Lewat tengah malam, gadis itu terpaku dihadapan netbooknya, melayari internet disamping mengisi ruang2 diarinya.. tanpa disedari jarinya menekan perkataan album di skrin, hatinya sebak seraya terdetik..
"Ya
Allah..
Hanya
Allah saja yang tahu,
Apabila
aku melihat wajah itu, mengalir air mataku, aku tidak tahu apakah perasaan aku
ketika ini. Sakit batinku mengingatinya.. Aku keliru. Aku kehilangan identiti,
aku tidak mengenal diri aku. Sedetik sahaja aku dapat menatap wajahnya,tidak
boleh dilanjut2, jika tidak, melimpah lagi tangungan mata ini.."
Pelik gadis itu rasakan saat itu, kenapa mesti dia mengalirkan air mata?? Sebak menyerang dada. Gadis itu tidak seperti orang lain, tersenyum kerana dapat melihat orang tersayang..
Malah berangan2 untuk bersama.. Saat itu
dadanya berdebar kuat, kalimah Allah dan Rasulullah terbayang difikirannya, wajah
ibu dan ayah bermain dimatanya..
Tiba-tiba, jantung yang berdenyut laju itu mulai perlahan-lahan
berdenyut dan kembali normal. Sebak yang terasa perit di dada td hilang serta
merta..
"Alhamdulillah.. Terima kasih ya Allah, Engkau masih menjaga hati ini.. Terima kasih jua kerana mengingatkan amanah2 ibu dan bapaku." Bisik hati kecilnya..
"Alhamdulillah.. Terima kasih ya Allah, Engkau masih menjaga hati ini.. Terima kasih jua kerana mengingatkan amanah2 ibu dan bapaku." Bisik hati kecilnya..
"Ya
Allah..
Kau
tunjukkanlah aku petunjuk. Hanya Kau sahaja yang tahu isi hatiku dan dia.."
Menjadi
manusia tidak mudah, terutama menjadi manusia yang bertaqwa kepada Allah. Ada
saja halangana, ujian, dugaan yang menimpa.. Allahu Robbi..
Kadang2
hati ini terfikir, apakah kesudahan kehidupan diri ini.
Sempatkah
aku merealisasikan impian ibu dan bapaku.. Menjadi seorang anak yang SOLEHAH.
Entah
kenapa, perkataan itu sentiasa bermain2 di minda ku.. Aku memohon kekuatan
hanya dari-Mu Ya Allah..
Menjadi
soleh/solehah itu tidak juga mudah semudah menjadi manusia biasa, manusia yang
tiada pegangan agama yang kuat, kerana dia tidak perlu pening untuk memilih
syurga yang ingin dimasukinya… Ya Allah, bantulah aku..
SOLAT~
Solat adalah
tiang agama, bayangkan jika sebuah rumah, tiada tiang, hanya dinding semata2
dan bumbung. Adakah rumah itu kukuh??, silap hari bulan belum sempat penghuni
nya masuk, sudah roboh rumah itu.
Begitulah
perumpaan solat yang dibuat di dalam Islam. Pentingnya solat itu melebihi
segala-galanya.. Allahu robbi.. Menjaga solat itu sesuatu yang sentiasa menjadi
cabaran terkuat dalam menghadapi kehidupan dizaman moden ini, mereka yang
menjadikan solat itu sebagai rehatnya adalah lebih ringan berbanding yang lain.
. Koreksi diri, bagaimanakah solat kita.
~solat
menuju solehah~
TAAT~
Perkara
kedua adalah taat, mentaati perintah Allah dan Rasulullah tidak semudah yang
disebut, manakala mentaati kedua ibubapa tidaklah sesusah yang di bayangkan..
Mudah dan
susahnya bergantung kepada kasih dan cinta seseorang itu kepada Allah, Rasul,
dan ibu bapa…
Meniti
sirah srikandi Islam Rabiatul adawiyah, menjadikan diri ini sangat terasa
kerdilnya, jauhnya diri bagai langit dan bumi jika dibandingkan dengan beliau..
Menjadi wanita solehah, hidup dengan meraih redha Allah semata-mata, menolak
cinta manusia demi tidak ingin menduakan cintanya kepada Allah dan Rasul..
Masya Allah.. Indahnya bila di bayangkan , menjadi bidadari syurga itu idaman
semua kaum hawa.
~taat dan
cinta menuju solehah~
AMANAH~
Diciptakan
daripada setitis air mani yang hina dan kotor, diberikan jasad yang sempurna
organ, rupa paras dan panca indera, di berikan akal yg istimewa dan berbeza
dengan haiwan, dan di I'tiraf sebagai sebaik-baik makhluk di muka bumi,
seterusnya mendapat gelaran khalifah, itulah manusia, itulah kita..
Segalanya
sempurna kejadiannya, kecacatan yang sedikit itu xdapat dibandingkan dengan
hikmah yang melimpah ruah, tinggal saja manusia itu adalah kita untuk
membayarnya kembali dengan menjalankan sebaik mungkin Amanah yang Allah
kurniakan sebaik kita di gelar khalifah… namun apakah kita benar2 menjalankan
amanah itu??
~jalankan
amanah menuju solehah~
***
Awal pagi
6 April 1991, sepuluh mesej tetangguh tidak di baca, juga beberapa miskol..
Gadis itu mencapai telefon bimbitnya sesudah menutup lembaran kitabullah.
Dilihatnya satu persatu mesej tersebut, hatinya sebak. Paling terkesan dengan
mesej daripada orang yang tersayang, memberi harapan dan doa yang begitu
menggunung,
________________
Assalamu'alaikum. Umi ucapkan selamat menyambut hari
lahir yang ke-21 untuk anak umi. Umi doakan Allah panjangkan umur dan iman.
Dimurahkan rezeki dengan keberkatan. Keredhaan Allah sepanjang hayat. Moga jadi anak yang solehah. Patuh perintah Allah dan
Rasul. Dan taat
ibubapa serta dikasihi dan mengasihi semua makhluk. Amin.
-Umiku tersayang-
________________
Walaupon jauh bukan halangan,
SMS dihantar tanda ingatan,
Menyayangi anakku bukan seatu angan2,
Kerana tiada
yang mustahil dalam hidup. ^_^
Selamat menyambut hari lahirmu anakku,
Mudah2an bertambah iman kuatkan amalan.
Selamat malam. =)
-Abuya tercinta-
________________
Selamat Hari lahir kakngah.. Semoga dipanjangkan umur
dan dimurahkan rezeki.. Buat yang terbaik dalam menjalani kehidupan.. Aminn..
-Comey cayang-
________________
Salam. Selamat ulang tahun kelahiran. Semoga panjang
umur, murah rezeki, bahagia ke akhir hayat, dan di berkati Allah dalam apa jua
yang dilakukan.
-Kak
Mazmin-
________________
Salam ain.. Sanah Helwah Ain Farihan. Semoga
peningkatan umur ini meningkat dengan iman, dan semoga ain sentiasa berada
dalam lingkungan Allah, berjaya dalam hidup dan jadi seorang muslimat yang
kuat.. Kalau sama2 cuti boleh nak belanja makan laksa ka. Hehe.. Friendship
forever! ^___^"
-Sarah
Cute-
________________
Sanah Helwah ukhti Farihan, moga thabat di jalan-Nya.
Ukhuwwah 4ever. Indah ukhuwah andai ikatan adalah taqwa.
-Farhana-
________________
Assalamu'alaikum w.b.t. Noor Ain Farihan binti
Zulkifli..
Epi bezday yg ke 21 kali!! Dah tue dah.. Haha.. Jgn
lupe mendaftar untuk mengundi.. Haha..
Semoga panjang umo, dimurahkan rezeki, dipermudahkan
segala urusan, dipelihara , dirahmati dan diberkati Allah.. Sory lmbat wish..
Tdo awal la.. =) (padahal pukul 5:38 am)
-Mus
Wilderness-
Gadis tu membalas..
Ameen.. Ameen Ya Rabal 'alamin.. In sya Allah...
Gadis tu membalas..
Ameen.. Ameen Ya Rabal 'alamin.. In sya Allah...
*Dan
beberapa lagi ucapan2 daripada sahabat dan saudaranya..
Gadis itu
tersenyum, jika tahun2 yang lepas, hari lahirnya, sahabat2 nya diingatkan oleh
sahabat lain, sama ada melalui henfon atau Facebook, tetapi untuk sekian
kalinya tahun ini, tiada lagi peringatan, sama ada melalui henfon ataupon
Facebook.. Hanya mereka yang mengingati akan hari ulangtahun kelahirannya
memberikan ucapan2 dan doa2 .. Alhamdulillah. Gadis itu tidak tahu apakah
perasaan nya ketika itu, sedih, terharu, gembira.. Hanya ucapan terima kasih sahaja yang mampu
di ucapkan oleh gadis itu kepada sahabat2nya..
Jika dulu
menjelang hari penambahan umur itu, gadis itu akan menghitung2 bilang pemberi
ucapan, malah dirinya terasa hati jika sahabat baiknya melupakan hari lahirnya,
hatinya tidak pernah aman dan sentiasa diselaputi kekotoran penyakit hati.
Namun semua ucapan itu hanya diucapkan tanpa rasa, kerana itu gadis itu sering
saja merasakan ada sesuatu yang dia tidak berpuas hati..
Akhirnya,
untuk pertambahan umur yang baru, gadis itu bertekad, sikapnya perlu
berubah.. Apa erti ucapan2 itu jika
hatinya hanya memikirkan bilangan pemberi ucapan. Ahh, itu tidak penting, yang
paling penting, doa dan ingatan yang ikhlas daripada sahabat2nya.. Jadi, mengorak langkah pertama, dia berjaya,
hatinya tenang, tidak peduli akan bilangan si pemberi, malah tidak langsung
kecewa atau bersdih jika sahabat2 baiknya melupakan hari ulang tahunnya. Kerana
gadia itu yakin, mereka sentiasa mengingati dirinya didalam doa mereka. ^_^
Semoga
tahun ini membuahkan sesuatu yang baik dan diberkati Allah.. Alhamdulillah...


No comments:
Post a Comment