Ujian untuk diriku

"ALLAH TIDAK MEMBEBANI SESEORANG ITU MELAINKAN SESUAI DENGAN KEMAMPUANNYA."(AL-BAQARAH:286)




Allah Maha Melihat~~^^

"Tidak berlaku bisikan antara tiga orang malainkan Dialah yang keempatnya, dan tiada (berlaku antara) lima orang melainkan Dialah yang keenamnya, dan tiada yang kurang dari bilangan itu dan tiada yang lebih ramai melainkan Ia bersama-sama mereka di mana sahaja mereka berada." (Al Mujadalah: 7)

Klik sini untuk ikut ~~=)

Sekarang pukul.....

Hari ni hari.....

Saturday, March 3, 2012

Pengajaran buat wanita khususnya..

Gadis itu memandang ketingkap,merenung  awan gelap mendung dan redup.
'Seperti ingin hujan', detik hati gadis itu..
Tiba2 pintu biliknya diketuk dari luar. Dia yang baharu ingin menyuakan nasi  ke mulut terbantut.. Gadis itu bergerak ke pintu dan dilihatnya seorang wanita berusia yang memperkenalkan dirinya sebagai warden disitu bertanyakan kepadanya beberapa perkara. Setelah 10min perbualan itu, Dr.Zurainah nama warden itu meminta diri utk pulang. Gadis itu tersenyum pekat.  Terasa kesakitan di tulang pipi dan kepalanya akibat menangis teresak2 awal tengahari tadi. Kemudian dia menutup pintu dan terus kembali menyambung makan tengaharinya..

Gadis itu kembali menjengah jendela biliknya.
"Alhamdulillahi rabbil 'alamin..", bibirnya mengucap syukur yang tidak terhingga apabila hujan rintik tiba2 turun. Terasa bagaikan dirinya begitu diberi perhatian oleh Tuhannya. Setelah dia menangis teresak2 awal sebelum zohor sehingga masuknya waktu zohor kerana kesedihan hatinya dengan berita yang baru dia perolehi daripada seorang kakak yang telah dianggap seperti kakak kandungnya, dia berhenti utk makan kerana perutnya meminta utk diisi sesuap nasi..



Gadis  itu kembali menangis apabila mengenangkan ibu dan ayahnya di kampung. Mudahnya mata itu menglirkan air jernih itu.Bukan niat dia utk menangisi sesuatu yang jauh daripadanya tetapi hatinya begitu tersentap kerana hujan merintik2 itu seolah2 mengerti akan kesedihan dan kerinduannya terhadap keluarganya.. Namun bukan itu yang menyebabkan bengkak matanya, tetapi satu ujian yang lebih besar dan pening utk dia selesaikan..

Harapkan pegar, pegar makan padi. Begitulah satu peribahasa yang sinonim dengan maksud apabila kita mengharapkan seseorang utk melindungi kita tetapi orang yang diharapkan itulah yang telah melukakan hati kita..  Gadis itu kecewa. Kecewa dengan spesis 'adam' ini. Baginya mereka ini sudah tidak dapat dipercayai biarpon 50% apatah 100%, malah mereka yang muda mudi ini lagi sangat sukar baginya utk mendekati..

Gadis itu serik, jika sebelum berita itu sampai padanya, dia terasa seperti mulai dingin dengan kaum itu, tetapi setelah berita kelukaan hati seorang kakak yang dia sayangi itu menyebabkan hatinya kini semakin beku dengan spesis 'adam' ini.. Bukanlah dia membenci, tetapi semakin berjaga2 didalam setiap tingkah laku dan tata bicaranya.. Biarpon bukanlah dia yg menjadi mangsa tetapi dia juga kaum hawa, maka, hatinya cepat tersentuh..  Hatinya begitu tersentap apabila ujian itu berlaku didalam keluarganya.

Namun, gadis itu tidak pasrah atau putus asa. Sedaya mampu dia cuba menghiburkan hati saudaranya itu, sekalipon kaum adam ini telah menoreh luka di hati kaum hawa, tetapi kaum hawa tidak boleh lari daripada menerima ubat luka itu daripada kaum adam sendiri.. Gadis itu mula belajar selok belok kehidupan yang semakin dalam dan jauh, setelah dia ditimpa dengan pengalaman2 yang setiasa mengajarnya erti kematangan.

Hujan rintik2 terus turun walaupun langit kelihatan cerah..ia bagai memahami penderitaan dan kesedihan hati gadis itu kerana  walaupun gadis itu sudah kering air matanya, tetapi hatinya tetap terus menangis.. Matanya sudah sakit utk terus menangis, hidungnya juga sudah tersumbat.
'Ini bukan penyelesaiannya, jika aku terus menangis begini.' detik hati gadis itu.

"Ya Allah, terima kasih, Engkau sentiasa mendengar rintihan hati ini. Engkaulah yang lebih memahami daripada makhluk lain. Aku berdoa semoga Aku terus kuat menghadapi mehnah dan teribulasi dalam hidupku." rintih gadis itu setelah selesai makan.. Hatinya begitu terharu dengan kasih dan tarbiyah yang dikurniakan Allah kepadanya. Sungguh dia gembira dan terharu sekali.

***

Lewat dhuha itu di sebuah dewan yang mengadakan sebuah festival terdapat pelbagai persembahan yang menarik utk ditonton.. Antaranya, nyanyian daripada kanak2 lelaki dan tarian daripada kanak2 perempuan.. Ketika Gadis itu leka melihat tarian kanak2 itu, dia mendapat satu panggilan telefon daripada nombor yang dikenalinya. Dia bercakap beberapa  minit, kakinya mula melangkah keluar daripada bingit bunyian muzik di dalam dewan itu.. Gadis itu singgah di sebuah gerai pakaian dan terus bercakap di situ utk 10minit. Kemudian kakinya terus melangkah menuju ke perpustakaan sambil bibirnya terus berbicara melalui telefon sehinggalah tiba di dalam perpustakaan. Nadanya yang ceria , kemudian luntur dan akhirnya terus tersedu2. sedih hatinya, koyak rabak jiwanya mendengar luahan seorang kakak yang mulai dia sayangi. Istighfar sahaja yang mampu dia panjatkan ketika itu.  Apa tidaknya abangnya sendiri telah melukakan hati kakak itu. Hatinya kecewa sebentar. Gadis itu diam dan cuba menenangkan hatinya setelah punat merah menanda tamatnya perbualan ditekan. Badan yang baharu hilang kepanasan dan mulai sejuk mula bergerak kembali keluar daripada perpustakaan..

Bibir  yang tersenyum dan nada yang ceria sengaja dibuat agar sedih pilu dihati dapat disembunyi. Itulah kata2 yang sering digunakan apabila hati yang sedih tetapi wajahnya ceria.. Begitulah jua gadis itu, berlagak seperti tiada apa yang berlaku, walau hakikatnya esakannya sebentar tdi sudah dilihat dan didengari sahabatnya.. Gadis itu tidak dapat bertahan, hatinya begitu halus dan sensitif serta mudah mengalirkan air mata apabila sesuatu itu bersentuhan soal hati.

Gadis itu mulai mengerti, mulai faham. Allah sangat sangat memahami hambanya. Allah mengetahui isi hati hamba2nya sedangkan mereka sendiri tidak mengetahui..

Gadis itu bersyukur kerana musibah yang ditimpakan adalah sesuatu yg mampu dia hadapi. Firman Allah:

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai kesanggupannya"(Al-Baqarah:384)

Apa yang Gadis itu mampu, hanyalah dengan mengingati Allah kerana,
"Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang."(Ar-Ra'd:28)
Alhamulillah, hatinya mulai tenang. Dipesannya juga kepada kakaknya. Agar sentiasa mengingati Allah..

Pengajaran yang cukup bermakna apabila, Allah menarik cinta manusia itu apabila Dia ingin menyayangi kita. Maha Suci Allah Yang Maha penyayang lagi maha Mengasihi..

Mungkinkah saudaranya itu telah leka dan lupa akan kasih sayang Allah, menyebabkan dia hanyut ke dalam cinta palsu rekaan manusia yang dikuasai oleh hawa nafsu. Subhanallah Allah Maha Hebattelah memperlihatkan betapa halusnya cinta Allah itu.

Alhamdulillah, gadis itu mengingatkan saudaranya bahawa Allah ingin menyayanginya, kerana itu dia kecewa dengan cinta manusia, hakikatnya cinta Allah itu yang patut digapai dahulu..
'semoga terbuka hati kakak utk kembali hidup sebagai muslimah sebenar, dan semoga abang juga mendapat hidayah agar tidak terus hanyut dengan hiasan dunia.'

"أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ"
Maksudnya: Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna daripada kejahatan makhluk-Nya.

Doa ini diulang berkali2 agar dirinya dan keluarganya jauh daripada perbuatan khianat manusia..

Aku kembali teringat dan mengimbau kembali beberapa kisah yang telah aku dengarisendiri selain gadis itu, Alhamdulillah aku panjatkan kepada-Nya kerana diriku masih terjaga dan tidak diganggu oleh panahan iblis laknatullah..

Setakat itu yang aku dapat kongsikan sekadar luahan bagi pihak apabila kita bersedih jua bersama sahabat tercinta yang  sedang bersedih, agar buat pengajaran buat semua..

JANGAN MUDAH PERCAYA DAN BERIKAN KASIH SAYANG ANDA KEPADA LELAKI khususnya.. Huhuhu Y_Y…

Allahu a'lam..

No comments:

Allah Maha Pemurah~~^^

"Siapa yang takutkan Allah (bertaqwa kepadaNya), maka Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberikannya rezeki dari jalan yang tidak disangka." (Al Talaq: 2)