? dan aku juga?? Cuba kau listkan apakah keinginan mereka yang telah kau penuhi.. Aku juga akan listkan..  


Dan pernah kau terfikir kenapa begitu sukar untuk kita penuhinya? aku pernah terfikir. Dan ini pendapat aku..
Kata ustaz dan ustazah, dan kata umi dan abuya juga, hablun minannas bergantung kepada hablun minallah. Sejauh mana perhubungan kita dengan Allah??  Baikkah? sederhana? memuaskan? atau teruk? Allah telah menggariskan perkara2 yag perlu kita lakukan sebagai hamba-Nya dan antara yang paling utama ialah; "Aku tida menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaku." [Al-Zaariyat: 56].  


Sejauhmana ibadah kita kepada Allah?? Jangan kau sempitkan skop ibadah itu, ia merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia. Dari bermula bangun tidur sehingga ingin tidur kembali. Aku perjelaskan lagi, ibadah kita kepada Allah mencakupi aspek, 5 rukun Islam,  pembelajaran, pemakanan, pemakaian, berkomunikasi, pergaulan, bahkan ketika bersendirian juga kita abadikan setiap gerakan kita biarlah menjadi suatu ibadah kepada Allah.. Senang atau susah??Dan sebenarnya, mentaati perintah ibu dan bapa itu adalah antara ibadah kita kepada Allah.. sekarang kau nampak apa yang aku ingin sampaikan? Jadi dimanakah kedudukan kau sekarang sebagai hamba Allah? Aku juga harus menjawabnya.. 


Bagi diriku, masih jauh untuk aku digelar diri seorang hamba yang taat seterusnya digelar seorang hamba yang solehah jika ingin dilihat daripada kehidupan sosialku dan perhubunganku dengan manusia. ini kan pula ingin dicop sebagai anak solehah, jika sedikit permintaan umi dan abuya pun tidak dapat aku penuhi. Kau tahu ke apa keinginan umi dan abuya? Aku tahu, kerana aku pernah bertanya kepada mereka dan aku sedang memenuhi keinginan mereka. Dan aku berharap ia mendapat keredhaan Allah juga. 


Kau nak tahu apa keinginan mereka? Mereka ingin aku menjadi seorang anak yang solehah dan ingin melihat aku mendapat pointer yang tinggi. Dan mereka telah menggariskan secara tidak langsung langkah2 untuk menjadi anak yang solehah dan menjadi pelajar cemerlang iaitu agama yang mereka terapkan.. Tinggal saja diriku ingin memenuhi dan mengikuti langkah itu atau tidak.. Kau tahu, kadang2 tindakan yang aku buat untuk memenuhi permintaan umi dan abuya dipersoal oleh sahabat2 dan orang sekelilingku, tetapi aku tidak dapat menjawab dengan tepat dan memuaskan hati mereka kerana jawapan yang mereka harapkan tidak akan dapat memenuhi keinginan dan hasrat ibubapa kita.. Tetapi apa yang aku buat hanyalah bersabar.. Kau juga harus bersabar ye..  


Kau boleh bertanya kepada umi dan abuya secara langsung atau ambil saja harapan mereka yang aku jelaskan di atas. Dan yang pasti, harapan2 sampingan mereka yang lain akan menyusul dengan izin Allah setelah kita berjaya melaksanakan harapan utama itu.. Kau tak percaya? Cubalah.. Ini cabaran untukmu.. 


Panjang sudah aku mengomel, harapnya ada balasan daripadamu. Aku tunggu biarpon lambat. Harapnya balasan kau nanti suatu berita gembira buat semua dan penyelesaian buat masalah kita.. Wallahu a'lam. Assalamu'alaik.. 


::Aku menasihati agar aku juga dinasihati::

Tuesday, June 19, 2012

Kronologi Peristiwa di Rohingya

Kronologi Peristiwa di Rohingya :


3 Jun 2012 : 
10 orang Islam di Taunggote, daerah Tongu telah dibunuh dalam sebuah bas yang pulang dari majlis Tabligh untuk kembali ke Rangoon oleh kumpulan pengganas dan Rakhine kumpulan etnik perkauman.


- Mereka diserang setelah dikhabarkan bahawa seorang wanita Rakhine telah dirogol dan dibunuh oleh orang Rohingya. Lanjutan itu pengganas Rakhine Buddha telah menyerang semua penduduk islam di Akyap, ibu kota Arakan.


9 Jun 2012 :
Kampung Hazmia Para juga telah diserang dan dibakar.


10 Jun 2012:
Dua kampung terbesar, Warlispara dan Sakipara (dua kampung terbesar yang mempunyai bilangan orang islam Rohingya teramai) yang mempunyai Madrasah dan beribu pelajar telah diserang oleh Rakhine.


12 Jun 2012:
Pengawal sempadan Bangladesh dan pasukan peronda pengawal pantai tidak menerima (menghalau) 8 bot membawa lebih daripada 300 pelarian muslim Rohingya , kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, yang melarikan diri daripada keganasan agama di Myanmar.


15 Jun 2012:
angkatan tentera mengambil alih mengawal kampung Rohingya di Maungdaw dan Sittwe. Pergerakan dari rumah ke rumah hanya dibenarkan antara 12:00 petang hingga 3:30 petang.


Makanan, air, bekalan ubatan tidak lagi dihantar. Komunikasi dan elektrik masih dipotong. sementara semua kemudahan disediakan untuk agama Buddha Rakhines. Lebih daripada 50,000 masyarakat Rohingya memerlukan keperluan asas - air, makanan, ubat-ubatan dan pusat perlindungan untuk mereka yang kehilangan rumah dan kampung. Sekarang, hujan lebat di Maungdaw dan Akyab,muslim Rohingya tidak mempunyai tempat perlindungan untuk melindungi mereka dari hujan. Mangsa rusuhan Rohingya akan dijangkiti penyakit sekiranya hujan lebat masih berterusan.


16 Jun 2012:
orang Rakhine membakar perkampungan Haindapara di Maungdaw, daerah Arakan. Serangan bertempat di Arpauk Warr perkampungan Kyauktaw,daerah Arakan dan berlaku pertempuran dengan Rohingya. Seorang Rohingya meninggal dunia (disahkan) dan 21 buah rumah telah dibakar oleh Rakhine.


Rakhine mengepung kampung Aung Dine dan kampung Sakyar di Min Bya, daerah Rakhine . Orang Rohingya dari pekan Min Bya dalam keadaan bimbang dan tidak tahu bila Rakhine akan membakar kampung mereka.


nota :
1.Teruskan ikuti perkembangan saudara kita di Myanmar
2.Tembakkan doa buat mereka! adakan solat hajat di kawasan tempat tinggal anda!
3.Teruskan berkongsi maklumat-maklumat terkini kepada rakan-rakan anda! semakin ramai yang berongsi, semakin ramai yang tahu, maka semakin ramai yang mampu mendoakan!


source: Facebook

Saturday, April 7, 2012

Ada apa dengan 6April



Lewat tengah malam, gadis itu terpaku dihadapan netbooknya, melayari internet disamping mengisi ruang2 diarinya.. tanpa disedari  jarinya menekan perkataan album di skrin, hatinya sebak seraya terdetik..

"Ya Allah..
Hanya Allah saja yang tahu,
Apabila aku melihat wajah itu, mengalir air mataku, aku tidak tahu apakah perasaan aku ketika ini. Sakit batinku mengingatinya.. Aku keliru. Aku kehilangan identiti, aku tidak mengenal diri aku. Sedetik sahaja aku dapat menatap wajahnya,tidak boleh dilanjut2, jika tidak, melimpah lagi tangungan mata ini.."

Pelik gadis itu rasakan saat itu, kenapa mesti dia mengalirkan air mata?? Sebak menyerang dada. Gadis itu tidak seperti orang lain, tersenyum kerana dapat melihat orang tersayang.. Malah berangan2 untuk bersama..  Saat itu dadanya berdebar kuat, kalimah Allah dan Rasulullah terbayang difikirannya, wajah ibu dan ayah bermain dimatanya..  Tiba-tiba, jantung yang berdenyut laju itu mulai perlahan-lahan berdenyut dan kembali normal. Sebak yang terasa perit di dada td hilang serta merta..


"Alhamdulillah.. Terima kasih ya Allah, Engkau masih menjaga hati ini.. Terima kasih jua kerana mengingatkan amanah2 ibu dan bapaku." Bisik hati kecilnya..

"Ya Allah..
Kau tunjukkanlah aku petunjuk. Hanya Kau sahaja yang tahu isi hatiku dan dia.."

Friday, April 6, 2012

Aku dan Qarin



Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamu'alaik..

Allah telah memberi sesuatu yang baik kepadamu.. Seharusnya engkau bersyukur, bukanlah mengingkari perintah-Nya..

Alhamdulillahi rabbil 'alamin..
Segala puji bagi Allah sekelian alam.
Sekalipun aku hanyalah manusia biasa tetapi aku juga punya perasaan dan keinginan untk menjadi seperti manusia luar biasa hebatnya yang lain iaitu mereka yang berjaya dan hidup di dalam kesenangan dunia dan akhirat.
Sesungguhnya, aku tidak hanya berangan-angan tetapi cuba untuk merealisasikan impianku itu, sehingga aku benar2 berpuas hati… kesedaran yang aku perolehi tidakku pasti sahabat yang lain juga perolehinya, bersama dengan pembacaan aku sebentar tadi berkaitan dengan jin Islam. Aku sangat teruja dan kagum dengan kebolehan serta ke'izzahan yang Allah kurniakan kepada sesetengah hamba-Nya yang mampu dan berpeluang untuk berbual dengan jin Islam yang telah menyusup masuk ke dalam jasad sahabatnya, antaranya ialah Muhammad Isa Dawud..

Sehingga aku juga bercita-cita ingin berpengalaman seperti beliau. Tetapi itu bukanlah mudah seperti yang di jangka, kerana ia memerlukan keimanan dan ketaqwaan di dalam diri sehingga mana2  Jin Islam sudi berdialog dengan kita..  Namun aku sangat bersyukur apabila ditemukan dengan buku itu, semoga buku itu ada kebenaran yang nyata..


Sunday, April 1, 2012

Hanya Dia di hatimu



kadang-kadang hidup ini perlukan teman utk bimbingan, nasihat dan pesanan agar tidak leka dan jauh dari landasan kebenaran..


kadang-kadang juga hidup ini perlukan masa bersendirian, agar kita dapat muhasabah diri kembali, mendekatkan diri kepada-Nya.


tetapi kedua2 sering saja manusia silap.
apabila mereka ingin seorang teman, mereka selalu sahaja ingin berteman,
bilamana mereka ingin bersendirian, mereka selalu saja tidak ingin diganggu,


Namun hakikat sebenar, keduanya bergerak dan mengalir seiring bersama ruh kita,
tinggal mahu dan tahu sahaja kita menghargai detik2 itu..


biarpon ada yang membantah permintaan mu sehingga dirimu tidak berpuas hati,
kamu sedaya mampu agar tidak mengeluh,
sedaya mampu juga kamu hargai bantahan mereka,
kerana disitu ada hikmah yang Allah nak tunjukkan,


Apabila kamu merasa lemah,
malah apabila kamu merasa seperti tiada yang mengerti..
itu tandanya ,
Allah ingin kamu datang sujud kepadanya,
meraih semangat dan kefahaman dari-Nya,
kerana Dia sentiasa ingin membahagiakan hamba-Nya,


Hanya Dia,
Dia yang sentiasa menanti dirimu sentiasa kasih dan cinta kepada..
Hanya Dia....

Saturday, March 10, 2012

~Pendirian~

Assalamualaik..
Bismillahirrahmanirrahim..

Kata orang apabila seorang pelukis itu dikatakan hebat apabila lukisannya itu membawa maksud yang tertentu, iaitu maksud yang terpendam didalam hatinya. Jika hatinya sedih, maka, lukisan itu kelihatan suram dan kelam ibarat hatinya. Jika hatinya gembira, dilukis lukisan itu penuh warna warni dan keindahan.

Begitu juga kata orang jika seorang penyair apabila dia mendendangkan syair dan puisinya, kandungan syairnya itu membawa maksud apa yg hatinya ingin di sampaikan. Jika gembira hatinya, syairnya akan berbaur bahasa2 yang ceria dan semangat. Tetapi jika hatinya sedang sedih, syairnya akan terangka dan terluah dalam keadaan tidak bersemangat dan juga maksud syair itu juga berbaur kesedihan..

Makanya, saya tidak pandai untuk melukis, tidak pandai juga utk mencipta puisi, saya hanya pandai bercakap.  Tetapi input yang ingin saya keluarkan itu kadangkala bermanfaat kepada pendengarnya dan kadangkala tiada manfaat kepada pendengarnya.. Walaupon bagi saya, sekalipon kata2 seseorang itu kelihatan nya tiada manfaat bagi pandangan orang lain, tp bgi saya, cubalah ambik manfaat daripada kata2 itu dalam bentuk nasihat atau pengajaran.. In sya Allah.. Semoga Allah sentiasa memberi petunjuk kepada kita..


Thursday, March 8, 2012

:: Fitrah Sebenar ::

Menjadi manusia sangat mudah,
jika jiwa penuh dikuasai nafsu.
Namun,
Menjadi manusia juga sangat mudah,
jika jiwa penuh dikuasai Iman.
Namun,
Menjadi manusia sangat payah,
jika jiwa tidak kenal nafsu dan iman.

Asal kehidupan manusia itu suci,
Dipenuhi Iman terhadap illahi.
Namun,
Pabila perkara asas tidak dipeduli,
jadilah nafsu menguasai,

Wahai manusia merangkap khalifah,
kembalilah ke fitrah asal kehidupan.
Mencintai Allah dan juga Rasulullah,
meninggalkan segala mainan syaitan.

Datanglah pelbagai perubahan,
daripada tradisional ke moden,
tetapi,
Manusia tidak akan dapat lari,
daripada berpandukan Quran dan Sunnah.

Sedihnya Rasulullah jika melihat iman dan aqidah umatnya sekarang yang kian jauh daripada sinar Islam,
maka,
janganlah kita menjadi antara golongan umat Rasulullah yg dikesali iman dan aqidahnya. 

Saturday, March 3, 2012

Pengajaran buat wanita khususnya..

Gadis itu memandang ketingkap,merenung  awan gelap mendung dan redup.
'Seperti ingin hujan', detik hati gadis itu..
Tiba2 pintu biliknya diketuk dari luar. Dia yang baharu ingin menyuakan nasi  ke mulut terbantut.. Gadis itu bergerak ke pintu dan dilihatnya seorang wanita berusia yang memperkenalkan dirinya sebagai warden disitu bertanyakan kepadanya beberapa perkara. Setelah 10min perbualan itu, Dr.Zurainah nama warden itu meminta diri utk pulang. Gadis itu tersenyum pekat.  Terasa kesakitan di tulang pipi dan kepalanya akibat menangis teresak2 awal tengahari tadi. Kemudian dia menutup pintu dan terus kembali menyambung makan tengaharinya..

Gadis itu kembali menjengah jendela biliknya.
"Alhamdulillahi rabbil 'alamin..", bibirnya mengucap syukur yang tidak terhingga apabila hujan rintik tiba2 turun. Terasa bagaikan dirinya begitu diberi perhatian oleh Tuhannya. Setelah dia menangis teresak2 awal sebelum zohor sehingga masuknya waktu zohor kerana kesedihan hatinya dengan berita yang baru dia perolehi daripada seorang kakak yang telah dianggap seperti kakak kandungnya, dia berhenti utk makan kerana perutnya meminta utk diisi sesuap nasi..


Thursday, February 23, 2012

secangkir mutiara kata~~

Assalamualaikum..
Bismillahirrahmanirrahim..

Setelah sekian lama teratak ini sunyi, ingin sekali aku mencoret sesuatu di teratak ini.. tetapi masa dan upaya tidak mengizinkan aku. Namun di kelewatan waktu dhuha ini, aku terasa sesuatu yang benar2 ingin dikongsi dengan sahabat2.. sekadar coretan cerpen yang boleh dijadikan peringatan buat diri yang sering lupa ini..

Di keheningan pagi, gadis itu berteleku di atas sejadah memikirkan nasib dan sikap dirinya daripada dulu hingga ketika itu. Sungguh dia sangat bersyukur kepada Allah kerana sentiasa bersamanya. Satu perasaan yang wujud dalam dirinya yang mana gadis itu yakin, perasaan itu jugalah pernah wujud dalam diri hamba Allah yang telah berubah ke arah lebih baik.. Dia sangat bercita2 ke arah itu, dengan izin Allah..

Gadis itu ingin sekali  berkongsi perasaan itu dengan sahabat-sahabatnya, kerana perasaan itu sangat membuatnya tenang dan bahagia. tetapi, sehingga saat ini dia masih belum pasti adakah sahabat2nya dapat merasai perasaan itu atau tidak.. Dia hanya mampu menzahirkan melalui kasih sayang dan juga nasihat antara satu sama lain.

"Akak, kalau saya buat salah ke, silap ke, tegur lah saya. Saya memang mengharapkan teguran. barulah saya akan mampu menjadi lebih baik."

Allah Maha Pemurah~~^^

"Siapa yang takutkan Allah (bertaqwa kepadaNya), maka Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberikannya rezeki dari jalan yang tidak disangka." (Al Talaq: 2)