Assalamualaikum..
Bismillahirrahmanirrahim..
Setelah sekian lama teratak ini sunyi, ingin sekali aku mencoret sesuatu di teratak ini.. tetapi masa dan upaya tidak mengizinkan aku. Namun di kelewatan waktu dhuha ini, aku terasa sesuatu yang benar2 ingin dikongsi dengan sahabat2.. sekadar coretan cerpen yang boleh dijadikan peringatan buat diri yang sering lupa ini..
Di keheningan pagi, gadis itu berteleku di atas sejadah memikirkan nasib dan sikap dirinya daripada dulu hingga ketika itu. Sungguh dia sangat bersyukur kepada Allah kerana sentiasa bersamanya. Satu perasaan yang wujud dalam dirinya yang mana gadis itu yakin, perasaan itu jugalah pernah wujud dalam diri hamba Allah yang telah berubah ke arah lebih baik.. Dia sangat bercita2 ke arah itu, dengan izin Allah..
Gadis itu ingin sekali berkongsi perasaan itu dengan sahabat-sahabatnya, kerana perasaan itu sangat membuatnya tenang dan bahagia. tetapi, sehingga saat ini dia masih belum pasti adakah sahabat2nya dapat merasai perasaan itu atau tidak.. Dia hanya mampu menzahirkan melalui kasih sayang dan juga nasihat antara satu sama lain.
"Akak, kalau saya buat salah ke, silap ke, tegur lah saya. Saya memang mengharapkan teguran. barulah saya akan mampu menjadi lebih baik."
Gadis itu teringat kata2 seorang sahabatnya. Dia juga begitu, menagih teguran agar dia mampu menperbaiki dirinya. Tetapi apabila dia berfikir tentang sahabatnya itu, dia menjadi sedih kerana sahabatnya tidak mampu berlapang dada apabila ditegur. Namun bagi gadis itu, jika dahulu dia begitu terasa hati apabila ditegur, tetapi kini tidak lagi, malah dia sangat2 mengalu2kan teguran itu kerana dia tahu dan sedar, segala teguran daripada sahabatnya itu adalah teguran daripada Allah s.w.t..
Itulah perasaan yang di alami gadis itu apabila dia merasakan tarbiyah Allah s.w.t. dan dia juga ingin sahabat2nya yang lain merasainya. pernah di dalam satu usrah, gadis itu berkongsi perasaannya mengharapkan perhatian sahabat2 agar faham apa yang ingin dia sampaikan.
"Setiap yang berlaku di dalam kehidupan kita, adalah pemberian Allah, adalah susunan Allah.. dan setiap yang berlaku ada hikmahnya, hikmah itu bukan mudah-mudah berada dihadapan mata kita, sebalik kita perlu mencari dan menyelak apakah hikmah2 yang ada dalam setiap tindakan kita itu. Begitu juga keyakinan kita kepada Allah, bukan dengan tutur kata semata-mata, tetapi hati tidak pernah menghayati. Hakikatnya, tutur kata itu tidak penting sebaliknya hati itu yang perlu sentiasa mengakui.. Bagi saya, bukti keyakinan kita kepada Allah apabila apa saja yang kita buat, apa sahaja yang kita alami kita akan tetap tersenuym dan bersangka baik dengan Allah.. Masya Allah, tidak mudah sahabat-sahabat. tetapi sekali kita mampu melakukannya, sekali kita merasainya, bersyukurlah dan berdoalah banyak-banyak kepada Allah agar jangan dihilangkan perasaan itu. kerana perasaan itulah yang akan memandu kita mengawal hawa nafsu yang sentiasa ingin merajai dalam diri kita.sama-samalah kita muhasabah diri. Allahu a'lam.."
Bicara nya tidak tamat disitu tetapi gadis itu berhasrat ingin menyebarkan keyakinannya. tetapi dengan keadaan diri dan upayanya yang lemah daripada pelbagai sudut, kadang2 terbantut tindakannya. gadis itu tidak putus asa, kerana baginya dia tidak perlu tergesa-gesa. dalam masa dia masih hidup,dia ingin menambahkan kebaikan dalam dirinya perlahan-lahan. juga membantu menambah kebaikan dalam diri sahabat-sahabatnya juga.
Akhirnya sahabat, gadis itu masih berusaha. kesudahannya hanya Allah yang tahu, kebenarankah dia atau kejahilankah dia. Namun saya sentiasa berdoa agar matinya dalam Iman dan Islam..
Sebuah kisah kehidupan yang dialami oleh semua orang, tetapi tidak semua menyedarinya, mungkin coretan ini mampu mengingatkan kembali kalian. Allah jua yang mengilhamkan.
Sahabat-sahabatku yang disayangi,
Di sini saya menyeru agar sentiasalah bersangka baik pada Allah..
Kita tidak akan rugi sezarah pun jika kita bersangka baik dengan Allah, malah hati kita akan diberi ketenangan oleh Allah s.w.t.. Percaya atau tidak jika saya katakan bahawa, bersangka baik dengan Allah akan melahirkan seseorang yang sentiasa bersangka baik pada sahabat dan saudara seIslamnya..??
Jika ya, anda tergolong daripada mereka yang bersangka baik dengan Allah, kerana telah bersangka baik dengan saya.. Jika tidak, mungkin kerana anda seorang yang begitu teliti dan cermat dalam menerima maklumat seterusnya bersangka baik kepada Allah.
Saya tak nak merumitkan lagi perkara ini sekadar ingin berkongsi pendapat.. Ramai diluar sana yang mengatakan sukar utk mencapai tahap ukhuwwah ithar jika berlapang dada masih belum lulus. Tetapi kata saya, ia sangat mudah, kerana apa? kerana ia bermula dengan berfikir positif. Biarpun kita belum lulus melakukannya tetapi berusahalah utk memudahkannya agar kita akan berjaya melakukan suatu hari nanti.
Cuba kita check diri kita, sejauh mana kita telah berfikir positif? sejauh mana kita telah berlapang dada? sejauh mana juga kita berkorban utk sahabat kita? Mampukah kita berkorban untuk Islam jika, sahabat sendiri pun kita sudah merasa susah utk berkorban?
bukanlah persoalan ini utk mengelirukan iman anda, tetapi utk bersama -sama kita check and balance, dimanakah kedudukan kita di dalam agama Allah ini? sebagai pemerhati? penyokong? pendokong? atau tiada kaitan langsung dengan agama Islam agama Allah s.w.t?? Nau'zubillah..
:: Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum w.b.t.. sebarkanlah salam kerana itu menjalin erat ukhwah sesama muslim..~~^^
Ujian untuk diriku
"ALLAH TIDAK MEMBEBANI SESEORANG ITU MELAINKAN SESUAI DENGAN KEMAMPUANNYA."(AL-BAQARAH:286)
Allah Maha Melihat~~^^
"Tidak berlaku bisikan antara tiga orang malainkan Dialah yang keempatnya, dan tiada (berlaku antara) lima orang melainkan Dialah yang keenamnya, dan tiada yang kurang dari bilangan itu dan tiada yang lebih ramai melainkan Ia bersama-sama mereka di mana sahaja mereka berada." (Al Mujadalah: 7)
Klik sini untuk ikut ~~=)
Sekarang pukul.....
Hari ni hari.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Allah Maha Pemurah~~^^
"Siapa yang takutkan Allah (bertaqwa kepadaNya), maka Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberikannya rezeki dari jalan yang tidak disangka." (Al Talaq: 2)


No comments:
Post a Comment