Ujian untuk diriku

"ALLAH TIDAK MEMBEBANI SESEORANG ITU MELAINKAN SESUAI DENGAN KEMAMPUANNYA."(AL-BAQARAH:286)




Allah Maha Melihat~~^^

"Tidak berlaku bisikan antara tiga orang malainkan Dialah yang keempatnya, dan tiada (berlaku antara) lima orang melainkan Dialah yang keenamnya, dan tiada yang kurang dari bilangan itu dan tiada yang lebih ramai melainkan Ia bersama-sama mereka di mana sahaja mereka berada." (Al Mujadalah: 7)

Klik sini untuk ikut ~~=)

Sekarang pukul.....

Hari ni hari.....

Friday, April 6, 2012

Aku dan Qarin



Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamu'alaik..

Allah telah memberi sesuatu yang baik kepadamu.. Seharusnya engkau bersyukur, bukanlah mengingkari perintah-Nya..

Alhamdulillahi rabbil 'alamin..
Segala puji bagi Allah sekelian alam.
Sekalipun aku hanyalah manusia biasa tetapi aku juga punya perasaan dan keinginan untk menjadi seperti manusia luar biasa hebatnya yang lain iaitu mereka yang berjaya dan hidup di dalam kesenangan dunia dan akhirat.
Sesungguhnya, aku tidak hanya berangan-angan tetapi cuba untuk merealisasikan impianku itu, sehingga aku benar2 berpuas hati… kesedaran yang aku perolehi tidakku pasti sahabat yang lain juga perolehinya, bersama dengan pembacaan aku sebentar tadi berkaitan dengan jin Islam. Aku sangat teruja dan kagum dengan kebolehan serta ke'izzahan yang Allah kurniakan kepada sesetengah hamba-Nya yang mampu dan berpeluang untuk berbual dengan jin Islam yang telah menyusup masuk ke dalam jasad sahabatnya, antaranya ialah Muhammad Isa Dawud..

Sehingga aku juga bercita-cita ingin berpengalaman seperti beliau. Tetapi itu bukanlah mudah seperti yang di jangka, kerana ia memerlukan keimanan dan ketaqwaan di dalam diri sehingga mana2  Jin Islam sudi berdialog dengan kita..  Namun aku sangat bersyukur apabila ditemukan dengan buku itu, semoga buku itu ada kebenaran yang nyata..



Mengimbau kembali daripada sebahagian pembacaanku (tidak sempat untuk menghabiskan kerana risau dengan peperiksaan esok hari), aku memperoleh sesuatu yang baru. Daripada banyak-banyak topik yang dikeluarkan, aku tertarik pada satu tajuk iaitu tentang Qarin / Jin pendamping.

Seperti yang kita sedia maklum, setiap daripada anak Adam ada pendampingnya,  iaitu daripada golongan jin sama ada Islam atau kafir. Sejurus itu, aku menjadi gementar dan berfikir, adakah qarinku Islam?? Aku sangat ingin tahu. Tetapi aku tidak pasti apakah caranya untuk mengetahui agama qarin ku.

Isu itu biarkan dahulu, yang inginku bicarakan sekarang adalah soal 'manusia lebih hebat pengaruhnya berbanding jin pendamping' yang maksud, manusia mampu mempengaruhi qarinnya agar memeluk Islam. Namun aku juga tidak menjumpai cara bagaimana ingin mengislamkan qarin kita. 

Itulah manusia yang dicipta Allah sebagai sebaik2 makhluk..=)  tetapi berapa banyak muslim yang menghargai anugerah ini.. Membiarkan diri leka dan hanyut dengan mainan dunia ini. Tak dapat di elakkan kita akan seronok dengan segalanya yang melalaikan ini. Tetapi bukanlah terbaik jika kita tidak cuba utk mempositifkan kehidupan kita..

Perkara syubhah kita digalakkan tinggal, inikan pulak perkara haram. Terutama makanan, yang menjadi punca segala penyakit termasuklah raja tubuh badan iaitu hati..

Ya Allah aku berdoa agar dikurniakan qarin yang beriman dan takut kepada-Mu agar aku lebih kuat dan punya sokongan dikala hati ini lemah.. Engkau peganglah hatiku agar aku dekat dengan-Mu, agar cinta-Mu kumampu pahat seketatnya di dalam hatiku… Ameen ya rabal 'alamin...

 Ainnafz^^



No comments:

Allah Maha Pemurah~~^^

"Siapa yang takutkan Allah (bertaqwa kepadaNya), maka Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberikannya rezeki dari jalan yang tidak disangka." (Al Talaq: 2)